Thursday, December 30, 2010

DIY sewing: Selimut & Kain Bedung Baby

DIY tips ini sangat sesuai utk benginner!

Tahun lepas masa Muhammad Muaz dalam perut, aku buat 3 kain bedung. Entrynya disini. Kali ni buat lg 3, dan kainnya dibeli dr Nagoya. So lagi la murah hanya RM5.50/meter! Corak lebih banyak pilihan disini.

DIY: Cara menjahit Kain Bedung:
Kain yg diperlukan: 1 bedung = 1 meter kain flannel
1. Potong kain menjadi 4 segi sama. Saiz yg ideal antara 40' to 36'. Ku punya 40' X 40' kalau tak silap.
2. Kelimkan tepi kain dan jahit lurus menggunakan mesin jahit. Masukkan bahagian yg berbulu tu ke dalam tau sebelum jahit.
3. Cuci dahulu sebelum menggunakannya yer ;)

DIY: Cara menjahit Selimut:
Kain yg diperlukan: 1 selimut = 4 meter kain flannel
1. Potong kain menjadi 2 meter sekeping.
2. Cantumkan di bahagian tengah dan jahit lurus shj.
3. Kelim dan jahit lurus di bahagian atas dan bawah.

Nota: Dedua kain di atas tak perlu hantar jahit tepi.

Aku memang suka sangat buat selimut guna Kain Flannel, sebabnya sangat selesa. Harganya pon murah je sbb jahit sendiri. Dah byk selimut dlm umah ni jahit sendiri. I likeeee.


Corak hitam tu selimat for Mwaddah, die yg pilih sendiri coraknya. Mmmg kiut!
3 Kain bedung Biru for new baby. So sampur tahun lepas punya kain, baby ada 6 kain bedung. Cukopla utk siang dan malam. Kain bedung dr cotton dah takmo guna sbb agak licin dan tak melekat kat badan baby, sket2 nak tercabut. Stress mak pantang!

Seronok sgt jadi surirumah. Macam-macam boleh buat..boleh baking...sewing...shouting! ahaks :p

Wednesday, December 29, 2010

Slice Cheese Cake & Apam Blossom

Slice Cheese Cake
( buat hari Selasa)

Resipi diambil dr sini: http://www.myresipi.com/top/detail/3703

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm ):
4-5 keping slice cheese ( cheese masuk dlm burger tu)
200 ml susu segar/full cream
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)- tp i guna tepung superfine dh tak payah ayak
70 gram gula halus
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Optional utk bagi perisa: Coklat Masakan (2 bar), Blueberry Filling
Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. Nak tau meringue menjadi, anda pusingkan bowl tu mmg X jatuh! Tgk gambar pertama atas kiri.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. I pukul lg ngan mixer supaya adunan gebu!
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
9. Utk Coklat~ cairkan coklat dan campurkan dengan adunan.

Marble Choc dan Choc mmg meletop. Ketika entry ini ditulis Choc Cheesecake dah abeh disantap oleh 2 kekanak dlm umah ni. Moh Layan gambo.

Merigue




Apam Blossoom
( buat hari Ahad)
Bhn2:
275gm tepung gandum
220gm gula halus
3 biji telur
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallette
150ml fresh milk
1 sudu teh esen vanila
Filling: choc chip/blueberry filling/strawberry jam etc

Cara-cara:
1. Masukkan semua bhn di atas dlm mixer dan pukul kelajuan tinggi sampai adunan gebu, dlm 10-15 min
2. Bahagi 3 dan tambah sikit pewarna
3. Masukkan adunan, then filling then adunan sampai 3/4 cup, cup masuk sesiap dlm acuan
4. Saya guna paper cup & tart mould.
5. Kukus selama 20 min ++/ sampai masak. Kukus mesti panas dulu yer.

Saturday, December 25, 2010

Homemade Wholemeal Bread


Bahan-bahan:
250gm wholemeal flour
375gm high protein / high gluten flour ( tepung roti)
1 paket yis segera (mauripan)
20gm marjerin
15gm brown sugar
360ml air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mixer.
2. Uli dengan mixer selama 10-15 minit dan rehatkan kejap. Ulang 2 kali lagi.
3. Rehatkan doh selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan mula bentuk ikut suka. Saja nak bentuk oblog kali ni sbb nak belah tengah dan sapu planta & kaya.
5. Letak atas loyang yg telah dilenser dan kemudian tutup dgn kain dan biar doh naik 2 kali ganda, anggaran 45-60minit.
6. Sebelum bakar, sapu dengan sedikit susu
7. Bakar selama 20-25 minit / sampai masak.
8. Belah tengah dan sapu planta & kaya. Sangat terangkattt !!! i likeeeeeeeee

Doh siap diuli
Belah tengah, sapu dgn planta dan kaya. Sedap sgttt!
Sebelum di bakar. Dah sapu susu atas roti
Just out from oven
Nota: Tidak dinafikan buat roti mudah je. Jadi dah tak jadi beli BreadMaker la wat masa ni. Uli je guna SPAR Mixerku. huhu














Thursday, December 23, 2010

Bil telefon bimbit tinggi!!!!

Hari Selasa dpt bil telefon Celcom. Tekejut den! Bil den lebih RM100 iaitu RM125, mmg pecah rekod ni for the 1st time. Apapon I nk share sket supaya orang lain boleh jadikan rujukan, knape naik bonar plak.

Kesahnya, kite baru je langgan Celcom BB kat henfon, cajnya unlimited RM50. So aku dah agak mestila bil less rm100 gak sbb purata bulanan sebelum ni mmg tak penah lebih RM40.

Itemised bill yg sebabkan tinggi ni ialah:

1) Call Premium Line AA. Dengar IVR jer, langsung tak dapat cakap ngan agen. Huh geram! - Jumlah RM14.
2) SMS Content Svc - Message reply kat Yahoo Mobile! woh I baru tau kene caj. RM0.30 per SMS boleh? keh keh - Jumlah RM1.50

Ok itu je la nak bebel sket. Mmg tak gempaks! Ahaks

Dah dapat terima hakikat kami akan burn Tix Ke KK sbb Tix di kaunter dan di Contact Center tak layak utk promo. Rate normal, so Tix kami satu famili yg RM312 ni boleh jadi ke RM2K gitu. Takpela..tak dpt gi KK, tp dpt baby baru. Lagi best kan? ihihi

Geram la. Keje banyak, dah la aku nak beranak dah bulan depan, tapi kene FORCE LEAVE! Yg tak syok bukan hape....dah kalau leave terus okla, tp kene gak STANDBY LIST dr rumah! Aish, tak fahammmmm....

Tuesday, December 21, 2010

Makan sup lagi ! Tersentuh perasaan

Tetiap hari makan sup nak dkt 2 wks! Rasa cam dah Pantang lak eheh. Cuma semalam ada workshop makan free bukan sup. Ok rasanya hari ni last sup la. Lps tu abeh dah pantang!

Lps ni nak makan Prosperity plak! :p

Bekal hari ni! Dah save duit blanje makan. :)
Nasi putih, telur, sup ikan merah, apple pie, roti bakar, keropok ikan.

Dan tiba-tiba dalam inbox email dpt e-card ni plak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ouch tersentuh perasaan ( boleh??) . Rupanya Pakwe kite kat MMU dulu kasi. Tq Bang :p

Monday, December 20, 2010

Apam Pisang edisi bukan loyang


Dulu dah pernah tempek resipinya disini. Hai ngidam sgt nak makan Apam Blossom, tp tunggu sihat btol la baru buat. Last Thurs, pisang banyak, so tak sihat pon gagahkan kejap buat sbb tringin nak ngap2 sambil rehat2.

