Saturday, May 30, 2009

30 May - 7 Jun : Hytex Warehouse Sale~Preview

Minggu lepas, kami membeli barang di Tesco. Pada mulanya, aku dah amik beberapa barang baby dan letak dlm trolley. Tetiba tergerak perasaan kot-kot akan ada Hytex sales, so lagi banyak bleh jimat. Tak semena-mena semalam terbuka website (ntah tak ingat, konfem bukan S&N), about this sales...jadi jam 10pagi today ku pergi la shopping brg baby with hubby by motorcycle. Kids tumpang umah mak jap.

Ini hasilnya....

I spent only RM132 for 33/34 items ni. Memang jimat sangat. Those items ada yg RM1 like puting susu botol ( utk Mawaddah) & baby wipes, RM3 stokin dan sabun serbuk..baju kids yag puluhan ringgit tu jadi RM5/RM8/RM10. Ni sume jenama like Issue, American Athletics, Princess, Disney, Pooh etc. Ha..susu botol pon dah kumpul juga senang nak store susu badan.

Baju baby gals banyak sangat pilihan dan cantik-cantik. I like this one. Untuk anak menakan baruku yg lahir 2 minggu lepas di Sg Petani ;). Kiut kan?



Suka sangat baju Mawaddah yang ni. Boleh buat baju raya youuu ;)


Yang lainnya Hytex sales kali ni:1) Dibuka 9 hari berturut termasuk hari kerja ( biasanya hujung minggu jek) 2) 1 pintu masuk di buka kat area kilang ( agaknya senang nak kontrol umat manusia yg gila membeli dan jimat workforce)


Ni bilik yang mama tengah kemas. I gonna make a mini makeover before deliver. Apa dia? Tunggu episod akan datang ..... Tak jadi la upgrade handphone nampak gayanya. Ada priority lain hehe. Eh gambar dah lepas kemas tak tangkap pulak. Abang terkejut melihat kekemasannya :p

Yang ini? Tade kaitan langsung aa dengan Hytex sales ni. Tapi ada kaitan sangat dengan ibu mengandung ni...muehehe. Buy 6 donuts Free 3. Takkan tak rembat kan?


Daku dah 30 minggu mengandung! waduh....tak register lagi kat mana-mana spital. Awat degil benor nak amik tindakan ni? hishhh. Makin di tunggu kami keliru la nak pilih spital mana. Dulu kata dah almost decide.

Friday, May 29, 2009

Syabas kepada HDC!

Ku tak suka orang forward-forward email tentang Halal Haram Makanan jika tiada pengesahan yang sahih.

Jadi semalam setelah mendapat email psl Crispy, ku hantar email ni kepada HDC berkenaan isu coklat CRISPY tepat jam 5pm.

Salam,

Mengikut Halal Direktori, Network Food Industries ni masih elok sijil halalnya, LUPUT PADA 30 Sept 2011.

Tapi jika dilihat penggunaan EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI dalam CRISPY, saya jadi ragu-ragu.

Mengikut kenyataan Dr. M. Amjad Khan dr site ni , http://www.7cgen.com/index.php?showtopic=28797&mode=linearplus ternyata E476 tu dr babi.

Mohon siasatan. TQVM
Jam 10am hari ini saya telah mendapat maklumbalas berikut! Syabas HDC!
Salam Cik Farrah

Salam sejahtera dari Halal Industry Development Corporation (HDC) dan terima kasih diucapkan terhadap emel yang telah diberikan oleh pihak cik.

Merujuk kepada pertanyaan Cik, ingin dimaklumkan bahawa Network Foods Industries Sdn Bhd adalah pemegang sijil halal dari HDC.

Di bawah adalah komen daripada bahagian Audit dan Pensijilan HDC mengenai isu produk ini:

1.Snek jenama Crispy keluaran Network Foods Industries S/B dikilangkan di Shah Alam.

