Tuesday, February 7, 2006

Kami & MRR2 Kepong

Kesesakan MRR2 Kepong hari ini bertambah teruk berbanding semalam. Apalah nasib kami penduduk Kepong..bagai di’kepung’ di dalam kawasan sendiri. Pelik yer bagaimana Jejambat yang nampak gah dimata itu sebenarnya makin uzur. Sebelum penutupannya Sabtu yg lepas..kami yg lalu di bawah hanya bertawakal sahaja..kalau runtuh kesannya memang lebih hebat kepada pengguna jalan raya di bawah. Tiada pilihan utk keluar dr kawasan rumah. Jadi, terpaksa juga menggunakan jalan di bawah jejambat MRR2.

Memang tertarik dengan petikan skrip pembaca berita mengenai MRR2 Kepong sejak 2 minggu yang lalu..setiap kali cerita MRR2 hendak diwar-warkan..pasti skripnya begini :

Panjangnya hanya 1.7km namun kos pembinaannya adalah sebanyak 238.8 juta ringgit Malaysia.

Pelik. Belanjanya sudah menelan berjuta ringgit..baru saja beroperasi tak sampai 10 tahun..dah pula terdapat kesan-kesan retakan.

Kalau dulu masa pembinaan MRR2 kami terpaksa menghadapi situasi kesesakan teruk …then bila MRR2 Kepong dah siap memang rasa lega..kini rupanya kami terpaksa hadapinya semula..lagi pasrahnya..kalau hendak ke stesen KMT Kepong pon dah susah. Jadi, KMT bukanlah pilihan utk ke tempat kerja sepanjang penutupan MRR2 Kepong ni…kalau balik dr kerja masih boleh dipertimbangkan. Cuma Teksi plak kurang. Macam semalam, aku balik naik KMT..kami terpaksa pula berebut teksi untuk pulang ke rumah. Dah nasib badan..bersabar je la demi keselamatan semua.

*Lepas lahirkan Mus’ab tahun 2004 dulu, MRR2 Kepong ditutup untuk kerja pembaikan. Tahun ini, 2006 masa hampir untuk berpantang anak ke2 juga kami menerima berita yang sama. Kebetulan pulak yer?

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...