Tuesday, February 28, 2006

Azam

P******* membesar sepanjang kehamilan.Itu biasa. Tapi hari Ahad aku rasa sedikit luar biasa. Semasa menukar pakaian, terasa beberapa titisan air mengalir. Pelik. Masa tu aku tak berpeluh pun. Rupa-rupanya air tersebut datang dari dada. Memang sah! Milk is coming out from my breast. Kilang susu dah bersedia menyambut kehadiran orang baru. Gembira tapi a bit scare.

Seronok! Membayangkan saat dapat menyusukan anak kedua nanti. Masa Musáb dulu susuku memang banyak. Sepanjang pantang Musáb minum susu badan. Tapi sayang, aku hanya menyusukannya sehingga 4.5 bulan sahaja! Kesilapan aku juga. Minggu pertama berkerja, Musáb dah mula enggan menyusu dari badan. Aku turutkan sahaja kehendaknya yang mahu minum terus dari botol. Akibatnya, aku terpaksa memerah sepanjang masa, di rumah @ pejabat. Hujung minggu aku mula sibuk menghadiri kuliah & group discussion. Ini membuatkan masa untuk memerah amat terhad. Aku jadi penat. Aku cuba ajar semula Musáb menyusu dari badan. Tapi dia enggan. Aku membuat keputusan berhenti memerah. Ketika itu, susu masih ada lagi cuma kurang diperah. Semakin hari susu kurang dan akhirnya lebih kurang sebulan kemudian susu berhenti.

Kali ini aku tekad. Aku berazam untuk menyusukan anak kedua lebih lama, selama yang terdaya & diizinkan Allah. Moga-moga Allah kabulkan impianku ini. Amin

3 comments:

Ummu Auni said...

moga2 keazaman nko tinggi. aku ni pula sbb brsalin sebulan awal, tak pernah dpt rasa keluar susu automatik. sedih pun ada. nak keluar susu punyala perit, kena kuat hisap, baru keluar.

kesian kat anak. takpelah, insya Allah, lain kali aku kuat semangat

Farra Da Smiley said...

harap2 begitula
moga Allah kabulkan

eh dulu ko amik Epidural tak?
Muffin jadi tak?

Ummu Auni said...

nak ambil, tak sempat..hehe..12 lebih rasa sakit, kul 1.30 dah bersalin. doc aku gelak je cause aku gatal minta epidhural

muffin dah habis licin mkn (bukan aku je, mak pak aku sekali!)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...