Saturday, February 11, 2012

Nasi Ayam Penyet

Kali pertama makan nasi ayam penyet sebenarnyer beberapa tahun lepas , diperkenalkan  oleh adik ipar. Kami makan di satu kedai di Subang Jaya. Boleh tahan sedap. Saya suka.

So kali ni mencuba nasi ayam penyet guna resipi myresipi dengan sedikit ubahsuai. Rasanya cam lebih kurang nasi ayam sket-sket..bezanya tang ayam tu dengan sambal die.

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit 
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas bawang putih
1cm halia
Garam

Bahan-bahan sambal:
Sedikit minyak masak
5 batang cili besar
10 biji Cili padi 
3 biji tomato. potong 4
5 biji Bawang kecil/merah, hiris
2 biji bawang putih, dihiris
2 sudu kecil ikan bilis
2 sudu gula melaka
Sedikit belacan

Bahan-nahan nasi:
3 cawan beras, bersihkan dan toskan
3 biji Buah pelaga, 1 kayu manis, 2 bunga lawang
Mentega dan garam
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara masak ayam:

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-saya peram few hours je
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras dan goreng hingga garing.

Cara-cara masak sup:

1. Masukkan garam, sup bunjut, kayu manis, sedikit hirisan bawang putih, bunga lawang dan buah pelaga  pada air rebusan ayam. Masak seketika

Cara-cara masak sambal:

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. 4. Angkat dan ketepikan.
5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa

Cara masak nasi. Sejibon cam nasi ayam

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. Saya tambah daun pandan masa masak nasi. harum baunya



Cara menghidang: 
Nasi ayam penyet dimakan bersama sup, ayam, tempe + tauhu goreng, sambal, sayur ie: kacang panjang, daun salad & timun


Makan bertambah-tambah huhu

No comments: