Hari ini Public Mutual melancarkan 2 Dana Islam terbaru yang boleh dilaburkan melalui simpanan KWSP.
Dana tersebut adalah Public Islamic Select Enterprise Fund (PISEF) dan Public Islamic Income Fund (PI Income).
Sumber: Public Mutual
Keterangan lanjut hubungi 013-3413040 atau BijakRinggit. Appointment dibuat adalah berdasarkan masa yang dicadangkan oleh anda.
ZAKAT
Alhamdulillah semalam berkesempatan menghadiri sesi ceramah Zakat di Menara. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya bagaimana cara pembayaran zakat bagi duit pelaburan yang disimpan di dalam Unit Trust/Unit Amanah?
Ustaz tersebut berkata, buat masa ni mereka berpendapat zakat diwajibkan apabila pelabur telah menjual semula unit dan mendapat hasil keuntungan pelaburan. Kemudian ia wajiblah dizakatkan. Maklumat dari PPZWP. Dengan ini saya akhirnya berjaya juga tambah potongan zakat pendapatan bulanan dari jumlah potongan tahun lepas. Yelahh..gaji dah naik takkan tak review zakat bulanan kot. Bukan hak kita pon wang tersebut. Daha lama sgt saya tangguh benornya sejak awal tahun masa dapat yearly statement tu :'>
Sedikit kupasan ceramah semalam:
Formula berkat hasil zakat --> Nikmat + Syukur = Pahala + Pahala + Pahala
Puisi Dr A'idh ~ ZAKAT SEBELUM TERLAMBAT
Demi Allah kiranya hidup jasad insani
Beribu tahun usianya dalam kemewahan yang dimiliki
Menikmati segala keindahannya dengan penuh ceria
Merasai lazatnya tinggal di mahligai dunia
Tiada sesuatupun kerisauan yang memendam di jiwa
Bahkan tiada gundah mahupun gelisah yang menyesakkan dada
Namun tidaklah semua itu cukup baginya
Untuk mendepani malam pertama di alam kuburnya....
No comments:
Post a Comment