Hari ni saya berazam nak update blog. Nah..saya sampai pejabat kui 7.55pagi. Di rumah memang tak berkesempatan beronline disebabkan ayah/anak2 nak online juga :D
Terima kasih di atas kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan ke majlis rumah terbuka kami minggu lepas. Alhamdulillah, tahun ini majlis dapat dijalankan dalam suasana yang sederhana, bajet yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para tetamu.
Meh le teman cerita sikit pasal rumah terbuka kami. 2 hari sebelum majlis kami membeli barang-barang. Bermula pada Jumaat malam Sabtu saya singgah Tesco selepas waktu pejabat. Banyak barang dah dibeli kecuali barang basah dan nasi himpit. Sabtu, kami membeli lagi macam biasa ayam dari dulu lagi kami hanya beli dr Pakcik Azman di pasar pagi kerana sangat yakin akan 'halalan toyyiba'.
Hari Sabtu saya mula membaking semua kek dan pencuci mulut. In between, walaupun penat kami gagahkan ke kenduri adik kawan tidak berapa jauh dari rumah walaupun ketika itu waktu menghampiri jam 4 pm :D. Nak buat cemana , hujan lebat sangat..best sgt kalau tido :p. Malamnya saya, suami dan emak ( masak rendang daging) membahagi tugas masing-masing di dapur. Letihnya..saya tidur jam 12pm++. Saya kata kat suami..' patutla orang tak larat buat open house ekk'.
Hari Ahad, seawal lepas Subuh saya dan emak mula memasak semua makanan berat. Alhamdulillah jam 10pagi++ Mak Teh dan Mak Lang saya datang untuk membantu potong-memotong. Jam 12tengahari semua hidangan dah ready termasuk yang terakhir saya deko ~ Brownies.
Tahun ini tetamu yg saya jemput lebih ramai dari tahun sebelumnya. Mohon maaf tak dapat layan semua tetamu dengan baik. Tapi tetamu yang datang lewat memang dapat layanan sepenuhnya ;). Tetamu terakhir kami bergerak keluar jam 8.30pm. Dan hidangan yang menjadi pilihan tahun ini dan dimasak oleh siapa lihatlah senarainya:
Kek:Brownies, Carrot Moist Cake & Oreo Cheesecake-Farra
Pencuci mulut:Cream Caramel & Agar agar cendol-Farra
Nasi Himpit & Ketupat daun palas segera-Deman
Rendang daging-Emak, Latifah
Makaroni goreng-Farra
Soto ayam-Emak, Farra & Deman ( cuci 5 ekor ayam by Abang , kagum saya abang cucikan ayam hampir sejam lebih :p)
Jadi, terima kasih tak terhingga kepada semua tetamu pada hari tersebut..let's name it: Mak Teh, Mak Lang, RinaMizi, KakMiza, Warga Sumayya, FahmyZarid, IdaMizie, Munir, Sam, NuurAin, Ayu, KakAinAbgWady,AidaMufis, AiniYusof, KakIna, KakMaz, KakTie, PaksuMaksu, DuraAzaly, BangMatKakRozana, NikYusof & 2 kawan, RahimiSyuhairah, Yan, Suraya, Pn Sihon, HanyZainal, Shelly, YanaEzwan,SyamAda, Cik Yan ( bos kita), KakFariza, KakLinda,Sabrina, KakShajaAjak, Zuedin, SuryatiEzly, Alfiza, AbangAni, 2 kawan pakistan suami, 3 kawan Sek Mat Jiwa suami, Zuliyana, Asri, MakcikAna ( tgh pikir lagi kot2 ada yang tertinggal).
Kepada kengkawan yang tak dapat datang, rumah saya sentiasa terbuka untuk tetamu. Kalau nak mai, call dulu yer ;)
Macam biasa tak sempat tangkap gambar. hanya ada beberapa keping.
Antara hidangan kami
Gambar sebelum tetamu sampai~ emak dan mus'ab. Time ni adiknya dah ngamuk dan tertidur.
Periuk, pinggan belanga saya sorang mencucinya pada keesokan hari, Isnin. Cuci dr pagi sampai jam 1pm. But in between bykler hal-hal anak2 diuruskan sebab saya tak hantar depa ke rumah pengasuh. So, faham2 la macam2 permintaan!
Gambar sebelum tetamu sampai~ emak dan mus'ab. Time ni adiknya dah ngamuk dan tertidur.
Periuk, pinggan belanga saya sorang mencucinya pada keesokan hari, Isnin. Cuci dr pagi sampai jam 1pm. But in between bykler hal-hal anak2 diuruskan sebab saya tak hantar depa ke rumah pengasuh. So, faham2 la macam2 permintaan!
Jom baca BijakRinggit. Jom sifar hutang cepat2!
Esok dan Ahad saya nak declare: RayaThon!!! huhu byk gile rumah wat open house..gaji dah masuk le katekan ;)
4 comments:
farra, walaupon kite sampai lewat tp puas ati dpt makan soto..kite mmg suke sup2 nih..huhuhu...
shell...ghupanya ko suke soto ek..dtg lewat dpt layanan hihi
fara kalau dtg lainkali boleh dpt brownies juga tak? he he he
ika, tak dpt kot! ha..sape soh tak mai dgn si dia gegege :p
Post a Comment