Monday, January 31, 2011

Progress Khatan & Bercukur

Khatan

Maher berkhatan hari ke-2 lahir. Dan Sabtu lepas, selepas 6 hari balutan khatannya tercabut sendiri. Mama la paling cuak! Masa nak bogelkan die nak mandikan die, tgk2 dah tercabut terus Mama panggil Ayah. Ayah pon bukak Internet surf sket psl Khatan Baby. Sebab kami tak sangka begitu cepat ianya luruh. Doc kata amik masa 5-10 hari, so ok la. Cuma cuak la sket sbb 1st time tgk anak teruna kene khatan. Ish dh tua rasanya diriku :p Bila kene air ok jek. Dalam Internet tu kata kalau boleh elakkan kene sabun kat bahagian ** die tu jek. The rest, treat as normal. Luar bhgn balutan tu mmg nampak merah-merah sket, tp tade darah. Lama-lama nanti akan kering sendiri.

Ghopa balutan yg dh tertanggal tu. Taleh tangkap gambo ** ngan balutan ni, kan sensored! :p

Bercukur

Bercukur disunatkan hari-7, tapi kami bercukur hari ke-8 disebabkan sedikit kesibukan rumahtangga.
Memang mencabar jugak nak botakkan kepala baby sebab lembut. Guna pisau pencukur tu mmg amik masa. So kiranya ni pon lom abeh, masih ada baki rambut lg. Cadangnya, esok cuti hari wilayah, ayah Maher cuti, so esok sambung lg saki baki rambut tu yer baby.


Tali Pusat

Setakat hari ni, hari ke 9 tali pusatnyer masih belum luruh. Rasanya paling lambat luruh dalam sejarah anak-anak Mama. Sarung khatan pulak yg luruh dulu. So kite tungguuu

BreadMaker Empress purchased!

Finally I purchased Empress BreadMaker via redemption Cosway a day before I meneran. Hanya tebus 5 RP Cosway + RM269. Kalau nak beli direct dr Cosway pon boleh, harganya RM499. Ni kes ngidam sama cam kak zura la ni :p
Nota: 1RP (bukan Rupiah but Redemption Points) = RM50 ( kene belanjo kat Cosway)
Boleh dikatakan ni rezeki baby tauu sbb kisahnya gini. Kronologinya lg dasat dr bersalin tauu :

~Memula dulu kan aku nak beli Morphy Richard BM dr UK. Tapi delivery charges mahal bonar! So kututup mata je la hukhuk
~Lepas tu aku dpt tahu boleh redeem Maybank Treatpoint. Klik sini. Tapi mak haii, bape lama lak nak kene tunggu points aku cukop. Nak kumpul 90,000 pon punya la susah! Aku baru ada 31,000 points.
~Lepas tu dpt tahu Cosway pon boleh redeem lepas tgk few bloggers dah redeem. Tapi aku ni bukan ahli la pulak! adoiii. Eh tp terfikir rasa cam mak aku ahli.
~ Lepas tu hubby dh email ex-bos die yg tgh belajor kat UK, tolong carikan student yg nak balik Mesia nak tumpang BM tu. Dapat la sorang, tp nak blk bulan April.
~Lepas tu terfikir tunggu Jcard Day pulak. Ok boleh sabar bulan 4/5 thn ni

Sehari sebelum bersalin, pi makan ikan bakar Istana. Then balik umah mak nk amik kids borak-borak psl RP mak. Mak kata mak baru ada 1. Adoooii..so aku kata takpe la nak pinjam kad mak jap nk gi beli sabun bby kat Cosway & tanya pasal RP ni.

Sampai je kat Cosway, aku ngan Mus'ab je turun kete. Yg lelain tunggu kat dlm kete. Aku soh org Cosway cek RP mak ada berapa, rupanya ada 20!!!! ( boleh ke mak aku tak sedor?). Ya allah rasa nak melompat tau tak!! Owh tp teringat perutku besau, cannot jump2. haha. So apa lg, terus ku order Empress BM itu dan bayar RM269! Kebetulan baru je cocok duit sebelum tu, cam tahu2 jek. Empress BM ni katanya laku sbb tu tade stok, so aku tgh menunggu la ni. Dah seminggu menanti!! sat gi nak tanyer follow up balik. Ish tak sabonyer mokcik! :p

Mokcik ni pantang2, sambil nyusu asik browse resipi roti jek! Cik Abe kata, sabor yang, kalau BM sampai pon ayg leh wat roti lps abeh pantang jer. Mokcik jawab " yr la bang". Jgn bantah cakap suami, berdosa!