2. E 476 yang digunakan di dalam produk ini juga di kenali sebagai PGPR atau Polyglycerol polyricinolete , sejenis bahan pengemulsi yang berasaskan tumbuhan (Castor seeds/soya bean). Ingredien E 476 (PGPR) ini telah mempunyai sijil halal.

3.Produk ini, (Crispy) telah telah mendapat sijil halal dan sijilnya masih sah lagi (1/10/2008 - 30/9/2010).

4.Sebagai pengguna, tiada masaalah untuk memakan snek ini yang dikilangkan di Malaysia/buatan Malaysia kerana ingredien yang digunakan telah jelas dikenalpasti dan jika ada ramuan yang kritikal ianya telah ada sijil halalnya.

5. Setakat ini tiada lagi bukti yang PGPR ini dihasilkan dari sumber haiwan secara komersial.
Kami berharap pihak kami telah dapat membantu pihak cik.


Cik Farrah juga boleh melayari laman web ini
http://www.knowledge.hdcglobal.com/hdc/search.php?id_topic=1 bagi mendapatkan senarai produk atau premis yang telah mendapat sijil halal HDC.

Jika pihak Cik mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman web kami di: www.hdcglobal.com, atau emel kepada kami di refcenter@hdcglobal.com atau berhubung terus dengan kami di talian: 1-800-880-555 pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.


Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.

Halal Industry Development Corporation

5.02 Level 5,

KPMG Tower, First Avenue

Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama

47800 Petaling Jaya, Selangor

MALAYSIA

Tel : 603.7965 5555 Fax : 603.7965 5500

Hotline : 1800-880-555


www.hdcglobal.com

Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. Sebaiknya jangan suka panjangkan email yang tidak pasti kesahihannya. Saya amat benci fitnah.

Ni reply saya kepada HDC:
Terima kasih di atas maklumat tersebut. Saya amat menghargainya. Mengikut pembacaan saya juga ada sumber mengatakan E476 diperbuat dr sumber tumbuhan. Syabas diatas maklumbalas yang begitu segera.
Sebelum ini saya pernah juga menghantar email berkaitan Fitnah Bank Islam. Mungkin saya kongsikan kemudian.

Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu kita sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi. Sesungguhnya yang baik datangnya dr Allah.

Wednesday, May 27, 2009

Contest SEIRAS WAJAH

Tetiba je rasa nak join 'CONTEST SEIRAS WAJAH' anjuran UmmiAbiQis sebabnya ada 2:
  1. Semalam bila K. Faiz tegur mukaku seiras dengan Mawaddah
  2. Tengok blog K Ct join contest ni..so aku pon saja2 nak ikut hihi
Syarat utama dulu...
1. Jadi follower UmmiAbbiQis - done...
2. Add UmmiAbbiQis dalam bloglist - done...
3. Buat entry dalam blog sendiri - inilah dia....

Here we go.....
1. Tempek gambar:

2. Umur anak: 3 tahun dan 3 bulan

3.

**Nama anak : Nur Mawaddah Binti Sudirman
**Tarikh melahirkannya : 20 March 2006
**Apa persamaan kamu dan anak :
  • Kulit cerah-cerah gitu
  • Lesung pipit sebelah je iaitu belah kanan ( tengok atas tu yer)
  • Agak kuat merengek (ihiks)
  • Hidung sama ( tak mancung macam Dato Siti hihi)
  • Suka makan cheesecake dan cheesetart
**Kenangan plg manis antara kamu dan si anak :
  • Solat bersama~cute sbb dia solat di sebelah , solat laju dr Mama, takbirnya kuat dan mulut kumat kamit
  • Basuh pinggan bersama~habis air dari sinki melimpah dan kesudahan Mama kene mop lantai dapur. Pinggan yang dicuci, mama basuh balik semuanya.
  • Dekorasi kek bersama~ banyak krim dimakannya dan banyak pulak soalannya!
  • Mengaji bersama~ cute bila dia jawab "tatau" pada huruf yang dia memang taktau macam "Lam" etc

aduhai..ada hutang tag yg akan kujawab later yer cik mas ;)

Sunday, May 24, 2009

Farra's Pretzel ~langkah demi langkah

Original recipe taken from here.
Mine as below:

Bahan-bahan:

1 paket mauripan
1 sudu kecil gula
1 1/4 air panas

4 1/2 high protein flour ( tepung roti)
1/2 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar minyak jagung

1/2 cawan baking soda
4 cawan besar air panas
1 biji telur ptuih sebagai 'eggwash'
Topping: Badam, serbuk bijan/serbuk kayu manis dan gula

Langkah demi langkah:

1. Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 sudu kecil ke dalam air panas. Biar kembang sampai 10 min++
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam. Buat bulatan di tengah-tengah dan masukkan minyak dan campuran yis tadi. Adun doh guna tangan / mesin kek. Saya guna mesin kek ler..tak kuasa den yg boyot2 ni menguli. Jika adunan terlalu kering, masukkan sikit air.
3. Uli sehingga doh lembut. Sapukan sedikit minyak ke dalam mangkuk lain dan alihkan adunan doh tadi. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda lebih kurang 1-2 jam. (In my case, ia mengembang sampai 3 jam++ sebab lepas siap adunan kami pergi membeli barang di Tesco :D)

Masa untuk twist!
Setelah melihat Video How to Make Auntie's Anne Pretzel, saya pon mulakan cara saya sendiri!

1. Terbalikkan doh ke atas dulang dan ratakan sedikit menggunakan tangan saja.
2. Potong memanjang untuk mendapatkan 1 Pretzel.
3. Uli memanjang di atas meja dan kemudian Twist! ( pandai-pandai sendiri). Atur atas dulang
4. Campurkan air panas dan baking soda dalam mangkuk lain.
5. Rendam setiap Pretzel dalam air soda dan terus susun atas dulang. Dulang tu saya letak dulu Parchment paper supaya tak melekat.
6. Sapu egg wah ke atas setiap Pretzel. Dan hias ikut kesukaan anda!
7. Bakar selama 10 min / sehingga Pretzel keperangan.

Antara gambar yang ditangkap oleh jurukamera yang ku lantik ;)

Campuran yis dan air panas yang dah mengembang
Letakkan campuran yis di tengah campuran tepung
Tutup adunan dah bior kembang 2 kali ganda
Dah kembang terlebih 2 kali

Potong memanjang doh.

Uli jangan tak uli!


Dan siap bentuknya
Rendam kejap dalam air soda sebelum bakar ok dan letak topping

Dah siap bakar. Dapat 13 Pretzel. gemuk aa..macam pembuatnya

Pretzel_Badam
Pretzel_Bijan
Pretzel_Serbuk kayu manis dan gula halus

Kami paling suka perisa Serbuk Kayu Manis & Gula. Yang lagi 2 perisa tu saya nak eksperimen. Memadangkan ini bukan Auntie's Anne, so dipping nya hanyalah Madu. kuang kuang :p

Ini lah resipi Pretzel's Farra lebih jimat dan mampu tingkatkan kemahiran membakar :) . Kos untuk mendapat 13 Pretzel ni kurang RM10 youuuu.

Sekarang masa untuk ulangkaji pelajaran. Sebab esok ada interview session kui 11am di MMC. Before that ada sesi sambutan Hari Guru di PASTI jam 8 pagi. Mus'ab dah beli 2 hadiah untuk cikgunya . Nanti kita bungkuskan

Jom aa shopping T shirt Muslimah Baru di NisaStore! Nursing T shirt muslimah pon ada youuu

Friday, May 22, 2009

Yang lain kali ni....

