Thursday, January 29, 2009

CNY Holiday

CNY holiday balik kampung Negeri Sembilan ziarah nenek saya, maksudnya moyang anak-anak. Sampai je kampung baru perasan beng baju budak tertinggal kat KL..sib baik kedai bukak lagi so kami ke mall terdekat rembat baju anak-anak. Untung le depa. Di Kampung kami hanya dapat siaran TV1 & TV2 saje..bosan btoi..so kita layan itik Mak Teh je la yang makin bertambah-tambah. Anak-anak suka sangat kacau itik..kejar sana kerjar sini sampai Mak Teh yang kene monitor mereka.



Sampai KL..sepupu-sepupu ziarah kami. Rupanya dah hampir setahun buat business fotografi..so apa lagi saya minta dia tangkap sket gambo lawo anak-anak. Boleh le cuci later. ;)


Em..Terasa mengidam pulak nak gi kelas baking LynnHassan, kelas roti atau kelas tart BWY. Yati, ko nak gi kelas mana?

Wednesday, January 28, 2009

Tempe goreng pedas manis-resipi org Jawa

Kegemaran seisi keluarga dan resipi turun temurun dari emak. Emak dapat dari arwah nenek sebelah ayah, maksudnya orang Jawa ler.

Sekarang resipi ni saya dah turunkan ke keluarga Kedah...adik iparku sangat suka!

Tumbuk dalm lesung batu:
Sedikit lengkuas ( anggaran 1 inci ++)
6 ulas bawang merah (hanya tumbuk 4 ulas, lg 2 ulas potong halus utk ditumis)
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan ( anggaran 1cm, maksudnya sikit sgt ler)

Bahan Kering:
Tempe satu bungkus~potong halus
Ikan bilis ~ kuantiti ikut kesukaan anda
Cili kering anggaran 9 batang ~ potong senget2 halus guna gunting , lebihkan jika nak pedas
Semua bahan di atas goreng hingga garing dan diketepikan

Sedikit kicap
Gula anggaran 2.5 sudu besar, lebihkan sedikit kalau nak manis lebih, tapi tak baik utk kesihatan :p
Secubit garam ~ boleh abaikan utk yg jaga kesihatan kerana kicap dah bagi sedikit masin

Cara-cara:
1) Tumis dulu 2 ulas bawang merah yang dipotong halus. Then, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. ~Justifikasi bawang merah potong tu saja utk tambah kemanisan lauk
2) Taruk sedikit air dalam lesung batu tadi dan tuang airnya ke dalam kuali
3) Masukkan gula dan kacau hingga bahan tumus hampir kering
4) Masukkan sedikit kicap dan secubit garam
5) Masuk semua bahan kering, kacau sedikit dan matikan api

Nota:
~Tahan lama di suhu bilik anggaran 4-6 hari kerana ia kering. Sesuai untuk di bawa ke picnic.
~ Cara makan yg sesuai: ambil cili kering, ikan bilis dan tempe sekali masuk mulut..i like the cili..pedass ;). So cili disini bukan utk hiasa, tapi untuk di makan
~Ini kerja CNY holiday..tulis resipi & scheduled the post options :p

Sesibuk manapon diriku pada hari Ahad, aku mesti curi juga masa untuk menonton rancangan kegemaran Dapur Bujang setiap Ahad di TV2. Saya sukakan cara chefnya yang masak begitu sempoi, nampak mudah dan kalau lelaki boleh masak ..takkan perempuan tak boleh pulak kan?

Tuesday, January 27, 2009

Mee Bandung


Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning – di rendam dengan air panas seketika dan di tos
Sayur sawi
Sayur bunga kobis
Sayur tomato
Sayur lobak merah
3 bj telur
Sedikit daging – rebus dan potong kecil (jika tiada, tiada masalah jika abaikan)
Sedikit udang
Sedikit ayam dipotong dadu
Minyak secukupnya
Garam
Gula

Bahan Kisar:
8-10 batang cili kering (buang bijinya sedikit untuk kurangkan pedas)
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 sudu besar udang kering
Air rebusan daging (jika daging direbus atas ada)

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak. Tanda masak pes kisar ini bertukar warna kegelapan.
2. Masukkan air rebusan daging / air biasa. Kacau hingga mendidih
3. Masukkan udang, ayam dan daging. Kacau sehingga empuk
4. Masukkan sayur mengikut kadar kekerasan: lobak , bunga kobis, sawi
5. Masukkan telur dan kecilkan api supaya telur masak berketul dan kurang pecah
6. Masuk gula dan garam secukupnya. Rasa Mee Bandung mmg agak manis sedikit
7. Akhir sekali barulah masuk tomato.
8. Jika kuah cair, bancuhkan 2-3 sudu tepung jagung dengan sedikit air masak dan masukkan ke dalam kuah. Kacau rata.

Nota:
~Mee Bandung saya tidak menggunakan bahan bukan asli seperti sos cili / sos tomato.
~Jika saya plan mengejut nak masak Mee Bandung, biasanya mmg tiada daging. Jadi, tiada masalah jika ingin diabaikan.

Friday, January 23, 2009

A holiday plan to Langkawi

End of last year, I got E-Voucher from Airaisa for amount RM200 and the expiry date is 1st March 09.
Initially, I tought I have no hope to get any attractive flight rate and also thinking that Mus'ab should not ponteng 2 days class. Aini said it's alright la for 5 years old kindergarten student to ponteng only 2 days class ( ok kot eh? :p), so tried searching new schedule and last Monday I finally got a better deal. It's only RM150 for my whole family ( 4 adults) to Langkawi after deducting the voucher amount RM200. Better deal huh?

So, the holiday will be on 18-21 April 2009. I guess I can still fly during my 5 months and 3 weeks preggy eh?

Right now, I have no ideas either to stay either T* resort or outside hotel? Any ideas?


Gambar hiasan. Kredit kepada Yahoo Images.

Monday, January 19, 2009

6th annivesary

Tak sangka yer..last Sat remarked our 6th annivesary. For the past 6 years, my life is blooming with the love from beloved husband and kids. Love u all so much.

Homemade cake is a must because usually kalau beli kat kedai last-last masuk tong sampah ( except Secret Recipe kot..tapi tgk gak jenis kek)
Lunch treat by Hubby @ Restoran Rumah Thai Taman Melati: Tom Yam, Butter Prawn, Ayam Pandan, Ketam 3 rasa, Kerapu Asam Pedas Alai Thai.

For me the food is average. This is maybe due to the food taste doesn't suit my anak tekak @ my expectation is very high when we used to dine out once in a blue moon. BTW, I've informed hubby on the way home that I would like him to buy from Pasar Borong all fresh ketam, udang, ikan merah and other ikan-ikan so that I can cook myself yang lagi klasss..tapi before tu cam biasa la dik non kene surf resipi sedap2 kat internet :p

Anak-anak yang sukar di kawal bila dok restoran..ke hulu ke hilir asyik main jek..tak makan sgt pon.

Finally the anugerah ulangtahun perkahwinan ke 6 kami:

Lilypie Expecting a baby Ticker

Telling you all the truth on this since I feel the tummy is getting bigger sooner. This 1st trimester so far went very well. As expected jugak based on the previous pregnancy. I'm still able to do all my activities of interest like cook, bake, unit trust and other housekeeping matters. So far, only 1 day MC recorded which was just happened on recent Monday due to fever. Alhamdulillah. My due will be on 10 of Aug 08 which is 2 weeks before Ramadhan. I pray to deliver as early on 1st/2nd Aug so that at least I would be able to fast on the final week of Ramadhan.

Fast sale today! ~ Cheesecake and Cheese Tart

Masa jual Choc Chip Cheesecake last Fri few officemates bagi cadangan untuk potong-potong kek dah jual dalam bentuk individual pack so that ramai sket org boleh beli. So, hari ni kali pertamalah saya jual kek dlm individual pack. So sebab hari pertama ni saya bagi special price!
Dual Choc Chip Cheesecake: RM5.50. Only 5 packs for sale.

Single Choc Chip Cheesecake: RM2.80. Only 4 packs for sale .

