Friday, October 24, 2008

2 ceritaku

1) Karnival Haji

Alhamdulillah berkesempatan ke Karnival Haji pada hari Rabu lepas di dewan Menara. Sememangnya kata-kata ucapan Prof Muhd Kamil memberi kesan kepada jiwa dan sekurang-kurangnya menjadi tarbiah jiwa walaupun lambat lagi menunaikan Fardhu Haji. Seronok saya dapat sama-sama meraikan kakitangan T* yang akan menunaikan Fardu Haji tahun ini. Siapkan ambilkan tandatangan Prof untuk buku Aini, tapi buku saya tertinggal pula di rumah.

2) Baked Makaroni


Lihat gambar di atas, kekandaku di pejabat sunguh-sungguh belikan barang-barang untuk buat Baked Makaroni sekali lagi semalam. Yelah..mereka semua kempunan Baked Makaroni yang saya bawa last Wed tak cukup. Jadi, kali ni saya bawa lagi 2 big trays ..one beef meat and one is chicken. Yang hebatnya kekandaku ni beli sayur-sayur organik yang mahal gitu dr JJ. Maaf, makcik ni bajet & tak beli sayur kat JJ :D Wah..tu yg sodap..kalau saya biasanya beli sayur biasa kat pasar / mydin jerr :D Setengah jam aja kami makan pagi ni dah abes. Biasalah..brekfast, semua orang lapo. Kali ini Cheddar Cheese ( saya guna cheddar, in case ada orang tanya) saya tak cukup for another loyang so I just used Slice Cheese biasa tu. Rasanya, lebih kurang saja..jimat sket hehe. Resipinya nantilah saya post kat FarraCheese...kengkawan pejabat ada yang dah minta resipi , ada juga suruh buat kelas Cheesecake sekali dengan Baked Pasta ni! :D Ohhoo..ada yg order Baked Pasta ni..berapa harga nak letak yer?

No comments: