Monday, June 29, 2009

Muffin mood lagi....It's Carrot Muffin!

Bahyanya kalau selalu hujan di petang hari..bila hujan jer..mula la ngidam nak makan benda panas-panas. Jadi lepas selesai lipat 2 bakul kain, ku gagahkan diri ke dapur menambah sakit pinggang :p. Sagat lobak pon sakit pinggang tauu hehe

Ok resipi asalnyer dr sini. Ini resipi saya ubah sket jek.

Bahan-bahan:
2 batang lobak disagat
1/2 cawan walnut -potong halus
1/2 cawan kismis - potong halus
1 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula merah ( rasanya kurang manis, so kalau nak tambah gula lebih pon ok)
2 sudu teh soda
2 sudu teh baking powder
2 cawan tepung ( ku guna high protein flour masa buat Pretzel dulu ada lebih..)
Sedikit garam
1/3 cawan susu
4 biji telur

Cara-cara:
1. Pukul gula merah, telur, sedikit garam dan minyak sampai agak kembang
2. Masukkan semua bahan-bahan kering iaitu lobak merah, tepung, soda bikarbonat, baking powder, kacang walnut dan kismis.
3. Bakar ler...

Nota: Sepatutnya tepung, baking soda dan baking powder tu kene ayak dulu. Ni kes mak buyong boleh skip saje :p
Sedang diadun

Sebelum dibakar....

Dah bakar...

Sedang dinikmati bersama seisi keluarga

Hujung minggu depan terasa nak buat Bubur Pulut Merah ( kegemaranku) dan Baked Pasta. Harap-harap rajin! Kalau dah pantang tak makan kan beb....no wonder eh ku naik 17kg :p

Sunday, June 28, 2009

Kain Bedung dah siap baby....

Jumaat petang..dr pejabat ku menyinggah kejap Mydin Selayang nak beli barang dapur. Sempat juga ku menyinggah kedai kain belakang Mydin dan kubeli 3 kain Frankel untuk dibuat kain bedung. Pilihan tak banyak berbanding Nagoya sgt..so jadi la yang ini jek yer:Kain Frankel: RM6.80/meter. 1 meter boleh dapat 1 kain bedung. Kalau kain bedung dikurangkan sket saiz let say 36', boleh dapat kain barut bayi. Saya tak buat kain barut sebab dah ada yang lama...

DIY.....Cara menjahit:
1. Potong kain menjadi 4 segi sama. Saiz yg ideal antara 40' to 36'. Ku punya 40' X 40' kalau tak silap.
2. Kelimkan tepi kain dan jahit lurus menggunakan mesin jahit. Masukkan bahagian yg berbulu tu ke dalam tau sebelum jahit.
3. Cuci dahulu sebelum menggunakannya yer ;)

Ku jahit di rumah emak sebab mesin jahit lamaku dah lama rosak. Masa jahit kat umah emak pagi semalam, emak kasi kain Kapas Corak kotak-kotak ni padaku. Dia beli 2 meter long time ago konon2 nak buat buat skirt dok umah, tapi dek sibuk sangat tak buat jugak. Jadi, cucunya la yg melaram eh ;)
2 kain bedung dr Kain Kapas Corak Kotak-kotak. Tima kasih Emak ;). Proses menjahit , sama cam di atas.

Baby kali ni ada 5 kain bedung untuk digayakan. Nak cuci dulu...tumpang lalu.....

Jahit DIY ni memang jimat la....kita jahit kelim tepi kelima kain ni pon tak sampai 1 jam.

Next Kelas Tudung DIY akan diaanjurkan oleh http://jvcynosure.blogspot.com/. Sesapa berminat boleh hubungi Sis Yela terus ok. Kelas pada 4 Julai 2009, jam 10 pagi hingga 2 petang.

Friday, June 26, 2009

wakakakak



sakit abdomen aku tergelak besauuuu tgk gambo kambing telekomunikasi niii

wakakaka

ceria kan hari ni? kenapa eh???? entah lerrrrrrrrrrrr

benci kat cukai kan? kan.....

Yahooo..alhamdulillah.....komisen Streamyx dah masuk dlm slip gaji. eh kalau gini sure kene tax! Btol tak kengkawan?

Tax sy dlm slip gaji:
  • PCB-RMxx
  • Cukai tambahan-RMxx
Zakat bulanan saya- RMxxx

nyampah sgt kat cukaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. kenapa ada cukai tambahan? Hutang LHDN kat aku RMxxxx pon tak dpt lagi.