Other people maybe watching Anugerah JL @ TV3 while I'm packing all cakes. Sapa menang eh?
Blueberry Cheese Tart.
Harga: RM2/tart
RM5.5 for 3 tarts

Saturday, January 17, 2009

Mixed entry

[1] Online passive income.
Orang lain dah lama dapat eh? Kita plak baru dpt dr Nuffnang. Tak le bayk sgt pon :p . Dapat last week tapi belum bank in lagi.

Yang kedua dah lama dapat: Affiliate unitamanah.com. So pasif online income setakat ni baru RM131.92. hehe

[2] Roti Arab.

Last week buat roti Arab. Rasanya ok tapi ia kurang naik. Saya pasti ini kerana Yis Mauripan yang saya gunakan dah kurang aktif..dah lama beli duduk dalam almari :p. BTW, sy buat 2 versi, memula yang goreng ( macam dalam gambar) dan yang versi kedua di bakar. Versi dibakar bawa sket ke pejabat bersama kari ayam..nyum...
[3] Pertubuhan Penyayang Raudhah, Gombak

Baju lama yang di hantar ke Pertubuhan Penyayang Raudhah Gombak. Insyallah, lain kali cuba juga cari kesempatan utk kesana. Baju ini dihantar oleh Emak & Abah.

EMAK KATA:

PONDOK ANAK YATIM RAUDHAH MEMERLUKAN SUMBANGAN UNTUK MEMBAIK PULIH ASRAMA DAN SURAU. MEREKA JUGA SEDIA MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI, KASUT, PINGGAN MANGKUK, SARDIN, BERAS, GULA DAN APA SAJA YANG DIRASAKAN SESUAI. DATANGLAH MELAWAT TAMAN
RAUDHAH...

UNTUK BANTUAN KEWANGAN BOLEH SALURKAN KE AKAUN MAYBANK :
564221610787 ATAU,

CEK ATAS NAMA 'PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH'

ALAMAT : PONDOK PENYAYANG RAUDHAHBATU 11, GOMBAK, 53100 SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03 61852048

[4] Cendawan
Since ada yang tanya cendawan..ni la khabarnya. Kini masuk bulan ke 3 bulan lebih, cendawan masih mengeluarkan hasil. Setiap kali tumbuh kali ini, hasilnya kurang sedikit berbanding masa mula-mula dulu. Hasil -hasil pertama cendawan dulu sebenarnya dah cover kos sebab kita hanya beli RM1.50/bag dan hasil awal-awal dulu keluar bersamaan RM1 dlm plastik kat pasar tu (macam susah nak faham plak ayat ni). Kami ingat nak beli lg bawa balik kg..aduhai, belum gi beli lagi..entah bila la gamaknya. Yang penting kita enjoyyy.
Nota: Cendawan ini untuk kegunaan sendiri sepenuhnya (bukan untuk dijual).

Friday, January 16, 2009

Choc Chip Cheesecake for Sale!


Choc Chip Cheesecake frosted with Choc Ganache weigth half kg for sales at only RM29!! SMS me 013-3413040. Self collection @ Level 18, Annexe 2.

My final stock Tshirt muslimah is also on sales now! This gonna be my final stock since I will focus more in Unit Trust :p Yes, it's my passion.

Tuesday, January 13, 2009

Weaning off breastfeeding

I’ve been trying to wean off my Mawaddah slowly for few months ago and starting this week she has successfully stops breastfeeding. Even though I had not breastfeed exclusive as other supermoms did, I’m glad and really thankful to Allah for giving this opportunity to breastfeed her until she is 2 years and 10 months. In 2 months time, I hope she will be a matured Kakak ;)

Flash back ..in 2006..she is 4 months ++ old baby

2 years and 10 months
Mama always luv u bebeh

Wednesday, January 7, 2009

2 days as student

Hari pertama

Mama: Best tak sekolah?
Ab:Best. Air Mus'ab tumpah.

