Monday, February 27, 2012

Dining out : Xpress Grill @ MV & Ikan Bakar Bellamy

Rezeki betul, semalam hubby gi restoran makanan arab kawan die kat MV , jadi dapatlah kami pon makan Arab. Memang dari hari Sabtu anak tekak ni macam nak makan makanan Arab.

Nama kedainya Xpress Grill located @ Midvalley. Boleh tengok FB derang kat sini. Rasanya setanding Saba. Memang sedap. Kami makan chicken hanith , lamb hanith, lamb kebab & chicken kebab. Harga amat berpatutan. Kedainya baru je berusia 2 bulan, tapi mmg tidak mengecewakan insyallah.

 Lamb kebab , hubby makan di kedai

 Chicken kebab makan ngan roti, hubby tapaukan 

Chicken hanith, hak ni 1 quater chicken RM8. Kalau 1 piece chicken RM6. Murah kannn?

Kedai ni baru rebranding, dulu namanya The BBQ King, sekarang Xpress Grill..ok lamb hanith je tak snap the pic..dah masuk perut baru tringat nak snap pic..kirim salam je la

Ok now flash back pulak kisah bercuti hari Isnin lepas. Saya dengan misi tersendiri, hubby dengan misinya gi interview kerja. Kami janji jumpa depan bakal opis die , saya jemput naik kereta dan kami gi dating kat Ikan Bakar Bellamy.Macam biasa menu wajib for me Ikan Terubuk, for hubby Ikan Pari sebab die malas nak pisah2kan tulang ikan. Dan yang wajib bagi kami ialah Sotong & Udang..sapa lapar sure meleh air liuq niii..



Ok jangan lupa kedai ikan bakar paling sedap kat Jalan Bellamy tu yg kedai no 3, yer no 3.


So for those peminat2 makanan Arab, boleh try the food @ Xpress Grill ok!  

Saturday, February 25, 2012

Nasi kukus ayam berempah

Sejak makan nasi kukus ayam berempah kat tingkat 3 Menara TM memang dah jatuh chenta dengan rasanya. Dulu2 tak penah pulak jumpa. Dari mana asalnya? Orang kata dr Utara.

Nasi sepatutnya dikukus. Saya tak kukus sebab malas renyah2. Nasi putih dimakan dengan kuah kari ( saya buat kari ikan), keropok ikan, ayam goreng berempah, sayur salad & sambal. Sambal dia yang buat nasi ni terangkat. Saya lagi suka nasi ni berbanding Nasi Ayam penyet, mungkin kerana sambal hak ni saya lebih suka ..dan ada keropok.

1) Ayam goreng berempah:
Ayam
Rempah khabsa ( saya dah ada stok rempah khabsa so masukkan aje, resipi disini.Kalau tak ada, gantikan dengan biji ketumbar, jintan manis, jinta putih, serbuk kunyit, lada hitam) 
Serai
Halia
Bawang besar, bawang putih dan bawang merah
Lengkuas
Garam
Oregano (optional)

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan diatas dan perap ayam 2-3 jam.
2. Goreng sehingga garing

2) Sambal

Cili besar hijau ( banyak, 6-7 biji)
Cili api sedikit shj ( ikut suke pedas)
1 biji tomato
2 biji limau
Sedikit gula

Cara-cara:
1. Kisar kasar semua bahan diatas dengan air panas kecuali limau. Limau diperah.
2. Masak sekejap atas api, sekadar nak bagi cili sedikit masak



 Nasi panas berganding dengan gulai kari, keropok, sambal, ulam seperti tomato, daun salad & timun.


 Beef lasagna sedap dimakan sampai lupa kejap buat-buat lupa kandungan lemaknya tinggi..resipinya disini yer

Minggu ni ada sedikit pencapaian kecil~ genap seminggu brekfast & dinner all homemade ..lunch aje tak homemade sebab waktu pejabat. Ok seriyes kalau jadi surirumah, rasanya berat badan bole naik sebab hobinya masak dan makan....

Ini bukan air bandung!