Apam Pisang

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
1 sudu the soda bic.
1 sudu the baking powder
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
6-8 biji pisang ( prefer pisang emas, tapi kalau tade sume jenis pisang yg dah boleh wat cekodok pon bleh guna, like pisang embon etc)
¾ cawan minyak jagung

Cara-cara:
1) Lenyek pisang dengan soda bic.
2) Pukul telur dengan gula + garam. Then, masukkan minyak
3) Ayak tepung gandum + baking powder. Kalau malas, aku tak ayak pon.
4) Masukkan (1) dan (2) dalam tepung
5) Tuang dalam loyang/acuan yang telah disapu marjerin/ minyak sedikit
6) Kukus dalam 45 minit atau cuba test dengan cake tester, kalau tiada apa yang melekat siap le tu.

Panaskan kukusnyer dulu yer baru letak loyang.

Sunday, December 19, 2010

Mus'ab going to school ( standard 1)

Tragedi Lemon & Madu

Start ngan citer ni dulu la. Last Thurs, masuk hari ke-10 Mama had bad flu & cough. Ada 3 pendapat soh minum lemon,madu dan air suam. So mlm tu ayah pi cari lemon, mama start mkn kui 10pm. Start lepas minum, batuk bertambah teruk, mengalir air mata menahan keperitan. Susah nak tidur mlm tu. Esoknya, Jumaat pi Opis, boss ngan sorang kawan kata mane leh amik lemon sbb anak tekak mama kan dah luka. Ish, logik gak tu! So bos soh je amik MC. Mama pon jumpa doc again, dapat ubat flu % antiobiotik baru. Lunch tu balik umah. Ubat tu mmg ngantuk yg amat, start Jumaat petang sampai la hari ni, Ahad keje mama tidoq3! Tapi alhamdulillah makin pulih, beserta makan madu dan jus kurma shj. Ayah dh pesan jgn mudah ikut tips org. Yela banggg :)

Mus'ab & Sekolah
Since Mama turn 34 weeks preggy yesterday, we 've planned to prepare for Mus'ab quite early. Despite of Mama's sickness, we can say that the preparation for Mus'ab is 90% ready.

Belanja so far:

Baju Sek Agama - 3 Pasang Brand Displin RM19.90 each, Total RM59.70
2 pasang Brand Canggih RM40 kot ( lupa), total RM80
2 Sampin brand Displin rm7.90 each, total RM15.80
Baju Sek Kebangsaan - 2 baju Brand Black Cat Taiping RM10.90 each, total RM21.80
2 seluar brand BCT RM16.90 each, total RM 33.80
3 baju brand signature RM12.90 each, total RM 38.70
2 seluar brand singnature RM22.90 each, total RM 45.80
Buku Sek Rendah, Lencana & Name Tag-RM66.20
Beg sek Swan-RM39.90
Kasut Sek. Asadi- RM22.90 each, total RM 45.80
Stokin-3 pasang RM5.90 ( ada lg 6 stokin lain FOC)
Stationary- Less RM15
3 Camisole RM5.90 each, total rm17.70

YTD Mus'ab total RM485+- (reference utk akan dtg, sonang nak track )

Hal logistik Mus'ab plak gini ceritanya:
-Jiran jemput dan hantar Mus'ab ke sekolah sesi pagi dan petang
-Balik Sek ke umah jiran terus, makan dan tukar baju disitu
-Balik sek kebangssan sesi mengaji Iqra di rumah jiran juga, dimana ada Ustazah datang
-Petang balik terus umah jiran / umah atuknya sbb umah jiran ni sebelah pagar umah atuk
Bayaran: RM100++ keatas/month--jiran lom decide.

