Mus'ab hari ini bakal bersekolah semula di PASTI sesi petang. Mama pernah bercadang nak tukarkan ke KEMAS tapi dah full. Ini bukan kali pertama ke PASTI kerana masa berumur 4 tahun dia pernah ke sana dan bersekolah selama 3 bulan ++ sahaja. Kami memutuskan utk menghentikan persekolahan 4 tahunnya dulu kerana mereka kekurangan cikgu dan menyebabkan anak-anak aktif macam Mus'ab ni tidak terurus. Insiden berlaku apabila Mus'ab tercedera kecil di kepala kemungkinan terhantuk di meja/pintu. Wallahua'lam.
Minggu lepas, semasa Mama berkunjung ke PASTI hari pertama, Mus'ab duduk kereta sahaja..takut nak masuk sekolah sebab dia kata " kepala Ab sakit nanti, takmo masuk sekolah". Dia agak Fobia.
Hari kedua Mama & Ayah ke PASTI untuk selesaikan semua bayaran, Mus'ab masuk PASTI mungkin sebab ada Mawaddah teman. Tapi masa cikgu nak salam, dia masih takut-takut! Mawaddah yang excited salam cikgu dan nak gi sekolah! Mama ada berbincang dengan cikgu yang Mus'ab tak suka dipaksa. Jadi, jika dia malas nak habiskan buat latihan, cikgu tak perlu pujuk-pujuk sangat ( sebab buang karen je!).
Hari ini..kita tengok macamana. Mama berdebar juga...Mama ambil cuti satu hari untuk hantar Ab dengan ditemani Mawaddah sebagai tanda sokongan.
Semalam, Mama dah belikan set alat tulis baru dan bekal air baru. Semuanya telah dilabel nama Mus'ab. lepas semuanya siap dalam satu beg, dia sangat excited bawa beg sana sini dan katanya nak gi sekolah. Malam tadi dia pon tido awal (seawal lepas maghrib!).
Pengangkutan Ab: Bas Sekolah RM40/sebulan. Untuk hari ini dia akan pulang dengan bas sekolah terus ke rumah pengasuh.

Ya Allah permudahkan semuanya. Berikan anakku semangat dan kekuatan untuk bersekolah. Amin.
3 comments:
agaknye budak perempuan mmg lebih excited nak pegi sekolah (cam Atiqah).. sukenye dah ada baju sekolah. Diorangnye class start next week.. so ari nih nak pegi nursery sibuk tanya bile nak pakai school pakai baju Ika yg baru tuh..) hehehe..
wah..cepatnya atiqah nak masuk school..sama school ek depa semah?
ha'a. same.. school & nursery tmpt yang same.. so antar pepagi busuk masam aje.. (kalau diorang terlebih smgt diorang mandi dulu).. kalau tak.. hantar.. mandi sane.. masuk klass.. pastu abess.. masuk common room.. tgk tivi.. makan, tido... main.. heheh..
Post a Comment