Monday, February 20, 2006

Banana Muffin

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega

1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek bersama 1 sudu teh sodium bicarbonate
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas

1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
chocolate chips untuk hiasan

Cara penyediaan:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.

2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan chocolate chips.
5. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.


Cik Abang memang sukakannya. Hopefully one day Mus'ab will like it too!

5 comments:

mardhiah12 said... Reply To This Comment

farra, ko tolong belikan

1. special cup utk buat muffin tu. byk mana agak2 utk satu tray. ke muffin tray tu murah lagi ek?
2. muffin mix (senang tgk resipi muffin kau) - tolong beli perisa coklat sepeket

nanti aku bayar, bawalah dtg office, kita kat menara kan
TQ

farradasmiley said... Reply To This Comment

aini,

1. Tray muffin mahal dlm RM13 + kene beli cup muffin biasa sekali. That's why aku beli special paper cup tu..lawo gak..harga RM6 for 100 cups

2. ko nak 500gm or 1kg?

Nanti aku infom bila dah belikan ek..mmg nk jumpa ko coz nak pulangkan katalog ici dulux...ramai org pesankan beli muffin mix & cup ni eheh

ieka said... Reply To This Comment

fara
taknak minta beli ape2..cuma nak muffin tu bleh?:P

farradasmiley said... Reply To This Comment

ika, bleh! nnti kalu kt buat kt panggil ika mai ofis okey!

mardhiah12 said... Reply To This Comment

farra, boleh masuk dlm oven ke special cups tu? kalau boleh, aku nak yg tu jer la. (100 cups = RM 6)

yg 500 gm, ok kan?

nanti aku bayar yer, tq mak buyung :D