Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 5 Ramadhan..dan semuanya berjalan lancar
Bulan Ramadhan betul-betul mengajar kita erti 'kesabaran'. Ternyata hari ke 2 puasa bersamaan hari 1 ke pejabat menggugat kesabaran ketika memandu kereta. Saya memilih untuk memandu daripada menggunakan public transport sepanjang bukan Ramadhan.
Bulan Ramadhan betul-betul mengajar kita erti 'kesabaran'. Ternyata hari ke 2 puasa bersamaan hari 1 ke pejabat menggugat kesabaran ketika memandu kereta. Saya memilih untuk memandu daripada menggunakan public transport sepanjang bukan Ramadhan.
Ramadhan 2 (hari pertama kepejabat)
Keluar rumah: 7.05 pagi
Sampai pejabat: 8.30 pagi ( jalan sesak yang amat kat Jln Kuching sebab ada kereta terbakar)
Keluar pejabat: 4.40 ptg
Sampai rumah: 6.00ptg
Hari ke2 dan seterusnya agak baik sebab sempat sampai pejabat tepat-tepat atau sebelum 8pagi. Dan saya akan sampai rumah sekitar jam 6.00ptg. Semalam jek sampai jam 6.25petang sebab ada meeting.
Apapon 4 hari yang berlalu, rezeki kami masih ada dengan 'homemade' juadah. Masakan saya mudah saja, tiada yang istimewa. Inilah menu kami:
Ramadhan 1
Kurma
Ikan parang masak asam pedas
Sayur goreng
Ayam masak lemak cili padi (emak kasi)
Kuih: pisang goreng
Ramadhan 2
Kurma
Ayam bakar black pepper with black pepper sambal
Sayur goreng
Kuih: cempedak goreng (emak kasi)
Ramadhan 3
Kurma
Cendawan masal lemak cili api
Ikan kembung goreng
Kuih: Ubi goreng ( ubi kayu ni dah lama mak saya kasi, tak perasan tersorok sebelah mesin basuh)
Ramadhan 4
Kurma
Ikan cencaru belah belakang sambal belacan
Tom Yam sayur
Sahur kami pastinya lauk yang sama, kalau tak cukup just tambah telur goreng / serunding. Walaupun kali ini abang keluar lewat berbanding tahun sebelumnya kerana mula bekerja di tempat baru mulai 2 Ramadhan, tapi kami tetap dapat berbuka bersama. Alhamdulillah ;)
4 comments:
eh, deman kerja kat mana sekarang nI?
pst, ko nak sambung phd ker?
eni!
Q1-Kat private IT co.
Q2- biarlah rahsie dulu..hihi kalau dah lulus baru bagitau ler..takut tak lulus :D
ko minta mana, UIA juga ke beb? tak tunggu aku pun :P
Post a Comment