Tuesday, February 28, 2006
Azam
Seronok! Membayangkan saat dapat menyusukan anak kedua nanti. Masa Musáb dulu susuku memang banyak. Sepanjang pantang Musáb minum susu badan. Tapi sayang, aku hanya menyusukannya sehingga 4.5 bulan sahaja! Kesilapan aku juga. Minggu pertama berkerja, Musáb dah mula enggan menyusu dari badan. Aku turutkan sahaja kehendaknya yang mahu minum terus dari botol. Akibatnya, aku terpaksa memerah sepanjang masa, di rumah @ pejabat. Hujung minggu aku mula sibuk menghadiri kuliah & group discussion. Ini membuatkan masa untuk memerah amat terhad. Aku jadi penat. Aku cuba ajar semula Musáb menyusu dari badan. Tapi dia enggan. Aku membuat keputusan berhenti memerah. Ketika itu, susu masih ada lagi cuma kurang diperah. Semakin hari susu kurang dan akhirnya lebih kurang sebulan kemudian susu berhenti.
Kali ini aku tekad. Aku berazam untuk menyusukan anak kedua lebih lama, selama yang terdaya & diizinkan Allah. Moga-moga Allah kabulkan impianku ini. Amin
Excess spending or investment?
Excited. Itulah perasaan yang dapat kami gambarkan apabila rumah mula diisi dengan perabot baru. Minggu ini kami habis RM3k++ kerana membeli:
Sofa - RM900
TV Bench- RM400
Dining table - RM600
2 single mattress- RM260
Gas cabinet - RM85
Curtain's railing - RM200
TV 29""-RM548
DVD player-RM149
Misc items- RM150++
Some of the items kami beli semasa jualan terus dr kilang! So, lagi jimat. Best buy of the week was TV 29". Actually harga TV tu kat kedai luar RM699! Jimat bangattt seh.
Insyallah, kami target nak tidur di rumah baru hujung minggu ini. Kepingin benar sebelum bersalin. Tetamu pertama yang akan mengunjungi rumah baru kami will be my MIL, SIL & BIL yang akan datang pada cuti sekolah minggu hadapan.
I'm waiting for Bonus to buy other few things including washing machine! Sementara ni tumpang rumah emak dulu le kalau tak larat nak basuh tangan.
Thursday, February 23, 2006
Crazy bout' cooking!
I was so excited yesterday when I went to one special shop selling all bakery ingredients, ranging from various flavors, filling, premixes, emulsifier & more! This is good news to all friends who are crazy bout’ cooking especially Yati! The shop is Bake with Yen Sdn Bhd. The price is far cheaper than the shop that I used to go before in Kepong Town.
Just in half an hour, I spent RM48.30 to buy few things as to fulfill my interest! These are the things that I bought yesterday:
Square Loose Base – RM12
Aluminum donut cutter – RM4.50
Oregano- RM1.50
Basil – RM2.00
Ingredients for cheesecake (cream cheese, cream & cooking choc)- RM12.60
Muffin mix – RM4.20
Paper cup loose- RM2.50
Tart/muffin mould – RM9 for 10 pieces (RM0.90/piece)
Other stuffs ordered by Aini & my officemate - RM15.80
The best buy of the day was Tart/muffin mould! I was so amazed with the mould that only cost 90 cent per piece and the paper cup loose with varieties of color & patterns!
Instead of buying muffin tray, which cost you RM13 (6 holes) or RM18.50 (12 holes), now I can use the muffin mould with cost of RM0.90 per piece! Total price of 10 moulds is only RM9 and I can arrange all 10 moulds closely in my mom’s small oven.
If I were to use the 6 holes muffin tray, it will consume more baking time, as I need to wait for the 1st round to cook first. I also cannot use the 12 holes muffin tray, as the size is too big for my mom’s small oven.
I wish to spent more time exploring all ingredients there but I couldn’t able to stand for long time! Mak buyong le katekann . Lepas pantang nanti boleh aku pi lagi & lepas gian memasak!
Let’s enjoy cooking & eating! Dear friends, please check out this website for further details! http://www.bakewithyen.com/
[2]
Chronology of our cash outflow this month:
11 Feb – RM318 @ Carrefour
14 Feb- RM320 @ Mydin
22 Feb- RM48.30 @ Bake with Yen Sdn Bhd
Within 5 days we spent almost RM600+ buying necessary household materials. That one still not inclusive Sofa, Dining Table, Tikar Sarawak, Carpet, Mattress, Cabinet, TV etc. Atoii..pokai!