Serius penat otak. Tapi nak updet sket :D

Mengandung kali ni ada kelainan antaranya.....
  1. Suka makan donut ( secubit pon jadilah) VS anak sebelum ni suka makan PAU. (Eh dah upgrade ke ek) KK Donut tu aku makan sket jek :p Yang lain bawa pejabat! Percaya tak Big Apple and KK ni pertama kali sy beli masa mengandung.
  2. Suka makan Pretzel. Jatuh cinta sangat dengan Auntie Anne's. Ni semua gara-gara Kak Ain yang menceritakan kesedapannya. Dan daku beli di KLCC bulan lepas masa lepas closed a new client. Sedapnyerrrrrrrrrrrrr nyum nyum
  3. Perut tak gatal ( ya allah nikmatnyer, syukur alhamdulillah)
  4. Suami tak pernah teman setiap check up mengandung. Mungkin sampai that actual day! ( kat labor room la tuuuu). No problem la banggg ;)
Yang lain sama aja macam tak muntah, aktif, berat badan naik, kadang2 emosi, dll :p

Ku dah beli tepung roti..nak buat Pretzel...argh tak sabornyer! Ohh..mampukan daku menguli? :p Petang ni sapa join program Tiaranita ? Jumpa di sana...best sekali sekala bersosialan. kamera pon dah bawa youuuu.... lg pon nak jumpa existing client, sign borang next investment. Daku mmg suka sambil menyelam minum ayorrrr

Wednesday, May 20, 2009

KK Donut


It's already 11.33pm. Donut anyone? Hubby bought it from Krispy Kreme, Berjaya TS. It too high of sugar, not good for health okey.

Pernah juga berangan bukak kedai Donut jenama sendiri dengan tagline Healthy and Halal Donut! Ada tak org suka Donut yang kurang gula? I like it! Tapi sebelum tu kene berlatih sampai Donut Lembut Btollll. Malam ni nak mimpilah...

Lagi satu yang kuimpikan sangat: IFP. Lepas bersalin la yer! Kene cari dana dulu :D

Nite! ;)

Tuesday, May 19, 2009

KPI tercapai

KPI set for the whole this week: nak sampai awal rumah dan siapkan makan malam by Maghrib

Alhamdulillah..KPI mama buat masa 2 hari ni dah tercapai. Seeloknya ( jika berkesempatan) dijadikan daily KPI.

KPI ini dilaksanakan gara-gara kali pertama anakku ambil periksa. Jadi, lepas makan maghrib je dok ngadap dia. Stress btoi..bukan dia nak belajor sgt. Malas la nak paksa-paksa. Kita layan je mana yg mampu :D. Terbalik pulak..bab belajar ni si adik, Mawaddah yang rajin benor. Sampai mata Mama dah nak tertutup kat atas tilam pon dia soh Mama baca lagi buku..

Yang lagi best, hari ni Mama dapat jemput Mus'ab dr sekolah tepat jam 5.30pm! sebabnya Mama meeting kat TTDI. So, dapat le balik cepat ( awal setengah jam jek) hehe. Seronok sgt tak dapat gambarkan kegembiraan. Kesian dia selama ni naik bas je balik rumah pengasuh. Ish..bergenang air mata!

Pinggang dah mula terasa sakit...mlm ni Mama msk dinner Nasi Goreng Ikan Masin jek..layan je la kan

Eh hari ni baru Selasa..rasa cam dah hari khamis..ni mesti sbb otak digunakan tahap maksima kat pejabat kuikui

almost decide

Hospital
Semalam dah dengar testimonial dr Kak Ija (thru phone ) yang baru je lepas habis pantang. Dulu dia bersalin di Hopsital Pantai dengan Dr I. So I think I almost decide which hopsital & doctor to deliver this time. Malam tadi dah termimpi bersalin, aku mmg camtu, bila excited je masuk mimpi!

Bengkung
Masa kemas baby coat, I dah jumpa bengkung lama. So tak jadi la beli bengkung baru.

Baby bed set
Haritu berangan nak beli bed set baby baru. Tapi I dah decide tak perlu beli baru memandangkan bed set lama dr zaman Mus'ab masih elok tersimpan.





I ada partner baru dalam Nisastore. Meh tengok.