Alhamdulillah..rasa lega. Barang Mus'ab yg belum ada hanya songkok, tali pinggang dan buku sek agama ( sbb kene beli 1 Jan shj). Utk beg sek agama, kami pakai je beg sedia ada di rumah ni. Yuran sekolah sekali masuk pon tak la tinggi sangat. Bulanan kene bayar yuran PIBG RM10. Buku teks semua diberi pinjaman. Mus'ab ni keding sgt so terpaksa la Mama alter gak semua 9 Seluar! Jahit tangan jer. Lencana pon jahit tangan. Semua baju dh siap cuci dan gosok.

Minggu depan nak uruskan hal Mawaddah. Sementara tu aku dan emak sedang berusaha mencari rumah pengasuh baru utk menjaga 3 anak yg lain menjelangnya kelahiran ahli baru ni. Calonnya dah ada, free nnti kami nak gi merisik. Moga Allah permudahkan segala urusan . Aminn

Tak menarik cerita tanpa gambo :p . Tak ikut turutan ok

Baju sek agama 5 pasang dengan 2 sampin siap digosok.

Baju Sek Kebangsaan siap gosok & siap jahit lencana.

Ni la jus kurmanya RM35. Korang nak tak? Aku belikan. Aku beli lg 2 botol. Amalan seisi keluarga

Balik dr beli buku, Mus'ab terus rajin buat latihan buku di rumah, optional utk dibeli, tapi Mama beli.

Buku Tulisnya

Dah alter! 9 Seluar dan 2 Sampin. Alahai anak bujangku kurus!

Thursday, December 16, 2010

YTD MC 2010: 9 Days

Ubat tambahan on top ubat ada sekarang, this is from my Gynea, Dr Idora.

Aduhai..cubaan. Hari ni dah masuk hari ke-10 having this bad flu and cough. Bernafas dgn bantuan mulut. Ala-ala lelah gitu. Cubaan pregnant kali ni. So when I had my 33wks check-up last Tues, Doc advised to take MC till Friday. I said, 2 days MC pon dah cukop. So, I'm enjoying my MC yesterday & today. Enjoy la juga even tak brapa sihat sbb takyah merempuh jam ke pejabat. What I have done to cure this:
  1. Ubat makan without fail. Antibiotik dan ubat kahak dah abes!
  2. Guna ubat sembur & sembur Gynea kasi
  3. Makan madu dan jus kurma 1 sudu daily
  4. Makan pure biji habbatus sauda warna hitam starting today
  5. Sapu vicks kat dada before sleep

Next to try on:
  1. Madu dan lemon bancuh dlm air suam. Petang nnti p cr jap lemon
Jadi, total MC tahun 2010 is 9 Days olediii.... huhu

While MC, I can clean up sket-sket umah ni. I also did my minor sewing activity: alter semua seluar sekolah Mus'ab- ada 9 you!!! Mama pendekkan dan jahit tangan & tambah cangkuk sbb anak teruna ni sgtla kurus keding. Huhu

Only Mus'ab with me @ home. While I send other 2 kids to nursery, tapi lambat around 10.30am gitu. While Mus'ab with me I can monitor him doing Standard 1 book activity like maths and English, other than that monitor him perform Solat. Kat Taska, I don't think depa monitor solat tu kan? What a bless being a housewife.

And today is our 7th day of having Soup for lunch & dinner. Langsung tade minyak woo..sungguh sihat. Hubby glad that he can have dinner early. hoho :p

More story on Ab going to school later kay. Dr hal bebaju sampai ke logistik gitew. Ya Allah Sembuhkan aku, terutama di hari bakalnya nak melahirkan annaku. amiinnnn

Tuesday, December 14, 2010

kebab ayam

Bebahan:
Roti pita/kebab
Isi ayam dh msk di siat ( guna ayam bakar mlm td)
Carrot , timun, bawang besar potong halus
Mayonis & sos cili

Cara:
1) masak carrot dulu ngan sedikit planta
2) masukkan ayam, timun, bwg
3) last masukkan mayonis & sos cili ikut suka memasing
4) sumbat dlm roti pita yg dibakar sedikit