Monday, February 20, 2006
Banana Muffin
Bahan-bahan:1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek bersama 1 sudu teh sodium bicarbonate
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
chocolate chips untuk hiasan
Cara penyediaan:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan chocolate chips.

5. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.
Cik Abang memang sukakannya. Hopefully one day Mus'ab will like it too!
Persiapan rohani
Alhamdulillah, petua & doa ini diperolehi semula daripada Hany. Hany kata ini petua daripada arwah Kak Syiqin. Mudah-mudahan, petua ini dapat diamalkan olehku dan kawan-kawan yang lain.
1) Sediakan air masak di dalam jug/botol minuman
2) Dirikan solat Hajat
3) Selepas solat hajat, baca :
a. Surah Al Fatihah
b. Surah Al Hashr (59) ayat 21-24
c. Selawat Shifa'
d. Doa from Surah Maryam
"Allahumma bihaqqi maryam wabihaqqi maa unzilat a'laihi suuratu maryamu khafif anhaa disambung dengan ..nama isteri binti ibunya cth salmah(isteri) binti asiah(ibu isteri) Aalaamahalmakhadhi birahmatika YaArhamar Raahimin "
4) Tiupkan di air
5) Minum air selusuh 1 atau 2 minggu sebelum tarikh jangka bersalin
6) Apabila mula terasa sakit bersalin, sapukan air tersebut di atas perut isteri (dr atas ke bawah ) sambil berselawat 2 kali
Sebaiknya air selusuh ini di buat oleh suami. Yakin & tawakal. InsyaAllah.berkesan.
Ketika mula sakit bersalin terasa, isteri sentiasa baca selawat nabi Yunus (Lailahailla anta Subhanaka inni kuntu minazzaalimin) dan suami banyakkan baca Surah Yasin semasa dalam labor room.
Para ibu juga digalakkan minum air bunga kembang Fatimah. Sejenis tumbuhan dari Mekah. Masa Mus’ab dulu, petua ini tidak kuamalkan kerana tiada bunga ini. Insyallah kali ini dapatlah kuamalkan kerana bunga tersebut telah dibeli oleh Emak semasa menunaikan ibadat Haji tahun lepas.
*Selain persedian ini, terlintas juga difikiran. Adakah kali ini aku perlukan Epidural. Jawapanku buat masa ini 30% nak + 70%tidak
Friday, February 17, 2006
Green Horse
This is old picture. I wanted to share how Mus’ab looks like 3 weeks ago during chicken pox fever! Even he was suffering chicken pox, but he really enjoyed riding the horse! Thanks to my Mom for giving my son an adorable horse. She bought it on his second day’s fever.
The 1st week of his chicken pox was very tough. He cried every time he woke up on the night. Maybe because the itchiness, uncomfortable and hotness of the night. 2 days after he couldn’t sleep tidily in our room, we’ve decided to sleep in the hall because of his ‘Buaian’. We think that we could use it if we failed to calm him down on the night.
On the first night we slept in the hall, he woke up & cried as usual. We tried to calm him down using various ways (including Buaian) but we failed. We were very tired. We were hopeless & started to ignore him. Suddenly, he stopped crying & when I looked at him, he was playing with the horse. He pushed the horse around the house! Then he falls asleep again without our effort! Alhamdulillah. Cukup le tido kami malam tu. Why he just pushed the horse? Because he scared to ride it! Actually he took 5 days to learn to ride it! Haha
Now he can ride the horse in high speed! He also put something else on the horse & pushed around. We really enjoyed watching his adorable activity rather than the tv program. Another thing the scars of chick pox still exist and start to reduce every day.
Wednesday, February 15, 2006
Conversion Table for Cooking
1 militers = 1/5 sudu teh
5 ml = 1 sudu teh
15 ml = 1 sudu besar
30 ml = 1 fluid oz.
100 ml = 3.4 fluid oz.
240 ml = 1 cup
1 liter = 34 fluid oz.
1 liter = 4.2 cawan
1 liter = 2.1 pints
1 liter = 1.06 quarts
1 liter = .26 gallon
Berat
1 oz. = 28 gram
1 pound = 454 gram
1 gram = .035 ounce
100 gram = 3.5 ounce
500 gram = 1.10 pound
1 kilogram = 2.205 pound
1 kilogram = 35 oz.
