Monday, May 4, 2009

Pengajaran buat kita

Semalam, ketika tiba di kilometer 369.1 dari arah utara menghala ke Selatan berhampiran Exit Slim River tiba-tiba Allah mengejutkan mata saya yang sedang lena-lena ayam.
Kereta kami di sebelah lorong kiri dan di lorong kanan kereta bersusun-susun. Sebuah Bas yang agak laju betul-betul disebelah kami dan mengekori Toyota Altis di hadapan dengan kedudukan yang agak rapat. Hati terus berkata "Accident!". Sah ia berlaku. Ianya spontan, bukan saya mendoakan apa-apa.
Saya terus suruh Abang belok ke kiri untuk memberi peluang kereta belakang Bas belok ke kiri. Bonet Altis tertanggal kerana hentaman Bas dan terus terpusing 180 darjah dan menghentam pengadang besi lebuhraya dan terus menghadap ke arah bertentangan.
Saya menggigil melihat kejadian dan terus menelefon 999 dan terus dapatkan bantuan Polis Tapah. Moga pemandu dan penumpang Altis cedera biasa sahaja. Aminn. Sejak kemalangan tahun 2007 yang kami alami, kami sangat berwaspada terutama ketika hari hujan. Dan semalam hari hujan dr utara sampai ke Gua Tempurung. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Pengajaran:
  1. Keluar awal pada musim cuti untuk mengelak kesesakan luar biasa. Hari Jumaat lepas kami gerak agak lewat iaitu 11pagi dan sampai kampung 6ptg. (penatt)
  2. Cuba elakkan berada di hadapan Bas/Lori besar.
  3. Jangan pandu terlalu rapat dengan kenderaan hadapan.
  4. Ambil lorong kiri jika tidak memandu laju.
  5. Buat panggilan yang tulen sahaja ke 999. Jangan salahgunakan talian kecemasan!

Happy working! Naikkan semangat anda dan kita semua :)

8 comments:

ummi said...

paling sadis kalau yang teruk tu adalah mangsa i.e. org yang kena hentam sebab kecuaian orag lain. apapun, thanks for sharing. kami cuti2 di KL saja..

ShaFiAti said...

samelah ngan akak..last week pun nmpak accident depan mata sendiri...rase insaf sgt time tu..berpusing2 kete tu depan kete akak..mujur tak drive laju sgt n jarak ngan kete tu agak jauh la time tu...if not, mahu kena break mengejut..luruh jantung dibuatnyer...

catatan i am nieta said...

betul tu...kalau nampak kat blkg ada lori besar/bas mmg rasa ngeri.. sbb derang nie mentang2 besar bwk laju tak hingat..

blogadmin said...

pernah hadapi perkara yg sama juga...lagi dasat sebab kat atas jln time tu cuma kereta comel kami,sebuah wira dihadapan dan 2 buah moto yg brgerak mmg slow dilaluan kiri sgt(mmg tak ganggu lansung jln kete),tapi kuasa ALLAH tu siapa yg mampu tahan,kereta wira depan kami yg mmg slow tu tiba2x je terpusing ke kiri...betul2x time moto tu lalu sebelah dia...mmg langgar moto tu terbalik dan kereta wira tu berpusing lps tu ternaik bukit sikit lepas tu terbalik terus.

Memang tergamam abis kami..alhamdulillah kami mmg slow je masa tu..jarak jauh jugalah.

En.H stopkn kereta pergi tlg org kete wira tu...yg bdk naik moto tu siap nangis ckp "apalah salah aku...aku bwk slow je..tepi jln dah.." sambil lap darah2x kat lengan n kaki dia..sian saya tgk.

Memori pasal tu mmg segar je dlm ingatan ni...insaf...mmg bwk kene sgt brhati2x...baca doa selalu..jgn ego...sentiasa rendah diri...

btw...syukur farra n family selamat semuanya ya...

blogadmin said...

lupa pulak nak minta tolong amik award kat blog kite...hehehe...enjoy!

Farra Da Smiley said...

k.tie~itulah kan..malang tak berbau

k.shafiati~mmg insaf & akan buat kita sentiasa beringat

k.nita~ngeri tak kira kat jln besar/kecil

hanis~alhamdulillah selamat, ok nanti buat tag tu tqq

Sudirman said...

Betul! Masa drive kene jiwa tenang. Jangan tensen dengan pemandu lain walaupun mereka potong line atau drive merbahaya sebab kalau jiwa tak tenang, we tend to lose concentration. Mudahlah nak eksiden.

Satu lagi kalau hujan-hujan tu, bawalah berpada2. Semasa hujan atau selepas hujan, sesetengah jalan akan ada lopak air /aqua pond. Kadang2 ini boleh menyebakan kereta hilang kawalan atau pusing tiba-tiba disebabkan tak semua tayar jejak ke jalan.

Saudah Salleh said...

alhamdulillah tak terlibat..tapi bas & lori mmg bawk laju..pastu suka rapat-rapat cam nak suruh kita ke tepi, walaupun kereta berderet kat depan..kami ni yg bawak 110 - 130km/j ;) pun tertinggal belakang..bayangkan berapa laju dia bawak

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...