Monday, December 20, 2010

Apam Pisang edisi bukan loyang


Dulu dah pernah tempek resipinya disini. Hai ngidam sgt nak makan Apam Blossom, tp tunggu sihat btol la baru buat. Last Thurs, pisang banyak, so tak sihat pon gagahkan kejap buat sbb tringin nak ngap2 sambil rehat2.

Apam Pisang

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
1 sudu the soda bic.
1 sudu the baking powder
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
6-8 biji pisang ( prefer pisang emas, tapi kalau tade sume jenis pisang yg dah boleh wat cekodok pon bleh guna, like pisang embon etc)
¾ cawan minyak jagung

Cara-cara:
1) Lenyek pisang dengan soda bic.
2) Pukul telur dengan gula + garam. Then, masukkan minyak
3) Ayak tepung gandum + baking powder. Kalau malas, aku tak ayak pon.
4) Masukkan (1) dan (2) dalam tepung
5) Tuang dalam loyang/acuan yang telah disapu marjerin/ minyak sedikit
6) Kukus dalam 45 minit atau cuba test dengan cake tester, kalau tiada apa yang melekat siap le tu.

Panaskan kukusnyer dulu yer baru letak loyang.

1 comment:

Arisy said... Reply To This Comment

Pisang banyak ni dari kampung, boleh try!