Cooking Measurement Equivalents
16 sudu besar = 1 cawan
12 sudu besar = 3/4 cawan
10 sudu besar + 2 sudu teh = 2/3 cawan
8 sudu besar = 1/2 cawan
6 sudu besar = 3/8 cawan
5 sudu besar + 1 sudu teh = 1/3 cawan
4 sudu besar = 1/4 cawan
2 sudu besar = 1/8 cawan
2 sudu besar + 2 sudu teh = 1/6 cawan
1 sudu besar = 1/16 cawan
2 cups = 1 pint
2 pints = 1 quart
3 sudu teh = 1 sudu besar
48 sudu teh = 1 cawan
Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm6
3/4 cups = 1kg (1000gm)
Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm
Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter
Source:Resipi.net
~Sesuai ditampal di tepi peti sejuk untuk panduan di dapur. Seronok bila jumpa panduan ni coz I always facing difficulty in measuring some ingredient in OZ
Tuesday, February 14, 2006
Sunday Menu
This is the Roast Chicken that I meant yesterday. You can get the recipe from Aini's Blog. It doesn’t look so tempting cause I didn’t decorated in as what my Mom said. :DMy second menu was Choc Muffin. With cost of RM10 you can get 16 cups of Choc Muffin. My family and officemate love it very much!

The ingredients:
1) 500gm Muffin Mix
2) 100gm Milk
3) 4 eggs (medium size, don’t use big size ok)
4) 140gm melted butter
Steps:
Beat 1, 2 & 3 in 4 minutes (average speed)
Fold in melted butter
Decorated it with chocolate chip & bake it!
I really enjoyed cooking because I can get all stuffs for cooking from a special cake shop in Kepong town.
Enjoy!
*Alhamdulillah, tadi dah dapat makan tengahari dengan Hany ;)
Monday, February 13, 2006
Sabtu lepas, kami ke Hospital. Dr amat terkejut melihat perut aku yg bagaikan bola ini merah menggila. Sudah hampir penuh pula di sekitar perut. Dr tanya krim apa yang aku gunakan. Aku guna Palmer’s Cocoa Butter & baru-baru ini sbb gatal sgt aku guna Calamine cream dr Klinik di Menara. Maklumbalas Dr ialah, most of my patients yang guna Palmer’s jadi kulit gatal-gatal. Jadi, Dr putuskan mungkin kulit aku tak sesuai dengannya & asked me to stop using it. Kesimpulan lain, kulit dah mula alergi & gatal-gatal sebab symptom pembawakan budak. Aku setuju juga dengan pendapat Dr. Masa mengandung Mus’ab dulu pon sama, malah lagi teruk sebenarnya. Masa Mus’ab dulu aku mula gatal-gatal kulit sejak awal bulan 5 & gatalnya seluruh badan kecuali muka. Masing-masing bakal ibu menghadapi ujian yang berlainan. Macam aku, tiada alahan @ morning sickness di awal kehamilan, tapi gatal-gatal di badan pula di akhir-akhir kehamilan. Namun alhamdulillah, Allah tetap beri kekuatan untuk membuat kerja-kerja pejabat dan rumah.
Semalam, Ahad. Seperti minggu-minggu sebelum kami sibuk mengemas rumah baru. Aku turut membantu semana yang terdaya. Aku hanya tolong membersihkan papan-papan kabinet dapur mengunakan berus & kertas pasir sebelum dicat baru. Kami mungkin akan berpindah penghujung bulan ini walaupun kerja-kerja mengecat masih belum selesai.
Melihat resipi Roast Chicken daripada Aini minggu lepas, aku pon mencuba resipi tersebut sbg hidangan tengahari. Minum petang pula aku masak Choc Muffin. Macam-macam yang orang mengandung ni terigin. Hihi :D
Wednesday, February 8, 2006
Argh stretch mark!
~~~~
Kalau ikut pengalaman anak pertama dulu, kalau streach mark yg besar-besar ni dah timbul & amat menggatalkan siang & malam..maknanya dah nak dekat bersalin. Maybe in 3 weeks. Mak aii..gerunnya.
Emm..persediaan masih belum lengkap. Terutamanya nama anak! :D
Tuesday, February 7, 2006
Kami & MRR2 Kepong
Memang tertarik dengan petikan skrip pembaca berita mengenai MRR2 Kepong sejak 2 minggu yang lalu..setiap kali cerita MRR2 hendak diwar-warkan..pasti skripnya begini :
Panjangnya hanya 1.7km namun kos pembinaannya adalah sebanyak 238.8 juta ringgit Malaysia.
