Monday, June 9, 2008

Kos sara hidup dah meningkat

Perbelanjaan bulan ini memang terasa sangat! Mungkin kebetulan juga dengan kenaikan harga minyak sebanyak 40% ni.

Memang sudah dirancang, sempena jualan murah Jakel, saya berbelanja ratusan ringgit ( lebih RM100) kerana membeli kain untuk dibuat baju raya untuk diri sendiri, adik kandung, emak mertua dan adik-adik ipar. Duit dibelanja hari Jumaat lepas. Ambil cuti sehari dan keluar ke jalan TAR bersama adik dan emak.

Jumaat malam...semasa saya sibuk hendak menyiapkan hidangan makan malam untuk 2 keluarga ( saya menjemput ayah, emak & adik makan malam di rumah), saya bertegus sapa dengan emak di bahagian dapur. Sungguh tak sangka tali kabel talian telefon di potong dan sedang tergantung di atas bumbung rumah. Kami mula membising dan tiba-tiba kami mendengar si pencuri memecut motor lari entah kemana. Saya terus membuat panggilan ke Polis Taman Ehsan. Sungguh lama untuk menunggu tindakan polis, jadi saya telefon 100. Kontraktor datang untuk membetulkan kabel tersebut keesokan harinya. Nasib baik pencuri tak datang semula malam tersebut. Dan nasib baik dalam kekecohan kami dan jiran-jiran, makan malam kami siap berlaukan gulai sotong, ikan terubuk goreng dan sayur goreng ;)

Sedang sibuk berehat hendak menanti polis, kami menerima panggilan dari Adik ipar mengatakan Tok Wan sebelah suami sakit. Kami pon sudah lama tak menziarah, jadi ini dikira perbelanjaan kecemasan. Sabtu pagi kami bertolak ke Gerik untuk menziarah Tok Wan sambil bertemu sanak saudara di sana. Petang selepas Asar kami semua ( 4 kereta) bergerak ke Kg Kulim untuk bermalam.
On the way home ke KL semalam, kami dah isi minyak RM50 di Mahang. Sampai sajak KL tangki minyak dah merah. Malam tadi isi balik minyak RM50. Memang betul la RM50 tu apalah sangat sekarang ni! Disebabkan balik kampung kecemasan ini sudah tentu ianya memakan sedikit bajet kami. Huh nasib baik sejumlah RMxxxx saya dah deposit masuk Unit Trust sempena kejatuhan harga selepas Dr M declared keluar UMNO 2 minggu lepas :D .
Perbelanjaan terkini minyak kereta saya
Saya dah kira belanja minyak saya akan meningkat sebanyak RM37.29/bulan atau RM447.44/tahun selepas ditolak rebate sebanyak RM625 setahun. Sebelum ini belanja saya RM220 sebulan dan kini RM309.37 sebulan. Ini kereta Proton Saga '92. Kereta anda bagaimana?

Opps, saya rasa penat sgt hari ini! No cake for today and also no celebration of Mus'ab Birthday is held yet.

Info ekonomi:

1) Zeti berkata kadar inflasi akan meningkat kepada anggaran 4.2% tahun ini berbanding earlier forecast antara 2.5% hingga 3%. Berita disini

3) Tarif elektrik terbaru bermula 1 Julai 08 oleh TNB. Laman web ini memberikan tarif baru bersama calculator untuk kita mengira peningkatan bil elektrik. Dah boleh bajet naik berapa la selepas ini.

Memang benar kos sara hidup kita telah meningkat. Mungkin anda ingin pelajari tentang savings dan investment disini:
BijakRinggit
SavingAdvice

8 comments:

Ummu Auni said...

happy belated mus`ab! bila nak buat birthday party-nya. tukang kek, mesti buat tau untuk anak, hehe

pst, baca tak artikel tentang kenaikan minyak. patut pun subsidi akan dibayar melalui pos malaysia, rupanya ada kepentingan ECM Libra di situ..siapa lagi, kalau tak KJ! nampaknya makin banyaklah duit kroni dapat ek...

cuba kau bayangkan yang kerajaan duk sebut, kerajaan terpaksa menanggung subsisi mintyak tu..lupa ke duit datang dari mana? tax payers juga kan? adui, sorry meluah perasaan kat sini

Farra Da Smiley said...

belum ada weekend yg free lg la..

pasal ECM tu tak baca papon lagi..waduhh..nak buat cemana..kita tiada kuasa..nampak gaya kene berjimat cermat untuk masa depan masing-masing

Phica said...

happy belated birthday to mus'ab...
suka sgt tgk cara wish awak tu... :)

bab harga minyak naik ni, mmg masing2 kena buat budget baru lah ye.. way of living pun kena modify sikit.. huhuhu...

Farra Da Smiley said...

kak fika, thanks a lot for the wish

areyou said...

happy belated birthday mus'ab! nnt tolong vote for amin ye (tgk blog)! TQ!

Farra Da Smiley said...

sure ayu..kite mesti vote punya!

Zuedin said...

alamak minyak naik, tapi say pun dok tergoda pasal sale jakel ni. last day iler ye/ mak buyung nak soping raya...(larat ke bawa perut)

Farra Da Smiley said...

dik, sales jakel dah abeh last sunday..so it's good for you..you can save money! :p

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...