Monday, June 30, 2008

Salam pelaburan!

Hujung minggu ini tidak berjalan begitu lancar buat saya kerana pelan asalnya hendak membuat pelbagai aktiviti terbantut disebabkan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan. Sejak semalam kepala rasa sangat pening dan dicampur dengan dedar-dedar badan macam nak demam. So kebanyakan aktiviti saya hanya tidur, solat dan makan. Peratus lebihan banyak ke tidur. Sangat pelik kerana saya belum lagi mengandung dan bukan penggemar tidur. Jadi memang betulla impak dari tekanan kerja sangat kuat. Oh oh..saya bukan workoholic! Nak tahu tak apa perasaan saya sekarang? Kalau betul rasa pening & dedar bertambah kuat saya bercadang untuk memohon MC 1 hari untuk menambah aktiviti tidur saya! Huh ganas kan??

Oh ya kini anda mesti berhati-hati jika menggunakan Kad Kredit disebabkan new guideline daripada BNM iaitu TPS.

Minggu lepas juga saya menghadiri kursus FP Advisor. Sangat menarik dan insyallah saya akan work out my own education fund for both of my kids. Saya pasti akan berkongsi dengan anda! Tunggula bila saya cukup masa untuk memberi fokus dan tumpuan dengan software tersebut. ;)

Ooh..apapon saya sangat rindu my world of baking. Semalam patutnya nak buat Tartlet buat again kesihatan tak mengizinkan.

Saturday, June 28, 2008

Sabtu yang indah

Alhamdulillah. Rasa lega sket bila masuk hari Sabtu. Boleh la dilupakan sekejap segala kegilaan kerja di pejabat. Orang lain mesti ingat aku gila kerja sebab stay kat ofis sampai malam. Tapi nak buat cemana..kita tengah cover AGM post la katakan ..takkan nak buat tak sibuk pulak ehehe...<> ..insyallah lagi beberapa hari bos saya masuk balik, so lega la agaknya saya . Apapon saya ada kawan baik kat pejabat yang selalu teman saya susah atau senang. Walaupun dia tak faham kerja saya ..dia mesti temankan saya stay sampai malam..sambil duduk sebelah sambil saya menyiapkan kerja dan mulut saya mengomel tak kira topik ( dari isu keluarga, kerja, perniagaan dll)...it's really touching when we have somebody who care about us kan kan..kami pon salu balik bersama..saya dropkan dia kat LRT Bangsar masa on the way home

Em..di sebalik kesibukan minggu lepas, saya sempat buat majlis makan-makan kecil berkongsi dengan subordinates saya di pejabat pada hari Rabu. Antara hidangannya ialah kek, nasi goreng, mihun, kuih-muih. Hanya kek yang saya buat, yang lain semuanya ditempah dan diuruskan oleh mereka.

2 hari ini kalau boleh nak kemas rumah sehebatnya , nak luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan nak mula ajar balik 'toilet training' Mawaddah yang dah lama saya tak praktis. Oklah dah takmo bebel banyak-banyak..nak aktifkan diri dengan hal ehwal kekeluargaan tataa

Friday, June 27, 2008

Am I making a dying or a living?

Otak saya sangat letih dan membuatkan badan rasa sangat letih. Walaupun sebelum keluar kerja mesti makan dulu Garlic pill dan Vitamin C, tapi saya rasa tetap penat dek tekanan kerja. Kalau asyik balik lewat, tiada lagi masa berehat ( lunch hour), makan tak tentu masa, lunch jam 4ptg, hujung minggu pon bawa balik kerja… maknanya memang la I’m making a dying like the book says. Tekanan kerja. Itulah yang saya hadapi sekarang!

Anyway, suami dah habis baca buku tu. Best katanya, saya belum mula lagi, sebab buku Adam Khoo pon belum habis khatam! Tak kira hari ni aku nak balik jam 5 ptg! Kesian kat keluargaku makan tak tentu hala sekarang ni. Suami tak suka makan luar. Malam ni nak masak sedap!

Monday, June 23, 2008

My vitamins

I rarely take supplementary vitamin. The last time that I took was only the supple for pregnant woman like folic acid etc.

I'm taking it now considering my hectic schedule whereas I hope to stay healthy and active.
Currently I'm taking Vitamic C and Garlic Tablet.

I think Vitamin C is good for me because it is an antioxidant. There have been also many claims that Vitamin C relieves stress, or can help you lose weight .