Thursday, June 25, 2009

Bila mengidam...

Dalam hujai renyai-renyai semalam..jalan agak sesak..aku memandu sambil menahan sedikit kesakitan di bahagian abdomen ..tahu sajalah kereta manual....

Tiba-tiba kepala otak teringat macam-macam termasuk la makanan...tetiba terfikir sedapnya kalau dapat makan muffin panas...tak semena-mena ku singgah kejap kedai barang kek di kepong dan beli 500gm plain muffin mix

Sampai di rumah hampir 7 mlm..belum mandi, terus ku siapkan makan malam dahulu. Lauknya daging masak kicap dan sayur goreng. Daging di biar atas api kecil bangat sambil kunaik mandi & menunaikan solat.

Selepas solat, ku buat Muffin 2 perisa: Bluberry dan Coklat.


Jam 8.45mlm suami sampai rumah, dan kami semua dapat menjamu selera nasi & muffin. Aku paling gembira sebab dapat makan mufin panas 3 biji. Ganaskah? Baru lepas makan nasi, makan muffin pulak....Benarkah istilah ' mengidam' itu wujud? entah la laboooo....

Hari ni menahan sakit lagi abdomen..jem gile nak ke pejabat. Keluar umah jam 7 pagi & sampai pejabat jam 8.30pagi! Yang pasti ku kene bayar parking atas bukit dengan bayaran RM6. Lari aa bajet hari ni ahaks :p

Ni model iklan Muffin Mama :p




BTW, I lepas bersalin je nanti tak sabo pulak rasanya nak beli Bottle & Babyfood Warmer. Dah survey , enjoybreastfeed.com paling murah! RM127.40 je. I takmo amik with Sterilizer sekali sebab dah ada, warmer je lom ada.

Sesapa yang belum pernah ada Sterilizer & Warmer, I think Little Bean Sterilizer and Warmer Combo Pack nu mmg murah disini .

Wednesday, June 24, 2009

1st dine out @ SF

Tak boleh amalkan selalu..cepat 'kayap' ahaks :p . Next time kita buat tempat bajet sket..asalkan boleh bersosialan dan bergosipan :D. Yati takpe la dia dpt giveaway K. Elin..eheh ..btw, tahniah Yati.
Ku makan Chicken Lasagna tu...

Alamak..ada 2 benda lupa buat:
1) Tangkap gambo Semah & Ijjah yang tiba lewat
2) Tangkap gambo prize giving ceremony from K. Elin to Yati ihiks :p

Apa punya photographer maaa.....tak puas borak laa ( bukan gosip okey )

O' ooooo..kain bedung

Setelah kususun barang-barang baby..yg pasti satupon yg tade ialah kain Bedung. Now I remember kain bedung sume diberi pada sepupu lepas kelahiran Mawaddah 3 tahun lalu. Oh ya, aku masih mengamalkan tradisi Bedung ini ya, lama baby tidur, boleh mak pantang beronline :p ( hish..ke situ pulak di fikirkan!)

Sekarang sedang memikirkan samada :

1) Nak buat sendiri kain bedung. Bermaksud, saya kene gi beli kat Nagoya etc, then potong then jahit tepi sket. Persoalannya, minggu ni minggu ke 33. Banyak lg nak kemas..weekend ni penuh kenduri kahwin. Sempatkah?

ATAU

2) Beli sahaja yang dh siap di sini. Comelkan?

Apa kata survey?
Jika no (2) menjadi pilihan, corak manakah pilihan anda? Banyak lg dalam laman tersebut, saya tertarik dengan corak no 36. Harga RM15/each. Eh I tolong promosi pulak ..hehe

Sunday, June 21, 2009

Update II: Menyambut org baru ;)

Ni sambungan cerita I persiapan untuk menyambut orang baru ;)

Proses memilih baju lama Mus'ab/Mawaddah dr Kotak Toyogo untuk adik. Kotak tu pon dah berhabuk sbb letak atas almari tapi baju-baju masih bersih kat dalamnya.

Setelah dipilih, inilah baju yang bakal adik warisi dr Abang Mus'ab.
Setelah selesai proses 'pemilihan' ternyata baju anak lelaki sangatlah sikit berbanding baju gals. (Boleh la no 4 nanti baby gals pulak ihiks).

25 botol untuk persediaan mengumpul stok susu badan:
Ini termasuk lama dan baru. I believe banyak lagi yang MIA dalam rumah ni. BTW, mama dah standy bottle liners juga.

