Friday, August 28, 2009

Online shopping for baby

Pantang ni kita shopping online je la ye dok? Barang-barangnyer dah sampai kejap tadi. Efisien betol la, baru bayar semalam dah sampai pagi ni.

Sekarang BBstore tengah offer mega sales la kot. So, banyak barang ada diskaun. Ku beli BPA Free Breastmilk Bottles 16 biji dan Snow Bear Car and Home Warmer. Asik belanja barang anak jek...nak gak belanja untuk diri sendiri. Cuma langkah je tak panjang :D

Thursday, August 27, 2009

My written goal ihiks :p

Pelan tindakannya berbunyi begini:

Abg~Boleh tak abg drivekan ayg ke kedai HOI hari pantang ke 38? hihi 'senyum simpul'

Kalau ada rezeki adalah...kalau idok kuih tunjuk ok : p. Sejak kuar MMU ku tak pernah TAK BUAT biskut raya. So tahun ni? kite tunggu dan lihatttt..... erkkkk i love baking lorr

Tuesday, August 25, 2009

Nak nak !

Perasaan meronta nak INI! Nampak gaya tunggu warehouse Fella Deepavali la...elok juga pantang sampai 1 Syawal. Duit tak dibelanja sesuka hati ( pujuk hati je nih :p ). Maaf la kengkawan yang mai bertandang raya tahun ni dok sofa lembik :D

Sofa yg ada sekarang ni dibeli sebelum Mawaddah lahir, masa tu nk pindah rumah baru so bajet tak banyak. Tahu je la nk masuk umah baru kene guna byk duit kan. So terpaksa beli Sofa bajet. :p . Dah tiba masa utk upgrade la kot kuikui

Tambahan...rasa nak beli bengkungmoden ni la...cam bagus jek...

pssstt~handphone ku tak sempat upgrade pon be4 bersalin hari tuh..huhu slamat duit...

Monday, August 24, 2009

3 Ramadhan

Hari ni lepas mandi herba, badan rasa sejuk, sengal-sengal dan pening kepala. Panadol tiada. Yang ada hanya Painkiller, so ku telan jua. Muhammad sangat baik bila Mama tak sihat lepas minum tido, bangun je minum then tido balik. Tak minta dukung pulak. So mama tidur saja berselimut. Lepas tu badan keluar peluh banyak dan badan dah rasa ok. Pelik juga..rasanya badan ni kene demam dek susu badan kot. Susu keluar banyak sekali, breast pad bertukar ganti. B pun rasa berdenyut-denyut. Petang baru Mama perah susu. Pasal breast pad, ni kali pertama Mama beli disposable BP. Huh, mmg tak best langsung aa compared washable BP. Mama guna washable saje la. Dek badan kurang sihat hari ini, Mama ada alasan le tak pakai bengkung hari ini :D

Seperti tahun-tahun dulu, kami jarang ke Bazar ramadhan. Kebetulan tahun ni Mama pantang, so tak dapat masak. Kesian pula tengok menu berbuka suami yang tiada kuih. Mama cakap kat Ayah " sian abang buka puasa tade kuih pon". Ayah kata " tak kesah pon, abg bukan makan kuih sangat". Sebenarnya kalau aku puasa, aku yg sedih tiada kuih. Haha. Ergh...tengok rancangan Shamsul @ Bazar Ramadhan tu, rasa macam-macam nak beli n makan eh. Ish, orang pantang yang tak pose ngalahkan org puasa pulak.

Oh ya mulai mlm tadi, kami dah mula tidur semula ke bilik tidur utama kat belah atas. Rasa lebih selesa. So ni kali pertama la belum habeh pantang Mama dah naik tangga. Naik tangga hanya 1 kali / sehari je. Siang masih dok di bawah. Sebelum ni sampai 44 hari le Mama dok bawah sekali ngan semua anak dan suami.

Saturday, August 22, 2009

Bottle liners?

Tak lama lagi ku kan kehabisan botol susu. Ini bermakna adakah perlu beli lagi botol tambahan atau guna bottle liners?

Terjumpa artikel ini, pendapatnya tak elok guna bottle liners. Hmm... So nak tanyer otai-otai BF kat luar sana, anda pernah guna Bottle Liners ker?

Then, bagaimana caranya nak panaskan susu dlm bottle liners ek? Cuba criter skettt..konfius aa. Btol ker caranya gini: Alihkan dulu dr Bottle Liners ke dalam botol susu dan kemudian baru panaskan susu dalam botol tersebut. Btol tak?

16 days old Muhammad. Nampak tak lesung pipit tu? Sama cam Abg dan Kakaknya. Erk..gambar ni tak terang la...

Friday, August 21, 2009

Ramadhan yang mulia

Ramadhan kali ni, ku kene kuatkan semangat. Sebabnya tak dapat berpuasa dek kerana masih berpantang lagi. Tak dapat bayangkan kalau sampai abeh Ramadhan, masih belum 'kering' lagi, gamaknya sebulan = 30 hari nak kene ganti puasa.

Berbeza dengan saat mengandung Mus'ab dan Mawaddah, Allah dah kasi peluang aku puasa penuh.

Persoalan lain yang dah bersarang kat kepala hotak ialah:
Dapatkah nak cat ruang tamu sebelum raya?
Dapatkah buat kuih raya seperti tahun-tahun dahulu?
Dapatkah nak shopping raya?

Kalau tak dapat, raya sajalah ala kadar. Dah namanya pun berpantang masa bulan puasa. Jadi, kene la ganti ibadat puasa dan solat dengan zikir-zikir ye dok? Sambil tu dia siang hari kita layan la citer-citer TV program masakan yang berlambak! Contoh pagi ni jek aku dh tgk 4 rancangan: Sheila Rusly ngan Artis 9.30am, Aneka Rasa Ramadhan dgn Chef Liza 10am, Citarasa Dato' Siti 11am, Program Masakan Daisy bersama Chef Liza12pm.
Cuba bayangkan, esok baru nak start pose, hari ni dah berlambak program masakan. Esok, start pose, lagi la berlambak program dr Chef Zam, Chef Ismail, Chef Wan etc kot kot. Apeler yg ku bebel ni...

Akhir kata, Selamat menjalani ibadah puasa buat semua kengkawan.

Wednesday, August 19, 2009

Ameda and CD in action

Review on Ameda:
Aku dah start memerah hanya sekali / sehari. So far so good la Ameda ni. Since it's dual pumping so banyak masa save on pumping session.

Sebelum ini, aku hanya gunakan Avent Manual dan masih elok lagi. So boleh la 1 BP letak kat rumah dan 1 BP letak kat pejabat. tapi sesekali yang kat pejabat kene bawa balik rumah juga untuk di sterelize.

Pros:
  1. Cepat dan jimat masa memerah sebab dual pumping
  2. Tak rugi susu. Dulu masa guna single pump, bila perah sebelah B, sebelah B meleleh susu.
  3. Kalau tade elektrik, boleh guna bateri

Cons:
  1. Berbunyi la sket berbanding Avent manualku itu
  2. Berat la sket berbanding Avent manualku itu
To date stock: 24 OZ
Abg tanyer: knapa sebelah dpt byk sebelah sikit? Anda tentu tahu jawapannya!hehe

Kisah CD (Cloth Diapers):

Disebabkan aku ada 6 CD je, so memang tak cukup nak menampung kegunaan Muhammad sepanjang 1 hari. So terpaksa diselang seli dengan lampin kene cuci tu. malam baru guna lampin pakai buang jam 12am keatas. Muhammad banyak la membuang terutama ayor besar. Elok la tu, nak buang kuning dia...


