Friday, February 3, 2006

Catatan tahun baru

{1}
Sabtu & Ahad kami sibuk di Kg Melang, Negeri Sembilan. Hari Ahad sepupu aku, Mohd Redzaizwan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Siti Khadija, seorang saudara baru dari Sarawak. Kenduri di kampung, masak sendiri mestilah agak memenatkan. Aku yg mak buyong apalah boleh tolong sangat..setakat bungkus telur & gegula utk diberikan kepada tetamu sebagai cenderahati.

Selepas kenduri, masa tiba menjelang waktu Asar, Abah menerima panggilan dr Kg Sg Pergam, Perak. Abang Abah @ Pak Long kami sedang sakit tenat. Abah terus menggesa kami untuk bersiap-siap utk pulang ke Kg Perak. Dalam keletihan cepat-cepat kami berkemas dan bertolak. Kerana kepenatan, Emak mencadangkan kami berhenti dulu di KL. Rupa-rupanya semasa kami mendirikan solat jama’& qasar di surau, Pak Long kami, Wak Dali telah menghembuskan nafasnya yg terakhir kira-kira jam 8.45pm. Malam itu kami ambil juga kesempatan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Perak. Emak & Abah bergerak jam 3 pagi. Sementara kami bertolak selepas Subuh kerana melihat si kecik nyenyak tidur mungkin juga kerana penat kenduri.

Kami sampai di Kg Sg Pergam hampir jam 10 pagi. Emak maklumkan jenazah akan terus dibawa ke tanah perkuburan kerana urusan lain semuanya telah selesai. Kami terus ke tanah perkuburan. Namun, tidak sempat menatap wajah arwah Wak Dali kerana semuanya diuruskan dengan pantas. Alhamdulillah, yang penting urusan jenazah dipercepatkan. Hanya Doa & Bacaan ayat suci yg dpt kami sedekahkan. Kami tinggal di Kg hingga hari Selasa. Abah masih dikampung & cadangnya akan pulang hari ini.

Dah hampir setahun arwah menderita sakit bahagian usus. Minggu lepas arwah Wak Dali ada di HUKM. Aku mmg kepingin sangat nk menziarahinya tapi dek sibuk menjaga Mus’ab yg kene Chicken Pox tak dan jugak. Hanya Abah & Emak berkesempatan menjenguk dua kali. Kali terakhir aku berjumpanya kira-kira 3 bulan yg lepas. Malam Khamis lepas arwah meminta untuk keluar dr Hospital. Katanya sudah tak tahan dengan rawatan Hospital. Dr juga memaklumkan harapan hanya tinggal 50-50.

Kini Abah hanya tinggal dua beradik & emaknya (Embah) yang semakin uzur. Adik beradik yg lain telah pulang ke alam Barzakh. Arwah Wak Dali dlm kenangan. Al-fatihah.

{2}
Alhamdulillah, kini Mus’ab dah sihat. Tapi kesan-kesan Chicken Pox masih belum hilang. Ambil masa juga rasanya untuk hilang.

{3}

Kerja-kerja mengemas, mencuci & mengecat gril rumah baru tertangguh. Cadangnya hendak dibuat pada 2 hari lepas sempena cuti Awal Muharram. Tapi tak terbuat dek penat balik Kg. Jadi, yang pasti kami masih belum berpindah ke rumah sendiri lagi. Tapi, Abang target at least nak pindahkan barang-barang sebelum adik Mus’ab lahir.

~Hari ini pertama kali Blog dr ofis baru :p

Salam Maal Hijrah

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...