Monday, September 12, 2011

Telur palsu in da houzz!

Agak last minet, emak membuat keputusan untuk membuat kenduri doa selamat cum makan-makan raya di rumahnya pada hari Sabtu lepas sempena adik saya terbang ke UK sambung Master pada hari ini. Jadi, sebagai anak sulung ( sejak arwah abang meninggalkan kami), saya merasa bertanggungjawab untuk menambah juadah tambahan. Jadi, saya membuat Puding Pelangi, Butter Cake & Choc Moist Cake. ( resipi citer kendian pulak)

Sedang saya sibuk menyiapkan hidangan diatas pada Jumaat malam Sabtu sambil ditemani anak-anak yang asik mengacau terutama Muaz ( 2 Tahun), saya dikejutkan dengan keadaan telur yang sangat mencurigakan! Tersangat curiga lagi pelik! Sepanjang saya membakor ni rasanya tak penah pulak jumpa Telur cenggini. Nak tahu? Ok teruskan membaca...

Mula-mula 2 biji telur saya pecahkan ke dalam mangkuk. Yang anehnya memula kulit dia dah aneh. Ok kat bawah nnti saya tunjuk gambar kulit telur itu. Aneh 1: Masa pecahkan telur, menggunakan sudu, kulit telur palsu agak keras, sukar nak dipecahkan. Telur kuning belah kiri elok lagi walau saya dah pecahkan telur secara tidak lemah lembut ke dalam mangkuk.
Kiri telur palsu. Kanan Telur betul insyallah

Aneh 2: Kulit telur yang luar biasa. Lihat betul-betul

Belah luar: Kulit seperti lebam kehitaman dan ada benjolan.

Belah dalam kulit:
Kiri: Telur asli kulitnya bersih dan tiada corak
Kanan: Telur kulit agak bercorak. Susah nak citer coraknya cane

Rupa telur asli insyallah

Aneh 3: Telur dari mangkuk saya campak secara ganas ke sinki & bukak paip air. Ternyata telur kuning masih pejal! Intact! part ni I dah seriyau beb. Saya bagitau hubby kat depan..die mai dapur siap kene tekan2 telur tu pakai sudu/garfu nak kasi pecah dan turun bawah. huhu..ngeri ah

Tu die...masih elok dalam sinki. huhu

Ok kisah ini hanya berdasarkan pengamalan dan pengamatan sendiri. Tidak pula berdasarkan kajian saintifik. Kita dah bertahun biasa bergelumang dengan telur, so bila ada kejadian pelik cenggini berlaku mmg ngeri , jadi baik buang je telur tu. So setakat ni baru jumpa 2 telur palsu dari sepapan telur size B itu.

Apa pendapat anda??? Hati-hati ya bila memecahkan telur tu..perati betul-betul...

10 comments:

eLLe said...

eiii takot..

y@tipruzz said...

beli kat mane beb telur tuh?

aida said...

haa mana beli, cer citer sikit

Mila@Rimbun said...

aikkk.. kena tgk betul2 kalau beli telur camni...

Tyha said...

Kena pecah telur dlm bekas lain dulu sebelum buat apa2.Selalu goreng telur main leur terus dlm kuali.

Farra Da Smiley said...

K. Tyha, fyi , saya mmg selalu pecahkan telur terus masuk kuali gak..bila wat kek je baru pecahkan dalam mangkuk

frens, beli kat Tes**! huhu

aida said...

what? alamak... aku pun baru beli kat tes**... adeh, kena check ni time masak

Farra Da Smiley said...

aku, mmg beli brg2 kat tesco every month huhu..be4 this ok je..so be careful

noor said...

oh jadinya mmg betul lah, weekend lepas, husband akak bawak balik 4 bungkus bee hoon goreng (dlm bekas polestrin) dgn telur mata setiap satu bekas, salah satu daripada telur mata tu rasa mcm plastik... eh tak mcm kertas kot, tak macam rasa telur biasa, kami terus buang, tak perasan pulak telur kuning dia mcm mana, rasanya masih elok bulat...

Farra Da Smiley said...

k. noor, rasanya telur palsu jugak tuh..ish ish..ngeri..so mmg kene be extra careful kann

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...