Thursday, March 3, 2011

Menu ketika berpantang siri I

Disclaimer: Menu berikut sekadar perkongsian dan tidak semestinya sesuai mengikut badan individu tertentu dan mungkin bertentangan dgn adat/pantang larang tradisi/keluarga sendiri

1) Sawi, Lobak merah & Lobak Putih masak lemak


Bebahan:
Sawi, Lobak Merah, Lobak Putih, Bwg Merah, Bwg Putih, Halia, Santan cair, Garam, Sedikit Halba ( nak tambah susu badan & optional)

2) Breakfast: Bihun Grg Lada Hitam
Bebahan:
Bihun, Bwg Putih, Bwg Merah, Lada Hitam, Lobak Merah, Isi Ayam, Kicap, Garam


3) Sup Tulang

Bebahan:
Tulang, sup bunjut, halia, bwg putih, bwg merah, lada hitam, garam. Daun sup dan bwg grg sebagai hiasan

4) Ikan Tenggiri Grill
Bebahan:
Ikan Tenggiri, Tepung Gandum, Serbuk Kunyit, Lada Hitam, Garam, Air

5) Sup bebola daging dan sayuran

Bebahan:
Bebola daging, halia, bwg putih, bwg merah, lada hitam, garam. Aku guna homemade bebola daging yg dibuat Sabtu lps. Resipi disini.

6) Pegaga masak lemak lada hitam

Bebahan:
Pegaga, halia, kunyit hidup, lada hitam, santan, ikan bilis, garam.
Ni mak masak.


Nota:
  • Sawi-makan hari ke 20 keatas
  • Lobak merah-makan hari ke 30 keatas
  • Bihun - Makan hari ke 30 keatas
  • Semua laukku di masukkan lada hitam
Tips memasak yg mudah dan senang:
1) Stok barang basah ie ikan, daging etc di bersihkan dan di pek dlm tipuware on weekend. Dah bole rancang menu seminggu.
2) Bahan rempah dah blend sesiap dan di pek kecil. Begitu juga dgn santan. Rujuk gambar di bawah

Kiri : Halia, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Campak je dlm masakan sup, masak kurma atau kari
Kanan : Santan pek kecik kecik

10 comments:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

lama tak pekena sup tulang

mila.ibunajihah said... Reply To This Comment

antara lauk yang boleh dipertimbang utk masak masa pantang nnti..InsyaAllah, tima kasih farra.

Ina Hashim said... Reply To This Comment

owh akak xleh mkn bihun wktu dlm pantang..ikut mak akak le ni...tatau apa rasionalnya

aida said... Reply To This Comment

Aku takleh mkn lada hitam n halia n jamu masa pantang, anak2ku bf jaundice sampai abis pantang

Farra said... Reply To This Comment

Sharinginfoz, mkn byk2 yer kasi bdn sihat hihi

Mila nk pantang dimana nnti?

K.ina, tu la mil pon x kasi..my mom kata bole lps 30 hari..im ok je lps mkn

Aida, lada hitam panas kan..so aku letak berpada-pada

Abah Yie & Ummi Na said... Reply To This Comment

wah...semuanya menyelerakan :)

hasrul hassan said... Reply To This Comment

Salam ..
menu memang terbaek la. Sesuai gitu.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Hanis said... Reply To This Comment

menu best tuh....

aku pun ok jek semua tuh....cuma berdasarkan anak n0 2..aku kene hati2x makan pisang...ada jenis pisang yg buat aku gigil2x...sampai skarang tau....dahler aku ni buta sikit pasal nak kenal jenis pisang nih...hehehe..

cerita ibu,dia pun camtuh.Nenek blah ibu pun gitu....ala-ala pantang keturunan gitu kannn....hehehe

lain2x alhamdulillah asal boleh telan....

Hany FF said... Reply To This Comment

aah setuju dgn pn hanis. pantang ni ikut badan kita. dan selalunya anak perempuan ikut style ibunya. nak try apa yg boleh dan apa yg tak boleh, jamah dlm kuantiti sikit dulu. kalau badan rasa ok, boleh proceed...kalau tak, pantang la dulu (jgn makan).

mcm hany, berpantang ikut cara my mom style orang perlis la. kalau ikut my mil, tak sesuai dgn badan sendiri. nasib baik my mil memang amat memahami & sporting.

ada yg kata/ orang tua2 kata, makan ni skrg tak rasa apa. nanti tua2 baru rasa. itu takleh nak komen la. mereka belajar drp pengalaman dan pemerhatian mungkin.

farrah, kiter ok jer dgn semua menu ni kecuali bihun (pantang 100days) dan masak lemak tu after 30 days la. pegaga tak pernah makan pulak dalam pantang hehe :)

Farra said... Reply To This Comment

Hanis, iye pisang xleh..mak kata bisa

Hany, 20 hari terawal tu sayur asik pegaga, jantung pisang dan lobak putih..jemu jugakkk eheh