Wednesday, October 29, 2008

Cerita raya lagi, boleh?

Sabtu
Saya, anak-anak dan emak pergi ke 3 rumah kenduri kahwin kawasan Tmn Ehsan. Semua pengantin adalah kengkawan sekolah dulu. Abang didn't join the trip since he didn't slept for one night before. Teruk gak koje IT ni ek. Jam 3pm baru Abang dapat join jalan raya kami ke 3 buah rumah : K. Anne, K. Ain & Maksu/Paksu..all area Melawati/UK perdana. Kami balik umah waktu malam..huhu penat.

Ahad
Memula kami gi kenduri kahwin di Masjid Wilayah. Then, terus balik kg @ Kuala Pilah. Tapi before tu singgah Rembau jap kat umah Makcik Saadiah untuk beraya dan ambil telekung lagi. Kami sampai kg nenek waktu maghrib. Sampai aja terus mandi dan solat sebab lepas tu ke rumah Tok Teh di kampung yang sama kerana ada kenduri doa selamat. Malam tu kami tido lewat tidur citer Shah Rukh Khan :D

Isnin
Kali ini kami gerak awal dr kampung sebab nak beraya lagi 3 rumah. Rumah pertama rumah Zila&Joji di Seremban. Lama bangat tak jumpa la rumet sy ni. Macam-macam dijamunya macam ala-ala open house gitu! :D sodap sgt pulak tu. Then, kalau ikut plan nak raya rumah Suliza sekali tapi dia balik kg pulak. So, kami singgah rumah kedua, makcik Azizah, kawan emak. Oh ya emak ikut kami balik sebab Abahku balik kg Perak. Kami sampai rumah jam 6pm. Saya dan anak-anak sempat pulak beraya ke rumah emak Zarid ( zarid dah ada kat rumah emak dia nak tunggu bersalin). Dasat-dasat..dah nak bersalin pon masih hebat memasak nasi beriyani..klass..resipi mak mertua :D. Lepas maghrib pulak, kami semua berapa ke rumah kawan emak ( kami pon rapat juga) iaitu Dr Faridah & Prof Saiful. Seronok saya dapat bertukar-tukar idea berhubung Financial Planning. Btw, dalam pertemuan tersebut mereka memperkenalkan saya dengan INCEIF. Dan kerana pertemuan itu, makin la menjadi-jadi semangat saya nak pursue xxxxxx :p Sampai masuk mimpi! boleh? <>

Melihat aktiviti raya kami setiap minggu, boleh saya katakan memang la penat tapi menyeronokkan. Kini tibalah masa untuk saya mengemas rumah hujung minggu ini disamping bermulanya tempahan kek sket -sket :D. Kami dah decide tak join Hari Keluarga IbuPejabat okeyy
Al kisah Mawaddah
Kita dah start train Mawaddah tak pakai pampers malam-malam. Berbaloi..dah beberapa kali Mawaddah tak pakai pampers malam sejak minggu lepas dan alhamdulillah tilam tak basah. Setiap kali tak pakai pampers jam 4/5 pagi pasti dia akan minta ke toilet. Sambil mulut terpejam, mulutnya berkata " mama, nak cingg". Bila bawa ke tandas pon matanya tak boleh bukak..saya suruh cangkung but dia terduduk atas lantai dan buang air. Cute aje..lepas buang air dia boleh tidur balik. So seronokla..kos pampers dah kurengg

Saturday, October 25, 2008

Cendawan pertama kami!

Sebagai salah satu cara berjimat -cermat kami ialah projek pertanian makan sendiri :p. Kami mencuba cendawan buat makan sendiri yang dibeli daripada Gomi Mushroom.

Oh ya alkisahnya kami tidaklah sampai ke Pulau Indah Klang untuk mendapatkannya, tetapi ianya dibeli dengan tuan puan perniagaan yang kebetulan Abang Ipar kepada Hani Ariff ( tolong promote ni ). Kami ke rumah terbuka beliau minggu lepas dan tanpa kursus yang rasmi, kami ingin mencuba tanaman cendawan ini. Harga 1 bag hanya RM1.50 dan ianya boleh diguna hingga 6 bulan lamanya. Kami membeli 10 beg cendawan sebagai permulaan. Saya pon tak pasti bagaimana nak menjaganya cuma mencuba mengikut nasihat beliau.
Beg-beg cendawan setibanya di ruang dapur pada hari Ahad lepas.