Maybank redemption~ byk gile point tu! huhu. Tapi BM450 ni mmg best aa. Digital gitew..Aku dh sentuh kat Harvey Norman dulu. Retail Price RM800 gitu.



Ni la rupanya dalam gambo. Nanti dah sampai aku update lg ok?

Penuh pancaroba plak ek nak beli BM? Bukannya kemut, duit mmg ada, tp sonok kalau dpt beli pd harga diskaun, lebih jimatt! hihi. Kalau idok , nnti hubby kata beli je roti lg murah dr beli BM. huhu :p

Sunday, January 30, 2011

Breastfeeding journey start again & jaundice

Alhamdulillah, seronok dapat memulakan semula dunia penyusuan badan secara ekslusif. Kali ni rezeki baby Maher, langsung tak kene tambah formula milk masa kat Spital. Berbanding Muaz dulu 2 kali kene supple ngan formula milk masa tengah-tengah malam sbb Mama dah tak terdayo dek crankynya die bila susu sket je kuar.

Sebelum bersalin, dah buat revision tentang BF semula. Memang the first 3 days susu lom banyak, hanya ada sket susu warna kuning namanya kolustrum. Jadi as mom we have to keep baby direct BF je to stimulate more milk.

Masuk hari ke-4 mama dah rasa berat bonar, jd aku pon mula la perah. Hasil perahan pertama, 1 oz. Ni aku lom kene urut lg ni.

Masuk hari ke-5 dah start urut 1st day, susu makin lancar. Masa diurut, susu keluar. Jadi sekarang bila bengkak susu, aku pon pam. For the 1st week ni mmg guna Avent ISIS Manual shj sbb mmg senang, suction sedap macam baby menyusu. I heart Avent more than Ameda. My Ameda masih dok diam dalam kotak berehat lg :)

Perahan pertamaku! Hari ke-4 bersalin. 1 oz saje, tp bisa melegakan boop! :p. Warnanya kuning lg.

Hasil minggu pertama. 9 botol , ada yg 30z/40z.

IK blog ada tulis review on breastpump if you wish to get review on several BP.

Jaundice

Hari ke 5, Maher kene buat blood test nak tgk tahap jaundice. So kami pi la PMC petang tu jumpa Doc Azam. Tapi resultnya, esok pagi baru Doc Azam call. Katanya jaundice agak tinggi, bacaan 226. Doc soh pi PMC semula lepas solat Jumaat. So mama tunggu ayah balik keje then kami gi balik PMC. Sementara tunggu result kuar, Mama dok chat ngan Semah, tanya pengalaman kalau warded kat PMC. Mama risau gak kalau kene warded sbb baby2 sebelum ni lom penah ada pengalaman kene warded sbb jaundice. Lepas 1jam ++ tunggu result dh jadi 206. Alhamdulillah, menurun! Kami call Doc Azam, die kata tak perlu warded dan jumpa lg next week, Rabu. Fuhhh lega sgt. Ni nak kene monitor Maher selalu la. Harap2 menurun lg sbb die selalu poo-poo warna kuning. Mama dah stop sume ubat buat masa ni. Disebabkan die kerap poo-poo rasa tangan ni gatal je nak tambah koleksi Cloth Diaper ehehe..tp tunggu dulu la. :p . Semalam dah buat 1st online shopping..eheh..

Saturday, January 29, 2011

Breastpump Spektra 3 Set for Sale!

*Sticky Entry*

Consist of :
  • 1 BreastPump Spektra 3 worth RM388
  • 1 Spektra Breast Shiled Set worth RM70
  • 1 Spektra Filter
  • 1 Steam Sterilizer Bag: 5 pieces
  • 1 Breastmilk storage bags
  • 6 moms precious storage bottles
  • 1 cooler bag
  • 3 MLO ice pack
  • 1 Washable Bra Pad
RM500 only!
Negotiable, pls contact my friend Fairuz @ 0133473440

Friday, January 28, 2011

Kos bersalin & berkhatan baby Maher

Kos bersalin anak no 4 kali ni paling rendah , hanya tambah rm9 dr kos yg syarikat tanggung. Rasanya mungkin sbb 2 hari 1 mlm shj. So kosnya rm2509 Hospital Pantai, normal buat rujukan mummy lain yg nk bersalin disini yer.

