Thursday, May 14, 2009

Jadual harian idaman saya

Semalam saya bercuti gantian Hari Wesak sebab nak cuba jadual harian sebagai seorang Perunding Unit Amanah sepenuh masa.

Ini hasilnya:

6.20am- Bangun & Solat subuh
6.55am- Buka laptop dan mula review and update clients investment
8.15am- Buat sarapan pagi seisi keluarga
9.00am- Mandikan anak, layan anak-anak sarapan dan jemur kain
10.00am-Susun atur borang-borang dan gerak keluar dari rumah & hantar anak
10.00am-12.00pm- Urusan peribadi iaitu Urusan Tabung Haji & Ziarah kawan baik, Yana baru dapat baby
12.00pm-4.00pm- Temujanji dengan 1 existing client & 2 prospects
4.00pm-5.00pm- Hantar borang clients
5.45pm-Sampai rumah dengan hati yang gumbira tanpa kesesakan lalulintas & ambil anak. Solat terus.
6.00pm- Mandikan anak. Masak makan malam
7.00pm - Dinner ready
7.25pm- Suami sampai rumah dan tersenyum gembira. Dinner terus
7.50pm- 10.00pm- Selepas solat & mengaji, ajar anak belajar + layan anak-anak ( banyak yang saya dapat ajar mereka, alhamdulillah)
10.00pm++ -Lena diulit mimpi indah

Siapa yang gembira dengan jadual ini? Dan mengapa?
1) Saya aka Mama sebab dapat elak kesesakan lalulintas, dapat layan bebudak , dapat buat sarapan pagi dan makan malam
2) Anak-anak sebab mak mandikan pagi dan petang. Mak sediakan makanan yang sempurna pagi dan malam
3) Suami sebab tak perlu dengar bebelan kesesakan lalulintas, makanan siap awal, isteri mengajar anak belajar.

Saya dapat merasakan a very quality of life than I have plus the enjoy and passion that I gained see my clients' money growing and help them achieve their financial objective. Apa yang ingin ditekankan ialah betapa indahnya jadual ini kepada saya bila saya jadi jadi full time UTC nanti ;) kerana saya dapat keduanya!

Dan pastinya, pelan asal hanya 3 temujanji (yang closed deal ) then di tambah dengan closed deal dari ayah kawan saya yang saya pada mulanya tidak berhasrat untuk close apa-apa. Netbook itu memang sangat berguna kerana ianya ringan dan saya bawa di dalam handbag, jadi sungguh mudah untuk menunjukkan maklumat penting kepada orang lain.

Apapon, PIttikal dan PIEF nak dapat dividen hujung bulan. Cepat ambil tindakan!

Alhamdulillah. Inilah jadual harian impian saya! Aminn

p/s-Ya ampun abang dan anak-anakku, hari ini Mama punya kerja banyak sangat. Jam 7pm, Mama masih di pejabat! Maafkan mama. Mama akan usahakan jadual harian idaman tersebut.

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

Seronoknya ada jadual mcm tu....:) i likeeeee

Farra Da Smiley said...

mmg sonottt

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...