Air bandung asli sejuk kalau diminum ketika cuaca panas amatlah nikmatnya. Tapi tatau la kalau air bandung tak asli kat bawah ni. Ok ni bukan air bandung tauu. 
Tau tak air apa? cer teka cer teka
Ni masalah sket, sejak 1-2 bulan ni kekadang peristiwa berdarah tu ada jugak la berlaku. So kalau terjadi kes air bandung ni mmg dah rugi stok EBM..terpaksa gak dibuang. Itu yg sejak bulan Disember 2011 saya lagi suka guna tangan aja kalau di rumah / mesyuarat luar pejabat. Senang, tak banyak parts kene cuci. In fact, I'm so expert in hand expressing. I just do it anyway. Tade refer memana pon. Tapi if some mommy need reference, maybe you can read this. Hubby kata kalau dari dulu dah teror guna tangan, dah jimat duitg takyah beli BreastPump.

 Kalau bukan air bandung, air apakah?

Dah lama sebenarnya tak citer pasal stok EBM terkini. Sekarang stok ada 31 botol sahaja. Agak-agak kais pagi minum pagi kais petang minum petang jugak la. Alhamdulillah 1 tahun 1 bulan telah berjaya diharungi. Cabaran terlalu banyak. Hasil perahan pon dah tak berapa nak lumayan macam dulu. Pernah la terskip 1 session last month, lepas tu terus susu drop habes sampai sekarang. I mean, dr 3 botol di opis sekarang leh dapat 2 botol ajek. So kene berusaha, balik rumah pon perah lagi. We must not give up ..berjuang sampai ke titisan susu terakhir tak gitu?

Semua stok EM ni..31 botol..siap frozen baby food pon tumpang sekali sebab banyak ruang kosong.


 1 drawer for ice-cream & susu tumpangan. Owh ni susu kawan saya, tumpang sahaja. 

 Frozen baby food..mnak hantu carrot..baby food pon carrot jugeee


Kesilapan semasa mengumpul EBM
I think I have to share my biggest mistake ever about EBM. Actually EBM dalam deep freezer tahan lebih dr 6 bulan ( 6-12 bulan). Saya ingat setakat 6 -7 bulan. Kerana itulah susu2 yg saya ingatkan dah expired dibuang dahulu!!! Antara kisahnyanya disini. Ok plsss ingat tau! Don't ever do the same mistake. 
Anak dah 4 pon masih banyak ilmu tak cukup. Sekarang mesti positif & fokus. Mesti berusaha sampai berjaya exclusive bf till 2 yo. 

Macam la jugak baking...actually it's trial and error..banyak kali gak tak jadi, tapi jangan putus-asa. Practice makes perfect. Tengok ni adunan cream puff dah jadi cream biscuit! huhuh
Saya tetap bakar walaupun dah leper..Mahe & Muaz tetap layan ala2 snek minum petang he3

Wednesday, February 22, 2012

Piknik bajet di FRIM

Sejak berusia 6 tahun lagi dah menetap di mukim ini yang terlalu dekat dengan FRIM, tapi penah gi berkelahnya baru sekali masa kecik-kecik. Dan akhirnya, ku jejakkan kakiku semula ke bumi FRIM itupun selepas mendapat idea nak piknik sama ngan Shell&Zakiman. Tapi bernarlah, kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan. Shelly & keluarga tak dpt join sebab hal keluarga. So kami tetap ON dan saya dgn penuh semangat masak nasi lemak aje. he3. Tak sampai 10 minit pon dah sampai FRIM. Bayaran utk kami sekeluarga RM6. Entah la cemana derang kira. FRIM ni suasana sungguh tenang..setenang dengan jatidirinya sebagai Hutan simpan. Ok in overall ni review saya yang sesuai dengan 'frugal' level. Ianya bukanlah untuk orang yang mempunyai citarasa tinggi dalam menikmati percutian he3

1. Bayaran masuk murah sangat
2. Ada gerai-gerai makan yang banyak, harga murah je, bukan cama kat Genting. So kalau tak bawa bekal pon takpe
3. Oleh kerana selalu mandi swimming pool ( eh selalu ker?), kami rasa airnya sangat SEJUK! masuk kui 10am boleh menggigil ok. So naik balik, tunggu matahari naek lg, baru sedap berendam
4. Dah namanya dalam hutan, kawasan air terjunnya sangat redup
5. Airnya sangat cetek, sesuai untuk anak-anak sahaja. Memang makpak tengok anak dr tebing je, saya je mak yg excited berendam sama ngan anak. Bukan apa..kene la jaga keselamatan Muaz & Maher yg kecik itu
6. Tandasnya percuma dan kerana itu tidak berapa menyedapkan mata, hati & perasaan
7. Parkign percuma. Banyak jugak kerusi so tak payah pon bawa tikar. Kami bawa tikar tapi tak guna pon

Secara keseluruhannya, saya rasa tempat ni OK...sangat bajet! Kami kuar duit pon sebab beli kopok lekor & air gas aje. Anak2 pon suke je..kemain susah nak balik bila kite suruh.

