Monday, February 13, 2006

Rancangan untuk makan tenghari bersama Hany hari ini terpaksa ditangguh. Pagi ni aku ke ofis lama untuk membereskan prestasi anggota. Baru 1 jam melaksanakan kerja, ofis baru memerlukan aku untuk membereskan kerja yg penting utk disiapkan hari ini. So, Insyallah, esok akan ke ofis lama semula & boleh teruskan rancangan lunch bersama Hany. Insyallah

Sabtu lepas, kami ke Hospital. Dr amat terkejut melihat perut aku yg bagaikan bola ini merah menggila. Sudah hampir penuh pula di sekitar perut. Dr tanya krim apa yang aku gunakan. Aku guna Palmer’s Cocoa Butter & baru-baru ini sbb gatal sgt aku guna Calamine cream dr Klinik di Menara. Maklumbalas Dr ialah, most of my patients yang guna Palmer’s jadi kulit gatal-gatal. Jadi, Dr putuskan mungkin kulit aku tak sesuai dengannya & asked me to stop using it. Kesimpulan lain, kulit dah mula alergi & gatal-gatal sebab symptom pembawakan budak. Aku setuju juga dengan pendapat Dr. Masa mengandung Mus’ab dulu pon sama, malah lagi teruk sebenarnya. Masa Mus’ab dulu aku mula gatal-gatal kulit sejak awal bulan 5 & gatalnya seluruh badan kecuali muka. Masing-masing bakal ibu menghadapi ujian yang berlainan. Macam aku, tiada alahan @ morning sickness di awal kehamilan, tapi gatal-gatal di badan pula di akhir-akhir kehamilan. Namun alhamdulillah, Allah tetap beri kekuatan untuk membuat kerja-kerja pejabat dan rumah.


Semalam, Ahad. Seperti minggu-minggu sebelum kami sibuk mengemas rumah baru. Aku turut membantu semana yang terdaya. Aku hanya tolong membersihkan papan-papan kabinet dapur mengunakan berus & kertas pasir sebelum dicat baru. Kami mungkin akan berpindah penghujung bulan ini walaupun kerja-kerja mengecat masih belum selesai.

Melihat resipi Roast Chicken daripada Aini minggu lepas, aku pon mencuba resipi tersebut sbg hidangan tengahari. Minum petang pula aku masak Choc Muffin. Macam-macam yang orang mengandung ni terigin. Hihi :D

2 comments:

mardhiah12 said... Reply To This Comment

aik nak pindah dah? ko tu kan nanti nak pantang lagi..tak duk rumah mak ke?

camne roast chicken hari tu? hehe. aku lupa ckp, kalau tak pakai stok ayam, rebus ayam guna air untuk buat stok pun boleh, tapi ambil sket jer la. cause nak buat pekat kan

farradasmiley said... Reply To This Comment

dah ade umah nak wat ape..pindah ler..ala kalu nk pantang kat umah mak pon lompat jek..setapak jooo..

roast chick tu boleh tahan la..spicy..cuma garam aku kureng..tu yg paling payah nak estimate ..hihi :D