Wednesday, December 29, 2010

Slice Cheese Cake & Apam Blossom

Slice Cheese Cake
( buat hari Selasa)

Resipi diambil dr sini: http://www.myresipi.com/top/detail/3703

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm ):
4-5 keping slice cheese ( cheese masuk dlm burger tu)
200 ml susu segar/full cream
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)- tp i guna tepung superfine dh tak payah ayak
70 gram gula halus
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Optional utk bagi perisa: Coklat Masakan (2 bar), Blueberry Filling
Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. Nak tau meringue menjadi, anda pusingkan bowl tu mmg X jatuh! Tgk gambar pertama atas kiri.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. I pukul lg ngan mixer supaya adunan gebu!
6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
9. Utk Coklat~ cairkan coklat dan campurkan dengan adunan.

Marble Choc dan Choc mmg meletop. Ketika entry ini ditulis Choc Cheesecake dah abeh disantap oleh 2 kekanak dlm umah ni. Moh Layan gambo.

Merigue




Apam Blossoom
( buat hari Ahad)
Bhn2:
275gm tepung gandum
220gm gula halus
3 biji telur
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallette
150ml fresh milk
1 sudu teh esen vanila
Filling: choc chip/blueberry filling/strawberry jam etc

Cara-cara:
1. Masukkan semua bhn di atas dlm mixer dan pukul kelajuan tinggi sampai adunan gebu, dlm 10-15 min
2. Bahagi 3 dan tambah sikit pewarna
3. Masukkan adunan, then filling then adunan sampai 3/4 cup, cup masuk sesiap dlm acuan
4. Saya guna paper cup & tart mould.
5. Kukus selama 20 min ++/ sampai masak. Kukus mesti panas dulu yer.

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...