Next time mmg nak gi lagi! nak ajak kengkawan lain, jums korang! kite gi lagi cuti sekolah nak tak? Layan gambarsss









Best betul main Istana pasir ni..disebabkan aktiviti ni semua budak2 kat situ kerumun kitorang dan ada 2 beradik lelaki ni suka sangat nak follow saya. ..sket2 panggil "acik2, tanye itu ini"

Monday, February 20, 2012

My pie moments

Dalam banyak2 jenis pie , pie apa yang korang paling suka? Saya paling suka APPLE PIE, tak kisah la ianya dalam bentuk 4 segi, bulat dan sebagainya. Apple Pie Mcd tu mmg my feveret!

Resipi inti apple pie disini 
Manakala resipi inti chicken pie dan dohnya disini 
Yang menjadikannya cheesy senang jek, just tambah cheese dalam pie dan atas pie lepas sapu dengan sedikit kuning telur. 

Apple pie dah diisi intinya...senang je wat inti tu, masa apple tengah dimasak, pasang api paling kenit, dah tu boleh sapu umah, so mmg tak terasa. Sambil tu kene kacau la jugak sket2

Tambah grated cheese parmesan/cheddar dalam inti ayam...sbb tu namanya naik darjat ke 'cheesy' ehehe ikut suke chef jer

 Lepas sapu kuning telur tambah lagi cheese dan oregano ..dah tu rajin la chef pi tambah huruf atas tu konon nak kasi tarikan kat anak2..last2 makpak gak yg bedal
 Dah siap dibakar..senang je nk kuar dr acuan tu sbb acuan dah digris dengan shortening sebelum digunakan
 Bedah siasat cheesy chicken pie..nyum3..menmbah lemak di badan sehinga keluarlah skrip Mus'ab " mama, makan banyak2 yer..nanti mengandung" cessssssssss

owh mengandung takmo demok pon takpo!! jom buat sit up!!!

* dengan bangganya dah 3 malam berturut buat sit-up 20 kali sebelum tidur. serius termengah2..sign of aging
~Ahad, 11PM
/ saja scheduled Senin sebabnya ...sukati hati lah!

Dividen owh dividen


Rata-rata ramai dah tahu dividen TH dan KWSP kan?

Saya pon dah update baki TH, senang je linkkan aje akauan TH dgn ATM card maybank , buat saja di ATM machine.

Sebagai rekod peribadi  supaya senang nak rujuk tahun2 akan datang, saya nak coretkan la pasal dividen ni. Dividen Tabung Haji 2011 6%, naik sket dar tahun 2010 sebanyak 5.5%. Sumber disini

Manakala KWSP dah umumkan dividen sebanyak 6% bagi tahun 2011, naik juga berbanding 5.8% pada tahun 2010. Sumbernya dari website KWSP. Tapi ada error pulak ntah le kenapa. Ramai sangat orang nak tengok dividen agaknya, sebab katanya dah boleh tengok online melalui i-akaun. Ok kite jenguk esok2 la kot...

Alhamdulillah, simpanan untuk masa tua dan anak-anak...tak gitu?  Selain TH, saya diversify simpanan ke Pelaburan Emas dan Unit Amanah Public Mutual. Menabung sikit2 harap jadi bukit. Huhu dah lama betul tak review pelaburan emasku itu! ok2 harus review gak ni..kalau tak , tak bagus ler..lagi satu dah plan nak kuarkan lagi duit EPF bayar hutang rumah. Tahun lepas dah buat 3 hari sebelum bersalin. Jadi, dah tiba masanya utk tahun ni pulak. Kengkawan yang nak diversify simpanan Unit Amanah pon boleh la calling2 kite or drop email keyh? Anda boleh guna duit EPF itu untuk invest dalam Unit Trust tau..

Saturday, February 18, 2012

Simple breakfast: Roti John

Assalamualaikum

Brekfast apa pagi ni? Kalau dah tade idea apa kata try Roti John!

