Friday, August 29, 2008

Work in progress

My mini project ~ car porch renovation

Project commence: Monday, 25 Aug 08


Before


Work in progress

For sales today! RM30 only for this small (550gm++) Choc Moist Cheesecake.

-Farra

Wednesday, August 27, 2008

Lagi satu dapat dikesan

Selepas blog ini mengambil artikel BijakRinggit saya seperti yang saya kongsikan dahulu, hari ini saya terjumpa lagi satu blog yang mengambil artikel saya yang bertajuk "Dimanakah anda menyimpan wang?"

apa pendapat anda?

Potential clients & rakan-rakan yang dihormati,
Esok saya akan berada di sekitar Damansara Heights untuk temujanji Pelaburan Unit Amanah. Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat saya, sila hubungi 013-3413040. Esok saya bercuti & I declare I'm available for UTC* for one day ;)

UTC* Unit Trust Consultation

Sunday, August 24, 2008

Kisah agar-agar

Malam Sabtu saya mencuba resipi Puding Permata dengan niat nak bawa ke rumah HanyZainal. Tak sangka pula hari Ahag pagi masa nak potong, agar-agar yang warna cerah tu lembik. So apa lagi kite kene la ammend sket. Jam 10am bila kedai kek buka jek, saya gi beli dulu Swiss Roll...so tengok la apa saya buat:

Rupa agar-agarku dalam loyang..cantik..sedap..but lembik
Swiss Roll dipotong dan disusun rapi

Lepas tuang agar-agar, saya susun pula buah peach.So, tara..jadilah dia Triffle Permata :) hehehe...

Sedang mengidam white souffle bentuk square sebab nak buat Bread & Butter pudding nampak lebih cantik. I only have yang circle shape jek. Tengok rangkaiannya disini sangat mengujakan!
Kata mana ada sales sekarang ni??

P/s-Saya dah start kongsi resipi kat myresipi.com ;) BTW, my recipe Banana & Oat muffin ada kontroversi pulak eheheh

Friday, August 22, 2008

Cream Peach Cheesecake


Nak lelong 1 small CPCC today. YM me! fara_aiza. Price: RM28 only!!

(Gambar diatas adalah gambar dari koleksi gambar CPCC)

Short summary my activity for this weekend:

Sabtu
1) Gi Sales Hytex. ( Nak saing ngan K. Nita. sesapa yg nak join / sesat call me ok!)
2) Gi gedung T shirt muslimah
3) Gi kedai Tiles
4) Gi Nursery @ Sg Buloh
5) Baking!

Ahad
1) Housewarming rumah HanyZainal
2) Baking!

Before Ramadhan ni ramai pulak mengorder ..teringin nak makan itu la..ini lah..hihi thank you ehhh kene cari pembantu ni...:)

Tuesday, August 19, 2008

Away from office

I'm currently away from the office for 2 days attending a course in MMC. Every participant was given this book and I just start reading it. It seems interesting in the beginning..will share the gist later ok.

If you want to get this from MPH, it cost you RM44.90. The price label is still attached to the book. BTW, we got it FOC ( from our own pocket money) but of course the company bare the cost ler :p

Met lots of friends in this course..syokler..like Along, Hani, Ika, Azmah, Mizi, Azreen, Junita, Wani. I'm also in the midst of collecting new cookies recipe for kuih raya this year. Can't refuse myself from buying magazines like Rasa, Saji dll. I enjoy..this is my passion ..baking & unit trust

Monday, August 18, 2008

Mini projek

Mini project saya bermain-main di fikiran. Bukan besar sgt hanya nak pasang hard tiles di car porch. Saya terfikir 2 alternatif:

1) Hard tiles semua & cat semula luar rumah termasuk besi pagar

2) Hard tiles 3/4 ruang dan selebihnya buat mini lanskap, dimana barangnya saya beli hanya upah kontraktor pasang. Kemudian, pasang tiles juga seluruh dinding pintu pagar. Last sekali of course kene cat luar rumah termasuk pagar besi. Harus diingat 2 biji kereta nak diparking di sini. Jadi, ruang lanskap hanya sekangkang kera!

BTW, tengahari tadi saya lunch bersama Shelly & Ika. Jadi mereka dah berkongsi beberapa pendapat dengan saya. Thanks galss.

Petang ni Abang nak tolong tanyekan Quotation lagi sorang kontraktor Indon. Kita pilih mana yg boleh kasi harga baik punyerrr :D Oooh..minggu ni kepala saya penuh dengan pelan mini projek ini. Yang bermain difikiran lagi:

Hard tiles warna apa nak pilih...
Corak motif apa nak dipasang di tengah2 car porch itu...
Aksesori lanskap mana nak digunapakai...
Sebelum pasang hard tiles nak pasang dulu konkrit atau tidak... ( beza harga RM1.5K)

Apapon harus diingat... ni projek bajet

Thursday, August 14, 2008

2 funds open for EPF members investment scheme

Assalamualaikum,

Hari ini Public Mutual melancarkan 2 Dana Islam terbaru yang boleh dilaburkan melalui simpanan KWSP.

Dana tersebut adalah Public Islamic Select Enterprise Fund (PISEF) dan Public Islamic Income Fund (PI Income).



Sumber: Public Mutual

Keterangan lanjut hubungi 013-3413040 atau BijakRinggit. Appointment dibuat adalah berdasarkan masa yang dicadangkan oleh anda.

ZAKAT

Alhamdulillah semalam berkesempatan menghadiri sesi ceramah Zakat di Menara. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya bagaimana cara pembayaran zakat bagi duit pelaburan yang disimpan di dalam Unit Trust/Unit Amanah?
Ustaz tersebut berkata, buat masa ni mereka berpendapat zakat diwajibkan apabila pelabur telah menjual semula unit dan mendapat hasil keuntungan pelaburan. Kemudian ia wajiblah dizakatkan. Maklumat dari PPZWP. Dengan ini saya akhirnya berjaya juga tambah potongan zakat pendapatan bulanan dari jumlah potongan tahun lepas. Yelahh..gaji dah naik takkan tak review zakat bulanan kot. Bukan hak kita pon wang tersebut. Daha lama sgt saya tangguh benornya sejak awal tahun masa dapat yearly statement tu :'>

Sedikit kupasan ceramah semalam:
Formula berkat hasil zakat --> Nikmat + Syukur = Pahala + Pahala + Pahala

Puisi Dr A'idh ~ ZAKAT SEBELUM TERLAMBAT
Demi Allah kiranya hidup jasad insani
Beribu tahun usianya dalam kemewahan yang dimiliki
Menikmati segala keindahannya dengan penuh ceria
Merasai lazatnya tinggal di mahligai dunia
Tiada sesuatupun kerisauan yang memendam di jiwa
Bahkan tiada gundah mahupun gelisah yang menyesakkan dada
Namun tidaklah semua itu cukup baginya
Untuk mendepani malam pertama di alam kuburnya....

Tuesday, August 12, 2008

:)

Syukran K. Nita bagi Award :). 1st time dpt ni hihi

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.Here are the rules to follow:

1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blog (optional).
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.

I would like to nominate the award to:
Shelly
Sis Ain
K. Chor
Yani

Sue

Source:Thestar.

Market is recovering. Hopefully the price is positively growing. Ada yang dah jual ESOS ker? I want to wait more longer.

Monday, August 11, 2008

Cat siri II

Patutla kos upah mengecat tinggi. Kami hanya cat 3 buah pintu bilik pon rasa macam dah tegang urat. Alahai bukan bidang kita agaknya. Dah la buatnya slow..lepas tu tade rupa Pro sgt macam dalam Casa Impian itu. Apapon target nak habiskan cat semua pintu berjaya by 7pm hari Sabtu.

Untuk bahagian luar kami dah buat keputusan nak upah jugak orang cat. Jadi pagi tadi orang tu dah mai, dia Quote RM500 termasuk kikis, seal balik dinding yang teruk dan cat. Q dia agak berpatutan dr Q before this RM1.3K. Apapon nak fikir dulu sebab ada jugak plan nak pasang hard tiles terus kat depan ni kalau dia boleh Q yg berpatutan. Duit lagi koluar nak make up umah. Masa Renno dapur dulu ada pelan nak buat tapi RM tak cukup. So kita buat sket2 dulu yang penting takmolah berhutang. Tengokla cemana nanti. Pasal bilik budak tu kami tangguhkan dulu sebab belum ada tanda Mawaddah nak cerai susu badan lagi.