CD dah ada 2 saje setakat ni. Ni dah beli lama hujung last yr kot..Kita kumpul sikit-sikit dulu...

Alhamdulillah..so far yang settle:
  • 1st check up @ Hospital finally done last Thurs. So at least kalau nak terberanak awal dah ada rekod di PMC.
  • Beg untuk ke hospital
Yang belum settle: nama anak :D

Eh ni pon persediaan jugak..persediaan nak masak dengan mudah. Bukak siap siap kulit bawang merah & putih untuk guna seminggu. Sebab perut dah besar, pinggang dah sakit kalau masak lama-lama. Harapnya ia mudahkan kerja memasak selama seminggu.
Happy Father's Day to my heroes:
  • Abah~Hj Abdul Rahman
  • Ayah~ Hassan
  • Suami tercinta~Sudirman Hassan
Happy Father's Day also to all papa in this universe ;).

Thursday, June 18, 2009

Khamis Malam Jumaat

Ni kisah khamis malam jumaat:

Hari rasmi saya tidak memasak utk makan malam :p

Disebabkan oleh:
  1. Selalunya hari khamis, hari ke 4 kerja badan dah agak letih
  2. Ada 2 pasar malam berhampiran samada di Tmn Ehsan @ Jalan Kuching. Selalunya Cik Abg je tolong belikan
  3. Panjang sket masa nak tadarus, sbb takyah rushing nak masuk dapur
apa la ibu boyot ni mengarut malam-malam gini. Jap nak email sket few clients then moh tido la :p

Satu lagi pencapaian! huhu

Nak citer satu kejayaan besar diriku ahaks

Hari ni berjaya meninggalkan sebentar tugasan pejabat untuk membuat temujanji pertama dengan Doktor di Hospital Pantai pada usia kandungan 32 minggu dan 3 hari ( lebih kurangnya) . Tapi keadaan agak rushing kerana kerja berlambak..kuar dr pejabat sedikit lewat..kurushing mencari parking di Spital...sampai ke Spital masih menerima panggilan isu-isu Customer Service.

Apapon I'm happy with this achievement. So far, baby is estimated at 1.9kg. My latest weight 70.8kg. Next appointment will be on 9 July 09.

Kerja berlambak. Aku kini kembali ke pejabat untuk bekerja keras demi T*. So, abang I'm not afford to take MC ;)

Sikit info: Dr I tu sangatlah lembut orangnyer contra la ngan diriku..tak dapat bayangkan ku kan bersalin dengannya nanti..cemana agaknya keadaan dlm labor room :p Oh yaa..hospital itu sungguh bersih, tenang dan nyaman hehe

Aktiviti masih biasa...

Sakit pinggang memang la sakit pinggang...berat badan kan dh naik 16kg :p. Kebanyakkan aktiviti masih berjalan seperti biasa dengan sedikit adjustment hihi..antara aktiviti:
-
-
-
-
-






1) Shopping tudung raya @ Jakel :p

4 warna plain ni emakku kirim. Yang 3 warna di atas termasuk diriku punya :p Ni kes Anak Borek, Mama Rintik. Ku hadiahkan 1 tudung DIY labuh warna hitam kat emak.dulu ..now dia suka sangat dan terus kirim warna lain. Harga sales RM18.90/meter~Lycra Plain.

Lycra Corak ni utnuk diriku. Harga Sales RM15/meter.

Apapon mmg rambang mata dok tkt 2 jakel mengadap kain-kain Lycra yang berlambak itu...waduh..kene baca doa banyak-banyak. Ku pergi lepas abeh OrenBijak kui 5.30pm. Sanggup gi tu walaupun kursus habis lambat :p. Bak kata Cik Abg " Sanggup tu merempuh jem ke Jakel" ahaks :p

2) Masak - memasak

Insyallah setakat ni masih larat memasak dengan minor adjustment iaitu banyak duduk. Maksudnya saya duduk atas tikar masa potong sayur , kupas kulit bawang etc. Dan sekarang ni hari biasa masak satu lauk je tapi lengkap segala khasiat ( sayur masuk sekali). Contoh:

Isnin- Sup tulang dengan kentang dan lobak
Selasa- Asam Pedas Ikan + Sayur bendir
Rabu- Nasi goreng Cina (gambo bawah :p)


Mus'ab 1st day at school (lepas cuti sekolah :D). Ayah & Mama amik cuti you..dia pon excited. Mawaddah lagi la excited. Hehe