Monday, May 18, 2009

Blueberry Cheese Tarts!


Blueberry Cheese Tart
Harga spesel hari ni:
RM5.00 for 3 tarts
RM3.50 for 2 tarts

So far Mama dah ada 2 CDs beli dr blog ni jugak. Tengok iklan ni menarik pulak. Nak tambah lagi ke ek?

Friday, May 15, 2009

Pilihan Kain Tudung DIY

Senang btol sekarang ni. Lepas mandi, sarung baju then sarung je tudung. 'TAK PAYAH GOSOK TUDUNG!' ...sangat sesuai untuk ibu / wanita sibuk macam anda dan saya! Sebab itu tudung DIY menjadi pilihanku sekarang. In fact, it increase my productivity!

So, memandangkan ada yang tanya.. pilihan jenis kain / tempahan boleh dibuat dibawah:

CYNOSURE- boleh tempah sekali. Esok I ingat nak singgah umah dia rembat kain. Duit dah bayo :D

SS2 PJ- Best sangat kain-kainnya. Nama cam Zouhua ( ntah tak ingat). Ada kakak ajak gi ..tak sempat la siss...Hany, tolong btoikan ejaan ;) syoknyer kalau gi sama..cuci mata :p

People Textile ( dekat China Town) - paling premium! Tak sesuai dah ngan aku yg Frugal ini.

No 13-15 Jalan Petaling,
50000 Kuala Lumpur ( berhadapan dengan pintu gerbang Petaling Street dan sebelah dengan Pusat Pakaian Hari Hari)
Waktu operasi:
Isnin- Sabtu: 9:30 am – 6:00pm
Ahad dan Cuti umum: 11:00 am – 3:00pm
Nota: tutup setiap Sabtu ke 3 setiap bulan
Website:http://efabric.biz

Kedai-kedai biasa lain: Nagoya & Kamdar ( harga paling murah lerr...)

Saya baru beli 5 kain Jersey pelbagai warna lain. Senang dah ada tailor sendiri. Harga sangat berpatutan!Ini bukan kes suka shopping tapi sebab nak tingkat produktiviti. Banyak masa boleh jimat. Kalau ada pembantu itu lain cerita la.

BTW, masa pantang ni plan nak tempah lauk pantang kat mangkuktingkat jek. Ok kan? takut susahkan emak sbb bulan Ramadhan mak sibuk nak tadarus al quran.

Confirm again..It's a boy. Dah 2 kali scan. Selang seli adik beradik ni. Syok , alhamdulillah . Tak fikir nama lagi..tak fikir hospital lagi...tak kemas baby coat lagi ( macam tongkah pecah)..tak bukak baju-baju Mus'ab kecik dulu lagi..hehe..banyak lg masa..tu sume mmg nak buat, SUATU HARI NANTI :D

TM price 3rd sell 4.0. Nak tunggu lagi. Ekonomi dijangka semakin pulih. Baca sini. Semalam saya shopping lagi PCIF dan PIEF! Shopping bukan utk liabiliti , sy suka :D . OSK trading & CDS akaun dah ready. But OSK188 online still pending approval. Budak baik tu pon dah letih layan aku. Tapi baik la budak tu, elok aku jadikan downline. Apala...aku dah tak sabar nak trading! Beli kereta, of course delay! ;)

eh sapa penah guna Barut Herba HPA ni? ok taks??

Thursday, May 14, 2009

Jadual harian idaman saya

Semalam saya bercuti gantian Hari Wesak sebab nak cuba jadual harian sebagai seorang Perunding Unit Amanah sepenuh masa.