Selepas discaj dr hospital pantai, kami terus ke hospital tawakkal utk khatankan Maher.1st time buat ni sbb terpengaruh ngan doc panel T* yg dpt bby gak awal Jan. Kami mmg slalu jumpa doc ni & borak2.
Utk berkhatan, doc yg dicadangkan ialah doc al-Amin. Mudah je prosidurnya, kami call je klinik then klinik kata bole wat terus. Proses berkhatan amik masa dlm kurang 30 min gitu. Memula bby kene bius then kene la berkhatan. Masa tu bby mmg nangis jugak. Mlm tu bby demam, kami pon kasi ubat. Mama x rest sgt sbb bby x selesa. Esok mlm dah ok..bby tido dah ok..mama pon cukop rest.
Kos berkhatan baby rm350. Nnti update balik bila balutan khatan ni tanggal dgn sendirinya. So far , tak susah menjaganya.

Few dys lps bersalin dh mula rasa letih sbb menghandle karenah anak2 lain , terutama Muaz. Muaz ni suka memanjat bdn mama, amuk, nak minta dukung la etc. So masa hari ke 4 onwards Muaz kene gak pi taska so mama pon dpt lena disiang hari.

Later citer bout Jaundice plak
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, January 25, 2011

Kisah kelahiran anak no 4

Ringkas dan cukup bermakna

6.15am- Bangun solat subuh. Selesai solat senak perut. Ke tandas, rupanya cirit-birit. Keluar tandas, cek FB via mobile & baca Yassin

7.10am- Cakap ngan suami mcm ada kontraksi. SMS emak utk mai umah jaga anak2. Mama mandi. Dah mandi, mmg sah ini kontraksi sbb makin kerap, selang 5 minit sekali. Siapkan baju anak-anak ke Taska esok hari, minum air selusoh, bungkus air selusoh & kurma. Jam 7.40am, mak lom sampai. Mama call Uwan, rupanya Uwan & tok di Masjid, dah otw.

8.00am-Check out from home.

8.30am-Sampai spital, request wheel chair sbb aku x mampu nak jalan. Nurse tanyer 2 soalan " Bape minggu Puan? Waterbag pecah ke?" Aku jawab minggu 39, waterbag tak pecah, darah pon tade, hanya sakit". Sepanjang perjalan aku diam jek, menahan sakit kontraksi

Sampai labor Room, terus tukar baju da cek bukaan. 8cm! Bidan komen " it's about time to deliver!" I want gas plsss! Breath-in , breath-out sesorang sbb hubby parking kete & uruskan registration while midwive & nurses call doctor Idora & siapkan peralatan. Klang tung klang tung alat di susun.

Hubby sampai LR. Doc pon sampai. Cek bukaan dan terus kata " ok boleh sekarang. Sakit je terus push ok". Sekali Teran keluar Kepala, teran kedua keluar badan. Keluarlah anakku paling besau setakat ini 3.63kg jam 9.03am. Alhamdulillah! Syukur.

Tetap kene jahit sket sbb terangkat punggung. :) Doc Idora kata sket je.

Paling berat, tapi sakitnya sama jugak macam sebelum ini. Bezanya tempoh kesakitan. Dan bezanya mmg terasa masa push, bila kepala dia keluar rasa cam bola besar keluar eheh. Syukur. Nak berpantang ni lg mencabar dr melahirkan. Moga Allah permudahkan segalanya.

Nurses komen " aiyoo nasib baik today is Sunday". Yelah, kalu tak bersalin dlm kete, aku pon takmo ler! Mmg syukur kepadamu ya allah, hari itu Ahad & jalan tak sesak. Aku cuak gak kalu dah buka 8cm tak jumpa gas itu.

Esoknya, Isnin kami dh pulang. Singgah Hospital Tawakkal utk khatankan bby. Now home sweet home :)
Fresh! Lom potong tali pusat
Baby lom mandi

Muka kepuasan dh minum susu ibu

My sister, my mom & my dad


Mari pilih menu. Lazat2!

