Tuesday, September 29, 2009

Pertama kali 1st day raya @ KL

Tahun ni rayanya berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Oleh kerana hari pantang ke 44 berakhir pada hari Sabtu, jadi kami membuat keputusan untuk pulang ke Kedah pada hari raya pertama. Jadi, ini kali pertama beraya di KL. Kami tak masak hape-hape langsung yg istimewa. Makan nasi goreng aje di pagi raya. Boleh? Mak Abah dah pulang ke N9 dan maid balik umah kakak dia pd hari Sabtu.

1st Syawal
Lepas Solat Raya beraya ke rumah pengasuh anak-anak. Then, terus gerak ke Utara. Jalan tak jem sangat tapi kereta agak banyak juga. Singgah di Kuala Kangsar beraya rumah Opah sepupu. Ini rumah wajib setiap tahun kalau balik Utara.


2nd Syawal
Lepak umah je borak-borak dgn ahli keluarga. Petang pula kawan Abang datang beraya, rakyat pakistan. Sian die raya sorang2 je. Kami bawa die jalan-jalan pusing kampung je naik kete.


3rd Syawal
Riadah ke Tree Top Walk Sedim. Huh, jauh btoi ibu baru abeh pantang berjalan. Lps tu terus flat , balik tido. Petang tak join pon trip gi kenduri.


4th Syawal
YatiPruzz beraya ke rumah. Petang pula kami beraya ke 2 rumah dan Giant Kulim. Balik umah mlm.


5th Syawal
Ahli keluarga beraya ke Sg Petani & Alor Setar. Aku tak larat nak join so rest kat umah je.

6th Syawal
Balik KL

7th Syawal
Kenduri di rumah pengasuh anak then beraya umah jiran

8th Syawal
Beraya ke 5 rumah dan jemput semula maid. Balik umah kui 1030pm. huhu

Layan sket gambo. Byk lg gambo dlm facebook oki.

Jalan-jalan raya...

Tree Top Walk # 1
Tree Top Walk # 2

Mmg syok la. Next tima datang lagi kene bawa baju lebih nak mandi manda kat air terjun.

The best picture of us at the moment. Taken on 8th day of Syawal. Tu pon tangkap kat umah Pak Su haha. Mmg susah sgt nk bergambar...




Wednesday, September 16, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya buat semua

Assalamualaikum....

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Semoga anda berbahagia di hari Lebaran ini. Saya dengan penuh rendah diri ingin memohon seribuan kemaafan jika selama ini ada kata-kata atau perbuatan yang menyinggung / mengguris perasaan kenalan online / offline. Raya nanti jemput la mai ke rumah hanya selepas 9 Syawal keatas. Sebelum tu kami akan berada di Kedah & N9 Insyallah. Kalau nak mai serentak pon boleh masa kenduri aqiqah Muhammah. Insyallah akan dimaklumkan kemudian. Moga ukhwah kita diberkati allah selalu dan berkekalan. Nota: gambar atas tu mmg takbleh lawan aa kad ucapan kengkawan online lain yg hebat-hebat. Ku mmg fail bab grafik nihhh..hehe

Kuih Raya # 3 : Cornflakes Madu bernestum
Buat lagi biskut raya sebab Baby Muhammad behave btol waktu pagi yang hening. ;)

Bahan-bahan:
Bahan Basah:
90gm castor sugar
120gm butter
6 sudu makan madu
1 sk esen vanila

Bahan kering:
220gm cornflakes
30gm nestum
2 sudu besar bijan ( digoreng tanpa minyak atas kuali terlebih dahulu)
100gm badam ( dibakar dahulu kemudian dihiris kasar bagi rasa crunchy)

Cara-cara:
1. Masak bahan basah dalam periuk sampai sebati dan cair semuanya
2. Masukkan seua bahan kering dan kacau rata
3. Masukkan dalam cawan kertas dan bakar semalam 15 minit.

Saya dah lama tak buat biskut ni sebab tak adventure sgt. Bila beli conflakes, ingat nak buat Cornflakes Crunchy tapi badan letih plak so buat Corn Madu je la hehe. Janji anak-anak suka!

Review Kuih Raya Green Peas Cookies:
Rasanya sedap. Macam Chef Liza kata, guna minyak jagung daisy, biskut cair di mulut! Nasihat saya kene buat dohnya agak keras sebab saya punya lembut so sangatlah rapuh dan cair terus di mulut.