Cendawan sedang mengeluarkan hasilnya tak sampai 7 hari. Hasil pertama cendawan keluar dari bahagian tepi , ni dek sebab tak habis belajor la ni :p. Hasil pertama cendawan saya terus goreng malam tadi. Fresh dan sodap!

Oh ya, menjaganya tidak berapa susah. Tidak perlu disiram dan saya hanya meletakkan beg-beg tersebut di atas meja di dapur sahaja. Yang penting tidak boleh kawan panas / cahaya matahari ;)
Nota:
Nisastore~ banyak design baru dan produk baru iaitu Hijab dan Pants
Resipi Baked Pasta~ Selamat mencuba!

Friday, October 24, 2008

2 ceritaku

1) Karnival Haji

Alhamdulillah berkesempatan ke Karnival Haji pada hari Rabu lepas di dewan Menara. Sememangnya kata-kata ucapan Prof Muhd Kamil memberi kesan kepada jiwa dan sekurang-kurangnya menjadi tarbiah jiwa walaupun lambat lagi menunaikan Fardhu Haji. Seronok saya dapat sama-sama meraikan kakitangan T* yang akan menunaikan Fardu Haji tahun ini. Siapkan ambilkan tandatangan Prof untuk buku Aini, tapi buku saya tertinggal pula di rumah.

2) Baked Makaroni


Lihat gambar di atas, kekandaku di pejabat sunguh-sungguh belikan barang-barang untuk buat Baked Makaroni sekali lagi semalam. Yelah..mereka semua kempunan Baked Makaroni yang saya bawa last Wed tak cukup. Jadi, kali ni saya bawa lagi 2 big trays ..one beef meat and one is chicken. Yang hebatnya kekandaku ni beli sayur-sayur organik yang mahal gitu dr JJ. Maaf, makcik ni bajet & tak beli sayur kat JJ :D Wah..tu yg sodap..kalau saya biasanya beli sayur biasa kat pasar / mydin jerr :D Setengah jam aja kami makan pagi ni dah abes. Biasalah..brekfast, semua orang lapo. Kali ini Cheddar Cheese ( saya guna cheddar, in case ada orang tanya) saya tak cukup for another loyang so I just used Slice Cheese biasa tu. Rasanya, lebih kurang saja..jimat sket hehe. Resipinya nantilah saya post kat FarraCheese...kengkawan pejabat ada yang dah minta resipi , ada juga suruh buat kelas Cheesecake sekali dengan Baked Pasta ni! :D Ohhoo..ada yg order Baked Pasta ni..berapa harga nak letak yer?

Wednesday, October 22, 2008

Jalan raya

BTW, aktiviti 'Jalan Raya' kami tidaklah berjalan begitu lancar disebabkan suami kene berkerja lebih masa menyiapkan tugasannya yang deadlinenya hari Ahad. So saya jalan raya ngan anak-anak saja.

Jumaat
Jumaat malam saya & anak-anak ke open house SumayyaDesign. Tunggu cik Abang sampai jam 8.30pm dan akhirnya abang kata kerjanya masih tak siap. Kesian, dia pulang hampir jam 12 tengahmalam.

Sabtu
Kami sekeluarga beraya rumah kawan sepejabat, Kak Tie. Kemudian saya hantar cik abang ke stesen star LRT terdekat sebab dia nak sambung kojenye lagi. So, lepas tu saya dan anak-anak teruskan rayathon kami. On the way ke Bangsar, Mawaddah muntah segala makanan yang dimakan di rumah pertama. Nampak dia pon dah letih, tapi badan tak panas. Habis kotor kerusi sebelah pemandu. Di rumah Shima, saya mandikannya dan tukarkan baju baru. On the way ke rumah seterusnya, sepupu saya Abang Mat..Mawaddah memula baring..dia kata nak baring la mak..then bila dia duduk saja muntah semula ..habis pulak kerusi bahagian belakang. Saya takde baju ganti lain, so saya pakaikan saja baju tshirt abang Mus'ab. Nasi baik rambut dia panjang, so tade la orang ingat lelaki. Kami lepak sampai malam sebab saya plan nak terus jemput Abang di pejabat. Jam 10mlm baru kami sampai rumah! penat!! jam 12 kami terus tidur except Abang yg sambung lagi keje.