Ini hasilnya:

6.20am- Bangun & Solat subuh
6.55am- Buka laptop dan mula review and update clients investment
8.15am- Buat sarapan pagi seisi keluarga
9.00am- Mandikan anak, layan anak-anak sarapan dan jemur kain
10.00am-Susun atur borang-borang dan gerak keluar dari rumah & hantar anak
10.00am-12.00pm- Urusan peribadi iaitu Urusan Tabung Haji & Ziarah kawan baik, Yana baru dapat baby
12.00pm-4.00pm- Temujanji dengan 1 existing client & 2 prospects
4.00pm-5.00pm- Hantar borang clients
5.45pm-Sampai rumah dengan hati yang gumbira tanpa kesesakan lalulintas & ambil anak. Solat terus.
6.00pm- Mandikan anak. Masak makan malam
7.00pm - Dinner ready
7.25pm- Suami sampai rumah dan tersenyum gembira. Dinner terus
7.50pm- 10.00pm- Selepas solat & mengaji, ajar anak belajar + layan anak-anak ( banyak yang saya dapat ajar mereka, alhamdulillah)
10.00pm++ -Lena diulit mimpi indah

Siapa yang gembira dengan jadual ini? Dan mengapa?
1) Saya aka Mama sebab dapat elak kesesakan lalulintas, dapat layan bebudak , dapat buat sarapan pagi dan makan malam
2) Anak-anak sebab mak mandikan pagi dan petang. Mak sediakan makanan yang sempurna pagi dan malam
3) Suami sebab tak perlu dengar bebelan kesesakan lalulintas, makanan siap awal, isteri mengajar anak belajar.

Saya dapat merasakan a very quality of life than I have plus the enjoy and passion that I gained see my clients' money growing and help them achieve their financial objective. Apa yang ingin ditekankan ialah betapa indahnya jadual ini kepada saya bila saya jadi jadi full time UTC nanti ;) kerana saya dapat keduanya!

Dan pastinya, pelan asal hanya 3 temujanji (yang closed deal ) then di tambah dengan closed deal dari ayah kawan saya yang saya pada mulanya tidak berhasrat untuk close apa-apa. Netbook itu memang sangat berguna kerana ianya ringan dan saya bawa di dalam handbag, jadi sungguh mudah untuk menunjukkan maklumat penting kepada orang lain.

Apapon, PIttikal dan PIEF nak dapat dividen hujung bulan. Cepat ambil tindakan!

Alhamdulillah. Inilah jadual harian impian saya! Aminn

p/s-Ya ampun abang dan anak-anakku, hari ini Mama punya kerja banyak sangat. Jam 7pm, Mama masih di pejabat! Maafkan mama. Mama akan usahakan jadual harian idaman tersebut.

Naikkan semangat

Dari muka surat 21, Harian Metro hari ini. Suka baca cerita usahawan berjaya.... HPM ni kat Jitra youu.

emmm..penatnyer...seharian dah dalam meeting

Tuesday, May 12, 2009

Mother's Day Gift

Gift for myself and it's fully funded from my pocket. It's investment for my business. Sapa nak kasi lorr?

Netbook Acer Aspire One D250. (paid price: RM1460 , original price:RM1499)
Purchased at Lowyat. With gifts: Laptop lock & Cooler.

Specs:
Intel Atom N270 , 10.1 inch, 1024 x 600 pixel displays, 1GB of RAM, 160GB hard drives, and run Windows XP, 3G Broadband capability, 2GB RAM, 160GB HDD, Windows XP Home OS, Wi-Fi, Bluetooth, card reader, 0.3 MP webcam, 3 USB 2.0 ports, VGA Output, Ethernet Port and audio in/out jacks.

VS Acer Aspire One D150.
D150 priced at RM1399 with specs : 1.6GHz Intel Atom N270 CPU, the D250 has a 1.66GHz Intel Atom N280 processor.

On they way back from Lowyat, kepala bengong kejap sebab tak pernah ku menghabiskan wang sampai RM1K above. Btw, malam tadi dah try guna..so dah tak bengong lor. Esok nak guna for meeting 2 prospects and 1 client. Esok saya cuti noooo

p/s-sekarang musim orang bersalin! Memula K.Nita last week dapat baby girl, then semalam 2 kawan saya Yana & Junita dapat baby girl. Eh musim baby girl jugak eh? Tahniah to all mommies ;)

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day

Last month of April 09, I didn't baked at all! Despite of my hectic schedule in Unit Trust Industry, I simply can't resist that baking is still my second passion.

