Tuesday, January 10, 2012

Nasi kabsa ayam

Minggu lepas my SIL buat khabsa daging kat Oz tu. So terusla kita pon terasa cam dpt idea nka buat jugak..Lagi2 kite ni mmg hantu makanan Arab :)

Resipi asal dr blog Resipi Raidah . TK yer Raidah ..

Memula kene buat rempah khabsa dulu. Kalau tengok macam susah..tapi ekceli senang jek Dah siap ni boleh simpan so that next time nak masak lagi senang!

Bahan - bahan rempah khabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Bahan-bahan nasi khabsa:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak ( tak guna, ganti ngan mentega)
1 sudu minyak sapi ( tak guna, ganti ngan mentega)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar ( guna tomato kecik, potong2 kecil)
2 sudu tomato puri ( tak guna, ganti ngan tomato fresh, di blend)
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) ( tak guna, no kaler2!)
1 sudu besar rempah khabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.( tade huhu)
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu ( tade huhu)
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong ( tak masukkan)
1/4 cawan kismis ( tak masukkan)
Garam secukup rasa 

Cara penyediaan:

1. Panaskan mentega. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. Saya masak 2 periuk sebab rice cooker kecik. Hasil dari rice cooker lagi cun dr periuk biasa. Mana silapnya????
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sambal:
~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.


Kuah khabsa sebelum dicampurkan dengan beras basmathi


adehh..tengah lapar ni..kecurr lidah I

 Nyum nyum..Mus'ab langsung tak layang nasi! Sebab die tak makan nasi berwarna. So dia pilih ayamnya sahaja..huhu

2 comments:

asma salleh said... Reply To This Comment

tak letak 'safron' ... lalalala..

Farra said... Reply To This Comment

aa x letak safron sbb tade