Ahad
Masa nak solat subuh terkejut tengok Abang belum tidur! Wah..sungguh dahsyat org kene buat programming ek. Dalam hati..wah sudah tentu plan rayathon kureng lancar. Kesian abang. Pagi itu saya hanya kemas rumah, basuh kereta ( dalam dan luar) dan membuat aktiviti berkebun. Syok sgt. Lain kali kita share la gambo aktiviti berkebun kita. Lepas tu kami hanya ke 2 tempat aje iaitu rumah Hani Ariff dan ke Tesco Shah Alam kejap jumpa kawan dan juga client saya nak isi borang tambahan pelaburan unit amanah. Abang kata dia tak larat jalan lagi. Lepas tu kami balik rumah aje.

Antara tanamanku..akan cerita lebih lanjut lain kali ok?

Dah lama teringin nak buat Baked Makaroni..so malam tadi saya buat 2 loyang..loyang besar bawa ke pejabat..nyum!!!

Monday, October 20, 2008

Jumaat lepas

Jumaat lepas...

1) Saya bawa Habbatus Sauda 10 kotak ke pejabat, semuanya habis. Nampak gaya ramai orang dah mengamalkan Habbatus Sauda ;) Ramai lagi yang nak, tapi saya belum berkesempatan mengambilnya lagi.

2) Saya berjumpa En Ridzwan disebabkan kengkawan pejabat nak beli 5 buah buku Haji Muda bersama tandatangan penulis. Dah lama tangguh ni :D

3) Saya beli buku baru Travelog Haji ditulis oleh Prof Muhd Kamil beli dr Hj Ridzwan saja sebab dah alang-alang berjumpanya mengambil 5 buah buku Haji Muda yang dipesan kengkawan pejabat. Oh ya, saya tak sempat habis lagi baca dek disebabkan Rayathon!
Emm..Rabu ni ada Karnival Haji di sini..buat masa ni dah ada komitment mesyuarat lain...kalau sempat saya pergilah..
Cerita Sabtu dan Ahad tak kurang menariknya. Nantikan!!

Friday, October 17, 2008

Kisah rumah terbuka kami

Hari ni saya berazam nak update blog. Nah..saya sampai pejabat kui 7.55pagi. Di rumah memang tak berkesempatan beronline disebabkan ayah/anak2 nak online juga :D

Terima kasih di atas kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan ke majlis rumah terbuka kami minggu lepas. Alhamdulillah, tahun ini majlis dapat dijalankan dalam suasana yang sederhana, bajet yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para tetamu.

Meh le teman cerita sikit pasal rumah terbuka kami. 2 hari sebelum majlis kami membeli barang-barang. Bermula pada Jumaat malam Sabtu saya singgah Tesco selepas waktu pejabat. Banyak barang dah dibeli kecuali barang basah dan nasi himpit. Sabtu, kami membeli lagi macam biasa ayam dari dulu lagi kami hanya beli dr Pakcik Azman di pasar pagi kerana sangat yakin akan 'halalan toyyiba'.

Hari Sabtu saya mula membaking semua kek dan pencuci mulut. In between, walaupun penat kami gagahkan ke kenduri adik kawan tidak berapa jauh dari rumah walaupun ketika itu waktu menghampiri jam 4 pm :D. Nak buat cemana , hujan lebat sangat..best sgt kalau tido :p. Malamnya saya, suami dan emak ( masak rendang daging) membahagi tugas masing-masing di dapur. Letihnya..saya tidur jam 12pm++. Saya kata kat suami..' patutla orang tak larat buat open house ekk'.

Hari Ahad, seawal lepas Subuh saya dan emak mula memasak semua makanan berat. Alhamdulillah jam 10pagi++ Mak Teh dan Mak Lang saya datang untuk membantu potong-memotong. Jam 12tengahari semua hidangan dah ready termasuk yang terakhir saya deko ~ Brownies.

Tahun ini tetamu yg saya jemput lebih ramai dari tahun sebelumnya. Mohon maaf tak dapat layan semua tetamu dengan baik. Tapi tetamu yang datang lewat memang dapat layanan sepenuhnya ;). Tetamu terakhir kami bergerak keluar jam 8.30pm. Dan hidangan yang menjadi pilihan tahun ini dan dimasak oleh siapa lihatlah senarainya:
Kek:Brownies, Carrot Moist Cake & Oreo Cheesecake-Farra
Pencuci mulut:Cream Caramel & Agar agar cendol-Farra
Nasi Himpit & Ketupat daun palas segera-Deman
Rendang daging-Emak, Latifah
Makaroni goreng-Farra
Soto ayam-Emak, Farra & Deman ( cuci 5 ekor ayam by Abang , kagum saya abang cucikan ayam hampir sejam lebih :p)

Jadi, terima kasih tak terhingga kepada semua tetamu pada hari tersebut..let's name it: Mak Teh, Mak Lang, RinaMizi, KakMiza, Warga Sumayya, FahmyZarid, IdaMizie, Munir, Sam, NuurAin, Ayu, KakAinAbgWady,AidaMufis, AiniYusof, KakIna, KakMaz, KakTie, PaksuMaksu, DuraAzaly, BangMatKakRozana, NikYusof & 2 kawan, RahimiSyuhairah, Yan, Suraya, Pn Sihon, HanyZainal, Shelly, YanaEzwan,SyamAda, Cik Yan ( bos kita), KakFariza, KakLinda,Sabrina, KakShajaAjak, Zuedin, SuryatiEzly, Alfiza, AbangAni, 2 kawan pakistan suami, 3 kawan Sek Mat Jiwa suami, Zuliyana, Asri, MakcikAna ( tgh pikir lagi kot2 ada yang tertinggal).

Kepada kengkawan yang tak dapat datang, rumah saya sentiasa terbuka untuk tetamu. Kalau nak mai, call dulu yer ;)

Macam biasa tak sempat tangkap gambar. hanya ada beberapa keping.
Antara hidangan kami
Gambar sebelum tetamu sampai~ emak dan mus'ab. Time ni adiknya dah ngamuk dan tertidur.
Periuk, pinggan belanga saya sorang mencucinya pada keesokan hari, Isnin. Cuci dr pagi sampai jam 1pm. But in between bykler hal-hal anak2 diuruskan sebab saya tak hantar depa ke rumah pengasuh. So, faham2 la macam2 permintaan!
Jom baca BijakRinggit. Jom sifar hutang cepat2!
Esok dan Ahad saya nak declare: RayaThon!!! huhu byk gile rumah wat open house..gaji dah masuk le katekan ;)

Wednesday, October 8, 2008

Jemputan Jamuan Hari Raya

سلامت هاري راي معاف ظاهير دان باطين
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum, Kami ingin menjemput rakan-rakan, sahabat -handai, kakak, abang, adik, pakcik, makcik, saudara-mara dan semua kenalan tak kira online atau offline ke Jamuan Hari Raya yang akan diadakan pada Ahad ini, 12 Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal di teratak kami beralamat: 1724 Jalan E5/2 Taman Ehsan Kepong dari jam 1-6 petang ;)
Map disini. Alternatif lain di bawah:

Tuesday, October 7, 2008

Raya tahun ni ;)

Sepatutnya nak balik raya hari Isnin, tapi.....kami buat roadtax benz. Orang sangat ramai dan itupun kami dah singgah 2 post office & 1 JPJ. Udah le naik motor ngan suami tengah-tengah panas, kepala pon jadi pening. Semua urusan kereta siap jam 4 pm. Badan dah letih dan kami decide untuk tangguhkan perjalanan ke esok hari.

Sehari sebelum raya
Perjalanan dr KL ke Kulim sangatlah mudah..jalan kosong aje. Sebelum maghrib baru perasan baju Mus'ab dan ayahnya yang dah letak kat tepi pintu berhanger tertinggal kat KL. Alahai. Kami relaks aja. Suami pinjam aja baju ayahnya yang mana elok. Before raya biasa la sibuk tolong masak rendang dan buat ketupat daun palas. ( Teringin nak buat masa open house kita tapi kat sini susah nak cari daun palas kan? lagipun ketupat kita salu jadi yang betina bukan yang jantan :p)



1 syawal
Macam biasa, kami tiada baju sedondon. Mus'ab pakai seluar jean dengan kemeja aje sebab baju Melayunya tertinggal kat KL. Pagi raya kami bersalam-salaman, bermaafan dan lepak saja. Sebelah petang kami beraya 1 rumah saja - Pak Jang. Abang dah naik pening kepala mungkin sebab banyak makan sup tulang kot? Hehe.