Therefore, this weekend I don't make any appointments to clean up house and bake cake for this Mother's Day.

Here i come...Carrot Moist Cake for the celebration in my mom's house. It's my mom favorite's cake so do us. Abaikan walnut yang I deco tu teroverbake sket :p. Nak buat Baby Carrot using marzipan tak sempat la..

Not forget a set of Carrot Moist Cupcakes for celebration at my SIL's house, K. Ain. Saje je ni ;)
There is another gift that I want to give to my mom but it's still in the making ( tudung DIY! :) , she requested in black color)

Happy Mother's Day mama, Latifah Abdullah & my MIL, Mashitah Ibrahim

Friday, May 8, 2009

Personal Money Magazine

It safely arrived to my office today! nanti I share la isi penting that we should know in BijakRinggit ok.

Btw, ahad ni mother's day eh? Baru perasan bila tgk Blog Yati. So, I plan to bake Carrot Moist Cake. Bulan lepas sebulan oven I tak berasap! Pecah rekod beb..sebab I pecah rekod lain kots..hehe

Happy Mother's Day to all mom in this world!

FAQ ..26 weeks pregnant!

Q1: Next week gonna be my final check up @ Clinic. Doctor definitely will as me which Hospital that that intend to deliver?
A1: Until today..tak decide lagi..masih survey & mencari ;). Mom definitely nak Hospital Selayang....hmmmm

Q2: Kenapa sembelit ketika membuang? Dah tak ingat bila kali terakhir saya membuang dengan mudah. Setiap hari saya makan buah paling minimum 1 biji..pernah sampai 3 biji! Dah jadi habit.
A2: Hikmahnya ialah, sembelit melatih ibu mengandung supaya dapat meneran kuat di labour room. Setiap kali meneran..my law of attraction is " aku mesti teran kuat supaya baby tak kene vakum / forseps"..it really works! :D. Siapa ada jawapan saintifik, boleh kongsikan! hehe

Habit ketika memandu: Makan! tak kira on the way to office / back from office mesti ada benda nak kunyah ..hehe. Sebaik sebelum kuar rumah setiap hari, saya mesti kedapur memotong buah-buahan & letakkan dalam tupperware nak menikmatinya sambil memandu. Oh ya, good way to reduce stress eh? Another way to reduce stress dalam jam, I love to call my clients to say Hi Hi Bye Bye or updates anything yang saya rasa perlu update. ;)

nak bersalin kat mana niiii?

Wednesday, May 6, 2009

Delay gratification..again??

With X amount of money for new car downpayment, I've decided to delay my gratification so that I would use it to make the cash growing further. This is the result after having conversation with my Dad and seeing is really believeing to his success.

Let's see how it will works successfully. Steps that have been taken to achieve that:
  • Download Nexus Chart
  • Open savings & CDS account. The OSK guy called yesterday and tell they will take 3 working days
So excited to start my i-broking very soon! learning..exploring..i love it! This pantang I guess already have the activity.... reading, updating clients, learning fundamental and technical analysis of stock market.

However, I've decided to buy the HP mini 2133 this weekend in Lowyat for my easy i-broking and easy UT presentation / updates to my clients. Insyallah will also drop by Celcom Branch to ask about the Celcom BB staff package.

Pejam celik pejam celik, after 1 year and 2 months in Unit Trust, my clients reached 50. Thank u for your support and trust my dear clients.
See the movement of T* price above? It's picking up! Dare to bit 5.00? ( hanya relevan kepada individu yang belum let go ESOS).

What else can I say about KLCI movement..what go up will go down and what go down will go up ..just like our life. Today it closed higher by 15 points at 1023.96!

