Saturday, June 28, 2008

Sabtu yang indah

Alhamdulillah. Rasa lega sket bila masuk hari Sabtu. Boleh la dilupakan sekejap segala kegilaan kerja di pejabat. Orang lain mesti ingat aku gila kerja sebab stay kat ofis sampai malam. Tapi nak buat cemana..kita tengah cover AGM post la katakan ..takkan nak buat tak sibuk pulak ehehe...<> ..insyallah lagi beberapa hari bos saya masuk balik, so lega la agaknya saya . Apapon saya ada kawan baik kat pejabat yang selalu teman saya susah atau senang. Walaupun dia tak faham kerja saya ..dia mesti temankan saya stay sampai malam..sambil duduk sebelah sambil saya menyiapkan kerja dan mulut saya mengomel tak kira topik ( dari isu keluarga, kerja, perniagaan dll)...it's really touching when we have somebody who care about us kan kan..kami pon salu balik bersama..saya dropkan dia kat LRT Bangsar masa on the way home

Em..di sebalik kesibukan minggu lepas, saya sempat buat majlis makan-makan kecil berkongsi dengan subordinates saya di pejabat pada hari Rabu. Antara hidangannya ialah kek, nasi goreng, mihun, kuih-muih. Hanya kek yang saya buat, yang lain semuanya ditempah dan diuruskan oleh mereka.

2 hari ini kalau boleh nak kemas rumah sehebatnya , nak luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan nak mula ajar balik 'toilet training' Mawaddah yang dah lama saya tak praktis. Oklah dah takmo bebel banyak-banyak..nak aktifkan diri dengan hal ehwal kekeluargaan tataa

No comments: