Monday, February 13, 2012

Chicken Pie

2 minggu lepas, ada booth jual Chicken Pie di Menara T*. Bila kite tengok, rasa teringin lak nak mencuba. So kite pon cuba hari Sabtu lepas. Alhamdulillah. Sedap. Mawaddah, Muaz & baby Maher suka, tapi lepas makan boleh die kata " Mama, esok buat lagi, tapi buat kulit aje, jangan buat isi" huhu

Bahan-bahan inti:
Bahan tumis: Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk halus
Serbuk kari
Garam
Sos tiram
Lobak merah , potong dadu
Cendawan butang , hiris
Bawang besar , potong dadu
Isi ayam, potong dadu, saya guna je ayam kisar ayamas, senangggg
Cili besar , dihiris
Ladan hitam kasar
Daun sup ( optional)
Telur(optional)

Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari , diikuti isi ayam
3. Masukkan sayur lobak merah, diikuti bawang
4. Masukkan ladca hitam dan garam
5. Masukkan bahan-bahan lain, dan kacau sehingga masak.
6. Ketepikan dan sejukkan seketika

Bahan-bahan pastri
150gram butter
280 gm superfine flour
Sedikit garam
1 kuning telur
Sedikit air sejuk ( 1-2 sudu)

Cara-cara:
1. Campur semua bahan diatas dan uli dengan tangan hingga menjadi doh 
2. Terap dan letak dalam aliminium foil mould boleh dibeli di kedai barang kek.
3. Letakkan inti dan tutup bahagian atas dengan doh
4. Sapu dengan kuning telur dan tabur sedikit oregano utk nampak lebih eye-catching he3
5. Bakar selama 30minit+-


Inti Chicken Pie




2 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

wahh sekarang active memasak.. suke baca dan tgk :) kak, menjahit tak der project ke?

Smiley said... Reply To This Comment

Baiti, kalau nak jahit gak alamatnye, keje umah sume tak terbuat..ni kain 2 gunung nk diratakan ni huhuh :D