Sabtu tu dh puas makan Ikan bakar lunch time, kerepek pisang minum ptg dan nasi minyak yg lazat di kenduri di Tmn Metropolitan :)

Kisah lain:
Pengalaman dgn Epidural atau tanpa Epidural
Kisah melahirkan Muhammad Muaz

Sunday, January 23, 2011

bundle of joy

Hari ni 23 Jan 2011 selamat sudah melahirkan a baby Boy, 3.63kg , 9.03am. Alhamdulillah

Syukur hari ni Ahad, jalan x jam. Sampai PMC sudah 8cm. Thank u Allah.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, January 22, 2011

Kerepek pisang homemade

Pisang lagi! Ya benarrrr. Jangan muak pulak. Minggu lepas pisang lembik aku dah buat Talam Pisang. Minggu ni abah bawak lg pisang dr Kg. So banyak juga pisang muda, layan aa buat kerepek pisang. Memang kami ngap ngap ngap tak hingat punya. Makan panas-panas mmg sodap.

Pisang jenis apa? aku pon tatau boleh? Asal muda cukopla labuu

Bahan perisa: Daun Kari. Daun kari kami hidup subur, sapa mau meh dtg umah.

Aku ni 1st time guna manual shredder, beli dulu hargaRM10. Boleh buat mcm2 bentuk tauu
1/3 kerepek yg sudah siap. Sedap makan kepek sambil tonton tv


Dah lunch td kami makan Ikan Bakar Istana ( again? within a month). Ya benarr, kali ni takmo ada gangguan, anak-anak ditumpang kat umah emak kejap. Mak Su die jaga :) . Syokla kali ni dapat Ikan Terubuk dan kami ngap jugak 3 ekor sotong. Tak sangka hari tak koje pon ramai org woo kat area Ikan Bakar Jln Bellamy ini. Boleh pulak jumpa Kak Elin kat sini td. Sorri u, I makan tak tgk org! kang tercekik tulang plak ehehehhe




















Kerepek Pisang

Bahan-bahan:
Pisang muda- dihiris
Garam secukop rasa- dlm bentuk air / serbuk halus
Daun Kari
Marjerin

Cara-cara:
1. Goreng pisang dalam kuali dan kacau sampai sedikit masak
2. Masukkan garam, marjerin dan daun kari. Kacau sampai masak
3. Angkat bila dah siap

Last but not least, hari ni juga udah operasi cuci & sterilize botol dan pam susu. Ada lagi 16 biji botol lom operasi. Lepas bersalin la

Friday, January 21, 2011

Tertunai hajat : kurangkan hutang rumah

Hajat ni dah tertangguh hampir 2 tahun. Teringat lagi masa tahun 2009, percubaan kali pertama nak keluarkan wang KWSP gagal sebab dokumen tak cukup. Masa tu tengah mengandungkan Muaz. Tanggguh punya tangguh, sampai la bersalin, lps tu tak buat langsung.

Dan sekarang mengandung lg, dan dah target nak settlekan before deliver. Jadi, awal bulan ni dah gi pejabat KWSP, tapi kali ni kene reject sbb statement dr bank pulak tak lengkap. Kisahnya disini. Banyak toi dugaannya! Sabo je la...

Lps dah minta statement baru dr bank, sampai la jugak statement tu kat atas meja aku ni ha. Jadi tadi lunch hr gi kejap KWSP. Orang ramai, mmg lama gak tunggu tp tak le sampai 1 jam. Dokumen semua diluluskan! Alhamdulillah. Kita tunggu 2 minggu lg dapat tak surat dr KWSP berkenaan pengeluaran wang ini.

Alhamdulillah, utk part nak attack hutang rumah ni tertunailah hajat Mama sebelum bersalin iaitu :
1) Naikkan bayaran bulanan, kisahnya disini.
2) Keluarkan sejumlah wang mengikut kelayakan dr KWSP. Targetnya setiap tahun nak keluarkan sekali.

Semoga impian nak capai Debt-Free by umur xxx ini dipermudahkan. Nanti aku kene congak balik tempoh pinjaman perumahan boleh dipendekkan byk mana dr original 25 tahun by using this calculator.