Tuesday, June 16, 2009

Wowie..menang contest Seiras Wajah


Hari ni aku ke Kursus Oren Bijak di sebuah Hotel dkt Pudu. Alkisahnya memang kubawa Netbook Acerku bersama Celcom Broadband konon-konon kalau nyempat nak mengupdate clients yang dividen depa dah masuk. Nyempat je online, baru teringat sure UmmiQis nak umum nama pemenang. Jadi, ku ambil kesempatan membuka blognya dan rupa-rupanya kami menang tempat pertama Contest Seiras Wajah. Syukur alhamdulillah

Tahniah juga diucapkan kepada pemenang ke-2 Niza & Damia.
Dan dengan ini saya mengidam untuk memilih hadiah One Drop Perfume set 3 ini ok Yan? TQVM sebab anjurkan Contest ni...first time masuk ni tak sangka plak bleh menang. Rezeki baby kot.

Apapon syukran syukran syukran to Yan dan semua para pengundi kami:

Dan kepada pengundi dikira hantu sbb tade blog n tak dikira pon macam: Kak Ina & Pija ;)
Maaf la jika ada nama voters yang tertinggai...pls drop me comment ok. tq tq tq very much ;)

Monday, June 15, 2009

Bilik Pantang Makeover

Before:
After:

By delaying my dream handphone, I got this. Berbaloikan? The price is very much lower than I budgeted. Berbaloi juga buat ngan kontraktor melayu, Alwi as recommended by si kembar Aida & Aini :D. Semangat gituu nak berpantang buat kali pertama di rumah sendiri.

Aku tak habeh lagi susun barang baby baru antaranya baju mus'ab lama umur kurang 1 thaun nak dipindah ke almari baru. Yang lain-lain dah settle as below:

1) Susun barang-barang selain baju. Antaranya:Ameda Breast Pump, New Born diapers, Disposable Breast Pad,Nappy Liner ( dr zaman Mawaddah), baby wipes, facial cotton, bedak, shampoo, etc. Barang mama yg dah ada hanyalah Losyen Halia nak letak kat perut.
2) Proses pindah baju lama Mus'ab & Mawaddah supaya almari baju mereka tidak serabut :D. Rasanya ku salu buat sekali dalam tempoh 1-2 tahun.
Boys clothes~bekas hijau. Gals clothes~bekas merah.

Whatever it is..2 days weekend ni kami mmg produktif betoi mengemas umah tau. Oh ya dah tak guna khidmat maid hujung minggu tu sbb dia buat tak bersih sangat. Biarla mama preggy buat lagi puas hati hehe. Will updates next week actions plak. Rasa cam nak beli tilam saiz Q yang biasa & ringan la...Ok la FYI, I'm currently away from office for 3 days! Today cuti ganti Last Mon yang kene mai ofis, esok till rabu gi OrenBijak. See ya later.

Friday, June 12, 2009

Kenangan bersamamu kasih...

Berat badan dah naik 16kg. Lihat sajalah..perut dah hampir dekat steering kereta. Nak kuar masuk kete kene lebih berhati-hati. Syoknyer kalau ada driver di saat-saat begini. (bukan hint untuk abang sebab haluan kepejabat kita berbeza hihi). Gambar amik semalam masa OTW home.

Aku sedang menikmati saat akhir keretaku ini bersamaku. Tahu sajalah..Xchange Program kene bagi ini kereta sama itu Proton. Banyaknya kenangan bersamamu....
  • Kereta ni ni menyaksikan aku bercintan ngan suami dr zaman MMU dulu sampai ke peringkat honeymoon, beranak 1 dan beranak 2 , mengandung anak no 3 ;)
  • Outing hujung minggu ngan kengkawan dulu kat MMU..gi Mali la..gi Mines la..gi IOI la.. ingat tak korang?
  • Kete yang bawa aku ke UIA sampai aku berjaya siapkan Master of Mgt dan mendapat Anugerah itu.
  • Kete yang bawa aku gi amik exam Unit Trust sampai aku lulus dah kini mendapat lebih 50 org clients
  • Kete yang bawakan T shirt Muslimah setiap kali aku gi amik stok baru
Dan banyak lagi la..tak mungkin kumelupakan jasamu dan baktimu padaku, keluargaku, rakanku, clientsku . ihiks :p

Aku dah lama ada voucher RM30 JJ. So semalam mmg nak lepas gian lepas koje ku menyinggah ni JJ Kepong dan dapatla sepasang baju Preggy baru. Mengandung kali ni bukan banyak baju pon aku beli. ( konon2 nak justify la ni ahaks).

