Agak last minet, emak membuat keputusan untuk membuat kenduri doa selamat cum makan-makan raya di rumahnya pada hari Sabtu lepas sempena adik saya terbang ke UK sambung Master pada hari ini. Jadi, sebagai anak sulung ( sejak arwah abang meninggalkan kami), saya merasa bertanggungjawab untuk menambah juadah tambahan. Jadi, saya membuat Puding Pelangi, Butter Cake & Choc Moist Cake. ( resipi citer kendian pulak)

Mula-mula 2 biji telur saya pecahkan ke dalam mangkuk. Yang anehnya memula kulit dia dah aneh. Ok kat bawah nnti saya tunjuk gambar kulit telur itu. Aneh 1: Masa pecahkan telur, menggunakan sudu, kulit telur palsu agak keras, sukar nak dipecahkan. Telur kuning belah kiri elok lagi walau saya dah pecahkan telur secara tidak lemah lembut ke dalam mangkuk.
Aneh 2: Kulit telur yang luar biasa. Lihat betul-betul


Kiri: Telur asli kulitnya bersih dan tiada corak
Kanan: Telur kulit agak bercorak. Susah nak citer coraknya cane
Aneh 3: Telur dari mangkuk saya campak secara ganas ke sinki & bukak paip air. Ternyata telur kuning masih pejal! Intact! part ni I dah seriyau beb. Saya bagitau hubby kat depan..die mai dapur siap kene tekan2 telur tu pakai sudu/garfu nak kasi pecah dan turun bawah. huhu..ngeri ah
Ok kisah ini hanya berdasarkan pengamalan dan pengamatan sendiri. Tidak pula berdasarkan kajian saintifik. Kita dah bertahun biasa bergelumang dengan telur, so bila ada kejadian pelik cenggini berlaku mmg ngeri , jadi baik buang je telur tu. So setakat ni baru jumpa 2 telur palsu dari sepapan telur size B itu.
Apa pendapat anda??? Hati-hati ya bila memecahkan telur tu..perati betul-betul...
Apa pendapat anda??? Hati-hati ya bila memecahkan telur tu..perati betul-betul...