Q ke 2115, 'now serving 2112'. Ekceli tade la tunggu lama sgt :p

Lepas duit ni berjaya dikeluarkan, aku kene bayar zakat KWSP dulu. Maklumat tentang zakat KWSP boleh dirujuk disini.
Zakat KWSP (Amaunnya) = Jumlah pengeluaran X 2.5%.

Berminat nak tahu tentang info Pengeluaran menyelesai/mengurangkan pinjaman perumahan? Baca disini.

Macarons nyum nyum & I'm sooooo heavy

Semalam finally dapat my Macarons yang kubeli dr Jaja Bakery. Sedap woo! Anak-anak suke, berebut ngan mak perisa Stroberi. Mmg for us rasa Stroberi lg mantop dr Choc. Ha..sapa nak order boleh la order dr Jaja, sebab harganya berpatutan.

Ada yg tanya cane rasanya kan? So rasanya gini: ala-ala biskut&roti, meaning ianya tak rangup cam biskut, then rasanya manis. Tengah-tengah tu ada buttercream.

Hari ni aku pasrah...sebabnya dah MC hari tu, hari ni Jumaat masuk opis semula. Bukannya malas nak koje, tp memandu tu agak tak selesa. Memang terasa ada bola besar antara celah kangkang ( baby engaged). Sib baik la tahun ni bawa kete Auto, boleh la digagahkan. Tahun lepas mmg dah MC seminggu rasanya sbb bawa kete manual mmg out terus!

8 days before EDD. Yes, I'm extremely heavy. Gained 18kg so far!

Sejarah kelahiran anak-anak sebelum ni:
  • Mus'ab - awal 4 days dr EDD
  • Mawaddah - awal 6 days dr EDD
  • Muaz - awal 4 days dr EDD
  • No 4- baby jom la keluar wiken ni :). Tapi kalau die nak ikut trend abg2 die, awal 4 days, maksudnya 25/1/2011.

Thursday, January 20, 2011

The arrival!! I likeeeee

Yeay!!! Sampai sudah...my 2nd digital kitchen scale ever in my life! Ingatkan hape la kan..hihi

Aku punya digital scale yg pertama dah lebih setahun kiok! So selama ni aku survive juga membaking sbb pinjam mak punya manual kitchen scale tu.

I like like sgt. Terubat la perasaan yg dok gila bayang kat Waffle Maker itu. Hai, merangkak-rangkak ko jalan WM ooi...

Aku beli kat mudah.com.my. Ni 1st time beli dr mudah, dan alhamdulillah tidak tertipu. Ekceli last month lg nak beli, tp bila rujuk kat hubby, die komen boleh percaya ke tak..kot2 kat kedai lg murah ker. So last 2 wks kot, aku singgah jap House of Ingredients, kast situ Camry digital scale ni pon ada jual, harganya RM119! So yg aku beli ni lg berbaloi la sbb RM70 termasuk shipping.

Terima kasih manual kitchen scale yg emak kasi pinjam!

Ni la rupa kitchen scale yg lama tu! Dah rosakk..jom buang tong sampah

Ciri-ciri:
Max capacity: 5kg
Scale: Kg, Gm, Pounds, Ounce
Timer: Yes ( tak paham lagi kegunaannya)

Warranty card dan buku manual dlm bahasa Inggeris, Melayu & Cina

Taraaaa! nilah ghopanyaa

Test! 107gm for that ubat

Wednesday, January 19, 2011

Pelaburan Emas pertamaku!

Bersambung dr kisah minggu lepas ni, finally, saya memilih Gold-i Akaun Kuwait Finance House kerana ianya berlandaskan shariah. Semalam lps lunch date ngan hubby, aku singgah jap Kinokuniya beli buku, then terus ke KFH ni di Jalan Pinang. Waduhh, zaman skrang ni parking mahal benor! Per entry RM8! aku sudah bilang nak parking kejap jek, buat muka kesian , tunjuk sket perut besau kene la caj RM5. Diskaun RM3, alhamdulillah!