Check up hari ke 12 umur Muhammad


Semalam check up lagi dgn Doc Azam. Minggu lepas dr Ujian darah , kuning dia berukuran 216 dan semalam 218. Doc kata tiada apa yang perlu dibimbangkan. Hanya teruskan penyusuan. Aku dah totally stop makan tablet Ikan Haruan dan Tablet Wanita dr Set Bersalin HPA buat masa ni. Diselang seli juga bagi Muhammad minum air kelapa muda sedikit.

Ni gambo sambil tunggu Ujian darah semalam:

Berat Muhammad: 3.93kg ( naik 600gm dr hari dilahirkan)
Berat Mama: 61kg ( turun 14kg dr hari nak melahirkan, siang 6/8/09 tu 75kg)

Gambar kat atas, aku dah pakai Nursing T shirt size M. Malam dah tak pakai bengkung. Siang masih diteruskan. Tungku pagi dan petang masih diteruskan. Aku nak attack lg 2-4 kg sebelum raya, boleh? Tapi Mama BF ni tak bleh pentingkan diri sendiri kan. Kene makan berkhasiat so dpt hasilkan susu berkhasiat.

BTW, baju raya yg ditempah dah dapat semalam..yahoooo....tahun ni melaram ngan 3 pasang baju je, mawaddah ada 2 psg baju kurung. Ayah ngan Mus'ab gi cari sendiri la Ramadhan nanti :p . Cam biasa kami tade tema warna..kuang kuang . We all colourful!

Sunday, August 16, 2009

Diberi nama....

Ini gambar fresh Muhammad jam 11.36pm pada 6 Ogos yang lalu.


Si kecil ini telah diberi nama Muhammad Muaz. Aku lebih suka memanggilnya Muhammad ;)
Ni gambar die belum dibotakkan:

Sekarang dah botak la....

Thursday, August 13, 2009

Tinjuan di Bhgn Paed .....

Doktor Azam set another appointment to check on the jaundice level of our lil Muhammad.

Hasil check - up umur Muhammad 5 hari:
  • Jaundice: Ada sedikit hasil ujian darah
  • Rawatan: Kerapkan penyusuan badan
  • Berat bayi: 3.45kg ( naik 120gm)
Disini ingin aku kongsikan sedikit tinjauan di bahagian Paed PMC. Keadaan agak sibuk pada hari Selasa lepas dimana ramai kanak-kanak tidak sihat akibat demam, selsema, batuk dan kebanyakkan mereka menggunakan topeng muka. Kesian btol. Memang sekarang ramai yang tidak sihat. Oleh kerana itu sepanjang 3H2M di hospital selepas bersalin, kami langsung tak bawa Mus'ab dan Mawaddah ke hospital menziarah adiknya demi kesihatan dan keselamatan mereka.

Bersama-sama kita berdoa demi kesejahteraan semua. Tips ini saya kira berguna juga.

Wednesday, August 12, 2009

Set bersalin kali ini...

Set Bersalin yang aku gunakan kali ini ialah:

  1. Set Bersalin HPA
  2. Tablet Ikan Haruan beli Online.
Hari ni hari ke - 6 berpantang, dah terasa rimas untuk berbengkung siang & malam dan bertungku pagi dan petang. Tapi dek diingatkan nak slim ( poyoo habeh ) raya tahun ini, ku teruskan jua usaha ini. Hehe :D

Boleh tak kurus tanpa bengkung dan bertungku bagi kes org mempunyai lemak sederhana dalam badan?

Monday, August 10, 2009

Kisah melahirkan Muhammad pada 6.8.09

Hari itu hari terakhir MC sebab Doktor suruh berehat.Memandangkan aku dah bosan di rumah, jadi alang-alang Abang hendak ke Kelana Jaya kerana temuduga itu, aku minta Abang hantar ke LRT KJ dan aku selamat sampai pejabat dengan LRT.

Di pejabat, ada beberapa tugasan penting dapat disiapkan. Appointment dengan Doktor untuk Check Up masuk minggu ke 40 sepatutnya di waktu pagi, tapi aku tukar di sebelah petang.