Kat JJ Kepong ada Handphone Fair. Berlambak a offer. Ni antara offer dr 1 booth tu. Semah ( sifu ITku), cuba tgk ok tak offernyer? Ni belum diskaun tau. Cam Nokia 5800 tu kalau cash bleh kureng sampai RM1250. Aku minta kurang jugak rege E71..dan beza rege E71 & Nokia 5800 tak jauh sgt. Ni sume ORI..no AP okeyyy

Nak delay lg tak gratification? hehe


Mini iPhone ni pulak depa juai RM350 jek. with 1 year warranty. singapore made.

Thursday, June 11, 2009

Dah jadi rutin...

Sebelum keluar rumah, gi dapur dulu, potong buah masukan dalam bekal, bawa ke pejabat. Hariku dimulakan dengan buah. Tak kira buah epal, orange, epal hijau atau pear.

Semalam epal dan orange. Kadang-kadang lebih lebih 1 biji/hari. Hari ini hanya bawa epal sebab orange dah habis.
Ada sedikit kaitankah dengan ~ an apple a day keeps the doctor away? Kesihatan nikmat paling mahal kan? Kita usaha yang terbaik. Minum air kosong pon kene banyak setiap hari. Ini pon dah jadi rutin. Bagaimana anda menjaga kesihatan? ihiks

Lagi satu, kat sini senang nk makan..ada adik bujang rajin masak everyday & jual kat pejabat. Murah saje..RM1/bungkus..everyday lain2 menu. Selasa: Nasi Grg, Rabu: Nasi lemak, Hari ni:Mihun grg ( gambar bawah). Bukanlah promosi apa. Saya mmg tak bleh tgk orang rajin..kagum sgt dan sangat menyokong!

Awal masuk opis..cam biasa amik tahu berita Perniagaan dulu! hehe

Wednesday, June 10, 2009

Father's Day Contest


Nak join kejap Father's Day Contest anjuran MamaTisya.

So, nak penuhi dulu syarat2nya seperti berikut:

1. Add blog MamaTisya di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER MamaTisya serta upload FATHER'S DAY CONTEST as a banner di blog anda.
Done tq :)

2. Buat entry khas ngan tajuk FATHER'S DAY CONTEST & upload gambar anak anda bersama ayah/daddy/bapa/babah/walid/abi/papa masing2. Sertakan perkara2 berikut:
  • Nama ayah & anak
  • Umur anak (tiada had umur )
  • citer la skit psl gmbr yg dipilih dan dh ada plan ke nk celebrates kt mn?(kalo ada, sila nyatakan)
(P/s: hanya 1 gambar shj tp jika anda mempunyai ank lebih dr seorang so bole ltk lebih means kalo ank 2 org so 2gmbr dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 ank skaligus..cthnye kalo ada bb kembar ke, ada ank 5 ke...camtu la maksudnya)
Done tq. Tgk bawah tu :D

3.Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke MamaTisya
(no link back will be disqualified).
Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.
Done tq ;)
Nama ayah : Sudirman Bin Hassan
Nama anak: Muhammad Mus'ab Bin Sudirman

Umur anak: 5 tahun 6 hari

Lokasi gambar dan mengapa ia dipilih: Dalam Kereta Kabel Langkawi , ketinggian tidak pasti. Gambar dipilih kerana Ayah seronok belanja Mus'ab naik Kereta Kabel. Mus'ab suka sangat sebab kali pertama naik. Jadi, dua-dua tersenyum kegumbiraan hehe

Nama ayah : Sudirman Bin Hassan
Nama anak: Nur Mawaddah Binti Sudirman

Umur anak: 3 tahun 2 bulan 20 hari

Lokasi gambar dan mengapa ia dipilih: Atas kolam buaya terbesar di Taman Buaya Langkawi. Maunya Mawaddah tak gerun..sebab tu la Ayah kene dukung walaupun Ayah penat. Tapi Mawaddah ada hati lagi nak tunjuk buaya mana yang dia berkenan tuhhh. Jangan risau ya jika anda berjalan di atas papan tersebut, keadaan masih kukuh. Insyallah tak jatuh kolam buaya :p. Kalau lompat lain ceriterrr

Celebration?

Saya plan nak belikan hadiah dr sini jer ( larat ke nak gi & ntah bila :p) ..then memandangkan perut dah besau, nak celebrate kat rumah je buat la makanan spesel sket ihiks :p

Agak-agak mesti jadi antara peserta akhir ni..sat lg kui 2pm dah nak tutup. Harap penganjur terima yer ;)

32 weeks pregnant!

