Sehari sebelum raya
1 syawal
2 syawal
3 syawal
Jam 10am kami berkonvoi 3 kereta bergerak ke Alor Setar menziarah Tok Bah. Lama juga lepak di sana hingga lepas solat Jumaat. Lepas tu kami ke 2 rumah lagi termasuk rumah kawan kami yang ditimpa dugaan besar kehilangan suami tersayang dalam kemalangan bulan Ogos tahun lalu. Alhamdulillah beliau dah boleh berjalan walaupun perlahan dan saya sangat kagum melihat ketabahannya. Dalam kemalangan tersebut beliau mengalami cedera parah iaitu patah tulang belakang dan anak berumur 1 tahun selamat. Kebetulan semua kengkawan sekolah suami pon ramai berada disitu macam gathering pulak.
Hari tersebut kami sampai rumah lewat malam gak dalam 10pm. Penattt huhu
4 syawal
Kami bergerak pulang ke KL dan sempat beraya di rumah Opah sepupu di Kuala Kangsar. Tetiap tahun rumah ni wajib pergi! Dah jadi amalan. Sampai KL kami sempat singgah makan KFC ( kes sebab tak lunch) dan beli handbag baru kat JJ Kepong hihi
5 syawal
Kuih raya tak keluar lagi..rumah tak habes kemas lagi. Tapi kami jalan raya lagi sebab ambil kesempatan bercuti. So kami ke 3 rumah iaitu: my ex-schoolmate, Rafidah yang baru dapat baby, rumah Pak Su Teh kat Sg Buloh ( kebetulan Mak Lang pon dah ada situ beraya so kami tak payah gi rumah dia di Saujana Utama) dan last sekali rumah Yani. Lepak umah Yani sampai maghrib sambil dia menjamu mee sanggul goreng. 1st time makan ni beb! sodap jugak..lain kali nak belila. Bestnyer Yani pon bagi kita pokok daun bawang..yeah..pokok bertambah lagi.
So..nampaknya raya tahun ni meriah juga walau tanpa baju raya kan? Semuanya bergantung pada kita bagaimana menceriakan suasana. Kami belum sempat beraya di N9. Insyallah waktu lain akan berkunjung jua. Em..gambo raya? Memang tadela. Malas nak tangkap. Eee bila la rajin nak tangkap gambo ni. Tengok satu gambo ni cukupla..ni pon amik dr Kak Ain ;)
Mus'ab paling kiri dan Mawaddah paling kanan bersama Pak Su dan sepupu2. Ada 2 sepupu tak masuk gambo sebab tgh tidur termasuk new two- months baby Damia.
Sedikit selingan ~mom's talk
Bercerita pasal 'mengandung'..seronok terima berita ramai yang mengandung bermula dengan Mama A*** before raya. Siap dia kasi satu PT kat kita sebab ingatkan kita preggy last week. Kita tak sempat guna pon hehe. Now kita dah kasi PT tu kat lagi sorang oficemate yg berkemungkinan preggy gak.
Balik kg..adir iparku dah mengandung anak ke-2. Balik ke KL..sorang kawan baik pulak dah positif mengandung. Alhamdulillah murah rezeki. Tersenyum sendirian bila Mama A*** sms kita " usaha tangga kejayaan" Hahaha.
2 comments:
akak tgh email awk gambar2 raye kat yahoomail.eh!masih blm terlambt nak join Yati & kwn2 bersalin thn dpn..:)
sis, kite dah reply email ;) tqqq
Post a Comment