3.30pm
Check-up di Hospital seperti biasa. Doktor merasakan seperti ada kelainan, jadi dia minta " boleh saya cek bukaan serviks?". Aku yang penakut menjawab " takpelah Doktor, kalau sakit nanti saya datang balik Hospital". Lagipon, aku tak rasa sakit apopon lagi. Sampai G Floor, Abang nak belanja Starbucks, aku setuju. Tapi, yang aku order tu tade yang krim2 tu aa....frust btol la. Apa nama dia ek? Then aku kata kat Abang, barang dapur banyak kene beli, like sayur etc. So, kami decide nak shopping kat Tesco. On the way to Tesco, kami berdua diserang sakit perut ala-ala nak kene cirit. Memang sah sbb Coffe Starbucks ni! Ergh..menyesal minum. Sampai Tesco kami membuang dulu hehe. Masa kat bahagian sayuran, aku dah rasa lain macam. Aku kata kat Abang, jom la balik sbb rasa cam kontraksi sebab aku tengok kat jam ianya konsisten aje. Abang ke toilet lagi sambil aku Q untuk membayar.

5.30pm
Sampai umah, mandi, Solat Asar dan membaca Yassin. Kemudian, pergi ke rumah emak minta sedikit air zam-zam dan salam minta ampun dan doa emak ( in case bersalin). Sambil kontraksi ada datang selang seli, aku masak makan malam bersama Achik. Mudah sahaja hidangan makan malam kami : Ikan Goreng, Telur Masak Kicap dan Sayur Timun.
Jam 7.15pm ada kawan pejabat menelefon berdiskusi tentang kerja penting kami siang tadi. Kemudian aku dan abang makan malam untuk kumpul tenaga. Hihi.

7.30pm
Minum air kembang akar Fatimah secawan dan secawan lagi lalukan dr kepala hingga ke bawah. Asalnya mahu solat maghrib berjemaah. Tapi cancel sbb aku nak solat Jamak Maghrib dan Isya'. Aku berkeras tidak mahu ke Hospital lagi sebab tiada sebarang tanda! Kedua anak sebelum ini turun darah baru ke hospital. Ku baca lagi zikir-zikir panjang dr buku amalan ibu mengandung sambil badan sekejap senget kiri dan kanan. Abg menegur katanya kene pergi sekarang ke Hospital kerana kontraksi datang selang 10-12 minit sekali.

8.15pm
Bergerak ke Hospital. Singgah kejap kat BH Petrol Jalan Kuching nak buang air kecil. Sampai Spital, kami terus ke parking lot , aku tak mahu ke bhg kecemasan sebab kene sorong nanti. Aku nak jalan sendiri. Sampai hospital, kami tatau kat mana Labor Room. Aku soh Abang tanyer kaunter. Kakak kaunter tunjuk kat tingkat 2. Aku buang air lagi kat G floor. Aku lepak-lepak kejap kat sofa bawah sambil borak-borak ngan kakak staff PMC tu. Dia kata dia dah bersalin 6 orang anak normal tanpa painkiller. Huh, hebat...

9.10pm
Masuk Laboor Room. Cantik dan bersihnya LR ni! Buang air kecil lagi 2 kali sebelum naik btoi2 atas katil. Misi cek bukaan servix 4cm. Abang menguruskan pendaftaran dan solat Isya' sementara aku layan kontraksi dengan penuh ketenangan. Aku mmg suka misi jarang jenguk, so aku tak rasa ada gangguan.

10.55pm++
Berdua-duaan dengan Abang menahan kontraski nampaknya dah start tak tentu arah. Aku minta Abang bagitau misi aku nak uban tahan sakit tak kesah la apa sahaja! Misi datang dan cek bukaan baru 7cm! Ya Allah, baru 7 cm ...hati berkata. Lama lagi niiii..waduhh. Ada 3 misi berdiskusi dan aku sangka mereka nak kasi ubat tahan sakit sebab kedudukan aku ditukar ke posisi mengiring. Rupanya misi membantu urut belakang dan katanya doktor akan tiba tak lama lagi dan ubat tahan sakit akan diberi lepas bersalin. Waduh...rasa nak menendang amat kuat masa kontraksi paling ganas.

