Wednesday, October 28, 2009

Teruja semula nak berdouble!

Aku teruja semula nak ber'double pumping' semula! For sure, tak jadi pula nak let go my beloved Ameda...sebabnya:

1) Setelah mendapat maklumbalas u all dlm entry before this. TQ bebanyak ehhh
2) Terjumpa blog Neeza ni..lagi2 bila dia share about handsfree pumping
3) Teruja tengok live demo handsfree pumping kat sini, lebih2 lagi depa guna Ameda plak tuhhh!

Ok nanti kalau dh start berdouble balik, kan ku update ok! nak kene cari balik port..nampak cam bilik server tu bley adjust sket.

BPA bottle Bumbble Bee order semalam dr enjoybf dah sampai pepagi tadi masa orang ramai benor kat lif tengah Q. Aku guna bottle liners, susu tumpah plak...guna bekas dadih tak ketat pulak. Ari senin aku dh buang susu dr bekas dadih yang aku dapati macam masuk angin. Tak konfiden le cam tutupnya tak ketat.

Sekarang dah rasa nak beli pumpinpal pulakssss...lepas tu nak cari buku niiiii
My online shopping for Oct 09 :
1) Fenugreek dr sini. Belum pernah makan lagi sbb susu masih banyak tp excited terlebih beli fenugreek :p
2) Baby tights dr sini
3) BPA bottle dr sini
4) Baby sling dr sini

Total cash outflow: RM189. Letak kat sini senang nak hingat in future :p..my personal tracking hehe

Monday, October 26, 2009

Nak let go tak?

Sudah masuk 3 minggu bekerja. Hanya 2 hari saja aku menggunakan Ameda. Selebihnya hanya menggunakan Avent Isis Manual. Sebabnya:

1) Kat opis tade bilik yg ada sumber letrik..kalau nak letrik kene gi bilik sebelah surau kat tingkat atas..payah le nak jalan...koje nak settlekan lagi...ada gak kawan soh guna bateri, alah leceh pulak

2) Aku salu ada meeting / training luar pejabat...so Avent kecik senang nak songlap kejap gi perah susu...

So now tgh fikir nak let go Ameda @ mudah.com.my tak. Nak let go ke tak yekk?? So far both my breastpump has performed very well. Ameda fully utilized during confinement. While Avent eventhough the colour turned to yellow, I have used it since Mus'ab, so dah 5 years ++. Sekali perah dapat 4-6oz.

Stok susu pon makin bertambah since Muhammad minum semakin banyak. Malam pon dah kerap bangun sbb nak menyusu. I start label all my stocks since dah banyak dan dah tak boleh hingat susun atur botol susu dengan stok-stok basah yg lain. With the ready stock I'm now ready nak resume balik my pose ganti. Baru ganti 2 hari....huhu.

so....
.nak let go Ameda ke tak ekkk??

Saturday, October 24, 2009

Gambar kenduri & open house

Antara gambar di sekitar kenduri Aqiqah Muhammad Muaz + open house minggu lepas:

Choc Cheese Marble Brownies je sempat snap. Kek dan puding semua hanya untuk tetamu belah petang yakni jemputan open house = kengkawan.

Gambar Ijjah, Safurah, Ilish, Aniza & Nizan ;)

Gambar Safurah, Ijjah, Paksu, AbgWady, Kak Ain, Liza, Fazlee, Apid, Yana, Jaja.

Gambar Farul, Junita, Aiwira's family, Hanif, Yusof, Qurratun A'in

Gambar uwan & mawaddah, Mizi & Ida, Kak Nita's family, Ayu :)
Gambar Aida & my mom, Aiwira's family, keluarga belah suami terdiri drp: MIL, Hajiroh & keluarga Mak Lang.

Tetamu terakhir : Pengasuh anak2, my ex-school juniors: Nurul's family & Del's family.

Banyak lagi gambo tetamu yg tak sempat nk snap like Kak hadayah, Kak amy, Kak Chor, hanihire, fahmyzarid, rinamizi, akbar dll. Anyway, thanx for coming ;)
Baby pon dh penat...dlm dakapan uwan.

2nd triffle ni buat utk kengkawan opis, bawa ari Rabu.