Breakfast cepat lg sihat

Nota: tgh tunggu Q kat PMC, 33 wks check-up
Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, December 13, 2010

coobaaannn

Hari ni hari ke 7 dek serangan flu & cough. Semakin menjadi pd hari sabtu. badan jd sengal2 & bad headache. End up mama layu, terbaring jek. Flu pekat & ada blood spot. Badan seolah-olah tade kesan ngan ubat. Dah jumpa 3 klinik, 7 jenis ubat. Hari ni mc. Cobaann.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, December 10, 2010

33wks To Do Lists

33wks To Do Lists:
  1. Beli baju sekolah dan barangan sekolah sepenuhnya utk Abang Mus'ab
  2. Basuh semua baju seluar yang telah dibeli
  3. Bersihkan Baby Cot yang berlambak isi perut yg tak patut dok dalam tu
More lists in next upcoming weeks :)

Thursday, December 9, 2010

Semak semak fail cukai

1st time masuk E-Lejar yang diperkenalkan oleh LHDN bulan lepas kalau tak silap. Linknya disini yer.

LHDN ada hutang aku RM1.1K. Memang aku nak tuntut, tapi katanya kene pi Pejabat di Kg Attap sebab katanya ada satu benda aku dah claim 2 kali. So aku dah plan nak gi hujung bulan 12 ni. So at least dpt RM600 pon ok la kan? Tapi aku rasa aku dpt lebih sket kot dr RM600.

So aku pon buat semakan rambang, resit buku aku masih sket. So ni plan aku utk tambah pelepasan cukai 2010:
  • Beli buku lg RM200++
  • Tambah SSPN setiap anak menjadikan semuanya RM3K
Utk pelepasan lain, kot-kot uols nak buat leh semak sini. Terfikir jugak nak beli peralatan sukan, tp apa dia ek?

Haa, ada lg 20 hari je lg utk kita bertindak! Semaklah akaun cukai anda yer.

Morphyrichards breadmaker 48321 or Panasonic SD-256WXC

Hubby's officemate who is also resident of UK said Morphy Richard brand is quite known there. Even Kenwood can't beat that brand. I've been searching for the best BM for myself, and it's not an easy research :p. At early of our research Panasonic is still the best BM. Read review here. Now I'm considering which one to buy.

£64.99= 321.634 MYR


OR

£73.90=366.113 MYR

Other review: Here

Both has features that I wanted:
  • 17/18 programs
  • 3 Loaf sizes
  • 5 crust settings
  • 12 hour delay timer
  • LCD display
Masih ada masa lagi..teruskan membaca review...huhu
Bestkan tgk gambo ni? :p

Wednesday, December 8, 2010

Shipping from US and UK to Malaysia

Nak sangat beli Waffle Maker from US/UK. Target yg ni :

Cuisinart WMR-CA Round Classic Waffle Maker.$27.02

And I suddenly found this site and found few companies handling the shipment.
Registered vshub this morning. But then, 2 reviews said it's quite bad. Read here, review I, review II

So still searching lagi. Now I'm reading about Alfasent.

Ada sesapa ada sedara nak balik Malaysia?

Update: Hubby kata ada kawan die nak mai meeting sini boleh tolong belikan! yahooo...kita tungguuuu :)

Thursday, December 2, 2010

Sale yang di tunggu-tunggu!

HYTEX Sales, beberapa tapak je dr rumah . Maklumat lanjut disini. Puas dah kami tunggu ni. Sampai hubby tegur, eh baju bebudak ni byk dh buruk / kecik, bila nak beli? Boleh ke aku nak tunggu sales ni jugak? ehehe. Tapi ada la jugak baju depa beli kat Tesco, sbb baju Tesco pon ok.