Orang tak ramai, masuk-masuk je terus dpt layanan 1st class! :p

Bagaimana hendak memulakan pelaburan emas dgn KFH?
1) Sediakan wang yang mencukupi. Pembelian minima 10gm. Jadi rujuk harga belian KFH pada hari anda nak membeli dan darabkan dengan berapa gm anda nak beli, jadi sediakan wangnya
2) Kene buat akaun simpanan dahulu, utk bukak buku akaun kene mula dengan deposit RM250, ini kerana semua pembelian melalui buku simpanan.
3) Isi borang dan buat bayaran
4) Buat keputusan untuk ambil emas fizikal atau simpan di sana sahaja. Saya memilih untuk menyimpan sahaja di sana kerana masalah storage. Saya hanya tangkap gambar sahaja
5) Pelaburan ini tiada buku, hanya ada penyata sahaja. Penyata akan diberi ke alamat rumah setiap 3 bulan sekali.

Info lain:
  • Tiada caj dikenakan ketika masuk melabur, menjual maupun caj tahunan
  • Tiada dividen, jadi pelaburan emas ini semata-mata berdasarkan perubahan harga emas.
  • Pertambahan pelaburan hanya boleh dibuat di kaunter KFH, tiada khidmat dlm talian ( online)
Semoga info ini berguna buat kita para pelabur :) Jadi sekarang ni kalau ada duit lebih sudah boleh disimpan di mana-mana instrumen yang pelbagai, diversify la org kata. So sekarang ada Tabung Haji, Unit Trust, Emas yang memerlukan modal yg rendah aja. Nak main saham ( ekceli dah main pon), tapi x untung2 sbb kurang ilmu :p.

Penyata pertamaku :)

Emas 995 fizikal 10gm setiap satu

Mari kita mula pantau harga emas. Hari ni aku beli RM138.05. Harga boleh dirujuk dr website KFH setiap hari.

Tuesday, January 18, 2011

8th anniversary lunch date

Finally we decided to have a lunch date @ Saba Restaurant Setiawangsa, gara-gara terpengaruh ngan entry Kak Tie yg asik pi Saba Putrajaya sebelum ni.

Walaupun benornya amat malas nak memandu, tp disebabkan nak juga makan makanan Arab be4 meletop ni, kugagah drive gak. Memula gi amik hubby dpn opis die sbb jalanku dah menghala ke restoran itu.

Kami pesan 1 appetizer, 2 main course ( hubby pilih nasi & lamb, aku pilih kebab ayam), 2 fruit juices. Total RM55, ok harganya kan?

Saba Restaurant Setiawangsa

Appetizer

Hubby punya

Aku punya

Memang sedap! Apa kata anda??

38 wks check up & jatuh gedebuk!

Assalamualaikum,

Hari ni hari anniversary, in which aku mengharap baby dalam perut nak kuar. Tapi setakat ni belum ada tanda nak bersalin. Orang yg c-sect due date lambat dr aku pon dah bersalin, ye la kan sbb boleh pilih date. Kita ni kene bersabau, menunggu pintu terbuka hihi :)

Ok kisah terjatuh semalamnya gini. Hubbyku parking keteku itu ngadap ke luar. So agaknya sbb tak biasa, lepas aku masukkan 2 begku nak pi kerja, bila aku pusing terlanggar tiang kat car porch. Mmg dah rasa nak jatuh, aku cuba berpaut kat tiang tapi mmg gedebuk jugak! Jatuh terduduk terus! Mawaddah jadi saksi dpn mata! Hubby lak gi amik baju waddah kat atas. Terkejut juga la. Aku siap nangis lg. Lawak tak? Bukan risau diri sendiri, risau bby in tummy.

Hubby soh terus MC, tapi aku kata aku nak pi opis jugak. Sebabnya ada 3: 1) Nak call my gynea tukar date appointment ke Isnin ( instead Selasa) 2) Minta GL dr PMCare 3) Gi spital terus sbb sebelah je ngan opis. ( bunyi cam dkt ek? tp kene naik kete tau :p)

So aku gagahkan diri drive ke pejabat jugak. Masa singgah nak isi minyak baru aku perasan tumit aku pon berdarah. But I'm ok. Aku just monitor baby gerak je, aku tepuk2 perut. Alhamdulillah, dpt wat appointment ngan Doc 2pm. Tapi semalam doc bz , ada kes bedah jam 11am then patients ramai. Aku sampai PMC kui 2pm, tp dpt jumpa Doc kui 3pm. Alhamdulillah hasil check-up semuanya sihat. Doc kata as long as baby gerak dan no bleeding, insyallah ok. Doc soh berhati-hati. So aku pon diberi MC supaya berehat. Doc aku ni mmg baik! Dia sok MC je seminggu. Aku kata sampai Rabu pon dh cukopla. Doc cek kepala bby dh bwh sgt, nak tunggu pintu je terbukak. Alahai pintu, cepat la bukak.

