Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya

Hari ini dengan rasminya saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada aktiviti 'Baking'! Betul-betul dah rasa nak muntah...opps..bukan sebab mengandung ( dah konfem ni!) tapi sebab dah muak asyik membaking je setiap hujung minggu. Lihat saja hasilnya diFarraCheese. Lepas baking tahu jela..banyak alat2 nak kene cuci..sakit pinggang lagi..nak cuci langsir lagi..lipat baju lagi..cuci tingkap lagi..layan anak lagi..anak nak menyusu lagi..macam2 la house chores nak buat sebab nak raya.

Insyallah esok kami akan mula bergerak ke utara. Pelannya macam ni:
Isnin-Jumaat:
Beraya di rumah mak mertuaku di Kulim Kedah. Dan macam biasa kami takkan duduk diam..mesti jalan ke Sg Petani, Alor Setar, Jitra menziarahi sanak saudara & kengkawan suami yang juga kengkawan saya la..
Sabtu-Ahad:
Beraya di Kuala Pilah N9 rumah nenek sebelah emak. Insyallah nak singgah Seremban ziarah kengkawan yang mana sempat.

Tahun ini macam biasa kami tiada tema warna..yelah baju beli siap susah juga nak cari kaler sama..lagipon suami kata 'boria' pulak..terpulang la ikut citarasa masing-masing. Dan kuih raya saya buat 5 jenis tahun ni dan saya beli 1 jenis iaitu Tart Nenas. Orang ramai tanya saya tak reti buat Tart Nenas ker? Mmmg saya tak tahu buat inti nenas tu..tartnya tahu ler..cemana tu?

Akhir kata sekali lagi..Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Friday, September 26, 2008

Baju Raya

Assalamualaikum....

Saya dah ada baju raya baru...
Anak-anak dah ada baju raya baru...

Dan kini..website saya pon dah ada baju raya baru direka khas oleh Pn Asma aka Sikulat.
Kalau anda nak upah Sikulat, sangat di alu-alukan. Saya mmg gagal dalam bab2 design2 website..semuanya terserah kepadanya ;)

Jemputlah bertandang ke sini:
BijakRinggit
FarraCheesecake

Akhir sekali..

Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan, sahabat taulan, sanak-saudara dan para pelanggan BijakRinggit,Farracheesecakes mahupun Nisastore.
Mohon maaf diatas kesilapan yang pernah saya lakukan. Insyallah kami mula pulang beraya mulai Isnin depan selama seminggu ke Kulim Kedah dan Kuala Pilah, N9. Semoga bertemu lagi ;)
p/s~ perasan tak ayahnya belum ada baju raya? ihiks..sian diek

Thursday, September 25, 2008

Raya nak dekat?

Last week buat lagi 2 jenis biskut raya iaitu Biskut Nestum dan Cornflakes Crunchy.  



Alhamdulillah, saya masih berpuasa penuh. Adakah sesuatu telah berlaku? jeng jeng jeng....:p

Oh oh hari saya cuti sbb nak buat kek, tukar duit raya dan hantar borang ke Public Mutual ;) Rumah belum kemas lagi..sabtu ahad ni baru pulun ler gamaknya...tataaaa

Monday, September 22, 2008

Buku lagi

Yang menjadi koleksi tambahan saya bulan ini adalah 2 buku baru iaitu 1) Branson's Genius yang ditulis oleh Sam Witteveen dan 2) Haji Muda yang ditulis oleh Hj Ridzwan keluaran PTS.

Saya memang pernah terfikir untuk mendapatkan buku Travelog Haji setelah membaca review yang sangat menarik ditulis oleh Aini. Tapi mungkin tidak berkesempatan ke kedai buku ( alasan la tu ), tak semena-mena buku Haji Muda dahulu yang saya miliki. Ini pon mungkin secara kebetulan kerana saya bermesyuarat bersama penulis. Sering juga kami mesyuarat sekali dan sebelum ini beliau pernah sekali menyebut walhal buku ini. Jadi, buku saya siap ada tandatangan beliau dan dapat spcial price ;) . Siapa nak, boleh juga pesan melalui saya.
Berlinang air mata membaca buku ini. Mengingatkan dosa-dosa yang macam luas lautan..memikirkan adakah ibadah-ibadahku selama ini diterima yg Esa atau tidak. Disebalik kesibukan dengan ibadah dan membuat kuih raya, 2 malam berturut saya tekat menghabiskan buku ini. Hasilnya, 2 bakul baju yang siap berbasuh masih belum dilipat. Takpe..mlm ni lepas tarawikh marathon lipat baju :p

Insyallah suami akan menulis sedikit review buku ini dalam BijakRinggit. Saya telah pun mendaftarkan diri untuk ke Tanah Suci suku pertama tahun ini memandangkan hasrat ingin ke Tanah Suci sangat mendalam dan wang telah mencukupi. Tarikh yang diperolehi dr TH adalah 2018. TH kata jika mahu pergi awal boleh buat surat rayuan. Tahun depan yer bang?

Nisastore
Saya baru mengambil stok baru sebanyak 40 helai TShirt muslimah lagi dek disebabkan sambutan yang hangat dari pelanggan tetap yang katanya nak beli Tshirt untuk raya hadiah kepada diri sendiri/mak mertua/sanak saudara di kampung. Nak beli mai sini ok..banyak design baru. Mengancam!

Wednesday, September 17, 2008

Projek kuih raya minggu 1

Balang dapat banyak hanya dr 2 jenis biskut jer..buat sorang-sorang. Tapi anak-anak ada tolong letakkan sebiji choc chip atas biskut before bakar.
Ni semua untuk makan sendiri jek..tak percaya? keluarga kami besar ler..biskut-biskut ni nak bawa balik Kedah, Kepong dan Negeri Sembilan ;)

Almond cookies

Walnut choc chips

Insyallah minggu ni lg 2 biskut..next week 1 lg..so total biskut tahun ni 5 saje. Dan saya tak ambil cuti utk buat kuih raya..sayang cuti bebbb ;)

Kek raya untuk tempahan

Kek raya open for order tahun ini hanya 2 kek sahaja iaitu : Choc Moist Cake dan Marble Cheesecake
Choc Moist Cake
2kg-RM52
1kg-RM30
Bentuk: empat segi

Marble Cheesecake
1kg-RM52
1/2kg-RM30
Bentuk: Bulat

Self collection date:

  • Jumaat (26 Sept 08)-Annexe 2, Bangsar
  • Sabtu/Ahad (27/28 Sept 08)- Taman Ehsan
Tarikh tutup tempahan:20 Sept ( Sabtu)

Monday, September 15, 2008

Habbatus Sauda

Assalamualaikum..

Rasa ingin berkongsi sedikit tips kesihatan. Dulu saya sering mengambil pil-pil vitamin yang berlambak di pasaran. Tapi sejak berkenalan dengan habbatus sauda, saya dah jatuh cinta. Emak selalu kasi the pure habbatus sauda ( biji kecil berwarna hitam) bila saya demam/selsema.

Namun sejak 2 bulan lalu saya dah menggunakan Habbatus Sauda yang asli dr Egypt iaitu Baraka. My ex-GM sangat rajin menempah Habbatus Sauda HPA daripada saya kerana saya boleh perolehinya daripada jiran saya. Sejak dia bersungguh-sunguh menceritakan tentang khasiat Habbatus Sauda, saya juga telah mengambilnya setiap hari sejak 2 bulan yang lalu. Hasilnya alhamdulillah, sangat berpuas hati ( dah lama tak ambil mc you!! ).

Kini setiap bulan my ex-GM dan kengkawan pejabat mulala menempah dari saya. Saya mmg suka la berkongsi the benefits with others. Jadi, sempena bulan baik ni kalau ada kengkawan yang ingin mencuba Habbatus Sauda, boleh la kirim kat saya. (sms/call-0133413040)

Kini, kami sekeluarga dah tak makan pil lain ..hanya Habbatus Sauda


Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya al-Habbatus Sauda' boleh
menyembuhkan segala penyakit kecuali al-Sam." Saya bertanya "Apakah al-Sam itu?"
Baginda menjawab : "Al-Sam iaitu Maut" (Hadith Riwayat Iman al-Bukhari)



Habbatus Sauda HPA- RM48 ukt 60 capsules

Habbatus Sauda Baraka RM10-24 capsules

Saya sangat tertarik untuk mengikut maklumat mengenai khasiat Habatussauda dan herba lain yang digunakan dalam perubatan Islam. Jika anda juga ingin tahu, layari IslamicHerbal.