In between masa Doktor belum sampai, aku dah meneran sebab dah tak tahan. Terlalu kuat rasa nak meneran yang datang secara semulajadi. Doktor datang je pakai baju plastik dia dan sarung tangan terus aku meneran. 2 kali teran pertama keluar kepala dan 2 teran terakhir keluar badan. Sampai tak perasan baby dah keluar aku teran lagi kali ke 5. Lahirlah Muhammad Muaz jamm 11.36pm, beratnya 3.33kg. ( Dia paling berat berbanding kakak dan abangnya). Ingatkan dapat tarikh 7/8/09. Hehe tak dapek ler...

Alhamdulillah, kali ni meneran tak lama kejap jek baby dah keluar. Kemudian, tak kene episotomi tapi still kene jahit sedikit sebab ada luka kecik ( ni mesti sebab aku teran masa doktor belum sampai tu). Harapnya cepat sembuh kali ni sebab tak berapa sakit luka jahitan.

Malam ke-2 bersama Muhammad terasa amat perit sebab susu belum keluar banyak. Alhamdulillah hari ke-3 susu dah keluar banyak, Muhammad kerap menyusu dan kerap buang air kecil & besar.

Kesimpulannya aku sangat puas hati bersalin kat PMC berbanding 2 pengalaman bersalin sebelum ini kerana:
  1. Mereka jarang cek bukaan serviks. Aku memang tak suka sebab sakit tapi misi kat sini cek tak sakit la pulak. Syabas! Bukaan aku hanya di cek 2 kali sahaja masa dalam LR. FYI, misi PMC malam-malam hanya India dan Cina shj.
  2. Mereka tidak pecahkan air ketuban. Air ketuban dibiarkan pecah sendiri. I like! So, I never had experince waterbag dipecahkan
  3. Misi kurang mengganggu iaitu keluar masuk labor room. Dia monitor dr luar ajek. Again I like!
  4. Misi urut belakang dan bagi kata-kata semangat pada saat 1/2 jam terakhir bertarung dengan kontraksi. Painkiller sangat tidak digalakkan.

Saturday, August 8, 2009

Terima kasih dan pulang ke rumah..

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan berdoa kepada Farrah dan anak kami, Muhammad.

Terima kasih kepada Dr Idora dan bidan-bidan di labor room Hospital Pantai yang membantu Farrah melahirkan Muhammad secara normal.

Terima kasih kepada Dr Azam, Muhammad's pediatrician.

Terima kasih kepada kakitangan Hospital Pantai yang bertugas di wad pediatrician tingkat 2 dan tingkat 4 semasa Farrah dan Muhammad berada disana kerana memberikan perkhidmatan yang amat baik.

Dan tak lupa terima kasih kepada syarikat yang memberi benefit maternity yang amat bagus kepada Farrah. "Saya Sayang T*" :)

Alhamdulillah, Farrah dan Muhammad sihat. Hari ini dapat pulang ke rumah. Abg Mus'ab and Kak Mawaddah was so happy to see their new sibling and also to see mom again.

-Diman

Gambar terbaru Muhammad pada hari kedua:


Friday, August 7, 2009

Ahli baru..


Alhamdulillah Farrah telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 6/8/09 jam 11:36 mlm secara normal. Bayi seberat 3.3kg. Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

Ahlan wa sahlan, ahli baru dalam keluarga kami. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh yang menegakkan agama dan penyelamat ibu dan ayah di Akhirat kelak. Amin.

(ps: setakat ini nama bayi bermula dengan Muhammad. Tapi penyudah nama masih dalam pertimbangan kerana ada beberapa cadangan :)

Thursday, August 6, 2009

Selamat sampai .....

