Showing posts with label confinement. Show all posts
Showing posts with label confinement. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Menu ketika berpantang siri I

Disclaimer: Menu berikut sekadar perkongsian dan tidak semestinya sesuai mengikut badan individu tertentu dan mungkin bertentangan dgn adat/pantang larang tradisi/keluarga sendiri

1) Sawi, Lobak merah & Lobak Putih masak lemak


Bebahan:
Sawi, Lobak Merah, Lobak Putih, Bwg Merah, Bwg Putih, Halia, Santan cair, Garam, Sedikit Halba ( nak tambah susu badan & optional)

2) Breakfast: Bihun Grg Lada Hitam
Bebahan:
Bihun, Bwg Putih, Bwg Merah, Lada Hitam, Lobak Merah, Isi Ayam, Kicap, Garam


3) Sup Tulang

Bebahan:
Tulang, sup bunjut, halia, bwg putih, bwg merah, lada hitam, garam. Daun sup dan bwg grg sebagai hiasan

4) Ikan Tenggiri Grill
Bebahan:
Ikan Tenggiri, Tepung Gandum, Serbuk Kunyit, Lada Hitam, Garam, Air

5) Sup bebola daging dan sayuran

Bebahan:
Bebola daging, halia, bwg putih, bwg merah, lada hitam, garam. Aku guna homemade bebola daging yg dibuat Sabtu lps. Resipi disini.

6) Pegaga masak lemak lada hitam

Bebahan:
Pegaga, halia, kunyit hidup, lada hitam, santan, ikan bilis, garam.
Ni mak masak.


Nota:
  • Sawi-makan hari ke 20 keatas
  • Lobak merah-makan hari ke 30 keatas
  • Bihun - Makan hari ke 30 keatas
  • Semua laukku di masukkan lada hitam
Tips memasak yg mudah dan senang:
1) Stok barang basah ie ikan, daging etc di bersihkan dan di pek dlm tipuware on weekend. Dah bole rancang menu seminggu.
2) Bahan rempah dah blend sesiap dan di pek kecil. Begitu juga dgn santan. Rujuk gambar di bawah

Kiri : Halia, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Campak je dlm masakan sup, masak kurma atau kari
Kanan : Santan pek kecik kecik

Friday, February 11, 2011

Berpantang sendiri: seronok atau tidak?

Seronok jer

Banyak kelebihannya, antaranya:
1) Banyak privacy. Tahun lepas ada maid, pepagi buta die dah nyapu sebelah tilamku. Huh! Terganggu tido sesangat. Dah la malamnye kite tido tak cukop..
2) Boleh tidur sesuka hati waktu dan gayanya. Meniarap, seksi etc
3) Lebih tenang memerah susu. Knapa? Sebab boleh sek** juga masa pam. Bila tenang, susu keluar dengan lancar. Even ngan maid yg wanita tu pon aku dulu kene cover2 boop, seganla!
4) Tiada gangguan nak buat apa. Contoh nak blog ker...baca buku ker...sbb kalau org2 tua sure dah kata " jgn baca, rabun nnti..tido aje"

Keburukan ( but no so bad):
1) Mungkin mencabar time nak mandi / masak/ makan. Time tu la baby tetiba melalak. Terbantut mak nak makan. Atau mak makan jugak buat dunno je...kejam ek?
2) Susah nak bakar batu tungku yg berat. Alternatif lain: guna tungku moden :) I like
3) Nak masak air dalam cerek susah, sbb mak kata jgn angkat berat..nanti bentan. Alternatif: Pagi sebelum hubby pi keje die masak air, air panas tu dialihkan siap-siap dalam termos. So kene ada 2-3 termos besau. Takpon sekarang aku masukkan air sket2 ke dalam cerek guna kole.

Ekceli, aku ni berpantang di rumah sendiri tapi ada bantuan mak pada waktu tertentu. Waktunya seperti berikut:
1) Time nak mandikan baby waktu petang, mak datang masakkan air dan tuangkan air. Baby aku mandikan sejak kuar spital. Mak penah gak mandikan 2 kali kot sbb die tringin he he. Tapi start minggu ni aku dah boleh buat sume dr siapkan air.
2) Lauk mak kasi kecuali waktu mak balik kg / gi kelas. Time mak tak buatkan lauk, aku masak campak2 ajek. Nasi je aku masak kat umah
3) Mak tolong jemur baby kat matahari pagi sbb nak buang jaundice
4) Mak tolong jemurkan kain kalau hubby tak sempat jemur. Tapi start minggu ni aku dah boleh jemur kain sendiri.