Web Portal lain sebagai rujukan: DuniaHerba

p/s-macam testimonial tak? eheheheh

Friday, September 12, 2008

Beautiful Friday

1) Alhamdulillah tulang kat anak tekak dah selamat masuk ke dalam perut. selesanya!

2) Ada yang tanya ..tak bukak order ker? Jawapannya ADA untuk kek sahaja! so kalau nak order kek sila order sebelum Jumaat depan, 19 Sept 2008. Biskut idokler saya jual sebab nak buat makan sendiri pon kene buat 4 balang for each cookies. Huhu larat ke ekk??

3) Mengidam nak bawa kereta baru. Bukan apa..dah lama bertahan dengan Saga 92'...ada masalah kecil2 jek like: digital clock tak berfungsi, pintu belakang pemandu tak boleh bukak dr luar, pum minyak susah nak terbukak ( lepas tarik pedal, kene guna kunci bukak pum minyak), wiper keluar muzik tradisional..agak2
Menarik kan tengok kerete Honda City baru yang dah lancar kat Thailand ni? dah lama citer pasal nak kereta baru....tak willing pulak tgk savings menurun..eh eh dgr2 company kita ada pelarasan gaji ek? :p

Wednesday, September 10, 2008

Tulang ikan

Hari Isnin buat Ikan Terubuk Bakar..huhu lazatnya mmg toksah cakap le sampai tercekik satu tulang halus..dr Isnin malam buat bodoh sajek..keje..ibadah..sume jalan cam biasa..siap boleh control 'ayu' masa buat presentation CCR dalam meeting :p

Tapi...
Malam tadi dah rasa sakit..rasa bengkak...tiada pilihan jam 9.30mlm kami ke klinik Al-Helmi, klinik kegemaran kami..hanya beberapa tapak dr rumah ( tapi naik kete ler) dengan harapan dapat keluarkan tulang ikan.

Malangnya...
Mungkin disebabkan saya dah pernah cuba jolok2 banyak kali..so tulang dah masuk ke dalam..susah nak tarik..dan Dr kasi ubat:
1) Tahan sakit
2) Antiobiotik

Nasihat Dr..makan ubat masa berbuka & bersahur. Lepas bengkak..nanah keluar dan insyallah tulang ikan tu tertanggal sendiri..Ya Allah..bantulah daku..so kita nantikan!

Nasihat saya...kalau tercekik tulang ikan..kumur2 dan terus ke klinik sebab ada officemate saya berjaya keluarkan tulang ikan dengan cara begitu. Jangan nak tunjuk pandai jolok sendiri ( pesanan untuk diri sendiri! untuk masa akan datang)

Ikan terubuk? tetapi kegemaranku :p ..tulang ikan itu masih bersama di anak tekakku..huhu

Sunday, September 7, 2008

Doa

Dalam bilik masa lampu bilik dah tutup

Mama: Mus'ab baca doa tidur
Mus'ab: Allahumma baariklana...... ( doa makan)

Mama: Mawaddah, baca doa tidur
Mawaddah: Allahumma bismika.... ( doa tidur)

Depan makanan

Mama: Mus'ab baca doa makan
Mus'ab: Allahumma bismika.... ( doa tidur)

Mama: Mawaddah, baca doa makan
Mawaddah: Allahumma bismika ... ( doa tidur)

Inilah kisah anak-anak berdoa. Adik semakin lancar dengan doa tidur...doa makan belum hafal mungkin sebab panjang sket. Alhamdulillah adik pon dah tak terbabas buang air. Rasanya stok pampers macam dah tak gerak pulak sekarang. Jimat belanja ;)

Abangnya pula lagi lancar doa makan berbanding doa tidur. Kadang-kadang tu tertukar doa macam contoh kat atas. Konfius la tu :p Pelatnya jelas tapi kita tetap faham bacaannya.

Oh ya, selama ni anak-anak belajar guna Iqra' saje. Mawaddah paling suka belajar berbanding abang. Tapi kedua-duanya belum kenal Alif , Ba , Ta sampai Ya dengan lancar. Rasanya nak tukar muqaddam. Kat kedai buku ada jual ker?