Need unit trust consultant? Wanna join my team part time / full time? I will show u step by step. Contact me anytime for appointment / inquiries with regards to Unit Trust. Start ur steps today!

Note: Appointment applicable only up until 15 July 09. I guess after that I deserve rest before delivery.

Bayar zakat melalui Kad Kredit?


Petikan dr Utusan Malaysia hari ini. Dah susah sangat ke nak bayar zakat sekarang ni? Rasanya mudah je ada banyak cara macam kaunter bank & online banking.

Yang menjadi persoalan kepada saya, bagaimana jika individu tersebut berhutang kepada syarikat Kad Kredit bagi setiap bayaran Zakat beliau?. Hmm..nak kene tanyer pendapat Uztaz Zaharudin ni. Hm...apapon, I don't like itu Kad plastik.

Untuk berita belah bawah tu, ha..saya setuju! Zakat pendapatan diwajibkan! What say u my dear friends?

Monday, May 4, 2009

Syukran for the Award

Ingat artis jek dapat Award. Insan biasa sepertiku pon dapat Award, so layan je laaa. Eh sapa penyampai anugerah ni? Terima Kasih yer..bila award fizikalnyer nak sampai?? heheh


Neno's Award dari Kak Nita dan Cik Mas. Korang berdua ni kan..I dah tak tercatch up ur daily updates..ala-ala realtime KLCI updates pulak hehe.

And here go the rules:
1. Letakkan logo award ini di blog anda.
dah..
2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
ramai dah dapat..cemana pulak...

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui “backlink” dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
K. Nita~ kenal dr zaman U. suka baca citer tentang anak-anak
Cik Mas~ yang kukenal melalui alam cyber. entah bila nak jumpa, buat open house jgn lupa jemput :p tapi jgn buat open house atas kapal pulak yer

Friendship Award dari Hanis.
Untuk menerima award ni, perlu lakukan seperti syarat-syarat seperti yg berikut:
  1. Letakkan logo award ini di blog anda.

  2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

  3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. (wahh..saya tak reti nak buat camna yg ni)

  4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

  5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Nak bagi Award ni kepada:

Pengajaran buat kita

Semalam, ketika tiba di kilometer 369.1 dari arah utara menghala ke Selatan berhampiran Exit Slim River tiba-tiba Allah mengejutkan mata saya yang sedang lena-lena ayam.
Kereta kami di sebelah lorong kiri dan di lorong kanan kereta bersusun-susun. Sebuah Bas yang agak laju betul-betul disebelah kami dan mengekori Toyota Altis di hadapan dengan kedudukan yang agak rapat. Hati terus berkata "Accident!". Sah ia berlaku. Ianya spontan, bukan saya mendoakan apa-apa.
Saya terus suruh Abang belok ke kiri untuk memberi peluang kereta belakang Bas belok ke kiri. Bonet Altis tertanggal kerana hentaman Bas dan terus terpusing 180 darjah dan menghentam pengadang besi lebuhraya dan terus menghadap ke arah bertentangan.
Saya menggigil melihat kejadian dan terus menelefon 999 dan terus dapatkan bantuan Polis Tapah. Moga pemandu dan penumpang Altis cedera biasa sahaja. Aminn. Sejak kemalangan tahun 2007 yang kami alami, kami sangat berwaspada terutama ketika hari hujan. Dan semalam hari hujan dr utara sampai ke Gua Tempurung. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Pengajaran:
  1. Keluar awal pada musim cuti untuk mengelak kesesakan luar biasa. Hari Jumaat lepas kami gerak agak lewat iaitu 11pagi dan sampai kampung 6ptg. (penatt)
  2. Cuba elakkan berada di hadapan Bas/Lori besar.
  3. Jangan pandu terlalu rapat dengan kenderaan hadapan.
  4. Ambil lorong kiri jika tidak memandu laju.
  5. Buat panggilan yang tulen sahaja ke 999. Jangan salahgunakan talian kecemasan!

Happy working! Naikkan semangat anda dan kita semua :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...