Tuesday, January 27, 2009

Mee Bandung


Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning – di rendam dengan air panas seketika dan di tos
Sayur sawi
Sayur bunga kobis
Sayur tomato
Sayur lobak merah
3 bj telur
Sedikit daging – rebus dan potong kecil (jika tiada, tiada masalah jika abaikan)
Sedikit udang
Sedikit ayam dipotong dadu
Minyak secukupnya
Garam
Gula

Bahan Kisar:
8-10 batang cili kering (buang bijinya sedikit untuk kurangkan pedas)
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 sudu besar udang kering
Air rebusan daging (jika daging direbus atas ada)

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga masak. Tanda masak pes kisar ini bertukar warna kegelapan.
2. Masukkan air rebusan daging / air biasa. Kacau hingga mendidih
3. Masukkan udang, ayam dan daging. Kacau sehingga empuk
4. Masukkan sayur mengikut kadar kekerasan: lobak , bunga kobis, sawi
5. Masukkan telur dan kecilkan api supaya telur masak berketul dan kurang pecah
6. Masuk gula dan garam secukupnya. Rasa Mee Bandung mmg agak manis sedikit
7. Akhir sekali barulah masuk tomato.
8. Jika kuah cair, bancuhkan 2-3 sudu tepung jagung dengan sedikit air masak dan masukkan ke dalam kuah. Kacau rata.

Nota:
~Mee Bandung saya tidak menggunakan bahan bukan asli seperti sos cili / sos tomato.
~Jika saya plan mengejut nak masak Mee Bandung, biasanya mmg tiada daging. Jadi, tiada masalah jika ingin diabaikan.

5 comments:

`Ain said... Reply To This Comment

teringat kat mee bandung muar yg sodap di plaza angsana JB. original resepi mee bandung.org penuh kat restoran tu. i tya kawan yg minah muar, apa rahsianye?definitely the beef stock. i mean, beef stock yg dibuat berhari2, ditapis, ditambah seleri, ditapis lagi sblm dijadikan ibu kuah mee bandung tu.huisshh..,bila nak abih pantang ni beb.

Farra said... Reply To This Comment

mmg btol tu..kita kalau plan mengejut nak wat MB & daging tade.. mmg skip jek..

of course le mee bandung muar paling terkenal kat mesia ni..jauh nak gi tu..

tgk kat tv haritu nasi kerabu kelate..teringin gak ..tapi jauh btol nak gi

aida said... Reply To This Comment

ku pakai perencah ej.. rajin farra buat from basic ingredients

Farra said... Reply To This Comment

wah aida..aku pernah guna perencah gak..masa tu tetiba kengkawanku calling nak mai umah..so ape lg..aku gi pasar dan terus rembat perencah :p

efisien namanya tu

eLLe said... Reply To This Comment

waaa nampak sedap tu farra..x perlu la p makan kat jm beriani or muar..heheh..