Monday, January 31, 2011

BreadMaker Empress purchased!

Finally I purchased Empress BreadMaker via redemption Cosway a day before I meneran. Hanya tebus 5 RP Cosway + RM269. Kalau nak beli direct dr Cosway pon boleh, harganya RM499. Ni kes ngidam sama cam kak zura la ni :p
Nota: 1RP (bukan Rupiah but Redemption Points) = RM50 ( kene belanjo kat Cosway)
Boleh dikatakan ni rezeki baby tauu sbb kisahnya gini. Kronologinya lg dasat dr bersalin tauu :

~Memula dulu kan aku nak beli Morphy Richard BM dr UK. Tapi delivery charges mahal bonar! So kututup mata je la hukhuk
~Lepas tu aku dpt tahu boleh redeem Maybank Treatpoint. Klik sini. Tapi mak haii, bape lama lak nak kene tunggu points aku cukop. Nak kumpul 90,000 pon punya la susah! Aku baru ada 31,000 points.
~Lepas tu dpt tahu Cosway pon boleh redeem lepas tgk few bloggers dah redeem. Tapi aku ni bukan ahli la pulak! adoiii. Eh tp terfikir rasa cam mak aku ahli.
~ Lepas tu hubby dh email ex-bos die yg tgh belajor kat UK, tolong carikan student yg nak balik Mesia nak tumpang BM tu. Dapat la sorang, tp nak blk bulan April.
~Lepas tu terfikir tunggu Jcard Day pulak. Ok boleh sabar bulan 4/5 thn ni

Sehari sebelum bersalin, pi makan ikan bakar Istana. Then balik umah mak nk amik kids borak-borak psl RP mak. Mak kata mak baru ada 1. Adoooii..so aku kata takpe la nak pinjam kad mak jap nk gi beli sabun bby kat Cosway & tanya pasal RP ni.

Sampai je kat Cosway, aku ngan Mus'ab je turun kete. Yg lelain tunggu kat dlm kete. Aku soh org Cosway cek RP mak ada berapa, rupanya ada 20!!!! ( boleh ke mak aku tak sedor?). Ya allah rasa nak melompat tau tak!! Owh tp teringat perutku besau, cannot jump2. haha. So apa lg, terus ku order Empress BM itu dan bayar RM269! Kebetulan baru je cocok duit sebelum tu, cam tahu2 jek. Empress BM ni katanya laku sbb tu tade stok, so aku tgh menunggu la ni. Dah seminggu menanti!! sat gi nak tanyer follow up balik. Ish tak sabonyer mokcik! :p

Mokcik ni pantang2, sambil nyusu asik browse resipi roti jek! Cik Abe kata, sabor yang, kalau BM sampai pon ayg leh wat roti lps abeh pantang jer. Mokcik jawab " yr la bang". Jgn bantah cakap suami, berdosa!


Maybank redemption~ byk gile point tu! huhu. Tapi BM450 ni mmg best aa. Digital gitew..Aku dh sentuh kat Harvey Norman dulu. Retail Price RM800 gitu.



Ni la rupanya dalam gambo. Nanti dah sampai aku update lg ok?

Penuh pancaroba plak ek nak beli BM? Bukannya kemut, duit mmg ada, tp sonok kalau dpt beli pd harga diskaun, lebih jimatt! hihi. Kalau idok , nnti hubby kata beli je roti lg murah dr beli BM. huhu :p

1 comment:

kualidapur said... Reply To This Comment

Salam perkenalan.. just nk kongsi pengalaman ada BM nie.saya punya BM pun redeem kat cosway.. mmg seronok meroti cuma nk buat roti paun (macam gardenia) tu masih belum dpt resepi terbaik. kalau terus bakar dalam BM ni, kulit agak keras. any petua? tq.