Nasi sepatutnya dikukus. Saya tak kukus sebab malas renyah2. Nasi putih dimakan dengan kuah kari ( saya buat kari ikan), keropok ikan, ayam goreng berempah, sayur salad & sambal. Sambal dia yang buat nasi ni terangkat. Saya lagi suka nasi ni berbanding Nasi Ayam penyet, mungkin kerana sambal hak ni saya lebih suka ..dan ada keropok.
1) Ayam goreng berempah:
Ayam
Rempah khabsa ( saya dah ada stok rempah khabsa so masukkan aje, resipi disini.Kalau tak ada, gantikan dengan biji ketumbar, jintan manis, jinta putih, serbuk kunyit, lada hitam)
Serai
Halia
Bawang besar, bawang putih dan bawang merah
Lengkuas
Garam
Oregano (optional)
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan diatas dan perap ayam 2-3 jam.
2. Goreng sehingga garing
2) Sambal
Cili besar hijau ( banyak, 6-7 biji)
Cili api sedikit shj ( ikut suke pedas)
1 biji tomato
2 biji limau
Sedikit gula
Cara-cara:
1. Kisar kasar semua bahan diatas dengan air panas kecuali limau. Limau diperah.
2. Masak sekejap atas api, sekadar nak bagi cili sedikit masak
Nasi panas berganding dengan gulai kari, keropok, sambal, ulam seperti tomato, daun salad & timun.
Beef lasagna sedap dimakan sampai lupa kejap buat-buat lupa kandungan lemaknya tinggi..resipinya disini yer
No comments:
Post a Comment