My original EDD : 10 Aug 09. I'm still stick on it whenever people ask especially colleagues and bosses.

My lil boy ~scanned on 12 May 09.
My lil boy ~scanned yesterday, 9 June 09.
Based on this latest measurement, the EDD is moved forward approximately 3rd Aug 09. The head already in downward position. I still pray that I will be delivered at least on final week of July 09 / 1 st wk Aug 09. Baby, I know you are a good boy. There are still few things to do before confinement commence.

Yesterday, doctor took again blood to check on hemoglobin level,Thalassemia and sugar level. This due to my last blood test shown my hemo 9.9 ( normal 11.5), relative diagnosed Thalassemia ( which is Abir) and this check up i gained 5kg! --> no wonder I walk slower hehe. Nak insaf makan Donut beb!!!! ihiks

2 weeks school holidays is very stressful for me. Only 1 day leave approved. The rest rejected. I even let the tears out few times in front of my laptop at my own cubical. Working in Customer Service is like 'on call' doctor. Other peoples on MC/ Holidays and I've to sacrifice mine for the company since I'm healthy compared to other friends, alhamdulillah! Thanks Allah.

BTW, I've called Dr I for appointment. It seems that her schedule also very packed. The only available date is on next week Thurs in which the same day I'm required to attend important meeting @ TTDI. I'm going to nego with boss since Pantai Hospital is just near to the office. In add, the doctor's assistance shocked when I said this is my first appointment at Hospital + I dont have any medical record there + 32 weeks pregnant!

So other mommies, bila dah 28 weeks tu pergi la cepat2 ke spital okeyyyy ;)

This week target to pack the hospital beg okeyyy.

Monday, June 8, 2009

Mus'ab's Birthday & citer sampingan ;)

Jumaat

Ke Puspakom dulu bawa kereta utk checking scrap. Next week dah bleh book car under Proton Xchange program ( kalau tak bz). 2 brader tegur, eh takkan nak buat scrap, cunted lg kete ni? huhu
Then hantar borang clients di PM Damansara dan terus gerak ke utara. Perjalanan lancar.

Sabtu

Memula ke kenduri Asri di Sg Petani. Kemudian ke kenduri Khairudin di Lunas. Hanya sempat jumpa Husna. Ajon&Huda dah balik. Yang ada persamaan di kedua-dua kenduri, pengantin keluar lambat haha.

Then singgah masjid utk solat dan shopping sket brg nak sambut Birthday Ab. Last sekali amik kek dan terus pulang.

Kek ditempah dr Kak Ana. Sedap...sesapa yang dok sekitar Kulim, silalah order ngan Kak Ana tau. Mus'ab happy btoi ngan Kek Ben 10. Ayah pon interframe sbb Birthday dia 27 Mei lalu. Mama lom sempat beli hadiah..series bzzzzzzzzz. Koleksi Ben 10 Ab sekarang: 2 CD, baju, spender, jam tangan & wallet. Dia ada cakap" Mama, beg Mus'ab pon kene tukar". pandainya...beg tu dah masuk tahun ke-2 guna. Tapi elok lg.

Kak Ana kasi tambahan 4 biji cupcakes...FOC tau :p TQ TQ TQ
Layan je la gambo. Birthday party tangkap muat. Kami ambil kek jam 5pm. Then beli satey, murtabak, popiah grg & air botol kat pasar malam. Sampai umah terus susun semua makanan dan apa lagi...nyanyi & potong kek.

Tak cukup korum...tapi yang ada dah memeriahkan suasana...Tok, Uwan, MakLong Paklong, MakLang PakLang, Mak Ndak, Mak Teh, Makcik Husna, Paksu, Aufa, Abir, Mumtaz, MatZain, Pak Sumi.

Yang tak balik kg hanya Mus'ab punya: MakNgah & PakNgah sekeluarga, PakTam & MakTam sekeluarga ( tgh pantang baby kat bawah tu)

Ahad


Ke Sg Petani semula ziarah anak menakan baru lahir 24 hari ..kami konvoi 2 kereta. Susah nak ingat namanya. Petang gerak dr Kulim lepas Asar dan selepas melalui kesesakan lalulintas, kami selamat sampai jam 12.15am++

Dan hari ini mengikut sistem, saya bercuti. Tapi cuti kukorban demi syarikat. Terasa beban kerja dah semakin bertambah. Ku menabahkan diri....

Teruskan undian anda! SW039 tauuuu..suspen aa..15hb baru nak tutup undian.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...