Ini persediaan yang amat penting. Dulu aku simpan & amalkan semasa mengandungkan Mus’ab. Tapi entah kenapa atas kecuaian sendiri doa tersebut hilang dari simpanan.
Alhamdulillah, petua & doa ini diperolehi semula daripada Hany. Hany kata ini petua daripada arwah Kak Syiqin. Mudah-mudahan, petua ini dapat diamalkan olehku dan kawan-kawan yang lain.
1) Sediakan air masak di dalam jug/botol minuman
2) Dirikan solat Hajat
3) Selepas solat hajat, baca :
a. Surah Al Fatihah
b. Surah Al Hashr (59) ayat 21-24
c. Selawat Shifa'
d. Doa from Surah Maryam
"Allahumma bihaqqi maryam wabihaqqi maa unzilat a'laihi suuratu maryamu khafif anhaa disambung dengan ..nama isteri binti ibunya cth salmah(isteri) binti asiah(ibu isteri) Aalaamahalmakhadhi birahmatika YaArhamar Raahimin "
4) Tiupkan di air
5) Minum air selusuh 1 atau 2 minggu sebelum tarikh jangka bersalin
6) Apabila mula terasa sakit bersalin, sapukan air tersebut di atas perut isteri (dr atas ke bawah ) sambil berselawat 2 kali
Sebaiknya air selusuh ini di buat oleh suami. Yakin & tawakal. InsyaAllah.berkesan.
Ketika mula sakit bersalin terasa, isteri sentiasa baca selawat nabi Yunus (Lailahailla anta Subhanaka inni kuntu minazzaalimin) dan suami banyakkan baca Surah Yasin semasa dalam labor room.
Para ibu juga digalakkan minum air bunga kembang Fatimah. Sejenis tumbuhan dari Mekah. Masa Mus’ab dulu, petua ini tidak kuamalkan kerana tiada bunga ini. Insyallah kali ini dapatlah kuamalkan kerana bunga tersebut telah dibeli oleh Emak semasa menunaikan ibadat Haji tahun lepas.
*Selain persedian ini, terlintas juga difikiran. Adakah kali ini aku perlukan Epidural. Jawapanku buat masa ini 30% nak + 70%tidak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
1 comment:
Esah, thanks for sharing.
kali ni nak bersalin anak ke2 lg takut rasanya. Masih teringat kesakitan dulu. But hubby & all family members advise tak payah amik. Lagipun time anak pertama dulu aku sakit tak lama sgt but very painful dr bukaan 7cm until time nak push. So, this time the duration might be shorter than the 1st one.
Kene tunggu on the actual date kot baru bleh decide!
Post a Comment