Aktiviti yang telah dioutsource:
1) Cuci rumah, 2 minggu sekali, panggil org Indon RM60, 2 orang for 3/5 hours, hari Ahad

Suami yg paling banyak membantu bila berpantang di rumah sendiri. Luv u bang . Thanks so much. Aktivitinya:
1) Jaga perihal anak-anak lain, terutama Muaz dr bab mandi, ganti pampers etc. Mama kdg2 je buat susu/mandikan.
2) Basuh baju baby. Semua baju baby dicuci tangan. Mama dah bantu sket2 sejak hari ke -18 ke atas.
3) Masak air pagi2, mesinkan kain, jemurkan kain, tapau food, beli groceries
4) Menyapu umah, lipat kain ( hari ke 3 & 4 bersalin, terbeliak biji mata den :p), etc ..

So, apa yg mak pantang buat selain genyeh baby? perah susu, lipat kain, angkat kain, kemas umah sket2, blogging, fb, layan anak2, marah anak2, bebel kat anak2 dan apa2 je kerja yg ringan.

FYI, my mom's house belakang penjuru umah jek..boleh imagine tak?

Wednesday, February 9, 2011

Air Pati Kunyit

Penah dengar tak? Rupanya cenggini:


Kunyit tu ditumbuk sampai dapat pati, kemudian diminum dengan madu. Mak yg buat dan suruh aku makan. Khasiatnya? Mengecutkan rahim selepas bersalin. Rasanya? Lg OK dr air gamat asli dan air akar kayu. Layannnnn....

Aku dah tanyer doktor, kunyit boleh bawa kuning tak? Dia kata " Tidak" , tetapi Halia "Ya". Ok so dalam lauk pantang halia kene kurangkan , taruk skit2 jek.

Selain Pati Kunyit, aku pon kene minum Air Akar Kayu, pure mak cr dr dalam hutan ngan Mak Teh aku.

Tuesday, February 8, 2011

Tungku ibu & anak


Batu tungku beli dr mamadamia.com. Masa mengandungkan Muaz dah beli.

Sepanjang pantang tiem Muaz, aku guna batu ni sebab masa tu ada maid ( wohoo! :p) , so maid la tolong bakar setiap hari. Batu ni berat. Ibu pantang tak boleh bakar dan angkat. Nanti bentan! btoi ke tidak wallahua'lam.

Kali ni, guna batu ni sepanjang ada bantuan shj di rumah. Maksudnya minggu pertama hubby ada, so hubby tolong bakar. Minggu ke-2 mak datang kejap2 tolong bakar.


Tungku Moden, only RM22 beli dr mudah. Lg murah beli di mudah berbanding outlet lain. Penjual tu hantar sampai opis hubby

Mulai minggu lepas, Khamis, aku dah guna tungku moden je. Tungku ni senang sket, ringan. Jadi ibu pantang boleh buat sendiri, tak nyusahkan orang lain. Cuma panaskan kat letrik few minutes jek. Dek die ringan senang nak letak belakang leher, paha, kaki dan mana2 bhgn badan kamu suke! muahh!

Tungku Bayi

Bukan ibu je ada tungku tauu. Bayi pon ada. Tapi lg jimat sebab buat sendiri.

Cara membuat tungku bayi:
  1. Bebahan: Kain, daun mengkudu ( daun sirih pon boleh) , lada hitam dan tali.
  2. Cara: Macam gambo kat bawah. Lepas siap susun all items cenggitu bolehlah ikat.