Pelik. Belanjanya sudah menelan berjuta ringgit..baru saja beroperasi tak sampai 10 tahun..dah pula terdapat kesan-kesan retakan.
Kalau dulu masa pembinaan MRR2 kami terpaksa menghadapi situasi kesesakan teruk …then bila MRR2 Kepong dah siap memang rasa lega..kini rupanya kami terpaksa hadapinya semula..lagi pasrahnya..kalau hendak ke stesen KMT Kepong pon dah susah. Jadi, KMT bukanlah pilihan utk ke tempat kerja sepanjang penutupan MRR2 Kepong ni…kalau balik dr kerja masih boleh dipertimbangkan. Cuma Teksi plak kurang. Macam semalam, aku balik naik KMT..kami terpaksa pula berebut teksi untuk pulang ke rumah. Dah nasib badan..bersabar je la demi keselamatan semua.
*Lepas lahirkan Mus’ab tahun 2004 dulu, MRR2 Kepong ditutup untuk kerja pembaikan. Tahun ini, 2006 masa hampir untuk berpantang anak ke2 juga kami menerima berita yang sama. Kebetulan pulak yer?
Friday, February 3, 2006
Catatan tahun baru
Sabtu & Ahad kami sibuk di Kg Melang, Negeri Sembilan. Hari Ahad sepupu aku, Mohd Redzaizwan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Siti Khadija, seorang saudara baru dari Sarawak. Kenduri di kampung, masak sendiri mestilah agak memenatkan. Aku yg mak buyong apalah boleh tolong sangat..setakat bungkus telur & gegula utk diberikan kepada tetamu sebagai cenderahati.
Selepas kenduri, masa tiba menjelang waktu Asar, Abah menerima panggilan dr Kg Sg Pergam, Perak. Abang Abah @ Pak Long kami sedang sakit tenat. Abah terus menggesa kami untuk bersiap-siap utk pulang ke Kg Perak. Dalam keletihan cepat-cepat kami berkemas dan bertolak. Kerana kepenatan, Emak mencadangkan kami berhenti dulu di KL. Rupa-rupanya semasa kami mendirikan solat jama’& qasar di surau, Pak Long kami, Wak Dali telah menghembuskan nafasnya yg terakhir kira-kira jam 8.45pm. Malam itu kami ambil juga kesempatan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Perak. Emak & Abah bergerak jam 3 pagi. Sementara kami bertolak selepas Subuh kerana melihat si kecik nyenyak tidur mungkin juga kerana penat kenduri.
Kami sampai di Kg Sg Pergam hampir jam 10 pagi. Emak maklumkan jenazah akan terus dibawa ke tanah perkuburan kerana urusan lain semuanya telah selesai. Kami terus ke tanah perkuburan. Namun, tidak sempat menatap wajah arwah Wak Dali kerana semuanya diuruskan dengan pantas. Alhamdulillah, yang penting urusan jenazah dipercepatkan. Hanya Doa & Bacaan ayat suci yg dpt kami sedekahkan. Kami tinggal di Kg hingga hari Selasa. Abah masih dikampung & cadangnya akan pulang hari ini.
Dah hampir setahun arwah menderita sakit bahagian usus. Minggu lepas arwah Wak Dali ada di HUKM. Aku mmg kepingin sangat nk menziarahinya tapi dek sibuk menjaga Mus’ab yg kene Chicken Pox tak dan jugak. Hanya Abah & Emak berkesempatan menjenguk dua kali. Kali terakhir aku berjumpanya kira-kira 3 bulan yg lepas. Malam Khamis lepas arwah meminta untuk keluar dr Hospital. Katanya sudah tak tahan dengan rawatan Hospital. Dr juga memaklumkan harapan hanya tinggal 50-50.
Kini Abah hanya tinggal dua beradik & emaknya (Embah) yang semakin uzur. Adik beradik yg lain telah pulang ke alam Barzakh. Arwah Wak Dali dlm kenangan. Al-fatihah.
{2}
Alhamdulillah, kini Mus’ab dah sihat. Tapi kesan-kesan Chicken Pox masih belum hilang. Ambil masa juga rasanya untuk hilang.