Friday, September 5, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 5 Ramadhan..dan semuanya berjalan lancar

Bulan Ramadhan betul-betul mengajar kita erti 'kesabaran'. Ternyata hari ke 2 puasa bersamaan hari 1 ke pejabat menggugat kesabaran ketika memandu kereta. Saya memilih untuk memandu daripada menggunakan public transport sepanjang bukan Ramadhan.

Ramadhan 2 (hari pertama kepejabat)
Keluar rumah: 7.05 pagi
Sampai pejabat: 8.30 pagi ( jalan sesak yang amat kat Jln Kuching sebab ada kereta terbakar)
Keluar pejabat: 4.40 ptg
Sampai rumah: 6.00ptg

Hari ke2 dan seterusnya agak baik sebab sempat sampai pejabat tepat-tepat atau sebelum 8pagi. Dan saya akan sampai rumah sekitar jam 6.00ptg. Semalam jek sampai jam 6.25petang sebab ada meeting.

Apapon 4 hari yang berlalu, rezeki kami masih ada dengan 'homemade' juadah. Masakan saya mudah saja, tiada yang istimewa. Inilah menu kami:

Ramadhan 1
Kurma
Ikan parang masak asam pedas
Sayur goreng
Ayam masak lemak cili padi (emak kasi)
Kuih: pisang goreng

Ramadhan 2
Kurma
Ayam bakar black pepper with black pepper sambal
Sayur goreng
Kuih: cempedak goreng (emak kasi)

Ramadhan 3
Kurma
Cendawan masal lemak cili api
Ikan kembung goreng
Kuih: Ubi goreng ( ubi kayu ni dah lama mak saya kasi, tak perasan tersorok sebelah mesin basuh)

Ramadhan 4
Kurma
Ikan cencaru belah belakang sambal belacan
Tom Yam sayur

Sahur kami pastinya lauk yang sama, kalau tak cukup just tambah telur goreng / serunding. Walaupun kali ini abang keluar lewat berbanding tahun sebelumnya kerana mula bekerja di tempat baru mulai 2 Ramadhan, tapi kami tetap dapat berbuka bersama. Alhamdulillah ;)

Monday, September 1, 2008

Mini projek dah selesai

Selamat Menjalani Ibadah Puasa sahabatku semua

Apa yang berlaku setakat 2 hari ini?

Sabtu:
Berkemas rumah dan membeli belah di Hytex sales

Ahad:
Rifqi's 2nd year birthday celebration @ rumah Yana
Kemas rumah macam nak raya! *

* Kenapa macam nak raya? sebab memang dashyat ler...mini projek kami secara rasminya dah siap semalam..so lepas balik dr rumah Yana , saya sambung cat pintu bilik air bilik kami..then, kami bertungkus lumus le mengemas..alih barang-barang..alih semua tikar sarawak dan letak luar..cuci lantai luar dan dalam. Lepas cuci hard tiles baru kat luar tu..aduhai rasa sayang pulak nak pijak hehe. So apa pulak projek lepas ni?

1) Nak tanam pepokok dalam laman baru ( kecik jek lamannya pon)
2) Sambung cat pintu bilik air 2 bilik kat atas
2) Nak sambung jahit langsir untuk pintu 2 bilik atas ( benar! n projek dr tahun lepas dah bersawang!)

Cerita pasal cat DIY ni..memang hasil DIY memang beza sangat dengan upah orang cat. Sangat beza! tapi takpela..nak jimat sket mana2 kos yg patut :D BTW kami sangatlah puas hati dengan kontraktor kali ni ( Indonesia). Ini kontraktor yag sama dengan Yani. Rumah kami pon dekat aje. So, sesiapa perlukan kontraktor bagitau la saya!

Goal next year:
!) Awning tiles for car porch. Saja tak buat sekarang sebab tak sanggup guna duit TH. Kita tunggu tahun depan ok. Insyallah nak guna same kontraktor.

p/s-gambar mini projek later2 la ok..ada masalah sket

Jualan sepanjang ramadhan!

Harga telekung masih sama seperti dahulu. Hanya RM60! Ya, hanya RM60 jika anda membeli sebelum 15 Ramadhan! Solat selesa tanpa perlu memakai telekung. Maklumat lanjut di nisastore.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...