Alhamdulillah selamat sampai ke pejabat hari ni menggunakan perkhidmatan awam, LRT. Tapi datang lewat, masa orang dah kurang dalam LRT. Aku memang susah bangat mau pandu itu kereta manual, keras + no power steering. Doktor bagi MC sampai hari ini. Nak lebihkan senaman. Nak datang pejabat juga hari ini dan esok :D

Nampak gaya ini baby paling lambat keluar berbanding abangnya Mus'ab dan kakaknya Mawaddah. ok...jom search nama baby lgi...hehe

Wednesday, August 5, 2009

Flashback....

Belum bersalin lagi....5 hari lagi sebelum my EDD. Hanya Allah yang tahu bilala baby nak keluar ni, apapon aku dah bersedia nak di sorong ke Labor Room. Lgpon my medical card already upgraded to SBR, semalam baru cek, I've requested last week. Hari ni dah genap 3 minggu baby dah engaged. My total weight gain is 20kg!

Nama belum diputuskan lagi...pelbagai usaha sedang dijalankan secara 'semulajadi' supaya baby lahir awal sket dr EDD :) . Semua rancangan hanya di tangan Allah.

Imbas semula anak-anak yang bersalin sebelum ini:

Muhammad Mus'ab- lahir awal 4 hari. EDD 8 June 2004. Mus'ab lahir 4 June 2004

Nur Mawaddah- lahir awal 6 hari.
EDD 26 Mac 2006. Mawaddah lahir 20 Mac 2006

Yang ni bukan flashback....tapi angan-angan sebab set sofa kat umah dah lembik!! Dulu memula pindah umah beli yg murah aje ( below 1K) tahun 2006. Emak beli Fella tahun lepas mmg berkualiti betoii aa.

Tuesday, August 4, 2009

Hytex Sales

Jumaat lepas tertiba ku terfikir yang kami tiada stroller lagi. Stroller lama dah beri kepada saudara. Terlintas jugak syoknya kalau Hytex ada buat Sales. Kebetulan, Sabtu pagi tgh browse-browse Internet terjumpa link about Hytex Sales!

Apa lagi hari Ahad lepas Sukan Mus'ab ajak Ayah singgah kejap Hytex yang berapa tapak je dr Padang Sukan tu. Jadi hasil jengukan di sana ialah:

1) Stroller tenderly - new brand, sebiji rupa gini: harga RM120. Ada lagi jenis stroller harga RM100 dan RM60. Abang setuju beli ini stroller. Aku kata abg belikan bila baby dah lahir. Selagi tak lahir rasa tak sedap nak beli pulak..lgpon Hytex sales till 2 weeks, during weekend only.

2) Aku beli new comforter set ini RM20 saje! Our existing comforter set ni dr zaman Mus'ab so rupa dah agak buruks..hihi. So satu bleh letak atas tilam, satu lagi letak dalam baby coat.


3) Baju Mawaddah ~ erkk...mawaddah dah pandai shopping...ni 1st time angkut dia, dia pulak yg memilih-milih mana yg dia berkenan. Siap aku kene letak few helai yg dia dh amik.

Harga RM5 each- baju harian yg kiut

RM10- Dress


4) Baju Mus'ab- 1 Tshirt RM8 + sock RM3..kebetulan plak Tasmanian..no Ben10 ok kat sini..maybe next time punya sales, harapnya ada la...
so bape jek mama belanja...tak byk pongggg
Update on Mawaddah
Semalam lepas muntah sekali lepas balik dr Klinik, aku tak beri langsung susu sampai la pagi ni. So, semalam dia hanya makan dan minum air kosong je. So sejak tu dah tak muntah. Badan ada sedikit dedar-dedar macam nak demam. Lepas makan ubat demam dan muntah, dia baring-baring aje. Harap-harap dia dia sihat hari ini juga.

Monday, August 3, 2009

Agar-agar pandan

Bahan-bahan:
Santan sepeket ( beli dr pasar pagi RM1)
Agar-agar serbuk 1 bungkus
Gula 1 cawan
Telur dua biji
Daun Pandan 5 helai - di blender dan diambil patinya
Air secukupnya - saya anggar lebih kurang 1.5L

Cara-cara:
  1. Masak air, campuran pati daun pandan dan serbuk agar-agar dalam periuk
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula hancur
  3. Dalam mangkuk kecil, pukul sebati pati santan dan 2 biji telur. memandangkan pati santan itu pekat saya tambah lagi sedikit air (anggaran 300ml)
  4. Akhir sekali, masukkan campuran pati santan ke dalam periuk. Tak perlu kacau sangat. Matikan api dan tuang ke dalam loyang.

Terlebih kacau menyebabkan agar-agar tak nampak 2 bahagian lor...Agar-agar pandan ini tidak menggunakan sebarang pewarna atau perisa pandan. Next time, boleh guna lebih sikit daun pandan untuk menguatkan warna hijau tersebut. ;) Kebetulan mak Ndak sekeluarga berkunjung ke rumah hari ni, so adalah makanan hendak dijamu. Cream caramel pulak lepas ni ok tak?

Jalan lagi ke padang permainan..bagi latihan preggy's mom. Gambo Sabtu petang....

Sekarang...teringin nak buat Cream caramel tanpa telur.....erkk....

Hikmahnya belum bersalin lagi...

Mungkin ada hikmahnya mengapa aku masih belum bersalin. Lagi 7 hari sebelum EDD.

Muntah kali -1
Bermula jam 11pm++ malam tadi, Mawaddah muntah kali pertama. Berhadapan TV dan muntah terkene selimut so selimut di campak ke bilik air. Lepas tukar baju dan bersihkan diri ( semua ayah buat) , Mawaddah tidur semula atas tilam dia.

Muntah kali -2
Tak sampai sejam kemudian muntah lagi. Muntah kene tilam dan kene tukar cadar. So Mawaddah dan Mama tukar tempat tidur di bilik belakang no 1.

Muntah kali ke -3
Tak sampai sejam juga muntah lagi, kene lagi cadar. Mama dan ayah sama-sama bukak cadar dan bersihkan Mawaddah. Mama dan Mawaddah pindah lagi...ke bilik belakang no 2.

Muntah kali ke - 4 hingga ke-10
Semua Mama uruskan sampai jam 5pagi ++. Dah tak mahu kacau Ayah sebab Ayah kene keje hari ini. Mama kali ni guna strategi tukar kain batik & letak baldi sebelah Mawaddah. Nak muntah jek, terus muntah dalam baldi. Sian boti tgk dia. Dalam hati Mama berdoa " Ya allah janganlah aku bersalin lagi, aku nak anak aku sembuh dulu". Kali ke 10 muntah tu mama mmg dah tak larat nak ikut Mawaddah ke toilet, jadi dia pergi sendiri, basuh mulut dan kembali ke Mama untuk lap mulut saje. Lepas tu kami dapat tidur tenang sampai Mawaddah terjaga kui 8am++

Muntah kali ke 11
Bangun dri tidur Mawaddah dah lapar kot, so dia mintak susu. Habis je minum susu muntah lagi. Kali ni muntah atas cadar tilam Mama&Ayah. Sekali lagi kene cabut cadar dan segala yg terkene la like sarung bantal dan di rendam. Penuh dah bilik air depan & blkg ngan cadar, selimut, sarung bantal & comforter. Sebelum turun segala mala bantal Mama dah jemur kat panas.

Muntah kali ke 12
Sementara Mama dan Ayah sarapan pagi ( roti & muesli), sekali lagi dia muntah atas sofa pulak. Cabut la lagi sarung kusyen itu. Sian btoi kat Mawaddah. Kami kene klinik dan sebelum itu meninggalkan pesan pada Achik untuk berus bahagian muntah dan cuci guna mesin basuh. Rasanya kene 3-4 trip mencuci sbb kapasiti mesin basuh hanya 5kg. Sib baik la dah ada pembantu, kalau tak mmg Mama dah pengsan kots.

