Wednesday, January 7, 2009

2 days as student

Hari pertama

Mama: Best tak sekolah?
Ab:Best. Air Mus'ab tumpah.

Mama:Tumpah kat mana? Kenapa tumpah?
Ab: Tumpah kat sekolah. Tak tutup ketat bekas tu. ( btol la kot)

Mama: Best tak naik bas?
Ab: Orang tu marah ( taktaulah apa yg org tu marah)

Mama: Ramai tak orang naik bas?
Ab: Tak. Ada 4 je sambil tunjuk 4 jari ( fakta ni tak pasti kebenarannya)

Hari Kedua
Mama teruja sangat nak sampai rumah awal semalam. Tepat 5.30pm terus balik tapi apakan daya jalan sangat sesak sampai rumah pengasuh lewat & anak-anak dah dijemput atuknya. Sebaik anak-anak sampai rumah dengan motor bersama atuknya...

Ab:Hari ni Ab gi sekolah dr umah Mak Ngah ( excited bercerita kat pintu, Mama tak sempat tanya)

Mama:Air tumpah tak?
Ab: Tak tumpah. Mak Ngah letak air kosong

Mama: Ramai tak orang naik bas?
Ab: Tak sambil tunjuk 2 jari (sekali lagi fakta ni tak pasti kebenarannya)

Dah 2 malam berturut Mus'ab tidur sangat awal. Tak dapat bayangkan aktivitinya di sekolah sampai penat sangat tu. Malam tadi tak sempat makan malam lagi. Itulah dilema ibu bekerja. By the time siap masak anak dah tertidur. Ada cadangan?

5 comments:

CT said... Reply To This Comment

erk....mcm kak ct kan...tetiap petang balik kerja n lepas amik bebudak ni dari taska kat bawah...p beli roti ke..karipap ke..wat makan2 dlm kereta dulu..sbb risau dinner lambat siap..bebudak dah tido..at least xde la diorang tido dgn perut kosong kan...

ada kenkadang, anisah dah tido..memalam bangun mintak nasi...bley???? so kene ada backup mknn tgh malam..eg: roti..itu la selalunye pun

Farra said... Reply To This Comment

ye la kak, good idea..la ni ada bekalan roti gardenia ceklat 60sen tu je salu..dia suka yg itu
anak-anak sy tak pernah plak bgn mlm minta nasi hehe

`Ain said... Reply To This Comment

masa ada maid, no problemdinner kami awal.nak mkn awal by 7pm pun boleh.dlm kete on the way blk, dah call maid suruh prepare ingredients.sampai umah.chef terus masak jek:). tapi,dulu2 masa takde maid, sblm gi keje akak akan keluarkan ikan/ayam beku tu ke tempat chill.and bila sampai umah je, masak 1 lauk utk kids dulu.wajib.so, diorang paling lambat mkn by 8pm.menu yg simple la :sup, masak kicap or masak sos campur.sayur ie carrot or cauliflwr pun masuk dlm tu.tak payah asing dah.. hehe. nak lagi cepat, mlm dah goreng ayam /ikan lebih...so, sampai umah just hiris bawang etc..dan tumis! roti,tuna, cornflakes & susu tu confirm mesti sentiasa ada kat umah.alas perut smntara mak dia masak.bdk2 ni kaki makan.layaaaan!

Farra said... Reply To This Comment

sis ain~thanks for the suggestions….byk sgt cabaran..biasanya sampai umah dah 7pm..nak mandi & solat maghrib dulu …sekarang ni kene get ready snek2 je dulu like cornflakes, biskut & roti. Sib baik la man gi ofis lambat so pepagi salunya dpt belikan roti canai / nasi lemak dulu utk kids….sonok dgr your good news Alhamdulillah!

googler said... Reply To This Comment

prada purse
prada uk
prada hand bags
miu miu
miu miu handbags