2 syawal
Sepatutnya nak ke Alor Setar tapi tangguh ke esok hari sebab menunggu BIL sekeluarga balik. Rasanya menziarah Tok Bah di AS lagi syok beramai-ramai. Jadi kami hanya ke 2 rumah iaitu: Kak Zizah (our agen insurance) dan keluarga BIL no 1 aka Pak Long Mu'sab. Kami plan nak raya umah Pruzz kat Kulim tapi depa dah keluar pulak.

3 syawal
Jam 10am kami berkonvoi 3 kereta bergerak ke Alor Setar menziarah Tok Bah. Lama juga lepak di sana hingga lepas solat Jumaat. Lepas tu kami ke 2 rumah lagi termasuk rumah kawan kami yang ditimpa dugaan besar kehilangan suami tersayang dalam kemalangan bulan Ogos tahun lalu. Alhamdulillah beliau dah boleh berjalan walaupun perlahan dan saya sangat kagum melihat ketabahannya. Dalam kemalangan tersebut beliau mengalami cedera parah iaitu patah tulang belakang dan anak berumur 1 tahun selamat. Kebetulan semua kengkawan sekolah suami pon ramai berada disitu macam gathering pulak.
Hari tersebut kami sampai rumah lewat malam gak dalam 10pm. Penattt huhu

4 syawal
Kami bergerak pulang ke KL dan sempat beraya di rumah Opah sepupu di Kuala Kangsar. Tetiap tahun rumah ni wajib pergi! Dah jadi amalan. Sampai KL kami sempat singgah makan KFC ( kes sebab tak lunch) dan beli handbag baru kat JJ Kepong hihi

5 syawal
Kuih raya tak keluar lagi..rumah tak habes kemas lagi. Tapi kami jalan raya lagi sebab ambil kesempatan bercuti. So kami ke 3 rumah iaitu: my ex-schoolmate, Rafidah yang baru dapat baby, rumah Pak Su Teh kat Sg Buloh ( kebetulan Mak Lang pon dah ada situ beraya so kami tak payah gi rumah dia di Saujana Utama) dan last sekali rumah Yani. Lepak umah Yani sampai maghrib sambil dia menjamu mee sanggul goreng. 1st time makan ni beb! sodap jugak..lain kali nak belila. Bestnyer Yani pon bagi kita pokok daun bawang..yeah..pokok bertambah lagi.

So..nampaknya raya tahun ni meriah juga walau tanpa baju raya kan? Semuanya bergantung pada kita bagaimana menceriakan suasana. Kami belum sempat beraya di N9. Insyallah waktu lain akan berkunjung jua. Em..gambo raya? Memang tadela. Malas nak tangkap. Eee bila la rajin nak tangkap gambo ni. Tengok satu gambo ni cukupla..ni pon amik dr Kak Ain ;)



Mus'ab paling kiri dan Mawaddah paling kanan bersama Pak Su dan sepupu2. Ada 2 sepupu tak masuk gambo sebab tgh tidur termasuk new two- months baby Damia.

Sedikit selingan ~mom's talk

Bercerita pasal 'mengandung'..seronok terima berita ramai yang mengandung bermula dengan Mama A*** before raya. Siap dia kasi satu PT kat kita sebab ingatkan kita preggy last week. Kita tak sempat guna pon hehe. Now kita dah kasi PT tu kat lagi sorang oficemate yg berkemungkinan preggy gak.

Balik kg..adir iparku dah mengandung anak ke-2. Balik ke KL..sorang kawan baik pulak dah positif mengandung. Alhamdulillah murah rezeki. Tersenyum sendirian bila Mama A*** sms kita " usaha tangga kejayaan" Hahaha.

Monday, October 6, 2008

Rezeki

Jangan salah sangka yer! hihi
Rupanya belum ada rezeki untuk menimang cahayamata ke 3. Cuma yang syoknya kene ganti puasa 4 hari sahaja ;)
Rupanya rezeki dapat surat naik gred just before raya dan rezeki suami kerja di tempat baru. Begitulah indahnya hidup ini Allah dah aturkan....takkanlah Allah nak kasi rezeki semuanya serentak. Moga kita menjadi insan yang lebih bersyukur ;)
Hari ni kami dah mula bekerja..cerita raya? esok2 la kita update ok.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...