Saturday, August 1, 2009

Izinkan saya berangan....

Aku baru siap masak menu tengahari. Menu kami hari ini dr pagi sampai jam 1pm ni adalah seperti berikut:
  • Mee Sanggul Goreng - sarapan pagi
  • Agar-agar pandan - pencuci mulut
  • Gulai Sardin dan Taugeh Kasar Goreng bertauhu- Makan tengahari

Selagi belum bersalin izinkanku berangan lagi. Aku teringin memilik ini Periuk Kukus Cap Buaya:

Kenapa?
Untuk buat Brownies Lapis Cheese Kukus.

Selama ini ku hanya membuat Cheesecake jenis bakar. Dan jika pengukus diperlukan, ku pinjam emak. Kali ni teringin la nak ada periuk sendiri, lagi senang nak melayan kegilaan ku memasak. kuikui

Lagi satu teringin nak join kelas CMC with Roses Ganache. Lepas baby lahir boleh difikirkan!

Esok sukan sekolah Mus'ab. Ku dah teringin nak buat muffin / brownies untuk di bawa. Tanya pendapat suami dia kata 'tak perlulah...cikgu tak kata pon'. Dilemanya!!

Bosan...petang ni nak balik kampung ( umah mak kat belakang jek ). Nak buat projek jahit menjahit la. :D

3 comments:

nursuraya said... Reply To This Comment

Sangatlah 'exact' angan-angan.. siap ada 'CAP BUAYA'.. sedapnye brownies... mmm

LiTtLe m3 said... Reply To This Comment

wahhh.. kena harus ada kukus tu.. orang malas masak cam saya pun ada kukus :P buat kukus ikan, kukus kek, kukus pau bleh.. kukus apam walau sesekali je buat :P saya sokong akak beli kukus. yg cap buaya besar cam tu dlm RM60 harganya kat Kluang la KL ni tak tau la... beli sekali berbaloi. mak saya ada kukus sama cam tu dah 34 thn umur kukus tu :D

Farra said... Reply To This Comment

lepas bersalin mmg kene cari ni! srgh gerammmm