Friday, October 23, 2009

2 days MC

Bermula hari Selasa ada workshop di pejabat Microsoft. Air-cond kat situ sejuk bangat n...dan aku mula bersin + mild flu. Rabu kat pejabat flu makin menjadi. Akhirnya semalam dan hari ni MC due to fever, cough & flu. sore pon tade nih..2 kids besau gi umah pengasuh. Only bby wif me @ home. Tak larat wat pepe..larat tido jek....

Wajah-wajah teman baik Mama di rumah. Budak kecik ni susah tido siang ok! Tabahkan hatimu mama! kuikui





Friday, October 16, 2009

Kenduri Aqiqah dan rumah terbuka

Alhamdulillah, kenduri Aqiqah Muhammad Muaz + open house terlaksana jua pada hari Ahad lepas. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir dan yang menghantar pengesahan ketidakhadiran melalui SMS/emel atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Kenduri Aqiqah kali ni tiada majlis marhaban, hayun buai dan cukur jambul. Ini kerana kumpulan marbahan dah clash dengan rumah lain dan rambut dah dicukur minggu pertama selepas kelahiran. Kami hanya mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil buat ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kami. Seronok rasanya mendengar bacaan yasin dan doa dibacakan secara berjemaah menyelinap di seluruh rumah.

Walaupun penat, tak dapat saya gambarkan kepuashati dengan majlis yang telah berlangsung. Tiada pembantu, as usual kami buat open house selagi tiada halangan. Menu kali ini mudah saja. Tempahan catering dibuat untuk nasi beriyani + kambing aqiqah & laksa, sementara roti jala ditempah dr peniaga roti jala di sini. Mom of 3 (aku le tu) hanya buat 3 biji kek dan 1 triffle. Ini pon dah cukup buat Mama sangat penat, disebabkan selang-selinya nak mengemas dan menyusu baby Muaz. Dan Mama mengambil masa sehingga semalam ( Selasa!) untuk menghabiskan mencuci pinggan dan periuk belanga segala mala

Yang syoknya kali ini buat pertama kalinya Mak Mertuaku berkunjung ke rumah kami semenjak kami bernikah dulu. 6 tahun ++ tuhh. Cuma masa tak cukup nak layan ahli keluarga dek kesibukan.

Wednesday, October 14, 2009

Fullhouse!

Ini stok ikan dan ayam yang aku dah potong, dah bersihkan dan sudah dikunyitgaramkan. Ini semua untuk memudahkan kerja. Sudah 3 hari bekerja. Hari Isnin je aku sempat masak dinner....memang masa sangat cemburu! Masa dan tenaga yang ada diperlukan untuk aktiviti lain.

iSetelah stok di atas dimasukkan ke peti sejuk...lihatlahhhh peti sejuk sudah penuh. Memang btol kene kurangkan stok ayam dan ikan dan sotong etc.


Alhamdulillah dah 3 hari bekerja, aku perah susu 3 kali di pejabat dan 2 kali di rumah. Total pumping session is 5 times/day. Muhammad suka tido lama waktu malam, so nak tak nak aku kene perah juga sebelum lena dan sesudah bangan tidur. Aku riso gak tengok dia tido lama, sampai aku yang kene kejut2kan dia bangun malam for feeding. Dia bangun puratanya 1 kali waktu malam. Pengasuh kata dia now dah ok.

Last week jalan raya umah makcik mariah, baiti, safiah kenduri kahwin dan halim. Antara gambarnya:

Byk lg gambo dlm FB ler..nyeh nyeh :)

Tuesday, October 13, 2009

Simple and frugal...

TV kecik kami dah seminggu rosak...belum ada hajat nak beli baru sbb selama seminggu ni tak tengok tv pon tak kesah langsung. Kalau ada TV pon, kami memang tak sempat nak tgk TV. Kerja rumah berlambak...non- stop.

Akhirnya 2 minggu lepas aku dah beli handphone, Nokia E71. The cheapest in town. Second hand, owner beli bulan Mac 2009 pada harga RM1700, dia tolak RM500. Alhamdulillah rezeki. Thanks a lot to Abg yang tolong carikan dan tolong nego ;) Sebelum tu kami dh survey dalam mudah, even mudah lagi mahal. Sbb tu aku salu FB before ZzZz jap. Cuma susah nak FB kalau dok umah belah bawah, network signal so weak.

