Bersambung dr kisah minggu lepas ni, finally, saya memilih Gold-i Akaun Kuwait Finance House kerana ianya berlandaskan shariah. Semalam lps lunch date ngan hubby, aku singgah jap Kinokuniya beli buku, then terus ke KFH ni di Jalan Pinang. Waduhh, zaman skrang ni parking mahal benor! Per entry RM8! aku sudah bilang nak parking kejap jek, buat muka kesian , tunjuk sket perut besau kene la caj RM5. Diskaun RM3, alhamdulillah!
Bagaimana hendak memulakan pelaburan emas dgn KFH?
1) Sediakan wang yang mencukupi. Pembelian minima 10gm. Jadi rujuk harga belian KFH pada hari anda nak membeli dan darabkan dengan berapa gm anda nak beli, jadi sediakan wangnya
2) Kene buat akaun simpanan dahulu, utk bukak buku akaun kene mula dengan deposit RM250, ini kerana semua pembelian melalui buku simpanan.
3) Isi borang dan buat bayaran5) Pelaburan ini tiada buku, hanya ada penyata sahaja. Penyata akan diberi ke alamat rumah setiap 3 bulan sekali.
Info lain:
Info lain:
- Tiada caj dikenakan ketika masuk melabur, menjual maupun caj tahunan
- Tiada dividen, jadi pelaburan emas ini semata-mata berdasarkan perubahan harga emas.
- Pertambahan pelaburan hanya boleh dibuat di kaunter KFH, tiada khidmat dlm talian ( online)
Semoga info ini berguna buat kita para pelabur :) Jadi sekarang ni kalau ada duit lebih sudah boleh disimpan di mana-mana instrumen yang pelbagai, diversify la org kata. So sekarang ada Tabung Haji, Unit Trust, Emas yang memerlukan modal yg rendah aja. Nak main saham ( ekceli dah main pon), tapi x untung2 sbb kurang ilmu :p.
Mari kita mula pantau harga emas. Hari ni aku beli RM138.05. Harga boleh dirujuk dr website KFH setiap hari.
6 comments:
mana lagi bank yg ada gold investment? dah siap zakat tak?
Maybank, public bank & osk, zakat x dibayar, pelabur kene buat sendiri. Tq
owh menarik! nanti aku balik kita borak2 pasal ni
aku tgh nak gi aim beli dinar emas second hand lagik.. wakakka , kasi mata berpinau sikit, bawa balik emas dari UK
Fuyoo beli emas dr uk! Kalau ko niaga waffle maker pon sure lauk tauu aidaa
wahh aida bolehlah ku tumpang beli emas second hand tu darimu? kekeke
wow dah untunglah sekarang ni since harga belian hari ini ialah RM146.54 per gram
Post a Comment