{3}
Kerja-kerja mengemas, mencuci & mengecat gril rumah baru tertangguh. Cadangnya hendak dibuat pada 2 hari lepas sempena cuti Awal Muharram. Tapi tak terbuat dek penat balik Kg. Jadi, yang pasti kami masih belum berpindah ke rumah sendiri lagi. Tapi, Abang target at least nak pindahkan barang-barang sebelum adik Mus’ab lahir.
~Hari ini pertama kali Blog dr ofis baru :p
Salam Maal Hijrah
Thursday, January 26, 2006
Short notes
Is my second day training here, MMC learning about our new CC system. I really enjoy learning and at the same time enjoy reading my friend’s blogs in between. This makes me remember our University’s life where some students used to do other things while tutor is giving lecture during the lab session.
Also is the 6th day Mus’ab suffering Chicken Pox …his father is taking care of him since yesterday ….I miss him so much
Sunday, January 22, 2006
Minggu lepas mmg sibuk
Hari Isnin minggu je pi ofis..next day p Menara..actually aku akan berpindah ke Menara..suppose last week..barang dah kemas tapi tak sempat nk angkat
On last Wed..cuti...cuti to celebrate our 3rd anniversary ..We just having outing to SOGO & few shops to buy some stuffs.eg: lampu (utk rumah baru) & barang2 nak sambut ahli keluarga baru
Thurs & Fri..I went to PD..2 days training..this is the first time berpisah kejap ngan Mus'ab..walaupun 2 hari 1 malam, ah rindunyer bukan kepalang...rindu bangattt sehh...mlm Sabtu sampai rumah..rupanya Mus'ab tak sihat..mata merah..Ayah kata Mus'ab sakit mata..mlmnyer pon Mus'ab asyik terjaga..Mama & Ayah pon tak cukup tido
Today, Sabtu..masa nak mandikan Ab..nampak ada biji2 kat badan..huhu..mmg sah le ni Ab kene campak! Kesian anak mama..Mama kene amik 2 days UL la kot! Then ayah take turn jaga on next Wed & Thurs..coz again I have training @ MMC
Yang pastinyer anak Mama ni kalau sakit..time malam mmg asyik terjaga & merengek..mencabar betul..hari siang aktif tetap sama! Rumah kita bagai dilanda Tsunami kecil! `bak kata uwannya
Friday, January 13, 2006
Puzzles of the day
1. The police entered a gym containing five wrestlers just as the dying man looked at the ceiling and mumbled, "He did it." They immediately arrested one of the wrestlers. How did they know who was guilty?
2. Remove six letters from ASIPXPLETLTERES. What word is left?
Monday, January 9, 2006
Progress that I wish to remember
3 months
B/P- 90/60
Weight- 53kg
4 months
B/P- 80/50
Weight- 53kg
5 months
B/P- 90/60
Weight- 54kg
6 months
B/P- 80/50
Weight- 58kg
Blood test result:
Hemoglobin: 96 Normal: 115-165
RCB: 3.17 Normal: 3.8-5.5
7 months
B/P- 90/60
Weight- 60kg
Comment from the clinic Dr in her reference letter:
She was noted to have low blood pressure ranging from 80/50 to 90/60 and antenatal geology done in Nov 05 showed with anemia (HB-96 g/l).
I’ve eaten so much food that can supply more blood..sampai naik muak pon ada la..so hopefully next month my HB will increase a bit. Amin.
Alahai rasanya tak sabar plak nak pi Hospital this week…excited nak tgk baby’s gender..dah masuk 7 months ++ ni lom pernah scan lagi
Friday, January 6, 2006
A week before we went to PD on 24 Dec Mus’ab has started suffering diarrhea....so we went to get the medicine from nearest clinic & at the same time we used lactose free milk for Mus’ab…based on our last experience after 2 days using LF milk, Mus’ab will recover…but not this time, diarrhea still continue... I took urgent leave on 19 Dec…
Things getting worse he got fever 3 days before we went back to Kg Kulim…so we went to Clinic again..Dr gave same medicine…I took one more urgent leave on 28 Dec..Alhamdulillah On 29 Dec, he recovered from fever..but diarrhea still persist….we still continue with our Balik Kg plan….that was the most tiring journey I ever experienced..1stly because maybe I’m pregnant..2nd, because we have to change Mus’ab diapers several times..we were not only stopped at R&R but also just in masjid..petrol stations whichever place that are suitable to drop by…and of course I’m getting panic with his condition..nappy rash became worst…merah menyala wooo..