Mama:Tumpah kat mana? Kenapa tumpah?
Ab: Tumpah kat sekolah. Tak tutup ketat bekas tu. ( btol la kot)

Mama: Best tak naik bas?
Ab: Orang tu marah ( taktaulah apa yg org tu marah)

Mama: Ramai tak orang naik bas?
Ab: Tak. Ada 4 je sambil tunjuk 4 jari ( fakta ni tak pasti kebenarannya)

Hari Kedua
Mama teruja sangat nak sampai rumah awal semalam. Tepat 5.30pm terus balik tapi apakan daya jalan sangat sesak sampai rumah pengasuh lewat & anak-anak dah dijemput atuknya. Sebaik anak-anak sampai rumah dengan motor bersama atuknya...

Ab:Hari ni Ab gi sekolah dr umah Mak Ngah ( excited bercerita kat pintu, Mama tak sempat tanya)

Mama:Air tumpah tak?
Ab: Tak tumpah. Mak Ngah letak air kosong

Mama: Ramai tak orang naik bas?
Ab: Tak sambil tunjuk 2 jari (sekali lagi fakta ni tak pasti kebenarannya)

Dah 2 malam berturut Mus'ab tidur sangat awal. Tak dapat bayangkan aktivitinya di sekolah sampai penat sangat tu. Malam tadi tak sempat makan malam lagi. Itulah dilema ibu bekerja. By the time siap masak anak dah tertidur. Ada cadangan?

Tuesday, January 6, 2009

Berjuang ku tak mampu....

Gambar dr Bharian bertarikh 7 Jan 09. Apa perasaan anda?
2 bulan sebelum beliau kembali kerahmatullah Arwah Abg Ayoi menyuarakan hasrat hendak ke Palestin berjuang melawan Israel. Kami berpendapat tindakan tersebut berbahaya. Namun beliau mengatakan Mereka berjuang demi Islam..jika ditakdirkan Allah meninggal ..mudah2an mati syahid.
Apalah dayaku mahu membantu rakyat Palestin. Hanya air mata, doa dan seciput wang ringgit.

Alangkah bertuahnya kita berada bumi yang aman ini
Alangkah bertuahnya ahli keluarga berada di sekeliling kita
Alangkah bertuahnya anak-anak boleh mendapat pendidikan
Alangkah bertuahnya dapat masak dan sajikan makanan berkhasiat buat keluarga

Dari wang dibazirkan beli itu dan ini, bersama kita beri sumbangan untuk saudara kita di Palestin. Yang berkemampuan, boleh sumbang bantuan menerusi banyak cara antaranya:
Tetap menjadi pilihan no. 1 saya : Mercy since I've met Dr Jemilah personally and her words has touched my heart very much. I'm so proud with this tough lady.

Don't forget to print the fund transfer receipt. I hate tax!

psst- minggu ni nak buat Roti Arab, jd tungguuuuu

Monday, January 5, 2009

Banana Bread with Cashewnut & Walnut

Dulu dah pernah buat Easy Banana Bread. Kali ni buat yang agak easy jugak tapi kita namakan Banana Bread with Cashewnut (btol tak eja ni?) & Walnut. Resipi asal dr allrecipes saya ubah sket jek.

Bahan-bahan:
  • 2 cups all-purpose flour ( guna tepung gandum biasa je)
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/2 cup butter
  • 3/4 cup brown sugar ( gula perang tade, ganti ngan gula kastor je)
  • 2 eggs, beaten
  • 2 1/3 cups mashed overripe bananas ( saya guna 4 biji pisang ranum)
  • 1/4 cup milk
  • 1/2 cup cashewnut and walnut ( dihiris)
Cara-cara:
  1. In a large bowl, sift and combine flour, baking soda and baking powder
  2. In a separate bowl, cream together butter, sugar, salt and eggs.
  3. Mashed bananas and chopped nuts. Pour together with flour to no (2). Stir until well blended. Pour batter into prepared loaf pan.
  4. Preheat oven to 175 degrees C. Lightly grease a loaf pan. Bake in preheated oven for 60 to 65 minutes, until a toothpick inserted into center of the loaf comes out clean. Let bread cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack.
In the making......time almost 12pm when I start
Before and after out from oven....the bread ready just before I send Mus'ab to PASTI ;)