Tuesday, September 15, 2009

Green Peas Cookies (eggless cookies)

Inilah akibat dr baby Muhammad behave very well. Masa die tidur aje tadi, Mama terus ke dapur dan beraksi membuat Green Peas Cookies
Bahan-bahan:
250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam)
250 gm tepung gandum ( i used cookies flour)
125gm gula icing
150gm-160gm minyak jagung Daisy ( anda sehebat Chef..kuang kuang iklan Chef Liza)- adjust ikut kesesuaian doh

Cara-cara:
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk
2. Campur dengan tepung dan gula
3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Oleh kerana ku masih berpantang, so ku campak sume bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh
4. Bentukkan bulat-bulat. Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan

1st time buat ni. Belum rasa lagi. Lepas buka pose nanti, I rasa, I inform balik rasanya ok?. Maidku 1st time rasa Almon London. Dia kata sedap! Dia kata mereka tade biskut raya di sana. Kesian. So aku buatla lebih biskut utk dia bawa ke rumah keluarganya raya nanti. Info:rumah keluarganya kat Gombak aje.
Baru siap 2 biskut. Balangnya banyak sebab utk umahku, umah mak, umah uwan N9, umah mak mertua dan tak lupa umah maidku. 5 umah tuh...tak payah la aku amik tempahan okeyyy.

Balang-balang telah dilabel supaya senang nak agih2 dan balik raya. Packing and labelling all done by Mama. Achik cuci and kemas dapur ler....Aku tanyer dia adik dia kat subang buat kuih raya tak? Dia kata mereka semua beli kak. Kuih beli, makanan berbuka pon beli. Waduh, harap dia tak kesah la dpt majikan asik ngotorkan dapur ajek!

Muhammad: "Mama....saya dah bangunnnnn! nak susuuuuuuuuuuuuu....uwaaaa"
(gambar ini diambil oleh Abg Mus'ab, TQ Mus'ab!)

Esok, kalau baby behave lg di waktu pagi yang dingin, mama dh berangan lg 1 jenis biskut. Today..hari pantang ke 40. 4 days left!:D

Monday, September 14, 2009

PM-Sept 09-P28

Ini sambungan dari posting sebelum ini.

Beginilah rupanya majalah Personal Money kalau sesiapa tak tau. Ni edisi bulan September 09.


Kalau dah dapatkan majalah tersebut, silalahke mukasurat 28 :)

Nota kaki: Sila abaikan perutku yg sarat itu. Now dah slim tau :p

Mula puasa & baking

Syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang diberikan olehNYA kepadaku. Bermula semalam bersamaan 23 Ramadhan bersamaan juga hari pantang ke 38, Mama dah mula berpuasa. Hajat diperkenankan olehNYA. Ini sangat berbeza dengan pengalaman bersalin 2 kali sebelum ni. Sebelum ni 'bendera merah' menjangkau melebihi tempoh berpantang.

Bila dah mula puasa, badan rasa kuat dan sihat. Jadi semalam Mama mula bakar kuih raya. So, jadilah semalam Almond London yang disukai Mus'ab. Walaupun ada pembantu, membuat kuih raya dengan adanya anak kecil agak meletihkan. Sekejap ke dapur, sekejap nyusu baby, kejap hayun dia dalam rocking chair. Kesudahannya aktiviti mencelup biskut dalam coklat diteruskan lepas Subuh tadi. Mama suruh acik hayun Muhammad dalam rocking chair sementara Mama sepantas kilat siapkan biskut raya :) Puas hati la dapat buat kuih dr air tangan sendiri.


Resipi Almon London disini.

Bercerita pulak pasal puasa sambil menyusu anak ni. Semalam, mula dr lepas zohor sampai la ke maghrib Muhammad langsung tak bleh lelap. Agaknya lapar. Asik bergayut je sampai kilang susu mama nampak dah tak sesak. Berbuka je Mama makan kurma dan air banyak-banyak. Lepas solat maghrib die nyusu dan kenyang la kot. Then dia mula tido nyenyak. Hasilnya Mama dapat solat Tarawih sambil letak dia sebelah sejadah. Siap je 8 rakaat, dia pon bangun. Itupon sebab kakak dan abang dia yang ganggu. Mama dah warning awal2 suruh bebudak besar tu jangan main kat bawah sbb mama nak solat di bawah. depa main footballl kat atas, punyalah bising! Hari ni Mama cadang kalau dia lapo belah ptg, bolehla tambah susu perah kot. So mulai semalam Mama tak perah susu. Sambung perah susu time tak pose nanti la. 2 hari bersahur ni si kecik Muhammad teman Mama sahur skali kat dapur. Dia dok dlm rocking chair.

Ni saja stok susu yg dh dikumpul setakat ni:
Ada dalam 35-40 botol kot.....

Friday, September 11, 2009

Looking for used bread machine

Dah puas cari kat lelong dan mudah.
Tak jumpa.
Sapa nak tolak, boleh bagitau saya ok? TQ

Abeh pantang ni tak sabor nak baking...nak bakar kek, tart, biskut, roti dll! Boleh bersilat hebat kat dapur, kan dah ada bibik!