Buat intinya dahulu : Tumis bawang merah dan putih sket, masukkan daging ayam/lembu, masukkan bawang dadu, cili api&cili besar, sedikit serbuk kari, lada hitam kasar, serbuk lada putih, garam secukup rasa dan sayuran lain macam capsicum/carrot/tomato/daun sup. Berkhasiatkan? homemade punya banyak sayur..I like
  

Bila dah siap intinya, boleh campurkan dengan telur
Dah gaul sebati dengan telur, letak roti atas telur tu, nanti dia melekat. Saya tade roti oblog so guna roti burger ( in stock)
 Siap dah...letak sos dan mayonis.


Tetiba ada lak iklan AA ni? Ok bukan apa..kalau tengok promo ni mmg sangat menarik..sangat menggoda you sebab travel date tu jatuh masa cuti sek bulan 11&12 tahun ni....huhu..tapi kali ni tak book...next time kuar lagi promo AA, dah target nak book ke Surat Thani * verangan. Btw, nak tau tips nak cari tiket AA paling murah, masuk entry kat sini ok.

Monday, February 13, 2012

Chicken Pie

2 minggu lepas, ada booth jual Chicken Pie di Menara T*. Bila kite tengok, rasa teringin lak nak mencuba. So kite pon cuba hari Sabtu lepas. Alhamdulillah. Sedap. Mawaddah, Muaz & baby Maher suka, tapi lepas makan boleh die kata " Mama, esok buat lagi, tapi buat kulit aje, jangan buat isi" huhu

Bahan-bahan inti:
Bahan tumis: Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk halus
Serbuk kari
Garam
Sos tiram
Lobak merah , potong dadu
Cendawan butang , hiris
Bawang besar , potong dadu
Isi ayam, potong dadu, saya guna je ayam kisar ayamas, senangggg
Cili besar , dihiris
Ladan hitam kasar
Daun sup ( optional)
Telur(optional)

Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari , diikuti isi ayam
3. Masukkan sayur lobak merah, diikuti bawang
4. Masukkan ladca hitam dan garam
5. Masukkan bahan-bahan lain, dan kacau sehingga masak.
6. Ketepikan dan sejukkan seketika

Bahan-bahan pastri
150gram butter
280 gm superfine flour
Sedikit garam
1 kuning telur
Sedikit air sejuk ( 1-2 sudu)

Cara-cara:
1. Campur semua bahan diatas dan uli dengan tangan hingga menjadi doh 
2. Terap dan letak dalam aliminium foil mould boleh dibeli di kedai barang kek.
3. Letakkan inti dan tutup bahagian atas dengan doh
4. Sapu dengan kuning telur dan tabur sedikit oregano utk nampak lebih eye-catching he3
5. Bakar selama 30minit+-


Inti Chicken Pie




Saturday, February 11, 2012

Nasi Ayam Penyet

Kali pertama makan nasi ayam penyet sebenarnyer beberapa tahun lepas , diperkenalkan  oleh adik ipar. Kami makan di satu kedai di Subang Jaya. Boleh tahan sedap. Saya suka.

So kali ni mencuba nasi ayam penyet guna resipi myresipi dengan sedikit ubahsuai. Rasanya cam lebih kurang nasi ayam sket-sket..bezanya tang ayam tu dengan sambal die.

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit 
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas bawang putih
1cm halia
Garam

Bahan-bahan sambal:
Sedikit minyak masak
5 batang cili besar
10 biji Cili padi 
3 biji tomato. potong 4
5 biji Bawang kecil/merah, hiris
2 biji bawang putih, dihiris
2 sudu kecil ikan bilis
2 sudu gula melaka
Sedikit belacan

Bahan-nahan nasi:
3 cawan beras, bersihkan dan toskan
3 biji Buah pelaga, 1 kayu manis, 2 bunga lawang
Mentega dan garam
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara masak ayam:

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-saya peram few hours je
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras dan goreng hingga garing.

Cara-cara masak sup:

1. Masukkan garam, sup bunjut, kayu manis, sedikit hirisan bawang putih, bunga lawang dan buah pelaga  pada air rebusan ayam. Masak seketika

Cara-cara masak sambal:

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. 4. Angkat dan ketepikan.
5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa

Cara masak nasi. Sejibon cam nasi ayam

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. Saya tambah daun pandan masa masak nasi. harum baunya



Cara menghidang: 
Nasi ayam penyet dimakan bersama sup, ayam, tempe + tauhu goreng, sambal, sayur ie: kacang panjang, daun salad & timun


Makan bertambah-tambah huhu

Friday, February 10, 2012

Carrot Cake resipi III (moist, with wholemeal flour)

Saya mmg peminat tegar Carrot Cake. Setakat ni saya dah pernah mencuba 4 jenis resipi Carrot Cake. Ni paling latest, saya buat last Tuesday. Sedap sangat , I love it very very much. I would say it's healthy Carrot Cake coz I used Wholemeal Flour

Bahan-bahan:
1 cawan minyak jagung
2 cawan gula perang
4 biji telur
Sedikit esen vanila
2 cawan lobak merah diparut
3/4 cawan walnut dihiris halus
Kismis dicincang - recommended dalam 1/2 cawan- saya tiada, so abaikan
1/2 tin kepingan nenas - dihiris halus - jika tiada, boleh abaikan, bila letak nenas, our carrot cake menjadi sangat moist. So highly recommended untuk letak

2 cawan tepung wholemeal
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecik baking soda
1.5 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
1) Pukul telur, minyak, gula & esen vanila sehingga bercampur sebati
2) Masukkan bahan-bahan yang dah dihiris seperti kacang, carrot, kismis, nenas berselang seli dengan tepung dan kacau sebati sehingga selesai
3) Bakar selama 45-55 minit, tapi saya selalunya kene cek dengan lidi. Bila cucuk tengah tiada lagi bahan kek yang melekat maksudnya dah siap.

Topping:
100gm Cream Cheese
100gm butter - recommended unsalted
100gm gula icing - saya sekarang ni tak timbang, just masukkan dan sket2 rasa sampai dpt manis yg sesuai dengan anak tekak

Cara-cara:
1) Pukul semua bahan sampai lembut dan sebati . Bila kek dah sejuk baru sapukan atas kek.


 Terpulang cemana anda nak menghiasnya

Rupa mungkin kurang, asal rasa mantop sudah cukup puas hati


Carrot Cake resipi versi lain : Resipi I dan Resipi II dr myresipi.com.

Friday, February 3, 2012

Pusat Sains Negara , Sat, 21 Jan 2012

Assalamualaikum

Cuti panjang 4 hari ni dah ada idea nak wat apa? Maybe you can consider PSN. 

Yati dok tanyer je best tak PSN? For me overall best, kids enjoy lagi2 FREE sampai mid Feb 2012 kalau tak silap.FREE tau sape tak suke? hiks..kebetulan kami gi PSN hari tu sbb jalan jam terus melencong ke PSN the day tu is the1st day FREE admission to PSN.

Hanya satu area je kene bayar : bahagian Actroid.

PSN ni mmg interactive sebab kids can try and test the science experiment gitu. They tend to test without reading and comprehend the test huhu.Aiseh.. Derang memain jek ehehe








Lepas keluar dr bahagian experiment, SPN ada sections for kids memain some sort like playground yg mmg syiok. FREE shj.

1. FOAM FACTORY: for kids 5 YO above je kat rules die buat they allow Muaz masuk..so Muaz follow je kak & abg die. Main tembak2.


2. PENEROKA COMEL: for kids 5 YO below je tapi Muaz tak layan sebab die follow kak & abg die.

3. ROBOT TRANSFORMERS: utk bergambar he3
4. PLAYGROUND: for kids 5 YO above je kat rules die but Muaz follow je kak & abg die. Main sampai basah ( berpeluh)
5. SEMUA DIATAS YG KIDS MAIN TU NAMANYA: KIDS WORLD

7. Main lompat2. 5 YO above jerk.

 


8. NTAH NAMANYA: for kids main mcm2 alat

 


9. MAGIC SHOW







YANG KENE BAYAR HANYA RUANG ACTROID. RM6 je adult, kids RM3. 7 yo above je kids kene bayor. Robot glamer kat Jepun tuh..kids suka sbb die respond bila kite bercakap. Meh baca wikipidia die.Tak pon cuba gugel ACTROID. Cun tauuu


We spent around 3 hours sebab dah lapar dan penat. Kids kalau boleh nak main lg pepuas

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...