So ni la 1st time aku jatuh gedebuk masa perut sarat. Hasil check-up semalam:
  • Berat mama: 72.5kg
  • Berat baby: 3.4kg+-
  • Tekanan darah, uri, air ketuban: Normal

Hari ni aku MC = work from home. Anak-anak dah gi sekolah. Muaz terpaksa ku hantar ke Taska. Lunch nanti ada lunch date ngan hubby di Jelatek sempena our 8th anniversary.

Tambahan: Terkesan membaca entry Dr Muhaya ni pasal Peringatan Buat Para Isteri. Sila baca ok

Jom tambah ilmu dengan bicararinggit dengan 2 artikel baru:

Happy 8th anniversary!

Our 3rd anniversary , hanya jejalan gi Sogo and no special entry.

Our 4th anniversary, langsung tada entry & tiada catatan in blog. Hanya ucapan shj. erk, konfius pulak.

Our 5th anniversary, tatau sambut cemana jugak sbb dlm entry ni hanya ada gambar.

Our 6th anniversary celebrated with a homemade, Choc Chip Chhesecake & lunch treat @ Restoran Umah Thai. Baca sini.

Then, 7th anniversary celebrated again with Choc Chip Cheesecake & lunch treat @ Restoran Thai Basil. Baca sini.

Sib baik 8th anniversary ni aku dah tukar menu, keknya Oreo Cheese Cake eheh. Nak lunch mana? ntah tatau lg.

Semoga keluarga yang kami dibina ini berkekalan hendaknya dan terus dilimpahi keberkatan, keimanan dan kebahagiaan selamanya. Aminnn..I Luv u my darling hubby and my all kids ;)

Monday, January 17, 2011

About Bread Maker

Memang la nak BM Morphy Richard, takpon Kenwood, tp nak Kenwood BM450, takmo BM250. Banyak songeh kan?

Tapi bila baca review bloggers. Ramai je guna BM jenama Tesco. Harga less RM300. Paling murah di pasaran!

Haruskah????

Antara reviewnya :
Pagi tadi aku terjatuh terduduk kat umah before gi keje. Alhamdulillah I'm OK, selamat drive ke pejabat. Cuma aku dah call gynea nak jumpa die 2pm ni nk cek kandunganku ok ke tak. Kalau tak, appointmentnyer esok. 12 more days to go.

Sunday, January 16, 2011

Kuih Talam Pisang pertamaku!

Kat umah ni macam dah jadi kebun pisang, memang every week mmg ada bekalan pisang. Sebabnya ayahku bawa dr kg Perak . So kali ni kene cari resipi baru sbb dh jemu makan pisang goreng, cekodok, apam, bingka pisang.


Resipi asal diambil dr Kal. So here is my resipi:

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan pisang dilecek
1/2 cawan brown sugar
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang bulat saiz 8 inci dgn minyak.
2. Aku blend pisang, garam, 1 cawan santan cair dan gula untuk dptkan adunan yg halus. Lepas tu adunan ni dicampurkan dgn tepung & 1 lagi cawan santan cair. Cara lain, hanya gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


I like sgt! Alhamdulillah 1st time buat kuih talam pisang menjadi. Aku kepingin benor nak gi kelas Kuih Talam Chef Asma.

Friday, January 14, 2011

Oreo Cheesecake for our anniversary

Aku tetiba terasa nak buat kek for our anniversary. Anniversary is actually next Tues but I target my baby to come out by that day. Haha sesuka je I nak target kan? Takpe, that's we call Law of Attraction. Btw, my EDD lambat lg, another 2 wks :)

Nota kaki:
1) Kek ni kecik je tau, rasanya loyang 5/6 inci. Just nice for a small family like us.
2) This case is not sweet as Secret Recipe Cake, so add more sugar at your own risk!