Thursday, September 10, 2009

Takziah

Hari Rabu ( semalam) aku tengok berita ringkas kat TV3 tentang bekas menteri besar Kelantan meninggal. Jurucakap keluarganya pula katanya Dr Idora. Aku terus SMS cik Abang kata mungkin itu Dr Idora my O & G untuk kelahiran bebaru ini. Aku yakin sangat sebabnya ayahnya di rawat di Hospital Pantai dan kemudian jenazah di bawa ke rumah keluarga di TTDI. Lepas aku bersalin, aku cakap kat Dr Idora, "terima kasih Doktor, malam-malam kene datang sambut bayi saya. Doktor tinggal mana?" Katanya TTDI!

Tak sangka rupanya beliau anak orang kenamaan. Takziah buat Doktor sekeluarga. Walaupun aku tak rapat dan mesra dengan beliau, tapi aku terasa juga kesedihannya. Sape pulak yg tak sedih ye dok? Al - fatihah.

Doktor, terima kasih kerana melayan saya dengan penuh lemah-lembut dalam labor room.

Glup..kenyang alhamdulillah..baru lepas makan Sup Tulang. Bertambah aa lemak aku ni. Baby tengah sedap tidur ni. FYI, Muhammad ni tak suka tido siang. Suka tido malam. Makanya aku cukup tidur jugak. Sekarang ni aku jarang tidur siang maa..So bertenet atau layan TV atau layan buku je la...Cik Abang pulak, asik layan Iftar opis dia je la..huhu..bosan den

Wednesday, September 9, 2009

Bengkung moden

Demi nak menjaga kecantikan diri..ish poyo btol la :p ku beli jua bengkungmoden itu. Dah seminggu pakai. So far so good. Harapannya perut tak boroi aa hihi. Apa salahnyer nak cantik utk suami ahaks :p (poyo lg)

Hari ni hari ke 34 mama berpantang. Syoknyer lg 10 hari je tinggai...best2

Monday, September 7, 2009

Satu purnama telah berlalu ....

Satu purnama telah berlalu. Hari ini adalah hari ke 32 Mama berpantang. Muhammad Muazku sudah berusia sebulan ;)

Rumahku belum rasa nak raya lagi. Dinding berconteng tidak bercat lagi...langsir belum dicuci lagi..rumah biasa-biasa sahaja. Sib baik Ayah dah belikan Mus'ab baju rayanya semalam. Kasut dia belum beli sebab Ayah kata ramai sangat orang, nak memilih pon payah. Kasut Mawaddah pon belum beli lagi. Kalau kids dah cukup segalanya at least Mama dah bahagia :)

Start hari Sabtu lepas, Mus'ab n Mawaddah dah tido semula ke bilik mereka. Lega rasanya. Kalau tak sesak sungguh 5 org dlm 1 bilik tidur .

Friday, September 4, 2009

Our family featured in Personal Money Sept 09

2 months++ ago we were interviewed by Celine Tan, a writer from magazine Personal Money. So today, you can see us featured in the mag in Page 28, PM edition Sept 09.

We are not expert in personal finance but truly the passion is there. We are still learning and therefore never expected to be interviewed. On positive note, we were just happy to share our daily practices in educating the kids about money. It also boost my motivation to pursue CFP next year (once Muhammad almost 1 YO).

Get 1 copy of PM from your nearest book stores / news stand oki! U will also enhance your financial knowledge. Kalau tak pernah beli, belilah kali ni. Tak rugi punya.

On my 22nd day of confinement, I start my Unit Trust activity. Tahu je la kalau duduk-duduk aje bosan juga kat rumah. Simple but really enjoy the day by updating clients via telephone or email. Nevertheless, I managed to secure appoinment with 2 prospects after raya alhamdulillah. TQ TQ

Tuesday, September 1, 2009

Sehari sebelum merdeka

Muhammad: "Yeah...Mama dan Ayah belikan kereta sorong baru untuk saya".
Ayah belikan kat warehouse sales Hytex, jenama Tenderly.

Mama: "Alhamdulillah, Mama punya Blue Haze dah sampai umah kita dengan selamat"

Tapi Ayah rasmikan dulu la. Nak buat cemana. Mama masih berpantang. Jalan-jalan bersamanya pon belum sempat lagi. Anak-anak dah enjoy ke sana ke mari. Mama risau aa cemana nak parking kereta ni kat opis Mama tu nanti? takut tak pandai bajet aa masa nak parking kereta ini. Ok, Mus'ab dan Mawaddah balik kampung nanti jangan gaduh lagi, masing-masing dah ada tempat sendiri yer.

Begitulah citernyer, 2 kereta sampai ke rumah kami sebelum merdeka. Ala-ala kereta merdeka la ni.

Kami ada satu lagi surpriseeeee...tungguuuu next entry la yer

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...