Pengasuh kata Muhammad semalam takmo minum botol dan menangis. Aku jadi runsing. Pengasuh relax jek. Malam tadi kami bagi die minum botol, mmg dia mengamuk gak. Tapi akhirnya 1 botol abes jua. Bila dah mula tido, dia bangun 1 kali je and aku kasi Breastfeeding. Moga hari ni Muhammad nak minum botol. Mungkin ambil masa untuk sesuaikan diri. Ya Allah, permudahkan segalanya.

Hari ni dah bawa Exora. Alhamdulillah ..boleh je parking.

Monday, October 12, 2009

I'm late!

Mula bertugas.....tapi terlewat sampai...

Alkisah, sume barang dh ready by yesterday. I left home at 7.00am. Masa tgh drive, the 'engine like' symbol tu tak padam-padam so I called hubby and hubby said wait for him first to check. Waited hubby depan Carrefour Kepong.

Lepas hubby check, we all tak yakin to continue driving. So, aku patah balik umah dan pinjam kete mak. Sampai opis today jam 9am. Masa nak dekat sampai opis tadi , air mata meleleh sebab teringat baby. Ya Allah kuatkan semangatku.

Info~Shelly dah bersalin baby girl kui 10.30am tadi di PMC kepada sesapa yg lom tau. Terkezut aku dapat panggilan dia kui 1.30am tadi asking about painkiller. BTW, masa tu aku memang tengah berjaga sebab Mawaddah menangis dek hidung tersumbat dek selsema. Alhamdulillah sume dah selamat. I'm happy too :) Nak ziarah die esok, sape nak itot?

Friday, October 9, 2009

5 hari sudah menjadi surirumah

So far so good. Aku agak berat badan boleh turun lebih cepat. Menguruskan rumah tangga dengan 3 anak memang menggunakan banyak tenaga fizikal. Tak pergi jogging pon dah berpeluh-peluh duduk dalam umah. Sebabnya byk marathon dlm umah. Bila baby muaz masuk buai jer...aku hayun sampai dia lelap. Then sambil wat koje macam memasak atau jemur kain, in between aku mesti lari kat buaian sbb kalau buaian stop lama konpom baby cepat bangun. So imagine aku berlari dalam umah ni je maunya lebih 10 kali. Tambah lg everyday nganto Mus'ab to school...bby pon kene hangkut masuk car seat. Kira aku dh 'bolehla tahan' bawa Exora. Tp parking kat Annexe tu kita lihat next wk ok? :)

Aku baca forum, kalau ada buai letrik banyak gak membantu ibu-ibu kat umah. Nak beli tak ek? Speed adjustable. Kalau beli bleh kasi pengasuh gak sian dia jaga ramai budak & mak dia tak sihat. Semalam borak2 ngan mak pengasuh, dia kata bolehla tolong jaga sementara.Waaaa...sementara aje. Kat sini day care facility sgt kurang. Nursery ada 1 jek. Yang lain cina punya.

Start this week bby memang aku ajar guna buaian. Sebab tido bawah tak lama. Lagi-lagi abang ngan kakak dia volume tinggi aje. Kalau tak masuk buai, nanti koje-koje umah aku tak dapat nak buat. payah jugak kan?

Kami pun dlm dilema. Mak soh amik maid yg direcommend by a neighbor, kwn mak juga. Maid lama mereka itu mmg bagus citernya. Mmmm. Amik maid susah , tak amik pon susah.

My 2 months old Muhammad Muaz dah kene cucuk 2 bulan. Alhamdulillah tak demam. Berat terkini 5.2kg. Dia tak berapa debab...in normal range saje. Memalam dia tido lama dan menyusu kurang. So kiranya mama ni cukup tido. Kesannya memula dulu B aku bengkak, but now tidak lagi. Bila perah, kuantiti susu macam dah kureng sket. Hmm..esok kene cari lobak putih dan jantung pisang la....
Arghhh..tak sanggup nk tinggalkan die bila koje nanti...

Tuesday, October 6, 2009

Hidup baru tanpa maid

Lagi seminggu jika maid kami ada, genaplah 3 bulan dia bekerja dengan kami. Namun, Ahad mlm lepas kami dah hantar dia pulang. Aku tak sanggup melihat anak-anak diasuh tanpa belaian, keikhlasan dan kasih sayang. Semua itu langsung aku tak nampak ada pada maid. Aku sampai sakit jiwa, sakit hati dan terpaksa membaca zikir-zikir semasa di rumah kerana nak menahan kegeraman pd maid. Air mata pon keluar juga masa berkongsi masalah maid dengan emak.