Ada yang tanya berapa kali nak cat umah ek? Actually masa memula pindah dulu kami nak jimat so ada certain areas yang konon-konon nak cat sendiri tapi tak gerak-gerak pula :D. Ni tragedi kecil dek kerana kaki terkena paku payung ketika dalam proses mengecat pintu. Tak series pon hehe
Hari ni saya bawa Muffin untuk jualan:
Banana & Oat Muffin ~ RM1.40
Choc Chip Muffin ~ RM1.20

Choc Chip Muffin

Banana & Oat muffin

Maaf le harga taleh letak harga dulu sebab kebanyakkan barang dah naik rege like butter, tepung dll. (Nota: Muffin ini menggunakan butter bukannya marjerin / minyak jagung). Mungkin minggu depan bawa balik Cheese Tart sebab dah ramai mintak, cuma saya je tak sempat buat time weekdays la ni.

Tak tau nak pakai baju casual yg mana pd hari Jumaat? Belilah rangkaian T-shirt di NisaStore. Bulan Ramadhan pon nak dekat, apa kata cuba telekung baru?

Friday, August 8, 2008

Alkisah semalam

Alkisahnya semalam, saya minta lewat 1 jam ke pejabat dengan bos sebab nak buat akuan sumpah dokumen di Mahkamah Selayang. Jam 8.30am dah selesai urusan. Rupanya jalanraya sesak bangat di mana saya dah cuba lari jalan lain tapi hampir jam10pagi masih berlegar di sekitar Selayang & Kepong. Akhirnya, saya telefon boss dan mintak Cuti Kecemasan terus. Bos ada tanya jugak , " eh awak gi sokong Anwar ker?" hehe

So, bila bos dah kasi greenlight saya terus ke kedai cat dan beli cat undercoat & cat untuk kayu. Seorang diri saya menghiburkan hati dengan mengecat undercoat 3 biji pintu bilik belah atas, sementara 1 pintu siap cat luar sekali. Habis mengecat jam 5.45pm. Puas hati la walaupun penat. Saya pilih cat biasa saja iaitu undercoat 1L harga RM13 dan luar jenama Colourland ( buatan Malaysia) 1 L RM17 saja berbanding Jotun RM25 dan Dulux RM26.

Dalam pada itu terjadi kemalangan kecil. Kaki saya terpijak paku payung. Darah merecik atas lantai tapi nasib baik tak serius. Syukur saya kaki saya yang kena bukan anak-anak. Alhamdulillah! Nasib baik ada 1st Aid Kit.:D

Nampak setiap hujung minggu, kami kene sambung Projek Mengecat rumah DIY. Disamping beberapa kenduri kahwin yang perlu dihadiri.

Kini syarikat T* dah boleh pakai casual pada hari Jumaat. So hari ni sudah ada 2 anggota disini sudah menggayakan T-Shirt muslimah Sumayya yang saya jual. Kalau nak tengok design paling latest boleh tengok kat sini. Hanya book saja T-shirt mana yang anda mahu. Ok?

Monday, August 4, 2008

Kisah balik kg

Ni kisah balik kg naik kereta Proton Sagaku

Hari Jumaat lepas..kami keluar dari rumah jam 3 petang dan sampai ke kg kulim jam 12.20 pagi. Sungguh dashyat kan??

Ceritanya begini..
Jam 3 petang kami ke pejabat Abang dulu di Jalan Ampang sebab lesen memandu tertinggal..pusing2 KL menghala ke Tol jalan Duta dah makan 1 jam

Jam 5.45petang sampai di R & R Tapah untuk berhenti solat Asar.

Jam 7.30 malam kami menghampiri Taiping Utara dan saya mula memberitahu Abang untuk memasang lampu kereta hadapan. Terkejutnya kami tiada apa-apa cahaya pon yang keluar! Waduh..lampu kereta rosak..jadi tiada pilihan lain kami keluar saja tol Taiping U untuk mendapatkan bantuan. Alhamdulillah disebabkan ada kawan TM juga di Taiping kami berjaya mendapatkan bantuan. Menunggu hampir 1 jam, barulah mekanik melayu tu sampai. Yelah, masa tu time nak mandi la..nak solat la. Mulanya mereka tak cakap banyak tapi lepas tu macam-macam pulak kami borak. 2 3 orang dah mula telefon tanya bagaimana keadaan kami. BTW, kami semua ok..walaupun badan dah berbau dek naik peluh hehe. Yang kami tak tahan dan sangat stressnya ialah nak menjaga 2 beradik yang amatlah aktifnya..tak pernah duduk setempat..dah tu bukan berjalan tapi berlari merata-rata tempat. Hampir masuk longkang dalam pon ada! Dah la kat tempat tu kereta keluar masuk sebab nak ke tandas atau solat. Melihat mereka dah berpeluh dengan dahsyatnya, saya pon mandikan mereka jam 9mlm++ dalam tandas disitu sahaja dan pakaikan terus baju tidur. Abang dan saya pon take turn mandi. Abeh cerita. Balik rumah boleh tidur terus.