Finally we arrived Kg Kulim at 5pm..straight away we change diaper for the 5th times….then go out again to go to the nearest clinic in the Kg..but all clinics closed on Friday..after solat jama’ Asar & Zohor..we go out again to town, Kulim to go to TM clinic panel…Alhamdulillah clinic open..Dr give same medicine but this time Dr didn’t allow us to give any milk to Mus’ab for 2 days..Mus’ab can only drink the delicious ‘ Air Garam’ (ORS)..I make it very delicious by adding syrup flavor….so sad to see him drinking only the water…in addition Mus’ab doesn’t like to eat rice..he only like biscuits & cornflakes..badan pon dah susut dek kene cirit birit for 2 weeks…
Alhamdulillah after 4 days..now he recovered..the good cure is by follow these steps:
1) Give the ORS water for 2 consecutive days..No Milk at all..also give porridge to baby who like porridge (but not in case of Mus’ab)
2) Then, can start give LF Milk on the 3rd day….but need to make it very dilute
3) At the same time, give all water medicine consistently..especially Antibitoic ~ perlu dihabiskan
4) Then can start use normal Milk he used to drink ~Dugro 1 Plus~
Alhamdulillah hati dah senang :D
Thursday, December 29, 2005

We spend our last weekend at Negeri Sembilan..one night in PD Marina Resort, Port Dickson and the second night at Mus'ab's oyang house , Kg Melang Kuala Pilah
Mus’ab seem really enjoyed the short vacation..but he looked scared with the swimming pool..so most of the time was spent by Mus’ab walking around the pool.. I’ve planned to enjoy Sauna..but the they don’t allowed pregnant woman to use that facility ..So sympathy to Mus’ab’s father..he was having fever during the holiday and most of the time spent in the condo..
More pictures will be uploaded soon in our Blog
Thursday, December 15, 2005
Great Vacations Made Possible!

"Warga Kumpulan TM,
Dapatkan satu malam tambahan percuma di Impiana Cherating untuk setiap pengesahan penginapan 3 hari 2 malam di sana. Tawaran ini sah untuk tempoh 3 Januari hingga 31 Mac 2006 dan terhad bagi tempahan hari biasa dan cuti hujung minggu sahaja (tidak termasuk cuti umum dan cuti persekolahan). "
Berita ni memang menarik perhatian! Abang, apa kata kita sambut our 3rd Anniversary there? Or you have other plan for us?
Public transport
1) Kerja out from my office
2) Beberapa jalan kat KL tutup due tu national event
3) Abang tak pi keje sbb cuti umum @ MC <>
Kelebihan naik public transport ni..:
1) Cepat & mudah
2) Harga berpatutan
3) Mengalakkan kita berjalan..salah satu senaman yg amat baik & selalu orang2 muda lupakan! Ha mengaku tak??
Cuma….masa tgh mengandung ni rasa terseksa jugak! Sebabnya..within these 2 weeks ni mmg aku byk guna public transport..tapi mmg tak pernahnya orang kasi tempat duduk..walaupun kat situ ada label “priority seating for pregnant/disable/elderly”. Mungkin btol orang kata rakyat Malaysia kurang budi bahasanya? OR My belly is not big enough to show that I’m a 6 months pregnant woman? Passengers lain pon main tolak masuk jek..tak kesah kt depan tu orang tua ker..mengandung ker..cacat ker..perut pon terhimpit ngan kesesakan orang
Last Tuesday, oleh kerana dek tak tahan kaki nk berdiri lama dlm KMT & perut terhimpit..so I’ve decided to use Bus..1 kelebihan yg nyata..amik bas dr CM mmg dapat tempat duduk..Cuma masa nak menunggu dpt bas mmg lama! And of course jalan KL ni jamm..kuar ofis kui 6pm tapi sampai umah kui 7.40pm..tu pon B terpaksa tolong jemput dr stesen bas dek tak larat jalan & kaki dh luka dek kasut baru <> dr SOGO last Friday hehehe>
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Menyambung kisah Pengalaman bersalin di Hospital Swasta sebelum ini, ini kisah bersalin normal tetapi menggunakan ubat tahan sakit, Epidura...
-
Ini sambungan dari posting sebelum ini. Beginilah rupanya majalah Personal Money kalau sesiapa tak tau. Ni edisi bulan September 09. Kalau...