Kenduri Ika @ Melaka

Mus'ab ceria nak gi sekolah hari pertama:

GTG..Mama nak gi jemput Mus'ab & gi pasar ..rumah kami dah tada ikan/ayam/udang untuk dimasak! Mama cadang nak beli daging (buat black pepper), Ikan merah (buat sup), udang (buat tom yam), ikan tenggiri (buat gulai kari ) dan sayur-sayuran lain kecuali cendawan ok! Opps..banyak2 tu bukan menu mlm ni tapi menu seminggu daa..mlm ni buat ikan kembung cili api jek ;)

Debaran


Mus'ab hari ini bakal bersekolah semula di PASTI sesi petang. Mama pernah bercadang nak tukarkan ke KEMAS tapi dah full. Ini bukan kali pertama ke PASTI kerana masa berumur 4 tahun dia pernah ke sana dan bersekolah selama 3 bulan ++ sahaja. Kami memutuskan utk menghentikan persekolahan 4 tahunnya dulu kerana mereka kekurangan cikgu dan menyebabkan anak-anak aktif macam Mus'ab ni tidak terurus. Insiden berlaku apabila Mus'ab tercedera kecil di kepala kemungkinan terhantuk di meja/pintu. Wallahua'lam.

Minggu lepas, semasa Mama berkunjung ke PASTI hari pertama, Mus'ab duduk kereta sahaja..takut nak masuk sekolah sebab dia kata " kepala Ab sakit nanti, takmo masuk sekolah". Dia agak Fobia.

Hari kedua Mama & Ayah ke PASTI untuk selesaikan semua bayaran, Mus'ab masuk PASTI mungkin sebab ada Mawaddah teman. Tapi masa cikgu nak salam, dia masih takut-takut! Mawaddah yang excited salam cikgu dan nak gi sekolah! Mama ada berbincang dengan cikgu yang Mus'ab tak suka dipaksa. Jadi, jika dia malas nak habiskan buat latihan, cikgu tak perlu pujuk-pujuk sangat ( sebab buang karen je!).

Hari ini..kita tengok macamana. Mama berdebar juga...Mama ambil cuti satu hari untuk hantar Ab dengan ditemani Mawaddah sebagai tanda sokongan.

Semalam, Mama dah belikan set alat tulis baru dan bekal air baru. Semuanya telah dilabel nama Mus'ab. lepas semuanya siap dalam satu beg, dia sangat excited bawa beg sana sini dan katanya nak gi sekolah. Malam tadi dia pon tido awal (seawal lepas maghrib!).

Pengangkutan Ab: Bas Sekolah RM40/sebulan. Untuk hari ini dia akan pulang dengan bas sekolah terus ke rumah pengasuh.
Ya Allah permudahkan semuanya. Berikan anakku semangat dan kekuatan untuk bersekolah. Amin.

Friday, January 2, 2009

Minggu ini

Minggu ni..

Isnin ..from Kedah on the way home berkesempatan menziarah anak menakan baru Baby Mumtaz di Pusrawi sian baby kene warded sebab Jaundice. Cepat-cepatlah sihat yer

Sejak 3 hari ..tak lalu nak makan...tekak & badan rasa tak sedap..cuti pada 31 Dis dihabiskan dengan tidur sepuas-puasnya...masak pon tak...abg tumpang mkn umah mak

Semalam, dah daftar Mus'ab di PASTI sesi petang sebab KEMAS dah full. Alhamdulillah makan penuh selera kat rumah FahmyZarid sempena Aqiqah Fiqri, agaknya sebab lapo sgt. Mus'ab dan Mawaddah suka btol tgk games Izzul. Lepas tu kami berkesempatan menziarah baby baru JajaYusop..nama baby Ilyas Aqil. Dapatla sket ilmu cemana nak amik Maid urus sendiri permit ( tak thru agency).

Hari ini keje

Esok..insyallah jika badan sihat walafiat ke kenduri walimah Ika ..sapa gi lagi??

New year 2009 resolution..later la tulis pulak ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...