Base:
100gm biskut orea diblend/hancurkan ( nak guna biskut lain pon boleh saje)
30gm mentega dicairkan

Cara:
1) Gaulkan semua bahan diatas
2) Sapu dulu loyang bulat 5 inci dengan mentega/marjerin
3) Masukkan bahan td ke dalam dasar loyang dan tekan padat guna belakang sudu
4) Bakar pada suhu 170C selama 10 minit

Filling:
250gm cream cheese ( used Philadelphia cream cheese yg taste better than Tatura)
100gm plain yogurt ( boleh ganti dgn whipping cream)
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur ( size B/C, not big size)
1 sudu mentega ( optional)
2 sudu besar tepung jagung
Biskut oreo - mengikut suka, dipecahkan/dihancurkan

Cara:
1) Pukul cream cheese, kemudian masukkan gula dan pukul lagi
2) Masukkan vanila, jus lemon, mentega, tepung dan yogurt. Pukul sebati
3) Akhir sekali baru masuk telur dan pukul sebentar
4) Masukkan biskut oreo ke dalam adunan. Ada orang suka masukkan oreo yg dh jadi serbuk, jadi terpulang pada anda.
5) Bakar secara water bath selama 40-50 minit pada suhu 170C. Tutup suis dan biar kek dok dalam oven for 15 minit. Lepas tu boleh bukak sket pintu oven dan biar lg kek dok dalam tu 1 jam
6) Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
7) Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan.
8) Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Gambo. Layannn....
Lom bakar
Get ready nak kene bakar

Dah kuarkan dr chiller & loyang

Sudah dibedah!
Oreo Cheesecake with simple deco: Choc drizzle & strawberry

Thursday, January 13, 2011

Gila bayang: Cuisinart Waffle Maker!

Cuisinart Professional Waffle Maker dah selamat diorder dan dibayar oleh hubby tersayangku pagi tadi. Bila aku dpt je YM dr abg kata dah selamat bayar hati riang ria :p. Harga ada diskaun sket so at £53.99 = RM260. Kalau tak asalnya £59=RM300.

Kisah nak membeli Waffle maker dah makan masa few months. Bukan mudah nak beli tau! Kat Malaysia ni yang ada hanya jenama Takada. Puas ku membaca review psl Takada WM, hasilnya mmg menghampakan. Ciri-ciri Waffle yang aku idamkan tadak iaitu : Deep Waffle!

Bila opismate hubby kata Krismas die nak balik UK dan sanggup belikan. Aku dah kemain syoknyer! Dia dah sampai Malaysia this week tp last week Cuisinart WM not in stock la pulak! Hampa sgt! Dah tu kawan hubby recommend jenama lain yang mmg aku tak berkenan langsung di hati, sbb mengikut review tak berapa bagus.

Bila check again amazon this week dah ada stock, apalagi terus la hubby dan kawan opismate die bertindak! Sukanyaaa I!! huhu dah gila bayang ni. Cuba uols baca review die kat Amazon, mmg baguih2. Tapi kene sabar lg. Sebab kawan hubby nak balik UK bulan ke-3 Feb. Takpe sabar lg. Nak dapat yg terbaik dan paling jimat kos kene la sabar.

Memang dah tanya Aida. Kos nak hangkut dr UK ke Malaysia la mahal sgt! 1kg=10 pound!. Huh. Lps tu lom kira lagi kalau brg letrik kene cukai! Sabo je la..syoknyer dok UK. Barang letrik memurah. Nak minta kawan hubby beli skali Bread Maker Morphy Richard tu die tak sanggup nak bawa plak sbb 8kg! Aish, cemana lak strategi aku ni for BM. Nak minta Aida bawa mmg kesian la anak ramai brg aku ni berat.huhu

Jom bandingkan rupa Takada VS Cuisinart. Orang kata jgnlah pandang pada rupa ye dok? Tapi kali pertama tgk Takada kat Tesco tak jatuh pon hati. Tgk Cuisinart terus jatuh cintan!!! Nak citer lebih dr segi hasil Waffle nyer kene la tunggu bila barangnya dah sampai ok?


TAKADA RM55


VS
CUISINART RM260


OK nanti hubby baca blog ni mesti kata perbandingan yang tidak secocok! huhu. :p

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...