Yeah..tak sabar nak terjah. Bebaju2 die mmg sesuai utk anak2ku, buat baju main everyday. Kalau ada yg lawa pon boleh bawa jalan. Kalau dapat beli brg bby sket lg like Sabun serbuk etc, maka lengkapla segala brg nak bersalin.

KIte tunggu hasilnya nanti!!! Jom mommies!

Wednesday, December 1, 2010

Final Holiday 2010 cum Birthday Celebration

Seawal lepas subuh, mama pon bersilat di dapur menyiapkan bekalan nak pi Holiday di PD. Bekalan kali ni: Pasta Vercemili Goreng, Nasi Putih, Ayam Kicap, Ayam Grg dan Sayur Bayam. Memula kami singgah di Celcom kejap then terus la ke PD, sampai kira2 jam 2.15pm gitu. Sampai je dh boleh cek-in, senang bila sewa direct from owner. Dapat harga pon cantik RM180 rate cuti sekolah. Kalau tak cuti sekolah lg murah.

Lepas Asar bebudak pon dh terjun kolam. Kemain suka depa. Kat kolam barulah kami jumpa kengkawan lain iaitu family JajaUsop dan NasrahAbu. Memang sengaja set same date boleh jumpa kawan2 lama sambil Holiday. This would be my final Holiday le @ 31 wks preggy. Bulan Dec ni mmg kene dok dediam. Kids mandi sampai hampir maghrib. Be4 masuk bilik Mwaddah bising lak nak naik basikal, so ayah pon bawa ke tempat bicycle rental tp sudah tutup pulak. Lepas maghrib kami kuar kejap tapau makanan di gerai yg ramai org, tp makanan tak sedap. Haha. Otw balik to TBR, Mus'ab bising nak main Games. So ayah pon belanja la main games kejap, apapon lg murah dr Genting. Ayah belanja RM4 jek.

Ahad plak, seawal pagi lepas sarapan dalam bilik je ngan Roti dan KokoKrunch, kami pon gi kat Bicycle Rental. Ratenya RM8 for 30 min. Dapatla dedua bebudak tu naik basikal. Ayah, tolong le beli basikal baru utk depa. Lepas naik basikal sibuk terus le terjun kolam balik. In between sempat la Muaz take a nap kejap, lps bgn tidur sambung lg mandi.

Kami check out jam 12.20pm dan terus bergerak ke Kuala Pilah, umah nenek. Kat sana tgh meriah ada makabah, makcik dan sepupu. Selepas Asar kami pulang ke KL.

Isnin plak my Birthday. Seperti dirancang, both of us me n hubby dating seharian. Hubby ajak tgk wayang, I don't like. Aku mmg seumur hidup tak penah tgk wayang, so tak tringin. So target kami nak cr Waffle Maker dan BreadMaker. Tapi belum jumpa yg berkenan. So jejalan kat Harvey Norman, Ikea, The Curve dan Tesco. Dapat la barang yg perlu sgt iaitu Drawer baru for baby baru dan Water Heater with Pump utk pasang di toilet bwh, kegunaan masa pantang. Alhamdulillah, 30 tahun sudah diberi peluang menjadi hamba Allah dimuka bumi. Dikurniakan keluarga, kengkawan yang menyanyangi dan memahami. Tq my dear hubby for the special gift =)
Layan gambar la pulak...

Ab & Waddah sakan mandi

Suasana malam di TBR, belakang bilik kami.
Mama pon sakan mandi, sbb bby dlm perut request nak berendam sama! haha
Penat sudah...makan , minum dan tido

@ Games Room
Cycling!
Sapa nak pi TBR leh leh book direct to owner ni..mmg puas hati. Weekend ni last kot jalan jauh, nak balik Kedah. Lps tu mmg kene dok dediam, byk benda nak kene kemas kat umah! Brg2 bby sume lom kuarkan lg. 2 kawan aku dah selamat bersalin 35 wks. Kalau aku ikut jejak, makanya tinggal lg 5 wks je gitu....

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...