Mulai semalam, bermulalah hidupku tanpa maid, dan terasa hidup kembali normah seperti dulu kala. Sepatutnya hari ini aku kembali bertugas, tetapi aku menambah cuti lagi dan insyallah kembali bertugas minggu hadapan. Menjalani kehidupan tanpa maid setakat 2 hari ini, aku rasa kembali aman, stress-free dan lebih privacy. Walaupun badan agak letih, tetapi aku harap boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Sepah sikit-sikit tu tak kesah la , asalkan anak-anak terjaga~itu pesan mak mertuaku. Baby juga tak byk ragam. Jadi senang juga nak buat kerja.

Hari pertama menjadi surirumah semalam rutinku lebih kurang gini:
Bangun pagi terus masuk kain dlm mesin basuh...then mandi 3 orang anak...then aku mandi....Sarapan roti dulu ...then perah susu sambil menyusu bby sebelah lg B....then bby tido je aku basuh baju bby dan CD guna tangan....bby terjaga sket, aku suruh Mus'ab hayun bby sambil aku menyidai 2 bakul kain dgn Mawaddah...lps tu nyusu balik n bby tido, aku masak ayam masak kicap...then bby bangun aku letak dlm rocking chair sambil layan anak2 mkn lunch+ me lunch too...then pegang2 bby n tukar lampin...then bersihkan bby car seat n letak dlm kereta....aku solat zohor letak bby sebelah...then siapkan mus'ab nk gi school. Semua di hangkut masuk kete, then aku gi umah mak dulu sbb nk hantar mak n abah ke tren, mereka nk oliday ke India seminggu...then anto Ab gi school. Petang angkat kain n rest. By maghrib dinner siap. Lps dinner n solat isya' bby dh tido, aku lipat kain sampai abesss. Be4 sleep, facebooking sambil final BF bby atas katil. Sempat tuh :p
Untuk memudah kerja ini tugas kakak n abg bby:
-kalau depa nk susu, aku suruh depa hayun buai bby/ dok sebelah bby
-lps minum susu, aku soh depa letak botol dlm sinki
-cabut baju je kene letak dlm bakul
-kerusi dh letak teapi setiap tandas, so depa bleh bukak lampu n gi toilet sendiri
-selama ni mereka makan bersuap, so aku ajar suap sendiri, bentang tikar so sepah atas tikar tak kesah la

Syukur alhamdulillah Allah tunjukkan segalanya sebelum aku mula bekerja. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana maid jaga anak terutama permata kecilku, Muhammad Muaz. Ahad pagi kami sudah berjumpa pengasuh lama Mus'ab dan Mawaddah. Syukur mereka nak bantu menjaga. Apapon suami lagi suka aku berhenti kerja dan jaga anak.....

Bby wat apa now? ~tido ler..aku tgh tunggu mesin basuh berenti...nnti nk masak kari ikan je, santan dah beli td....

Buat masa ni aku dh serik amik maid! seriessss. Aku rasa inilah pelaburan yg merugikan huhuJustify Full

Thursday, October 1, 2009

Itu dan ini

Penat laa..

Sebab dah mula mengecat rumah. Hari ini sahaja cat kawasan ruang tamu dan ruang belah atas. Tak cat sume hanya tampung dinding yang berconteng, amat buruk atau cat terkopek dek sebab dinding lembap. Esok rancang nak cat grill pintu depan pulak. Siang tadi dah gosok-gosok grill buruk tu. Ada sapa nak amik upah cat grill? Banyak tau..grill sume bilik atas dan tandas.

Sabar je la...

Sebabku dah mula mengganti puasa. Hutang puasa 24 hari! Ada 2 hari aku dah puasa tetiba ekor-ekor bendera merah muncul pulak di petang hari. Hari pertama jam 2pm++, hari kedua jam 5pm++. Takpela...Ujian kecil je. Moga dikuatkan imanku ini. Ingatkan bila puasa ujiannya hanyalah susu badan kurang, tapi rupanya puasa 1 hari penuh pon tak dapat.

Yang pasti..I gained 1.5kg minggu lepas sempena Syawal yang mulia. Ngalahkan org preggy eh? Tade displin diri...bengkung kekadang ade skip secara sengaja. Sekarang bila pakai balik bengkung, bengkung pon melebar ikut saiz perut. Ahaks :p

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...