Bila jam dah masuk 10mlm, kawan saya mula sms nak tawarkan kami menumpang rumahnya kalau kereta masih belum ok lagi. Akhirnya, jam 10.10malam macam tu kereta dah settle. Perut kami lapar sangat jadi kami singgah di R & R Bukit Semanggol dan makan nasi lemak seorang 2 bungkus. Dahsyat tak? hehe

On the way ke kulim, 2 beradik dah lelap. Dek kerana keadaan sunyi sepi saya pon hampir tertidur. Tapi saya cuba bertahan sebab nak temankan pemandu so mulut saya tak berenti entah cerita merepek-repek pon dah keluar. Sampai di rumah semua orang belum tidur kecuali adik ipar. My FIL, MIL, BIL, SIL siap dengan anak menakan kami umur 2 tahun pon menunggu kami ehehe. Alhamdulillah selamat sampai.

Banyak yang kami bawa balik ke KL. Antaranya :
1) Buah rambutan, durian, dokong, cempedak & manggis. Kali ni balik KL kereta kami macam gerai buah. Puas makan. Dah sedekah kat pejabat dan jiran-jiran. Badan pon dah rasa tak sedap sebab 2 3 hari ni cuaca panas sangat. Sampai KL maghrib semalam terkejut sangat tengok satu pokok cili saya dah layu. Pokok limau purut pon sama.

2) MIL dah bekalkan satu lagi anak pokok cili dan lengkuas. Kami dah ada beberapa pasu cili tapi kali ni nak tambah koleksi cili kulim pulak. Lengkuas pulak yang kami tanam tahun lepas sangat subur tapi tempat tak strategik. Saya ingat kalau lengkuas baru tu hidup kat luar pagar, saya nak alihkan sekali lengkuas yang tak strategik itu ( dalam pagar).

3) Baju raya 3 pasang. 2 pasang saya buat baju kurung pahang dan 1 pasang yang biasa saja. Upah semua RM83. Lepas ni nak cari baju raya budak jek..mudah kerja..cam biasa saya beli kat Kamdar.

Ngantuk. nak tidur!

Friday, August 1, 2008

Nak jual ke tak jual?

190e ini yang telah bermain-main difikiran suami yang menyebabkan saya sendiri pon terkena tempiasnya. Abang bercadang untuk menjualnya manakala saya pula tiadalah perasaan untuk menyimpan atau menjualnya. Setahun lalu kami pernah juga advertise konon nak jual, but last2 tak jadi gak. Sayang. La ni seorang bakal pembeli dah sangat berminat, bahkan dari jauh pon sanggup datang untuk melihat BabyBenz ini. Langsung dia tak minta tawar turun harga. Tengok sekali terus jatuh cinta la orang kata.

Bagi saya bukan senang untuk buat pilihan. Ini antara kelebihan dan kekurangan jika tidak menjualnya:

Kelebihan
  1. Kami beli murah aja, xxK aje. Kalau jual, gamaknya memang lama lagi ler nak rasa memiliki Merz
  2. Sesuai untuk jalan jauh macam balik kg Kedah sebab Abang tak berapa favor my Proton tahun 92'
  3. Selamat dan agak kuat berbanding my Proton--> cerita accident tahun lepas
Keburukan
  1. Hutang ada lagi 10K. Kalau 10K kita simpan dalam unit trust, boleh berganda jadi RM17K dalam masa 5 tahun
  2. Kereta ini sangat jarang digunakan except jalan jauh. Abang ke pejabat naik motor, saya naik Proton/public transport
  3. Kos minyak tinggi like Waja berbanding Proton dan Honda City
Nak jual ke tak jual?? Apa pendapat anda??

p/s-insyallah hari ini kami pulang ke kg Kedah sehingga Ahad. Kali ni naik Proton sebab roadtax 190e tu belum dihidupkan lagi. Cadangnya nak hidup roadtax lepas bayar habis hutang dan buat 3rd party insurance saja, so roadtax + insurance less than RM1k, dicampur pula dapat rebet. ehh ok kan idea tu? Doakan kami selamat pergi dan balik :) Wassalam

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...