So ubat punggung doktor dah kasi. Mawaddah tiada demam / cirit birit. Hanya muntah. Doktor kata besar kemungkinan bukan keracunan makanan. Semalam pon dia makan biasa-biasa je , all homemade. Sekarang, Mama sedang masakkan bubur untuk mawaddah. Anak-anak sedang berehat. Mama dah pesan kat Mus'ab jangan main aktif-aktif dgn adik sbb adik tak sihat. Mus'ab faham. Dia kata sayang mawaddah. Dia setakat ni main kaler-kaler buku jek.

Ayah dah gi keje. Leganya Mama dapat MC boleh jaga anak tak sihat ;) Tido tak cukup , so petang ni mama dah plan boleh zZzzzZz lepas zohor supaya cukup tenaga esok2 nak kene meneran.

Sunday, August 2, 2009

Sukan Mus'ab di PASTI

Tarikh: 2 Ogos 2009 ( Ahad)
Lokasi: Padang Taman Ehsan
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tghari
Acara yg Mus'ab sertai: Lompat Kangaroo berkumpulan

Pesta sukan ini pertama kali buat Mus'ab. Sebagai pembakar semangat dan kebetulan Mus'ab tade kasut, jadi aku belikan Kasut Sukan Ben 10 ( tiruan you :p) yang bergaya baginya ahaks. FYI, Mus'ab mmg dr kecik tak suka pakai kasut dan sebab tu payah le kami nak beli kasut. Kasut yg ni mmg suka bangat le dia pakai.

Acara dimulakan dengan perbarisan, nasyid dan persembahan murid-murid.
Bergambar dulu dengan Mama, Ayah dan Mawaddah.


Riang gembira sebelum acara bermula. Kumpulan dia 4 orang.
Telling u the truth, Mus'ab lari memang laju...series...cuma ada sorang kawan dia yg agak kurang laju yang menyebabkan mereka terbelakang sedikit...jadi akhirnya dapat no 3. Ok la..dia happy sangat.
Mus'ab dan pialanya! Happy sangatt dia....Kami tak tunggu sampai majlis habes sebab Mama dah tak tahan sangat nak membuang. Kat padang tu tade tandas..so bergerak la kami meninggalkan kemeriahan majlis.
Esok Mus'ab dapat cuti sehari. Boleh la luang masa ngan Mama dan Mawaddah di rumah.

Saturday, August 1, 2009

Izinkan saya berangan....

Aku baru siap masak menu tengahari. Menu kami hari ini dr pagi sampai jam 1pm ni adalah seperti berikut:
  • Mee Sanggul Goreng - sarapan pagi
  • Agar-agar pandan - pencuci mulut
  • Gulai Sardin dan Taugeh Kasar Goreng bertauhu- Makan tengahari

Selagi belum bersalin izinkanku berangan lagi. Aku teringin memilik ini Periuk Kukus Cap Buaya:

Kenapa?
Untuk buat Brownies Lapis Cheese Kukus.

Selama ini ku hanya membuat Cheesecake jenis bakar. Dan jika pengukus diperlukan, ku pinjam emak. Kali ni teringin la nak ada periuk sendiri, lagi senang nak melayan kegilaan ku memasak. kuikui

Lagi satu teringin nak join kelas CMC with Roses Ganache. Lepas baby lahir boleh difikirkan!

Esok sukan sekolah Mus'ab. Ku dah teringin nak buat muffin / brownies untuk di bawa. Tanya pendapat suami dia kata 'tak perlulah...cikgu tak kata pon'. Dilemanya!!

Bosan...petang ni nak balik kampung ( umah mak kat belakang jek ). Nak buat projek jahit menjahit la. :D

Adab dan amalan ibu mengandung

Doa amalan selepas Solat Lima Waktu:


Doa ketika terasa sakit hendak bersalin dan juga boleh diamalkan ketika kandungan berusia 8 bulan keatas:

Yang baik itu sesungguhnya datangnya dari Allah.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...