Wednesday, October 28, 2009

Teruja semula nak berdouble!

Aku teruja semula nak ber'double pumping' semula! For sure, tak jadi pula nak let go my beloved Ameda...sebabnya:

1) Setelah mendapat maklumbalas u all dlm entry before this. TQ bebanyak ehhh
2) Terjumpa blog Neeza ni..lagi2 bila dia share about handsfree pumping
3) Teruja tengok live demo handsfree pumping kat sini, lebih2 lagi depa guna Ameda plak tuhhh!

Ok nanti kalau dh start berdouble balik, kan ku update ok! nak kene cari balik port..nampak cam bilik server tu bley adjust sket.

BPA bottle Bumbble Bee order semalam dr enjoybf dah sampai pepagi tadi masa orang ramai benor kat lif tengah Q. Aku guna bottle liners, susu tumpah plak...guna bekas dadih tak ketat pulak. Ari senin aku dh buang susu dr bekas dadih yang aku dapati macam masuk angin. Tak konfiden le cam tutupnya tak ketat.

Sekarang dah rasa nak beli pumpinpal pulakssss...lepas tu nak cari buku niiiii
My online shopping for Oct 09 :
1) Fenugreek dr sini. Belum pernah makan lagi sbb susu masih banyak tp excited terlebih beli fenugreek :p
2) Baby tights dr sini
3) BPA bottle dr sini
4) Baby sling dr sini

Total cash outflow: RM189. Letak kat sini senang nak hingat in future :p..my personal tracking hehe

11 comments:

Hany FF said... Reply To This Comment

wokeh...go farrah go!
this time, i also choose double pump. insya'Allah bila sampai barangnya kiter share k. sebab tu kiter mintak review awak pasal ameda tu.

last week kiter gi umah jie. dia guna ameda gak. dah penuh freeser dah stock dia ;).

basically, its how we utilise it...no matter what brand is it.

:) teruskan berusaha!

aida said... Reply To This Comment

yang, kalau you pump at your own open cube boleh apa... sebab aku pernah try masa fahri dulu.. just bawak shawl, pinkan pakai kerongsang, dan terus pump... kalau org tanya, aku selamba je cakap perah susu... confirm pastu dieorang tak tanya

a'ah hari tu tgk kat umah jie, dia pun pakai ameda.

si hany ni, i dok cakap suh beli ameda, dia nak bergaya bebas gak.. ekekek

MQ said... Reply To This Comment

farra, thanks for the link about fenugreek, I pon tgh cari supplement nak byk kan susu, coz my son sekarang refuse mkn solid, risau je buatnya susu kering, apa la dia nak mkn :(

aida said... Reply To This Comment

baby sling tayah beli, pakai pashmina jer weiii... mudah

Farra said... Reply To This Comment

hany, wahhh jie pon guna ameda..so hany order brand yg mana?

aida, hang wat kat cube menara ke? berani btoi..so kalau ade bunyi selamba aa kita kata tgh pam ek..tu aa hany ni pon tanye aku nyer review..hehe

mq,nnti dh mkn fenugreek, pls bagi review ek

`Ain said... Reply To This Comment

akak makan fenugreek since bulan posa.alhamdulillah, susu maintain.akak walau ada bilik sendiri, tak boleh suka hati kunci pintu sbb nurse, MA nak htr kad patient, jadi selamba aje pump.tudung pun bidang 60, besau.plus swing sebelah tangan aje pegang another hand free boleh buat keje.ada sekali tu ada staf yg laki perasan, tanya eh mesin apa tu yg bulat? akak jawab.."hoo..ini mp3 la, lain dr lain!"dia percaya bodo2 je...hahah

laydida said... Reply To This Comment

kite dulu guna plastik aiskrim je. tak masuk angin, economic. hehhe.

Puan Hanis said... Reply To This Comment

sebarang usaha untuk menyusukan anak dengan susu ibu adalah disokong 1000% yek!

Hemm..daku idakler ada mesin bagai.(Duduk kat rumah je ponnnng :)).
'free style' bak kat puan limau...ekeke.

yg buat stylenyer si fahri ler...kejap kiri..kanan...meniarap..posisi duduk dn tunduk pun dia nak cuba..hadehhh.

Sakit gak..sbb kadang2x dia tergigit...dah ada gigi nih lagikler...aduiiiii ;)

Anyway dah dekat 1 yr pun exclusive bfeed irfan fahri..alhamdulillah... 1.5 yr more to go..yeah..yeah.

Puan Hanis said... Reply To This Comment

lupe plak ari tuh farahnyer open house tuh tak dapeklah nak pegi.En suami standby di opis sampai malam dong...sori yah.

aida said... Reply To This Comment

iyelah farra... nak cari port kat surau susah... nih kawan aku suggest, kalau segan.. assemble siap2 kat toilet, baru la ko pump kat cube

Farra said... Reply To This Comment

hanis~ tu la tak dapek nak jumpa chit chat chit chat ngan surirumah hehe

k. ain & aida~i think i have the courage nak pump kat cube, start monday next week kot eheh..kite tungguuuuu

huda~plastiknyer nipis sgt tuhh kan