Cara menungku bayi:
  1. Onkan seterika, suhu jgn tinggi sangat
  2. Letak tungku bayi kat seterika, dan test dulu suhu kat belakang lengan ibu.
  3. Tungku bahagian perut, belakang, tapak kaki dan anu ( bayi lelaki shj). Buat 3 kali setiap bahagian. Masa kene tungku ni baby senyum2 jek sbb sedap kot kene spa gitu
  4. Tungku bayi tiap kali lepas mandi pagi dan petang

Dr pengamatan aku la kan, dah 3 anak lelaki ni, kalau die bertungku kurang angin masuk. Kalau tak tungku angin masuk, mlm budak jd cranky! Tapi Mawaddah tade angin sgt. Agaknya boy lg mudah masuk angin..ntah la aku pon x pasti. Tak penah belajor kat U pon. Apapon maknya tetap berusaha utk berikan yg terbaik buat anak =)

Tungku bayi dah siap!

Pstt, mlm td Maher tido nyenyak. Maknya segar hari ni , boleh blog pepuas jap :p

Monday, February 7, 2011

minyak cap kopak!

Tak pasal-pasal aku yg jarang guna minyak hangin ni dah mula plak guna minyak angin cap kapak sejak 2 hari lepas.
Mmm agaknye org migrain salu dh geng ngan minyak ni..

Ni sume dek penangan lil Maher yg start minggu ke-2 dia dah suka jaga malam. Seingat aku le, sume anak-anak laki den gitu la rentaknya. Tp dek kerna skrang ada 2 budak yg nangis serentak (muaz & maher), trasa sakit pale x cukop tido ni jd double. Sib baek la leh qada' tido di siang hari..sian ayah x cukop tidoq pon kene p opis. Serik x ayah? Cukop dah 4 org ni yek? Eheh

Series talk, mama dh serik! ( at this point of time)

Smalam terjumpa blog mamakembar3.blogspot.com, perghh lg dasat die jaga 3 anak kembar. Tade maid plak tu. So lps baca blog die, aku smakin tabahhh..chewahh..mcm x biasa plak ada anak kecik yekk?
Published with Blogger-droid v1.6.6

Thursday, February 3, 2011

12 hari

Hari ke 12 aku berpantang, baru nampak hasil susu meningkat dr 3oz ke 4oz per sesi. Semoga hasilnya semakin bertambah-tambah!

Antara perkara yg mencabar dlm tempoh berpantang ni dgn tahap paling mencabar ialah:
1) bertungku 2 kali sehari *
2) menyusu secara ekslusif *
3) mengumpul stok susu ***
4) mendengar pelbagai komen luar ****
5) memakai bengkung *****

Indicator cabaran:
* ~ sedikit
***** ~ banyak

Yep, aku dh 3 mlm x pakai bengkung, sbbnya Maher kuat jaga mlm minggu ni in which die berjaga purata 2 -3 jam. So aku rasa rimas, panas & x selesa. Huhu..alasan baekk x? Takmo la stress..

Apa pula cabaran anda ??
Published with Blogger-droid v1.6.6

Monday, June 15, 2009

Bilik Pantang Makeover

Before:
After:

By delaying my dream handphone, I got this. Berbaloikan? The price is very much lower than I budgeted. Berbaloi juga buat ngan kontraktor melayu, Alwi as recommended by si kembar Aida & Aini :D. Semangat gituu nak berpantang buat kali pertama di rumah sendiri.

Aku tak habeh lagi susun barang baby baru antaranya baju mus'ab lama umur kurang 1 thaun nak dipindah ke almari baru. Yang lain-lain dah settle as below:

1) Susun barang-barang selain baju. Antaranya:Ameda Breast Pump, New Born diapers, Disposable Breast Pad,Nappy Liner ( dr zaman Mawaddah), baby wipes, facial cotton, bedak, shampoo, etc. Barang mama yg dah ada hanyalah Losyen Halia nak letak kat perut.
2) Proses pindah baju lama Mus'ab & Mawaddah supaya almari baju mereka tidak serabut :D. Rasanya ku salu buat sekali dalam tempoh 1-2 tahun.
Boys clothes~bekas hijau. Gals clothes~bekas merah.

Whatever it is..2 days weekend ni kami mmg produktif betoi mengemas umah tau. Oh ya dah tak guna khidmat maid hujung minggu tu sbb dia buat tak bersih sangat. Biarla mama preggy buat lagi puas hati hehe. Will updates next week actions plak. Rasa cam nak beli tilam saiz Q yang biasa & ringan la...Ok la FYI, I'm currently away from office for 3 days! Today cuti ganti Last Mon yang kene mai ofis, esok till rabu gi OrenBijak. See ya later.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...