Friday, August 8, 2008

Alkisah semalam

Alkisahnya semalam, saya minta lewat 1 jam ke pejabat dengan bos sebab nak buat akuan sumpah dokumen di Mahkamah Selayang. Jam 8.30am dah selesai urusan. Rupanya jalanraya sesak bangat di mana saya dah cuba lari jalan lain tapi hampir jam10pagi masih berlegar di sekitar Selayang & Kepong. Akhirnya, saya telefon boss dan mintak Cuti Kecemasan terus. Bos ada tanya jugak , " eh awak gi sokong Anwar ker?" hehe

So, bila bos dah kasi greenlight saya terus ke kedai cat dan beli cat undercoat & cat untuk kayu. Seorang diri saya menghiburkan hati dengan mengecat undercoat 3 biji pintu bilik belah atas, sementara 1 pintu siap cat luar sekali. Habis mengecat jam 5.45pm. Puas hati la walaupun penat. Saya pilih cat biasa saja iaitu undercoat 1L harga RM13 dan luar jenama Colourland ( buatan Malaysia) 1 L RM17 saja berbanding Jotun RM25 dan Dulux RM26.

Dalam pada itu terjadi kemalangan kecil. Kaki saya terpijak paku payung. Darah merecik atas lantai tapi nasib baik tak serius. Syukur saya kaki saya yang kena bukan anak-anak. Alhamdulillah! Nasib baik ada 1st Aid Kit.:D

Nampak setiap hujung minggu, kami kene sambung Projek Mengecat rumah DIY. Disamping beberapa kenduri kahwin yang perlu dihadiri.

Kini syarikat T* dah boleh pakai casual pada hari Jumaat. So hari ni sudah ada 2 anggota disini sudah menggayakan T-Shirt muslimah Sumayya yang saya jual. Kalau nak tengok design paling latest boleh tengok kat sini. Hanya book saja T-shirt mana yang anda mahu. Ok?

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

waaaa bagusnye..hari yg sungguh produktif...:)

casual at work..kak ct x berapa suka tgk org pakai jeans la..mcm x berapa nak sesuaiiii dgn kemuliaan hari jumaat...especially org lelaki yg gi solat jumaat tu ...huhuhuh sungguh sakit mata...

Farra Da Smiley said...

yg lg teruk..jeans tu dipasangkan dengan t shirt ketat atas punggung..lg sakit mata..sebab tu la saya masih menjual t short muslimah...semoga makin ramai bertukar kpd t shirt muslimah ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...