Friday, February 10, 2012

Carrot Cake resipi III (moist, with wholemeal flour)

Saya mmg peminat tegar Carrot Cake. Setakat ni saya dah pernah mencuba 4 jenis resipi Carrot Cake. Ni paling latest, saya buat last Tuesday. Sedap sangat , I love it very very much. I would say it's healthy Carrot Cake coz I used Wholemeal Flour

Bahan-bahan:
1 cawan minyak jagung
2 cawan gula perang
4 biji telur
Sedikit esen vanila
2 cawan lobak merah diparut
3/4 cawan walnut dihiris halus
Kismis dicincang - recommended dalam 1/2 cawan- saya tiada, so abaikan
1/2 tin kepingan nenas - dihiris halus - jika tiada, boleh abaikan, bila letak nenas, our carrot cake menjadi sangat moist. So highly recommended untuk letak

2 cawan tepung wholemeal
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecik baking soda
1.5 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
1) Pukul telur, minyak, gula & esen vanila sehingga bercampur sebati
2) Masukkan bahan-bahan yang dah dihiris seperti kacang, carrot, kismis, nenas berselang seli dengan tepung dan kacau sebati sehingga selesai
3) Bakar selama 45-55 minit, tapi saya selalunya kene cek dengan lidi. Bila cucuk tengah tiada lagi bahan kek yang melekat maksudnya dah siap.

Topping:
100gm Cream Cheese
100gm butter - recommended unsalted
100gm gula icing - saya sekarang ni tak timbang, just masukkan dan sket2 rasa sampai dpt manis yg sesuai dengan anak tekak

Cara-cara:
1) Pukul semua bahan sampai lembut dan sebati . Bila kek dah sejuk baru sapukan atas kek.


 Terpulang cemana anda nak menghiasnya

Rupa mungkin kurang, asal rasa mantop sudah cukup puas hati


Carrot Cake resipi versi lain : Resipi I dan Resipi II dr myresipi.com.

2 comments:

y@tipruzz said...

dappppp 10x dr SR version sampai terbayang!!! harus mencari walnut dgn segeraaaa tq :)))

Farra Da Smiley said...

yati, buat jgn tak buat

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...