The Veggie that I used to eat everyday also contain Vit C. I like to follow this tip to preserve the Vitamin in the Veggies- cook for a while! The longer you cook veggies - the more the vitamin decreases ( raw veggies contain the most) :D

Other important benefits of Vitamin C is the formation of collagen - the basis of our connective tissue in skin, capillary walls, bones, and teeth. Vit C also stimulates our immune system.

I used to get flu whenever my kids got flu. Ni kes emak berjangkit dengan anak. One of the friend throw the idea to take Garlic Table. What I know is Garlic helps retain Normal Blood Pressure. Studies show that garlic promotes cardiovascular health by helping to retain normal blood pressure and cholesterol levels when used as part of a low-fat, low-cholesterol diet.

I also love to use Garlic in my diet. The tips is also simple, just make sure you crush it first before you add into your cook. This is the tip that I get from this article. Crushing garlic may help prevent damage of anticlotting compounds in Garlic.

Anyway, the choc cupcakes here is just 'gambar hiasan'. I baked it yesterday since the oven has been rested for almost 2 weeks. hehe

Psst..I dah besarkan gambar T-shirt muslimah dalam NisaStore. Alhamdulillah, jualan minggu pertama sangat menggalakkan.

Saturday, June 21, 2008

Rekod pencapaian paling teruk!

Apakah rekod yang paling teruk sepanjang minggu lepas? Huhu sudah tentu rekod memasak!!

Sepanjang 2 minggu ni kerja di pejabat memang cukup dashyat. Kesan paling buruk pasti pada rekod masak - memasak saya! Kek langsung tak bakar. Semua tempahan terpaksa ditolak tepi. So my FarraCheesecake sunyi sepi aje.

Just nak recap my bad cook performance for the last week:
Isnin- No cook. For dinner, we ate a bungkus of bihun sup yang kawan pejabat bagi masa lunch time since I didn't eat during the lunch break sebab meeting. Tapi saya tak makan pon bihun sup tu sebab lapar nasi, so makan nasi jam 3 petang. Dinner kami makanBihun sup kongsi satu keluarga + minum oat + makan meggi jam 10.20pm sebab lapar lagi :p.

Selasa- Sampai rumah jam 8pm. Kuatkan semangat juga nak memasak. So masak simple aje- makaroni goreng

Rabu- Balik paling lewat. Jam 10.15pm. Perut lapar sangat so saya minta sikit nasi + lauk dari rumah emak ( sib baik ada lagi sket :p & rumah emak belakang aje). Masa ni suami & anak2 dah makan kat umah emak. Ingatkan co. nak provide enough food, tapi dpt sepotong pizza jek. mana cukup beb

Khamis- Penat yang amat sangat. Kepala sangat berpusing dari siang hari. ( Note: saya tiada migrain, tapi kali ni memang kene attack dek office work yang memerlukan saya memerah otak!). Tak makan tak minum..jam 9.00pm camtu saya dah tido sampai pagi. Pagi bangun jam 5.50am buat nasi goreng sebab sangat lapar. Buat NG dari nasi sejuk hari rabu dari umah emak saya simpan dalam peti sejuk.

Jumaat- Alhamdulillah, finally dapat keluar pejabat jam 5.30pm! Lauk dinner agak hebat sket, sambal udang dan sayur goreng :)

Hari ini, Sabtu- sarapan pagi buat jemput-jemput lobak merah. Tengahari ni nak masak lauk ayam masak cili api dengan pucuk ubi..emm sedapnya. Baru nak masak ni bubai ;) Anyway, pucuk ubi ni tanam belakang rumah emak..jimat woo

Salam memasak,
Farra , 21 Jun 08, 1.00pm

Thursday, June 19, 2008

Burn out

These 2 weeks was so crazy. Everyday I would reach home at 8pm or 8.30 pm. The worst was yesterday because the moment I reached home at 10.15pm, the kids already fall asleep.

My workload is mounting. The moment I’m working hard to produce one result/initiative, I have to attend so many meetings that the big boss says I was the most suitable candidate to attend. Most of the seniors Managers say 24 hours per day is not enough since working in this division. My direct bosses currently on long medical leave. That’s why there’s a lots of work I have to cover for my unit. Every email to her, will get the response ..”Pls contact xxxxxx xxxx”. huhhhhhhhhhh

I'm stressful. I need rest. I need holiday. I’m working so hard for the company but I still get the G22’s salary.

At this moment, I’ve stopped taking any caffeine from tea or coffee. I would rather drink oat every morning to keep my body and mind stay healthy, energetic and positive!! :p Anyway, I’m crazy of oat right now.. what a good habit that I have kan? Ehehe

Sunday, June 15, 2008

New from NisaStore!

Assalamualaikum

Saham tengah turun ek? Tangan dah gatal nak jual ESOS tapi harga tak menyelerakan langsung!! Sabar sekejap ok! Ayah saya kata nak tunggu Anwar Ib. masuk kabinet dulu baru market stabil ehehe. Apapon, kalau nak beli unit amanah ini memang masa yang sangat sesuai! Dollar cost averaging principle..so apalah yang nak risau sangat. Harga tengah jatuh, kalau beli unit dapat banyak..the golden rule is kumpul unit banyak-banyak.

Nisastore dah ada produk baru. Mengancam! Jom tengok!! Kami ada dua rangkaian produk baru:



Siapa-siapa yang berdekatan tu, just email/buzz my YM! to have a look okeyy ( Saya tengah mencari successor untuk jual T-shirt ni, bukan tak minat jual T-shirt muslimah, tapi nak fokus benda lain & at the same time pemakai T-shirt muslimah ;) )

Birthday celebration Mus'ab belum sempat buat lagi. Sibuk sokmo. Tunggu kejap yer sayang.

Berita ramalan inflasi tahun ini sepatutnya memberi kesedaran untuk kita lebih meyimpan dan berbelanja. Ketahui bagaimana inflasi memberi kesan kepada kuasa membeli.

Syukran!

Thursday, June 12, 2008

Tok Wan kembali kerahmatullah

Sabtu lepas, kami sekeluarga menziarahi Tok Wan yang sakit tenat. Semasa kami melihatnya, keadaan sangat uzur tapi agak stabil. Dan Ahad petang kami balik ke KL.

Isnin malam kami terima berita semula keadaannya tenat semula. Suami dan abang ipar bertolak ke Gerik dan tiba disana jam 4 pagi. Keadaan Tok Wan memang uzur. Selasa petang suami pulang semula ke KL.

Malam tadi, Tok Wan telah kembali kerahmatullah dan suami bertolak ke Gerik menumpang kereta sepupunya dan sampai di sana jam 3 pagi. Kini suami masih berada di Utara sehingga hari Sabtu ini.

Semoga Tok Wan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah buat Tok Wan.

Monday, June 9, 2008

Kos sara hidup dah meningkat

Perbelanjaan bulan ini memang terasa sangat! Mungkin kebetulan juga dengan kenaikan harga minyak sebanyak 40% ni.

Memang sudah dirancang, sempena jualan murah Jakel, saya berbelanja ratusan ringgit ( lebih RM100) kerana membeli kain untuk dibuat baju raya untuk diri sendiri, adik kandung, emak mertua dan adik-adik ipar. Duit dibelanja hari Jumaat lepas. Ambil cuti sehari dan keluar ke jalan TAR bersama adik dan emak.

Jumaat malam...semasa saya sibuk hendak menyiapkan hidangan makan malam untuk 2 keluarga ( saya menjemput ayah, emak & adik makan malam di rumah), saya bertegus sapa dengan emak di bahagian dapur. Sungguh tak sangka tali kabel talian telefon di potong dan sedang tergantung di atas bumbung rumah. Kami mula membising dan tiba-tiba kami mendengar si pencuri memecut motor lari entah kemana. Saya terus membuat panggilan ke Polis Taman Ehsan. Sungguh lama untuk menunggu tindakan polis, jadi saya telefon 100. Kontraktor datang untuk membetulkan kabel tersebut keesokan harinya. Nasib baik pencuri tak datang semula malam tersebut. Dan nasib baik dalam kekecohan kami dan jiran-jiran, makan malam kami siap berlaukan gulai sotong, ikan terubuk goreng dan sayur goreng ;)

Sedang sibuk berehat hendak menanti polis, kami menerima panggilan dari Adik ipar mengatakan Tok Wan sebelah suami sakit. Kami pon sudah lama tak menziarah, jadi ini dikira perbelanjaan kecemasan. Sabtu pagi kami bertolak ke Gerik untuk menziarah Tok Wan sambil bertemu sanak saudara di sana. Petang selepas Asar kami semua ( 4 kereta) bergerak ke Kg Kulim untuk bermalam.
On the way home ke KL semalam, kami dah isi minyak RM50 di Mahang. Sampai sajak KL tangki minyak dah merah. Malam tadi isi balik minyak RM50. Memang betul la RM50 tu apalah sangat sekarang ni! Disebabkan balik kampung kecemasan ini sudah tentu ianya memakan sedikit bajet kami. Huh nasib baik sejumlah RMxxxx saya dah deposit masuk Unit Trust sempena kejatuhan harga selepas Dr M declared keluar UMNO 2 minggu lepas :D .
Perbelanjaan terkini minyak kereta saya
Saya dah kira belanja minyak saya akan meningkat sebanyak RM37.29/bulan atau RM447.44/tahun selepas ditolak rebate sebanyak RM625 setahun. Sebelum ini belanja saya RM220 sebulan dan kini RM309.37 sebulan. Ini kereta Proton Saga '92. Kereta anda bagaimana?

Opps, saya rasa penat sgt hari ini! No cake for today and also no celebration of Mus'ab Birthday is held yet.

Info ekonomi:

1) Zeti berkata kadar inflasi akan meningkat kepada anggaran 4.2% tahun ini berbanding earlier forecast antara 2.5% hingga 3%. Berita disini

3) Tarif elektrik terbaru bermula 1 Julai 08 oleh TNB. Laman web ini memberikan tarif baru bersama calculator untuk kita mengira peningkatan bil elektrik. Dah boleh bajet naik berapa la selepas ini.

Memang benar kos sara hidup kita telah meningkat. Mungkin anda ingin pelajari tentang savings dan investment disini:
BijakRinggit
SavingAdvice

Wednesday, June 4, 2008

Happy Birthday Mus'ab

Today, 4 June 2008 my little Mus'ab is 4 years old.

Happy Birthday dear!

You are so wonderful to us..especially to me because...
You taught me to be creative in handling your tantrum
You test my patience especially when you love to tease your sister
You make me active because I have to clean up the house everytime you love to mess up our house
You make me smile you said "mak, jom beli kereta Proton, Icap ada RM1,500" so sweet!
You build my credibility, skills and competency to be a supermom in whatever ways that I should be as the best mom for you..I Love youuu


 - Fotopages.com

~ Apakah pendapat anda dengan peraduan 100 cars 100 days ini? Saya sangat tertarik dan menyokong U. Zaharuddin

Tuesday, June 3, 2008

Half yr '08 BP review

Apa yang dah dicapai ( alhamdulillah)
Ubahsuai rumah (Jan-Feb)
Menceburi bidang baru - Perunding Unit Amanah (Mac)
Tambah pelaburan berjumlah xxxxx (Mac-Apr)
Baca at least 1 buku / bulan
Lancarkan website Cheesecake ( April)
Menyusu badan sehingga Mawaddah 2 tahun (Mac)

Apa yang dah missed duedate
Mengandung anak ke 3 :p

Apa yang harus dicapai untuk setengah tahun akhir 2008:
Buat awning baru - awning sekarang kalau hujan memang kain jemuran kene tempias (Julai)
Ajar anak-anak tidur bilik sendiri (Jul/Ogos)
Latih Mus'ab tak pakai lampin waktu tidur malam (anytime)
Latih Mawaddah tak pakai lampin waktu siang (Jul)
Mengandung! ( Anytime)
Refurbish bilik anak-anak supaya mereka sendiri tertarik nak tidur bilik sendiri. Mungkin memerlukan kos yang lebih RM1K++ jugak ni. Any idea? ( Jul)
Percutian keluarga (Jul)
Buat perisa baru Cheesecake (anytime)
Capai pelaburan berjumlah xxxxx lagi (Dis)
Menambah tanaman sayuran dan menjaga dengan rapi :p ( setiap bulan)
Kurangkan lagi baki hutang rumah. Tak pasti lagi berapa jumlahnya. (Goal yang tak SMART langsung). Minggu ni baru nak hantar borang mohon statement baki hutang dr HR.
"Whether you think you can or you can’t, you’re right!” – Henry Ford


Monday, June 2, 2008

Cakes for sale today!

Tarikh: 2 Jun 2008 ( Isnin)

Kek dan kuantiti :

Cream Peach Cheesecake ( small size ) - RM28. Kuantiti: 2. Base: Sponge Cake

Marble Cheesecake (small size) - RM30. Kuantiti: 1. Base: Instant Oat


Gambar CPCC minggu lepas, untuk jualan hari ini rupa keknya sama sahaja ;)

Sebiji kek sudah ditempah, so sebiji saja untuk dijual hari ini

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...