Saya, anak-anak dan emak pergi ke 3 rumah kenduri kahwin kawasan Tmn Ehsan. Semua pengantin adalah kengkawan sekolah dulu. Abang didn't join the trip since he didn't slept for one night before. Teruk gak koje IT ni ek. Jam 3pm baru Abang dapat join jalan raya kami ke 3 buah rumah : K. Anne, K. Ain & Maksu/Paksu..all area Melawati/UK perdana. Kami balik umah waktu malam..huhu penat.
Ahad
Memula kami gi kenduri kahwin di Masjid Wilayah. Then, terus balik kg @ Kuala Pilah. Tapi before tu singgah Rembau jap kat umah Makcik Saadiah untuk beraya dan ambil telekung lagi. Kami sampai kg nenek waktu maghrib. Sampai aja terus mandi dan solat sebab lepas tu ke rumah Tok Teh di kampung yang sama kerana ada kenduri doa selamat. Malam tu kami tido lewat tidur citer Shah Rukh Khan :D
Isnin
Kali ini kami gerak awal dr kampung sebab nak beraya lagi 3 rumah. Rumah pertama rumah Zila&Joji di Seremban. Lama bangat tak jumpa la rumet sy ni. Macam-macam dijamunya macam ala-ala open house gitu! :D sodap sgt pulak tu. Then, kalau ikut plan nak raya rumah Suliza sekali tapi dia balik kg pulak. So, kami singgah rumah kedua, makcik Azizah, kawan emak. Oh ya emak ikut kami balik sebab Abahku balik kg Perak. Kami sampai rumah jam 6pm. Saya dan anak-anak sempat pulak beraya ke rumah emak Zarid ( zarid dah ada kat rumah emak dia nak tunggu bersalin). Dasat-dasat..dah nak bersalin pon masih hebat memasak nasi beriyani..klass..resipi mak mertua :D. Lepas maghrib pulak, kami semua berapa ke rumah kawan emak ( kami pon rapat juga) iaitu Dr Faridah & Prof Saiful. Seronok saya dapat bertukar-tukar idea berhubung Financial Planning. Btw, dalam pertemuan tersebut mereka memperkenalkan saya dengan INCEIF. Dan kerana pertemuan itu, makin la menjadi-jadi semangat saya nak pursue xxxxxx :p Sampai masuk mimpi! boleh? <>
Melihat aktiviti raya kami setiap minggu, boleh saya katakan memang la penat tapi menyeronokkan. Kini tibalah masa untuk saya mengemas rumah hujung minggu ini disamping bermulanya tempahan kek sket -sket :D. Kami dah decide tak join Hari Keluarga IbuPejabat okeyy
Al kisah Mawaddah
Kita dah start train Mawaddah tak pakai pampers malam-malam. Berbaloi..dah beberapa kali Mawaddah tak pakai pampers malam sejak minggu lepas dan alhamdulillah tilam tak basah. Setiap kali tak pakai pampers jam 4/5 pagi pasti dia akan minta ke toilet. Sambil mulut terpejam, mulutnya berkata " mama, nak cingg". Bila bawa ke tandas pon matanya tak boleh bukak..saya suruh cangkung but dia terduduk atas lantai dan buang air. Cute aje..lepas buang air dia boleh tidur balik. So seronokla..kos pampers dah kurengg
3 comments:
Huih... kursus apa lah agaknya tu sampai boleh masuk mimpi...
bila nak start study ni?
heee..mawaddah dah pass ye.congrats kat mama nye juge:)
Post a Comment