Friday, September 24, 2010

Baked Pasta

Boleh juga ganti Pasta dengan Kepingan Lasgana utk membuat Lasagna

Bahan-bahan:
400gm makaroni jenis shell di rebus
Keju mozarella utk ditabur atas pasta

Kuah Merah:
500gm daging cincang
1 biji bawang besar kuning ( dihiris halus)
1 tin kecil pes tomato
2 biji tomato fresh ( dipotong dadu)
1 batang carrot (di potong dadu)
Batang celery ( masa ni aku tarak so tak masukkan. Kalau ada wajib masukkan, mmg naik umph!
1 paket/tin cendawan butang
Sedikit sos tomato dan sos cili sbg penambah perisa
Daun rosemary/daun masuk dlm pasta tapi aku tade langsung huhu
Garam dan gula secukup rasa

Bhn giling:
6 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering ( kalau takmo pedas buang la bijinya)

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar kuning sampai naik bau
2. Masukkan semua bahan giling dan kacau sampai masak
3. Masukkan daging dan kacau sampai masak
4. Masukkan pes tomato, garam, gula, sos tomato dan sos cili
5. Masukkan sayur mengikut urutan: carrot, cendawang dan tomato
6. Kacau sampai kuah pekat

Kuah Putih:
2 sudu besar mentega ( tp saya lebihkan lagi)
2 cawan susu ( tp saya lebihkan lagi)
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit keju keping ( guna 1 je)- optional
Garam dan serbuk lada sulah secukop rasa

Cara-cara:
1. Masukkan mentega dalam periuk
2. Masukkan tepung dan susu, kacau rata
3. Masukkan garam dan lada sulah
4. Kacau lama-lama dan siat2 cheese masukkan utk pekatkan kuah
5. Kacau sampai kuah pekat

Cara melapis:

1. Letak dulu makaroni, diikuti sos merah dan sos putih
2. Buat Lapisan kedua: makaroni, diikuti sos merah dan sos putih
3. Tabur cheese
4. Bakar sampai cheese bertukar warna ceklat dalm 20-30min rasanya. Sila cek, jgn sampai cheese hangus.

Sebelum dibakar

Tetamu mula menjamu selera

Selamat mencuba!

6 comments:

p!nkerton said...

nyam nyam sedapnye!
kak farra, ingredients tu utk dpt 1 bekas or 2 bekas mcm gamba akak tu?

Farra Da Smiley said...

fatih, hanya utk 1 aje tau :)

eLLe said...

oOO cara akak ipar kite, die goreng dulu pasta tu dgn cara2 kuah merah tu kot..then letak dlm bekas, carik2 cheese then bakar plak sampaii cheese cair...

tp kite xdela pernah try masak pon..merasa je..hehe..

Farra Da Smiley said...

shell, yer yg tu cara lg efisien! kalau buat makaroni goreng org mkn tak abeh..buat la baked pasta gitu plak

rasanya lebih kurang cuma tade la sos putih ituuu

rumet said...

perghh... ade sos putih dengan sos merah... terbaik ni!!

Farra Da Smiley said...

rumet, the ori baked pasta shud have both le..sos putih dan sos merah gitewww ehehhe :p

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...